Thursday, May 24, 2007

AYUTHIA PURBA

Uploaded byanaianai

Kenyataan Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato Wong Kam Hong baru-baru ini agar mengkaji semula sejarah kedatangan Islam di Nusantara sangat-sangat dialukan.

Saya, selaku waris mutlak Sultan Jaafar Mad Azam Syah pemerintah terakhir Benua Islam Siam Nagara Kedah ingin turut membantu pihak berwajib untuk menjelaskan realiti sejarah yang saya terima secara wasiat dari generasi sebelum saya terdahulu. Melalui wasiat Maharaja China Siaman Dinasti Manchu, Sayyidina Osman Yang di Sanjung, diturunkan kepada cucu baginda Sultan Jaafar Mad Azam Syah, bahawa di Gunung Jerai satu ketika dahulu terdapat sebuah Istana Ayuthia zaman purba milik Maharaja Siam Islam Meang Oliak Bodi Tok Kong Oliak Al Musatapa (Wali Al-Mustapa). Kisah Wali Al Mustapa ini ada diceritakan dalam hikayat-hikyat penulisan melayu tempatan namun telah diedit dalam pelbagai versi.

Maksud bahasa Siam ke Bahasa Melayu,

Meang - nagara
Oliak - aulia (perkataan Arab)
Bodi - puak baik (seperti Rama Ti Bodi)
tok - datok
kong - kumpulan
Oliak Al Musatapa - Wali Al Mustapa

Oliak Al Mustapa ialah Putera Nabi Noh Alaihissalam dan Istana baginda di Gunong Jerai telah ditenggelami oleh laut di zaman banjir besar Nabi Noh Alaihissalam. Setelah diselamatkan oleh bahtera Nabi Noh Alaihissalam, baginda belayar mencari daratan. Apabila air surut, baginda kemudiannya menjadi Raja di Rom Parsi. Salsilah raja-raja di semenanjong yang mengatakan keturunan mereka berasal dari Rum ada kaitannnya dengan riwayat ini.

Di puncak Gunong Jerai dulunya terdapat sebuah masjid lama zaman Nabi Noh Alaihissalam. Dalam tahun 1909 Inggeris telah merobohkan Masjid purba tersebut dan membina sebuah rumah rehat. Laluan kenderaan untuk mendaki Gunong Jerai hari ini bukan dibuat oleh Inggeris tapi asalnya laluan gajah sejak zaman berzaman. Namun begitu tinggalan istana lama masih ada lagi disini di situ. Seperti yang diwasiatkan kepada saya oleh datuk saya Tuanku Nai Long Mahmud ibni Tuanku Nai Long Hj Yassin dan generasi sebelumnya, kisah Wali Al Mustapa ini sudah diketahui oleh Maharaja China Sai Tee Sung lantas dia dengan rela hati memeluk agama Islam bila bertemu dengan Saad bin Waqas dalam tahun 650 masihi.Wallahhualam.

Sebagai buktinya saya sertakan gambar Istana Ayutia Purba Maharaja Siam Meang Oliak Bodi Tok Kong China ( lihat gambar tinggalan sejarah, dari blog Naim Firdausi atau click di sini, http://naim-firdausi.blogspot.com/2007/05/penemuan-tinggalan-kesan-kesan-binaan.html ). Istana purba ini teletak di km 3, Jalan mendaki Gunung Jerai, di Gurun, Kedah. Di zaman Sultan Jaafar Mad Azam Syah jalan mendaki Gunung Jerai ini telah dijadikan kawasan larangan bagi menghindarkan amalan khurafat. Dalam tahun 1876, Sultan Jaafar Mad Azam Syah telah dibunuh oleh raja Buddha Thai, Chakri Rama V Chula Luang Khun di belakang Balai Polis Gurun Kedah.

Mengikut pengawal peribadi baginda yang ditangkap tetapi tidak dibunuh, pembunuhan tersebut turut disaksikan oleh Paduka Seri Sultan Abdul Hamid, penjajah Inggeris dan Thai. Pakatan Inggeris untuk menumbangkan empayar Islam tidak berakhir disitu. Mereka telah memanggil Dr Sun Yat Sen (bermaksud kumpulan penghapus keturunan) seorang cendikiawan China dari Amerika ke Pulau Pinang. Dia dikatakan datang ke Pulau Pinang untuk belajar bahasa China semula sebelum berangkat ke negeri China bersama pemberontak-pemberontak untuk menumbangkan Maharaja Dinasti China Manchu Islam. Sebelum berangkat dia diberikan tugas dan tanggungjawab serta latihan secukupnya oleh Inggeris. Dengan tumbangnya Dinasti China Manchu Islam, terdahulu dari itu keturunan Monggol Islam di India, maka lengkaplah kerja-kerja penjajah kafirin laknatullah untuk mengecilkan dan sekaligus menjahanamkan empayar Melayu dari rumpun Siam Islam di benua ini.

Tuanku Nai Long Kasim ibni Tuanku Nai Long Ahmad.
Waris Mutlak
Maharaja Benua Islam Siam
Nagara Kedah Pasai Ma

No comments: