Tuesday, May 1, 2007

SALSILAH REALITI RAJA-RAJA PERLIS

Oleh Tuanku Nai Long Kasim ibni Tuanku Nai Long Ahmad
Uploaded by anaianai.


1>> SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH

KAHA EKATAAT V, MAHADAM MAHAZA,
1767- MAHARAJA BENUA ISLAM SIAM AYUTHIA,
NAGARA KEDAH PASAI MA.

1767-1821 BESEMAYAM DI ISTANA KOTA MENGKUANG, JITRA KEDAH. BAGINDA MEMPUNYAI 5 ORANG PUTERA SEBELUM DIBUNUH THAI DALAM TAHUN MUSUH BISIK 1821. PUTERA-PUTERA BAGINDA IALAH,
A) KOYA LONG @ PUTERA SULONG, SULTAN MAD ZAFFAR SYAH III
B) KOYA NGAH @ MEGAT TERAWIS
C) KOYA SHUIB @ MEGAT SHUIB
D) KOYA NAI CHAU ABU @ MEGAT MANJA
E) KOYA FAI @ MEGAT ISKANDAR, PUTERA KAPAS
B,C,D & E, KORBAN MUSUH BISIK 1821.

2>> SULTAN MAD ZAFFAR SYAH III IBNI KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH @ KOYA LONG (BERGELAR POCHAN SEMASA MENJADI SULTAN DI CHEMPAKA SARI, KEMBOJA). APABILA KEMBOJA DISERANG TENTERA KAFIR BUDDHA ALAUNGPAYA, BAGINDA KEMBALI BERSEMAYAM DI PULAU LANGKAWI BERSAMA TENTERA DAN PENGIKUTNYA. AYAHANDA BAGINDA KEMUDIANNYA MENABAL BAGINDA SEBAGAI RAJA KUALA KANGSAR. BAGINDA BERSEMAYAM DI ISTANA KUALA KANGSAR.

DALAM TAHUN 1821 BAGINDA MENGGANTIKAN AYAHANDA BAGINDA DAN DI TABAL DENGAN PENUH ISTIADAT DI BERAHMAN INDERA (BALAI BESAR, ALOR SETAR ) SEBAGAI MAHARAJA BENUA ISLAM SIAM NAGARA KEDAH.
BAGINDA MEMPUNYAI 5 ORANG PUTERA IAITU,

A - SYED ALANG ALAUDDIN ATAU NAI LANG ATAU PANGLIMA BUKIT GANTANG (MENGGANTIKAN AYAHANDA BAGINDA). MEMBAWA KEPADA TUANKU NAI(SYED) LONG KASIM NAI(SYED) ibni TUANKU NAI LONG AHMAD.

B - SYED MOHAMMAD HATTA @ NAI TA, BERGELAR SYED AHMAD JAMALULAIL, PENGHULU INDERA SAKTI (PERLIS), RAJA PERLIS I

PENGGUNAAN JAMALULAIL ADALAH SEMPENA GELARAN KEPADA SAYYIDINA JAMALUL ALAM BADRUL MUNIR @ PODISET, ANAKANDA KEPADA MERONG MAHAWANGSA (WA REN WONGSER ).

SAYYIDINA JAMALUL ALAM BADRUL MUNIR ADALAH PEMERINTAH KEDUA NEGARA KEDAH PASAI MA. BAGINDA BERSEMAYAM DI BUKIT TEREH, MUAR JOHOR DAN AYAHANDA KEPADA PADUKA SERI SAYYIDINA ALI YANG MENJADI RAJA ACHEH (RUJUK UNDANG-UNDANG KEDAH, TERJEMAHAN MARYAM SALIM, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,2005). TINGGALAN ISTANA BAGINDA SAYYIDINA JAMALUL ALAM BADRUL MUNIR MASIH ADA DI BUKIT TEREH WALAUPUN INGGERIS MEMBINA TANGKI AIR BAGI MENUTUP KEWUJUDAN ISTANA TERSEBUT.

BAGINDA DI IBNIKAN KEPADA SYED HUSSAIN KERANA DIZAMAN MUSUH BISIK 1821-1881, TENTERA THAI MENCARI DAN MEMBUNUH KETURUNAN MAHARAJA SIAM ISLAM KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH. DENGAN ITU BAGINDA TELAH BERTINDAK BIJAK DENGAN MENGAMBIL NAMA SULTAN HUSSAIN SYAH ALIRAH, PEMERINTAH KEEMPAT NAGARA KEDAH UNTUK DI IBNIKAN. PADA MASA YANG SAMA BAGINDA JUGA MEMPERKENALKAN DIRI SEBAGAI PENGHULU INDERA KAYANGAN. USAHA INI GAGAL KERANA RAHSIA BAGINDA TELAH DI BOCORKAN OLEH SULTAN AHMAD TAJUDDIN HALIM SYAH. BAGINDA DIBUNUH KAFIR THAI DALAM TAHUN 1821 BERSAMA NENEKANDA BAGINDA KHALIFAH SYARIF ABU BAKAR SYAH. MAKAM BAGINDA TERLETAK DI LANGGAR, TANJONG INGGERIS DALAM KEADAAN YANG TERBIAR.

