Friday, January 4, 2008

PENINGGALAN SEJARAH DI SG MERBOK

Sungai Merbok adalah sebuah sungai yang terletak di utara bandar Sungai Petani dalam negeri Kedah Darulaman. Dengan kelebaran hampir kurang lebih 1 km disesetengah tempat ia menjadi laluan mudah bagi kapal-kapal layar yang besar dizaman dahulu untuk mudik ke hulu. Sungai ini di kualanya terletak kawasan peranginan Pantai Merdeka di selatan dan Tanjung Dawai di Utaranya.

Sekiranya kita memudikki sungai ini dari kuala ke hulu sungai, dikanan kita adalah Kuala Muda sementara di kiri ialah Lembah Bujang. Memang ada pun nama kampung seperti Kg Pengkalan Bujang dan Kg Segantang Garam dikiri sungai ini. Di kanan pula terletak Kg Sungai Layar tempat membaiki kapal layar zaman dahulu. Nama-nama ini sudah pasti ada kaitan dengan aktiviti perniagaan masyarakat setempat ketika itu. Oleh sebab itu nama-nama lain seperti Sg. Jagong, Sg. Tukang, Sg. Layar, Sg. Pasir dll disekitar Sungai Petani, Telok Bayu, Bendang Raja, kolam Duli merupakan kawasan perdagangan di raja pada zaman dahulu. Di kawasan Sungai Merbok inilah terdapat kesan-kesan sejarah yang ditinggalkan terutama sekali dikawasan yang di panggil Istana Pulau Tiga.



Peninggalan sejarah disini kami boleh bahagikan kepada tiga iaitu,

1) Peninggalan Kota Istana Pulau Tiga
2) Peninggalan ‘Gok’ pembakar kayu untuk membuat arang dan batu bata
3) Peninggalan kubu tentera British

Peninggalan Kota Istana Pulau Tiga

Terdapat 3 buah pulau kecil dalam Sungai Merbok, iaitu Pulau satu, Pulau dua dan Pulau Tiga. Pulau tiga turut juga dikenali sebagai Pulau Kunyit. Pulau-pulau ini walau pun hari ini dikelilingi oleh pokok bakau akan tetapi tanah dibahagian tengahnya kejap dan rata, sesuai untuk didirikan bangunan.


Menghampiri Pulau Tiga. Walaupun berpaya bakau disekelilingnya, dibahagian tengah nya mempunyai tanah dan batu yang kukuh.


Pak Saad menceritakan semula sejarah, setakat yang diketahuinya. Tanah yang didudukkinya berhampiran Sg Merbok dikatakan milik raja, raja mana tak pasti pulak.

Menurut seorang penduduk tempatan yang tinggal berhampiran, berusia 73 tahun iaitu Pak Saad terdapat sebuah istana yang didirikan diatas air berhampiran dengan Pulau Tiga. Sewaktu air surut kesan-kesan batu-bata istana ini boleh dilihat didalam air. Istana ini telah dirobohkan sekitar tahun 1876-1881 sewaktu negeri kedah dijajah oleh tentera thai. Malah tanah kampung yang mana Pak Saad mendirikan tanah diklasifikasikan sebagai tanah milik raja, bermula dari jambatan Sembeling hingga ke Laguna Merbok.


Alor Sungai Tukang telah pun ditutp untuk membina kawasan perumahan Bandar Laguna Merbok. Sungai Tukang adalah tempat dimana kapal-kapal layar zaman dahulu berlabuh untuk dibaiki.

Didalam buku sejarah Mahawangsa terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah ada menyebut bahawa Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah pernah bersemayam diistana Pulau Tiga sewaktu melarikan diri tentera thai dahulu. Kalau dicari istana ini hari ini, sememangnya tidak akan dijumpai lagi. Ia telah lama di musnahkan oleh tentera penjajah di zaman dahulu dan serpihannya dibuang kedalam air. Bumi bertuah ini sejak zaman dahulu tidak pernah dilanda gempa bumi untuk merobohkan binaan ini semua. Sekiranya ada, pasti serpihannya dapat dilihat oleh kita hari ini. Begitu juga candi di Lembah Bujang yang sengaja ditimbus untuk menutup sejarah bangsa.



Di riwayatkan bahawa Istana Pulau Tiga adalah sebuah istana lama yang dibina semenjak zaman Iskandar Zulkarnain lagi. Malah dikatakan juga pembinaan istana di Mandalay oleh Raja Mandalika Sultan Madzafar Syah III bergelar Rama Tibodi I adalah mengambil kira saiz dan rekabentuk bangunan tersebut. Hari ini, kesahihannya sudah pasti tidak dapat dipastikan lagi. Dari segi kupayaan masyarakat setempat sememangnya ada kerana Borobodur yang jauh lebih besar pun mampu didirikan di Pulau Jawa. Yang tinggal hanyalah dinding-dinding kotanya sebagai bukti untuk generasi kita hari ini.


