Thursday, February 2, 2012

RAJA DAN SULTAN

Raja berperlembagaan adalah kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berpelembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua Negara. Ini bermaksud Raja hanyalah ketua simbolik di dalam rangkaian eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan sesebuah negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil "absolute monarchy".

Di Malaysia, begitu pentingnya istilah raja ini hinggakan ia juga merangkumi kehidupan seharian masyarakat setempat dan juga pada nama-nama tempat seperti Parit Raja, Istana Raja, Jalan Raja, Masjid Raja, Bendang Raja, Bukit Raja dll. Pasukan keselamatan kita turut juga menggunakan istilah raja seperti Polis Di Raja Malaysia, Tentera Udara Di Raja Malaysia dll. Adakah ada kemungkinan dimasa depan akan diadakan Parit Sultan, Bukit Sultan atau Polis Di Sultan Malaysia sebagai satu kaedah menutup sejarah khalifah Islam, kita tunggu dan lihat..

Kenapakah istilah Raja ini begitu penting dalam negara kita? Kenapakah tidak disebut sultan sedangkan sultan merupakan gelaran bagi setiap monarki (kecuali Perlis) di Malaysia hari ini. Dalam sejarah kita, Raja Iskandar Zulkarnain pun digelar raja, bukannya sultan. Lebih mudah utk kita fahami, Raja itu bermaksud “King” dan bukanya Sultan seperti gelaran yang digunakan pada hari ini.

Manuskrip Melayu “Undang-Undang Kedah”, sebuah manuskrip melayu yang tidak diedit, dirampas oleh Inggeris dan di pulangkan sekitar tahun 2003 lalu diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2005 mempunyai interpretasinya yang tersendiri,

“ Fasal pada menyatakan faedah raja-raja di dalam negeri. Maka tiap-tiap raja itu mengadakan ia perkerjaan dan suruh-suruhan seperti tandil dan penghulu pada khalifah, mata-mata dan bendahara pada majlis balai itu dan pada majlis istana Raja iskandar Zulkarnain datang kepada Paduka Seri Sultan yang diatas kerajaan sekarang..” UUK,ms49.

Jelas di zaman UUK ditulis, apabila disebut raja-raja didalam negeri seperti diatas ia bermaksud banyak dan mereka ini menyediakan peluang perkerjaan untuk Khalifah yang memerintah. Raja-Raja yang memakai gelaran Paduka Seri Sultan hanyalah raja kecil atau raja daerah sahaja dan menjadi penghulu kepada Khalifah. Gelaran Khalifah adalah khusus untuk Raja yang lebih besar tarafnya dan memerintah sebuah negara Islam. Hari ini, contoh gelaran Paduka Seri Sultan hanya digunakan di Negeri Perak dan Brunai namun negeri-negeri lain sudah menggugurkan gelaran Paduka Seri ini.

Raja yang mutlak disebut sebagai Raja Maha Besar dan pada ketika itu memakai gelaran Syah Alam Yang Maha Mulia dan sebaik jatuhnya negeri Siam Islam kepada ketua pemberontak General Thaksin dengan bantuan puak Sukhothai Buddha dalam tahun 1767, gelaran itu ditukar kepada Duli Yang di Pertuan Yang Maha Mulia sepertimana tercatat dalam UUK,ms 43.  Dengan sebab itu, dalam membicarakan adat istiadat pertabalan raja, bentara berkata,


"Titah Duli Yang Di Pertuan, Datuk Bendahara titah dipanggil dan Maharaja titah dipanggil. Lepas itu segala datuk-datuk titah di panggil". Maka sakelian menteri hulubalang itu menjawab kata bentara,"Daulat Tuanku" lalu naiklah masing masing duduk pada tempatnya." UUK,ms33

Sejarawan sepatutnya mencari penjelasan siapakah yang dahulunya memakai gelaran ini (sepanjang 6 tahun UUK di terbitkan oleh DBP) dan bukannya mempertikai mana-mana waris yang masih ada. Fakta dalam UUK jelas di depan mata namun masih ada mereka yang buta sejarah, menolak manuskrip Melayu UUK apa tah lagi utk berusaha, mencari dan mengkaji. Pengkaji sejarah sekadar hanya mencungkil semula bukti-bukti yang ada untuk kita semua renungkan bersama. Bukan sejarah bangsa sahaja yang penting, sejarah islam pun penting juga.