C – DATUK NAI INDERA JAYA, BALAI BESAR.
D - SYED ALI BERGELAR TUANKU ALI (RAJA HAJI ALI), SULTAN
RIAU LINGGA.
E - SYED ISMAIL ATAU NAI LONG ISMAIL, SULTAN MANILA, FILIPINA
(MAKSUD FI LI PI NA IALAH, "ABANG ALI,ABANG BETA" IAITU ABANG KEPADA SYED ISMAIL IAITU SYED ALI MENJADI SULTAN DI RIAU LINGGA).

SYED MOHD HATTA MEMBAWA KEPADA,

3>> - SYED HARUN JAMALULAIIL – RAJA PERLIS KE II
4>> – SYED HUSSAIN JAMALULAIL – RAJA PERLIS III
5>> – SYED AHMAD JAMALULAIL – RAJA PERLIS KE IV
6>> – SYED ALWI JAMALULAIL – RAJA PERLIS KE V

BAGINDA BERKAHWIN DENGAN WAN TAM WAN ISMAIL. BAGINDA AMAT BERMINAT DENGAN PELAYARAN DAN SERING BERULANG ALIK ANTARA PERLIS DAN KEDAH. MANGKAT DALAM TAHUN 1863 KERANA TENGGELAM DI KUALA KEDAH. BAGINDA DIMAKAMKAN DI MUKIM ALOR KELADI, MUKIM LIMBONG, LANGGAR KE 2 KEDAH BERSAMA SYED MOHAMMAD HATTA @ NAI TA, BERGELAR SYED AHMAD JAMALULAIL, RAJA PERLIS I MERANGKAP PENGHULU INDERA SAKTI (PERLIS).

7 - SYED SAFI JAMALUAIL - RAJA PERLIS VI
8 - SYED MAHMUD AL HAJ – RAJA PERLIS VII
9 - SYED HASSAN JAMALULAIL – RAJA PERLIS VII
10 - SYED PUTRA JAMALULAIL – RAJA PERLIS VIII
11 - SYED SIRAJUDDIN – RAJA PERLIS X

MAKLUMAT DIATAS ADALAH TEPAT KERANA PENULIS TELAH BERKUNJUNG KE MAKAM SYED MOHD HATTA DAN SYED ALWI JAMALUAIL YANG TERLETAK BERSEBELAHAN DIDALAM HUTAN DI MAKAM LANGGAR KE 2.

PENULIS ADALAH WARIS MUTLAK SULTAN MAD ZAFFAR SYAH III IBNI KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH MAHARAJA BENUA ISLAM NAGARA KEDAH.

1 comment:

aqmal said...

PENGGUNAAN JAMALULAIL ADALAH SEMPENA GELARAN KEPADA SAYYIDINA JAMALUL ALAM BADRUL MUNIR @ PODISET, ANAKANDA KEPADA MERONG MAHAWANGSA (WA REN WONGSER ).

ini adalah salah sama sekali.

Yang pertama kali mendapat julukan (gelar) "Jamalullail" adalah Waliyyullah Al-Imam Al-Fadlil Muhammad bin Hasan AlMu'allim bin Muhammad Asadillah bin Hasan Atturabi.

Soal gelaran yang disandangnya, kerana Beliau selalu beribadah semalam suntuk hingga waktu fajar. Malam harinya diperindah dengan ibadah shalat tahajjud dan sholat-sholat sunnah lainnya, serta pengajian ayat-ayat suci Al-Qur'Anul Karim, selawat-selawat Rasulullah saw dan membaca doa-doa lainnya, hal ini dilakukan sepanjang hayatnya. Kerana itu Beliau digelari "Jamalullail" yang bererti Beliau adalah orang yang selalu memperindah malam hari dengan banyak melakukan ibadah.
(Tela'ah Al-Mu'Jamul Lathif halaman 72-73)

Waliyyullah Muhammad Jamalullail dilahirkan di kota Tarim. Dikurniai 2 orang anak lelaki masing-masing adalah:

1. Abdullah bin Muhammad Jamalullail, yang dari kedua cucunya masing-masing Abdullah bin Ahmad dan Muhammad bin Ahmad menurunkan "Al-Jamalullail" yang kebanyakkan berada di Hadralmaut, di Makkah Al-Mukarramah dan di India, dan sebahagian kecil berada di Aceh dan Pulau Jawa.
2. Ali bin Muhammad Jamalullail, dari anak cucunya menurunkan Keturunan leluhur Al-Qadriy, Al-Assry, Al-Baharun, Al-Junaid.

Waliyyullah Muhammad Jamalullail pulang ke Rahmatullah di kota Tarim pada tahun 845 Hijrah. Semoga Allah swt memasukkan Beliau-Beliau ke dalam Syurga dan menghimpunkan bersama-sama para Nabi, para Syuhada, para Auliya dan para Sholihin. Amin!...