Ini adalah gambar Istana Ananda Paagan bermaksud 'Anakanda bawa wang' yang tersergam di Mandalay, Myanmar (Burma) hari ini. Di riwayatkan bahawa Raja Mandalika (Mandalay adalah sempena nama baginda) Sultan Madzafar Syah III bergelar Rama Tibodi I (di Ayuthia) melihat contoh Istana di Pulau Tiga untuk membina istana ini disana. Raja Mandalika inilah dimana namanya terpahat pada Batu Bersurat Trengganu. Adakah Pagaan @ Bagan di Bagan (Serai), Pulau Pinang mempunyai persamaan?




Duit dinar matahari yang dikatakan pernah dijumpai di Pulau Tiga disamping serpihan pinggan mangkuk China. Duit dari 'cowries' iaitu sejenis siput turut pernah digunakan di Siam. Dengan itulah penduduk di Utara menyebut kupang untuk sen hinggalah ke hari ini.


Tambak Bunga seperti yang ditunjukkan oleh Saudara Yusuf merupakan tambakan pejal yang kini ditumbuhi pokok jenis Acasia. Di hadapan inilah dikatakan terletaknya istana Pulau tiga terapung diatas permukaan air. Pada tambakan ini perahu akan terus bertemu dengan tanah pejal bukannya paya pokok bakau. Ada kemungkinan juga istana tersebut serpihannya berada didalam air sungai (dibuang kesitu) akan tetapi lokasi sebenarnya adalah diatas darat

Di samping itu terdapat tambak yang ditanam dengan pokok-pokok bunga sebagai backdrop kepada istana tersebut. Hingga sekarang tambak yang rapat kegigi air ini masih lagi dikenali sebagai Tambak Bunga.



Tidak jauh diseberang Sungai Merbok terdapat kolam-kolan ikan peliharaan yang dinamakan Kolam Duli. Nama seperti Kolam Duli, Tambak Bunga telah kami perolehi melalui wasiat dan kami tidak menyebutnya kepada Saudara Yusuf Saad yang membawa kami mudik Sungai Merbok. Beliau sendiri yang menyebutnya dan menunjukkan kepada kami kawasannya.



Namun begitu kesan-kesan diatas daratan masih lagi jelas kelihatan diantaranya dinding kota istana Pulau Tiga. Batu bata yang digunakan adalah jenis lebar dan leper sepertimana bata-bata candi di Lembah Bujang dan juga binaan pintu gerbang Kota Kuala Muda (Lembah Bujang hanya 15 min sekiranya berkereta).





Walau bagaimana pun rekabentuk binaannya pula tidak pula seperti rekabentuk candi yang dijumpai dengan begitu banyak sekali di Lembah Bujang ini. Kota ini ada tanda-tanda dirobohkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawap seperti diterbalikkan dsbnya. Yang anehnya kenapa kewujudan kota ini tidak dihebahkan? Adakah kerana rekabentuknya yang lain dari rekabentuk candi lembah bujang (walaupun bahannya sama) akan menyebabkan 'contradict' dengan maklumat sedia ada yang mengatakan candi adalah untuk penganut agama Hindu?

Gok untuk membakar Kayu Arang dan Bata

Gok adalah merupakan tempat membuat kayu arang menggunakan kayu-kayu bakau yang banyak kedapatan di pesisiran Sungai Merbok. Kawasan Sungai Petani ini tanahnya berbukit-bukitdan sesuai untuk mendirikan bangunan yang lebih tinggi berbanding Alor Setar dimana tanahnya berlumpur.



Sekiranya baru dikorek, tanah disekitar ini kelihatan merah seperti luka kerana baru di korek. Tanah yang berwarna hitam hampir tidak ada dikawasan ini. Dengan peninggalan sejarah sedia ada, adakah kawasan ini, Tanah Merah atau 'the red earth land' yang dimaksudkan dalam penulisan sejarah zaman dahulu itu? Cukup untuk kita renungkan seketika.


Pintu masuk ke Gok jelas mempunyai rekabentuk Siam Parsi. Mungkin ini adalah ikutan dari rekabentuk pintu masuk ke Istana Pulau Tiga yang masih ada lagi sewaktu Gok ini dibina dahulu.