“Maka adat ini daripada raja dahulu sampai pada marhum maka turun temurun pada Datuk Besar, turun kepada Datuk Seri paduka, turun kepada Datuk Maharaja Encik yusuf, dikurnia Paduka Marhum mambang akan Datuk Maharaja segala adat ini dan suatu dikurnia pada Datuk Paduka Seri Bongsu, iaitu Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit. Inilah keturunan gelar menteri, pegawai, hulubalang adat raja-raja yang sudah dahulu-dahulu itu di peraturkan; pertama gelar paduka itu ertinya saudara kepada raja dan gelar maha itu di dalam kitab Allah taala besar maknanya dan gelar Seri itu ertinya keluarga kepada raja dan gelar Raja itu ertinya sahabat kepada Raja dan gelar Tun itu ertinya sejamu dengan raja dan gelar Sang itu ertinya si anunya aku beri nama, enam jenis inilah keturunan gelar. Akan kweng itu ertinya anjing pada raja. Kepala segala paduka itu Paduka Raja. Akan Datuk Bendahara itu tidak di masukkan kerana ia tunggal seorangnya.” UUK,ms47.

Seterusnya,
“Inilah keturunan gelar menteri pegawai hulubalang adat raja-raja yang sudah dahulu itu. Peraturannya, pertama-tama di gelar “paduka”, ertinya saudara pada raja dan gelar “Maha” itu didalam kitab Allah taala besar maknnya dan gelar “seri” ertinya keluarga kepada raja dan di gelar ini ertinya sahabat pada raja dan kalutan itu ertinya sejamu pada raja dan gelar “sang” itu ertinya si anu. Aku beri nama enam jenis inilah keturunan gelar. Akan kweng itu ertinya anjing pada raja dan nadil itu orang pada raja” UUK,ms30

Maksud saudara dan keluarga kepada raja ini besar maknanya bagi mereka yang memahami soal kekerabatan. Ingatlah, bukannya raja itu keluarga kepada paduka tetapi paduka itu keluarga kepada raja, begitulah juga gelaran seri yang bersaudara dengan Raja. Dari segi hairaki, kita tahu siapa yang lebih besar di sini. Dengan sebab itu, Ahmad Tajuddin Halim Syah ketika mengadap Raja Maha Besar ke Benua Siam hanyalah bergelar Paduka Seri Sultan (UUK,ms 27).

Anehnya hari ini, bangsa kweng dan tandil ini pula yang terlebih kuah daripada nasi. Mungkin mereka terlupa asal usul mereka, namun kita ingatkan mereka kembali,

“Demikian lagi seperti yang bangsa raja itu, jika miskin sekali pun dipertengku dan di perpatik juga; maka duduknya pun keataslah kerana ia bangsa raja.”

Hati mereka yang ditutup oleh Allah swt biasanya akan menolak apa bentuk fakta dan alasan sekali pun, lebih-lebih lagi yang mana mereka anggap menentang arus sedia ada hari ini. Mereka sangkakan soal agama dan sejarah itu terpisah, soal kekerabatan dan kedaulatan itu perkara remeh kerana bagi mereka raja yang tidak berkuasa tidak dapat mengapa-apakan mereka dan mereka boleh campur tangan dan mengatakan apa saja sesedap mulut mereka ingin berkata-kata. Tidak mengapa, sedikit pun para waris tidak terjejas, Allah kan ADA.


Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).
Al-Anfal: 22

Disebabkan akal, manusia menjadi bodoh. Ditambah pula dengan pekak dan bisu cukuplah sifat mereka. Antara fakta dan petunjuk Allah mereka asingkan dalam pengkajian, lalu pening lah mereka.Perkataan “maha” yang disebutkan diatas maksudnya besar dalam kitab Allah Taala. Persoalannya Raja Maha Besar yang manakah Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah pergi mengadap pada tahun 1802 itu. Yang kami pasti, Raja Maha Besar itu beragama islam dan baginda ialah Syarif Yang Di Pertuan dan pada ketika itu bersemayam di Istana Kota Mengkuang berhampiran Bandar Darulaman sebelum dibunuh tentera musuh pada tahun Musuh Bisik 1821.

Kita juga tahu bahawa baginda Yang Di Pertuan Syarif Syah berkuasa penuh sekitar tahun 1779 sepertimana tercatat dalam UUK,ms 43 dan bagindalah yang melantik Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah sebagai Tengku Laksemana kerana Ahmad Tajuddin Halim Syah adalah cucu saudara Yang Di Pertuan Syarif Syah dari isteri bukan gahara Sultan Mohd Jiwa, Perdana Menteri Kedah ketika itu. Tidak perlu untuk kita mengagungkan seorang raja yang kafir jika ia menggunakan gelaran Maha sekali pun kerana ia bukan beragama islam.

“Dan, kebesaran syarif dan menteri pada masa membaca surat utusan duduknya diatas panglima negeri. Pada masa itu ialah raja” UUK,ms42.

Raja Maha Besar ke Benua Siam di sebut di muka surat 28 lantas penjelasannya dapat dilihat ms45 fasal aturan duduk di balairong seri.

“..jikalau asal menteri khas bergelar Seri, jikalau asal menteri am bergelar Paduka, sama tara duduknya. Jika bergelar maha menteri am sama tara (duduknya) dengan menteri khas (tapi) bergelar raja”.

Contohnya, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, Raja Kuala Muda, hanyalah bertaraf menteri bukannya sultan. Ini dapat dilihat dalam UUK,ms 15 dimana disebut Raja Pattani, Raja Perak, Raja Ligor, Raja Merdelang, dan Raja Singgora. Jelas, dizaman dahulu gelaran Paduka Seri Sultan dan diikuti dengan nama mereka adalah raja daerah bertaraf menteri dan bukannya Sultan Kedah. Tujuan Yam Tuan Syarif disebut sebagai Raja Ligor dalam sejarah Kedah selama ini adalah untuk menutup taraf kebesarannya dan kewujudannya.


Memang mudah mengatakan biarkan sejarah yang lepas berlalu pergi namun, akuilah dulu peranan Syarif Yang Di Pertuan Kedah (juga disebut Yamtuan) dalam Sejarah Kesultanan Kedah. Elok juga mereka ini sekiranya mengaku beragama Islam menyemak semula apa itu Khutbah Widak.Lagi pun umur semakin meningkat, apa salahnya memperjuangkan sejarah Khalifah islam, pahala pun dapat, keredhaan Allah pun dapat, melainkan mereka ada agenda tersembunyi.

Saturday, November 12, 2011

BARAT MEMOMOKKAN SEJARAH


Perkembangan Islam di China disorok, penipuan Joseph Needham diiktiraf

"SEPARUH daripada penulisan sejarah adalah dengan menyembunyikan kebenaran." Pandangan Pemenang Anugerah Nebula 2005 (Skrip Terbaik - Serenity), Joss Whedon pasti tercerna daripada kekaburan yang dibawa pensejarahan Barat mengenai penyimpangan dalam teks, karya atau fakta sejarah.

Apatah lagi penyimpangan, penyelewengan dan penyongsangan fakta wujud secara berleluasa dalam dokumen, teks serta karya sejarah yang ditulis orientalis mahupun pengarang Barat.

Tujuan orientalis dan pengarang Barat hanyalah satu, iaitu menghilang dan menggelapkan pengaruh Islam khususnya terhadap kebangkitan dan kekuasaan imperialisme mereka, sekali gus mengabsahkan hegemoni mereka.

Lebih menyedihkan pandangan yang kononnya bersifat sejarawi itu, diekori oleh sejarawan dan pengarang dari Asia atau dunia Islam sehingga menerimanya sebagai fakta sejarah yang satu-satunya sah lagi benar.

