Wednesday, July 14, 2010

WONG FEI HONG @ FAISAL HUSSEIN WONG



Dicatat oleh
DRS. KHALIL IDHAM LIM

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film "Once Upon A Time in China".Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

(Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan(Harimau)Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas.

Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).

Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangankosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.

Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejamdi Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton .

Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan
juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun
dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya http://www.blogger.com/img/blank.gifhttp://www.blogger.com/img/blank.gifdehttp://www.blogger.com/img/blank.gifngan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah
kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sesegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sediaada di China).

Bacaan tambahan di sini, http://en.wikipedia.org/wiki/Wong_Fei-hung

13 comments:

Husaini said...

Tidak mghairankan jika Wong Fei Hong itu muslim kerana Cheng Ho juga seorang muslim.. pasukan elit tentera China sekarang juga mempunyai instructor beladiri Cina muslim. Cuma biasala perkara yg baik dan hebat berkaitan dgn Islam tidak dihighlightkan oleh musuh Islam.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Canton = Zaiton

tengok peta besar sini:
http://themalaypress.blogspot.com/2009/10/age-of-discovery-siam-1340-1600.html

malaysia baru said...

Menarik.

Cepoi said...

Tertarik bila membaca yang Wong Fei Hong seorang Muslim. Seperti Laksamana Cheng Ho. Ada rujukan lain?

Terima kasih.

ruro said...

hah...baru tau ni...wong fei hong tu islam..!

jebat serban hitam said...

salam wbt...maaf tumpang lalu...saya tertarik dengan post tuan...untuk mengukuhkan lagi pegangan ini..dan hujah tuan..ada sebarang bukti untuk di bentangkan?saya amat berharap pihak tuan dapat memberi sedikit bukti buat saya jadikan hujah dan pengangan...semoga semangat dan perjuangan tuan terus istiqomah..amin

Mahadaya said...

Tuan hamba Anai2,
Hamba telah kaji sejarah Melayu dan bangsa Melayu memperolehi kehebatan kerana mengikuti agama Nabi Ibrahim iaitu Asalama (Alif Sin Lam Mim) diperturunkan dari Iskandar Zulkarnain. Raja Iskandar mempelajari agama dari kitab taurat dan berguru dgn Khidir serta Aristotles. Di dlm al quran, tuhan firmankan supaya mengikuti agama nabi Ibrahim, jadi nabi yg menerima wahyu adalah sebenarnya dari keturunan Raja Iskandar dan mengikuti agama nabi Ibrahim. Apabila al quran dirosakkan dgn meletakkan tanda dan baris, terciptalah watak Muhammad dan Islam yg agama bersumberkan hadis2 Muhammad. Tujuannya di kala itu ialah menjatuhkan empayar Melayu yg rajanya merupakan raja dunia. Bahasa arabaya di bawa oleh Iskandar Zulkarnain diwarisi keturunannya, jadi bangsa Melayu mengetahui bahasa asal kitab dan juga tulisan Jawi. Jawi sebenarnya di baca Jawaya dan apabila dibariskan menjadi Jawayun yg bermaksud keris.

azmie said...

berkaitan nama malaysia yg muncul pad thn 1937 tu. nama malaysia tu merujuk kpd kawasan kepulauan melayu atau nusantara (melayo polynesia). kalau rujuk kpd ulamak kita akan jumpa mcmana negara2 dlm nusantara pd masa tu adalah sebahgian dari empayar Islam. apa yg jadi selepas kejatuhan Othmaniah sama dgn yg jadi di arab, afrika. kiat boleh lihat perkara ni dari segi ilmiah semata atau boleh lihat dari sudut aqidah. kalau dari sudut ilmiah, kita cuma akan dapat ilmu hal kehidupan masyarakat pada masa tu, tapi kalau dilihat dari sudut aqidah, kita akan dapati bagaimana puak zionis menerusi kajian ini memecahbelahkan umat Islam nusantara berdasarkan fahaman puak yg sehingga hari ini masih tidak boleh disatukan seperti dulu.

PRU said...

Tuan anai anai. setakat yg sy baca dr blog ini memang tercengang. Tuan pny sumber yg sahih.Barula terbukak mata kita tentang apa itu tanah melayu jajahan Islam.

Tp yang menjadi kemusykilan adalah artikel ttg wong fei hong ini. Dimana sumber yg dpt meyakinkan sy?
Sy langsung tak yakin, tidak sprti artikel2 lain disini.

blackpaddle01 said...

Nama MALAYSIA sudah lama digunapakai sejak abad ke 19 oleh antropologi bukan dipakai pada sejak 1937!
MALAYSIA merujuk sebagai gugusan kepulauan Melayu dari Sumatera hingga ke Menado dan Filipina

blackpaddle01 said...

Artikel Wong fei Hung itu cukup memeningkan kepala saya. Saya boleh percaya jika Wong Fei Hung itu seorang Islam. kerana boleh dikira logik, semasa pemerintahan Maharani balu (Empress Dowager) yg memerintah Dinasting Qing Manchu itu. Tentera China yang terkenal ialah Tentera Islam China yg digelar Pahlawan Gansu. Mereka ini terkenal semasa Pemberontakan Tinju (Boxer Rebellion) dan terkenal dengan keberanian, kepahlawanan dan kekejaman keatas Tentera-tentera Asing dan penganut Kristian Cina masa itu. Tetapi sampai bab penerangan sejarah Dinasti Qin (Manchu) itu menjatuhkan Dinasti Yuan? (sepatutnya Dinasti Yuan, Song, Ming barulah Qing), Kwangtung (Guangdong) dan Canton? (ia tempat yg sama cuma berlainan sebutan sahaja) Kwangtung adalah negeri manakala Canton atau dikenali Guangzhou (kwangchow) adalah ibu negeri , apa kaitannya dgn Kumpulan Kongsi Gelap Hai San?

Nick Chan Abdullah said...

saya tak hairan kalau wongfeihung ialah seorang Muslim. tapi kerajaan komunis china tak pernah nak rahsiakan agama orang dalam sejarah. lihatlah Cheng Ho, diakui Muslim di dalam dan luar negara China.

Artikel ini tiada reference dan bibliografi.

mohamad jasnizam said...

cter pasal kwantung..keluarga sye pon keturunan dari sana..dari ibu saya..sye pon nk tau asal usul ni..sedara saya nama mat kwantung..tinggal kt p.pangkor