Gok ini didirikan sekitar tahun 1850an sahaja memandangkan bata yang digunakan adalah sepertimana saiz bata pada hari ini. Dari jumlah Gok yang berbelas-belas terdapat disini kami yakin ada satu industri membuat arang yang luas dikawasan ini disamping juga untuk membuat batu-bata. Apakah kegunaan arang ini sebenarnya disamping untuk membuat dapur arang, membakar kemian, atau menggerakan kapal steam yang kekurangan arang batu disatu ketika dahulu? Walau apa pun, industri sebegini yang kami kira besar dizaman dahulu pasti dimiliki oleh pembesar dizaman dahulu.



Memandangkan Sungai Merbok ini luas dengan air yang tenang ia mudah dimudikki oleh kapal-kapal dizaman dahulu apatah lagi kapal-kapal layar yang mengutip barang-barang dagangan. Yang pasti, Sungai Merbok menyimpan seribu misteri sejarah negara berlatarbelakangkan Gunong Jerai yang juga mempunyai kisah lagenda yang tersendiri.



Pengusaha dari keturunan China dikawasan ini sudah pun meninggal dunia dan keturunannya yang masih ada tidak lagi ingin meneruskan kerjaya tersebut, lalu Gok ini dibiarkan/ditinggalkan begitu sahaja. Walaubagaimanapun usia Gok ini sudah pasti telah menjangkaui lebih 150 tahun.

Peninggalan kubu tentera British

Objektif kami bukannya mencari kubu tentera Inggeris. Akan tetapi diatas maklumat yang kami dapat, kami turun padang mencari setiap tinggalan sejarah yang ada kaitan dengan pengkajian kami. Di kawasan ini terdapat banyak tinggalan kubu-kubu tinggalan tentera Inggeris teutama sekali di sekitar kawasan peninggalan istana Pulau Tiga. Kubu-kubu ini mungkin didirikan mungkin seawal tahun 1900 ke atas sahaja. Terdapat juga bilik-bilik pegawai yang membawa dari satu ruang ke satu ruang yang lain.

Terletak dibawah tanah, ia dirikan dengan binaan bata moden dan di plaster dengan simen sebagai kemasan akhir. Terdapat ‘Cubicle’ untuk tentera berlindung dari serangan. Kami sertakan gambar-gambarnya.



5 comments:

feehunt said...
This comment has been removed by the author.
khamal said...

Salam sekali lagi..

Berkenaan dengan kenyataan 'the red earth land'. Kaki gunung jerai sehingga ke kawasan merbok ini di liputi oleh bijih besi yang mana saudara akan dapat melihatnya dengan lebih ketara di kawasan muara Sungai Merbok di sebelah Pantai Merdeka, Pulau Sayak dan di pesisir pantai teluk nipah. Saudara dapat melihat dengan jelas karat2 besi yang menembus batuan dikawasan terbabit. Ferum Oxide yang sebati dengan batuan dan tanah yang sememangnya akan bewarna merah..

Lagi satu, paras air laut telah merosot dengan mendadak sebelum kemasyuran melaka sebagai pusat perdagangan. Mungkin disebabkan ini perdagagan beralih ke Melaka... Bukti kemerosotan air laut mendadak.. dapat dilihat pada aras lekukan pulau batu kapur yang terdapat di Langkawi.

Cuba lihat pada kondisi sungai yang bermuara besar. Sungai Merbok.. bermuara besar tetapi ekornya tidaklah sehebat sungai muda... Ini menunjukkan satu keanehan. Saya berpendapat bahawa kawasan di belakang Tanjung dawai adalah sebuah Lagoon yang besar yang di barisi oleh pengkalan-pengkalan utama seperti Peng. Kakap, Peng. Bujang, Peng. Batu dan sebagainya.. Di kawasan Masjid lama pengkalan kakap.. terdapat pasir yang topografinya seperti pantai.. Kalau bekesempatan boleh lihat jika terdapat cenkerang di bawah microskop atau kaedah menguji kalsium karbonat....

Salam..
-khamal-

Paradoks said...

Salam, saya Saiful wartawan dari majalah Infiniti. macam mana cara untuk saya berhubung dengan admin blog ini. Ini kerana, saya berminat mengenai topik 'Istana Pulau Tiga'. Jika tidak keberatan, saya ingin berkongsi topik ini dengan pembaca Infiniti yang lain. Saya juga berharap pihak admin dapat menghubungi saya di alamat email ini saifulrizal1@gmail.com

zulfahmi zainal ariffin said...

KAWASAN LEMBAH BUJANG SETAU SY DULU MMG BUKAN DARATAN.SBB KAWASAN TU BILA DIKOREK DALAM2 AKAN JMPA KAYU2 BAKAU LAMA YG TERTANAM

adam said...

Saya bersetuju, kerana, masih ingat masa sya kecil-kecil dulu sekitar tahun penghujung 60an, awal 70an, sungai sebelah masjid lama Pengkalan Kakap boleh dimasuki oleh perahu-perahu besar.