Hasilnya, sejarah Islam dan tamadun lain di Timur bukan saja ditulis dan dibukukan oleh orientalis serta pengarang Barat, bahkan dibentuk dan dimuatkan berdasarkan kerangka pandangan alam mereka.

Tidak hairanlah banyak sumbangan Islam dan Timur terhadap kebudayaan dan peradaban Barat menjadi wap yang hilang di langit sejarah dunia sehingga yang tinggal adalah sejarah yang dibentuk berdasarkan bekas yang ditinggalkan oleh orientalis dan pengarang mereka.
Gejala minda tertawan ini dikemukakan Pensyarah Jabatan Matematik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail ketika mengupas Diskusi Intelek: Cheng Ho, Cina, Alam Melayu dan Perkaitannya di Panggung Percubaan UPM, Serdang, baru-baru ini.

Dr Mat Rofa berkata, tiga dinasti di China mempunyai hubungan erat dengan Islam, iaitu Dinasti Song, Yuan dan Ming, tetapi sejarah dinasti itu kurang dicatat dalam teks sejarah China.

“Malah, ramai yang tidak tahu pengaruh Islam dalam pemerintahan dinasti di China sudah sampai kepada tahap menjadi agama yang dianuti maharajanya, apabila Zhu Yuanzhang menjadi Maharaja Islam yang pertama.

“Bagaimanapun, apabila Dinasti Ming kalah di tangan Dinasti Manchu, kerajaan mengharamkan rakyat daripada belajar sejarah dinasti Islam itu,” katanya pada diskusi anjuran Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM itu.

Tidak hairanlah, Dr Mat Rofa berkata, sumbangan besar dunia Islam tidak diketahui oleh umum seperti penciptaan peluru yang dikatakan sebagai sumbangan tamadun China sebenarnya dicipta oleh saintis Islam yang dibawa dari dunia Islam.

“Malah pelayaran Laksamana Cheng Ho atau Zheng He sendiri banyak diselewengkan sehingga ada sejarawan yang menohmah pelayarannya adalah bertujuan untuk membunuh musuh politik maharaja di Asia, meskipun beliau mahu menunaikan haji di Makkah.

“Ia jauh sekali berlawanan dengan fakta Zheng He membawa armada kapal yang sangat besar dalam pelayarannya tetapi tidak membawa balik harta rampasan,” katanya.

Ini kerana, Dr Mat Rofa berkata, China datang ke alam Melayu untuk melindungi kerajaan kecil di Gugusan Kepulauan Melayu seperti amaran Zheng He kepada Raja Siam yang mengganggu Kesultanan Melayu Melaka dengan mengingatkan kesultanan itu umpama adik kandung kepada China.

“Bagaimanapun, sejarah sumbangan dan pengaruh Islam di China digelapkan sehingga Islam tidak dianggap memainkan peranan penting dalam peradaban yang sangat besar itu.

“Penulis Barat, Joseph Needham, yang diupah oleh orientalis bukan saja mengubah sejarah China, bahkan banyak menyelewengkan fakta,” katanya.

Needham yang turut dikenali sebagai Li Yuese menghasilkan Science and Civilisation in China yang asalnya mengandungi tujuh jilid pada 1948, berkembang kepada 24 jilid dengan 15 daripadanya ditulisnya sendiri, selain turut menghasilkan Science in Traditional China.

Kerangka yang ditinggalkan Needham itu masih meninggalkan pengaruh yang kuat kepada pensejarahan China, apatah lagi apabila namanya diabadikan sebagai Institut Kajian Needham (NRI), Cambridge, England, yang mengepalai penyelidikan dalam sejarah sains, teknologi dan perubatan di Asia Timur.

Lebih teruk, Dr Mat Rofa berkata, sejarawan China sendiri banyak bergantung kepada Needham dalam penulisan sejarah bangsa dan tamadun mereka.

“Sebenarnya, Zheng He meninggalkan diari hariannya yang dianggap paling asli, sekali gus catatan yang ditulis oleh penulisnya, Ma Huan itu banyak bercanggah dengan tulisan Needham.

