Saturday, January 10, 2009

Surat Terbuka Memprotes Rancangan Membina Taman Abadi Kesultanan Kedah DYMM Sultan Abdul Halim Mad Azam Shah

Merujuk kepada perkara di atas, disini dinyatakan bahawa terdapat penipuan sejarah Negeri Kedah oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Malaysia dalam rancangan beliau untuk membina Taman Abadi Kesultanan Kedah sempena 50 tahun pemerentahan Sultan Abdul Halim Mad Azam Shah.

Di sini saya sebagai waris muthlak kepada Sultan Jaafar Mad Azam Syah, Sultan dan Yang Di Pertuan Kedah tahun 1862 - 1876 yang mana baginda merupakan Raja Maha Besar Benua Siam Kedah dan dibunuh oleh tentera Raja Buddha Thailand Dinasti Chakri Sokho Thai Rama V Chula Luang Khun (Chulalongkon) di Gurun Kedah pada tahun 1876 dengan ini membantah rancangan bagi membina Taman Abadi Kesultanan Kedah DYMM Sultan Abdul Halim Mad Azam Syah. Pemprotesan ini dibuat diatas dasar hak-hak saya dan berlakunya penipuan sejarah Negeri Kedah ini sendiri serta akan mengakibatkan penipuan sejarah ini kekal buat selamanya.

Susulan daripada itu, sila rujuk kepada surat kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (PMB (K)50 bertarikh 26 Mei 2008 serta surat saya yang bertarikh 28 Disember 2008 mengenai perkara; Sultan Abdul Hamid Halim Shah bukan Putera Sultan Kedah dan juga Sultan Abdul Hamid Halim Shah dilantik oleh Raja Penjajah Buddha Thailand Dinasti Chakri Sokho Thai Rama V Chula Luang Khun pada tahun 1881 masihi menjadi Sultan Kedah Darul Aman.

Sehubungan dengan itu juga, disini DYMM Sultan Abdul Halim Mad zam Shah Sultan Kedah Darul Aman Malaysia sebagai ketua agama islam Negeri Kedah Darul Aman Malaysia wajib mematuhi kehendak-kehendak hukum agama islam khutbah wida’ Nabi Muhammad s.a.w. Sejarah Kedah yang kita ketahui hari ini adalah hasil percaturan penjajah Raja Buddha Thai dan Inggeris di zaman dahulu bagi menghalalkan tindakan mereka menjatuhkan kerajaan Empayar Islam Benua Siam Kedah.

Dengan ini saya sebagai waris muthlak Sultan Jaafar Mad Azam Yang Di Pertuan Kedah dan Raja Maha Besar Benua Siam Kedah tahun 1862-1876 menuntut kembali hak-hak saya berasaskan kepada tuntutan hukum agama islam Qhutbah wida’ baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Nai Long Kasim Ibni Nai Long Ahmad

(Taman Abadi adalah merupakan dinding batu empat segi panjang berjumlah 50 keping bersaiz besar. Pada permukaannya dipahatukir dengan gambar-gambar sejarah (sejarah fantasi) negeri Kedah.

Wednesday, January 7, 2009

MAKAM SAAD BIN WAQAS

Lihat gambar-gambar persekitaran makam Saad bin Waqas yang mengislamkan Maharaja China Sai Tee Sung disini,

http://myummah.co.za/site/2008/06/10/the-tomb-of-sad-ibn-abi-waqqas/

Ada yang berselisih pendapat mengenai lokasi sebenar makam. Situasi yang sama berlaku kepada Laksemana Cheng Ho (Ma San Bao) yang meninggal dunia di laut lalu dibina tugu peringatan sebagai makam.

Walau bagaimana pun Saad bin Waqas pastinya adalah pahlawan perang, bapa saudara dan sahabat kepada Baginda Rasulullah S.A.W yang mula menyebarkan agama islam kenegeri China.