“Sepatutnya sebarang penulisan mengenai sejarah di China khususnya Islam perlu berpandukan kepada catatan harian itu berbanding karya yang lebih mutakhir,” katanya.

Beliau mengingatkan banyak pembohongan dalam sejarah diterima sebagai fakta yang sah dan benar seperti Dr David Livingstone yang menjadi orang pertama menemui Sungai Nil atau Singapura yang dibuka oleh Stamford Raffles.

“Lebih melucukan apabila fakta penemuan Dr Livingstone pernah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah di Mesir kerana kalau mahu menipu pun, janganlah sampai keterlaluan.

“Fakta penemuan Dr Livingstone itu umpamanya kita mempercayai bayi menyambut kelahiran bidannya kerana Sungai Nil sudah lama wujud dan Afrika sendiri sudah lama mempunyai penghuni,” katanya. (seperti Pulau Pinang dan Singapura dibuka oleh Light dan Raffles seolah-olah ia tidak pernah ada sebelum ini)

Penyimpangan, penyelewengan dan penyongsangan sejarah oleh orientalis dan pengarang Barat itu sudah lama dibiarkan bermaharajalela dalam membentuk kerangka kronologi dan pensejarahan dunia Timur khususnya Islam dan alam Melayu.

Sudah sampai masanya sejarawan dan pengarang kita membongkar teks dan sumber sejarah sendiri yang tersisih kesan daripada metodologi pensejarahan dan klasifikasi teks yang dirangka oleh Barat untuk menafikan hakikat sebenar sumbangan dan pengaruh Islam ke atas peradaban dunia.

Sebarang kitab, teks, hikayat, dokumen, catatan dan salasilah yang ditulis ulama dan pendakwah, sejarawan dan pengarang dunia Timur serta Islam perlu dikumpul, disusun dan dicantumkan dalam kerangka ilmu yang sebenar dengan menggunakan kekuatan intelektual untuk mentafsir dan menulis sejarah yang tepat.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Baratmemomokkansejarah/Article

Friday, September 30, 2011

SRI WIJAYA: Kerajaan Islam Yang Disepikan.

Kedatangan Sharifah Mariam al-Jefri bersama dengan suaminya, Merong Maha Wangsa ke Kedah untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh Nusantara. Gerombolan mereka datang ke Kedah dengan Kapal Arang beserta candi batu berlubang ditengah untuk memacak bendera atau panji kalimah syahadah berwarna merah dan gambar naga berwarna hijau. Candi batu berlubang tersebut kini disimpan oleh pihak muzium negeri Kedah.

Sebelum kedatangan baginda bersama isterinya, Jamal al-Jefri telah memberi arahan agar membuka kerajaan yang dekat dengan sebuah gunung yang mempunyai masjid milik putera nabi Noh yang bernama Yafis, orang siam mengelar Yafis sebagai Tok Kong yang bermakna Datuk Puak. Selepas kematian Tok Kong (Yafis) generasi selepasnya membuat gambar Tok Kong dan memuja serta menyembah gambar tersebut.

Kedatangan Raja Iskandar Zulkarnain ke negeri Kedah ialah untuk menghapuskan amalan khurafat mereka dan membawa ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s. Putera Raja Iskandar Zulkarnain bernama Phonain dengan bahasa siam bermakna ‘Lelaki Putera Raja Iskandar Zulkarnain’. Phonain telah banyak membina bangunan purba di sekitar Gunung Jerai, Kemboja, Laos dan Vietnam termasuklah bangunan Angkor yang dirampas oleh Raja Khameang Thai dan Raja Anam. Kawasan ini banyak ditumbuhi dengan pokok Rhu. Bukti adanya bangunan purba di sekeliling gunung Jerai telah di temui oleh ahli-ahli arkeologi. Bangunan-bangunan ini telah dirobohkan oleh tentera Thai dan British selepas mereka berjaya membunuh Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 1876yang ditangkap di Kota Pulau Tiga, Sungai Merbuk Kedah.


http://mindaahad.wordpress.com/2010/09/22/sri-wijaya-kerajaan-islam-yang-disepikan/

Monday, December 20, 2010

Kembalikan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah —

-Zaini Hassan

15 Dis — Saya dan profesor kajian alam Melayu, A. Murad Merican mempunyai kepercayaan yang sama. Pulau Pinang harus dikembalikan kepada kerajaan Kesultanan Kedah. Bukanlah kerana saya orang Kedah dan Murad orang Pulau Pinang, maka kami bersetuju dengan cadangan itu.

Tapi ia adalah berdasarkan fakta sejarah.

Asal cadangan itu datangnya dari Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsuddin Mohd. Yusof melalui kenyataannya kepada Bernama 1 Disember lalu.

Berita itu bertajuk: Kedah dicadang tuntut semula Pulau Pinang:

“PSMCK mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.

Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.

“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak. Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan,” ujarnya kepada pemberita.

Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.

Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.

Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.

“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan,”jelasnya.

Tambahnya, pihaknya akan mengadakan satu seminar dengan pakar-pakar sejarah untuk mengumpulkan fakta-fakta dan bukti yang berkaitan dengan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya di bawah naungan Kesultanan Kedah.

“Kami juga akan menyerahkan bukti dan fakta tersebut kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan terserah kepada mereka untuk menuntut semula Pulau Pinang atau tidak,”katanya.

Tanpa menjelaskan siapa pihak yang bertanggungjawab itu, Wan Samsudin berkata, tugas PSMCK ialah untuk menyuarakan kembali perkara itu memandangkan ramai pihak mula terlupa tentang sejarah sebenar negeri Pulau Pinang.

“Sama ada pihak tersebut mahu menuntut semula Pulau Pinang atau tidak itu terserah kepada mereka.

“Kami suarakan perkara ini kerana tidak mahu sejarah negeri Kedah dan Pulau Pinang terus dilupakan,”katanya.

Namun bukan semua orang menyenangi dengan cadangan itu. Ada yang mengatakan jika itulah pandangannya maka Tanah Melayu harus dikembalikan kepada Orang Asli?

DAP sudah tentu tidak mahu menyerahkan Pulau Pinang kepada Kedah. Mereka juga sudah tentu tidak bersetuju dengan pandangan dan cadangan itu. Pulau Pinang bagi DAP ialah kubu terkuatnya (sekarang).

Sejarah Pulau Pinang, sudah tentu mereka 100 peratus bersetuju, hanya bermula dari kolonial Inggeris, Francis Light. Bukannya dari kesultanan Melayu Kedah. Mereka juga percaya Raffleslah yang membuka Singapura. Bukan kesultanan Melayu.

Namun, cadangan Wan Shamsuddin itu mesti dipertimbangkan dengan wajar dan serius. Patik — Ahli Mahkota Kedah ini — berharap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan dapat meneliti perkara ini sedalam-dalamnya.

Umumnya komen-komen yang diutarakan dalam siber bagi mencantas cadangan itu jelas memperlihatkan kedangkalan sejarah dan persejarahan di kalangan rakyat Malaysia. Pemikiran dan sikap mereka dalam hal ini bersifat kebudak-budakkan sehingga ada mengatakan bahawa jika kita hendakkan yang asal, mengapa tidak kembalikan Tanah Melayu kepada orang asalnya, Orang Asli.

Beberapa lagi komen menjurus kepada mencabar kedaulatan Malaysia — dari segi mengembalikan negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, Thailand dan Sabah kepada Filipina.

Wan Shamsudin telah membangkitkan satu isu penting dalam sejarah dan persejarahan negara, bukan hanya kaitan Kedah dan Pulau Pinang. Ini adalah kerana sekian lama, sejarah dan persejarahan Malaysia, sama ada sengaja atau tidak, wujud dalam keadaan pelbagai kelompongan.

Saranan Wan Shamsuddin perlu disokong lalu diteliti dan dihalusi implikasinya dari segi sejarah dan persejarahan pasca kolonial. Kita bukan menolak kedatangan Inggeris dan kuasa barat ke Alam Melayu. Apa yang penting ialah usaha berterusan memberi tafsiran dan konteks yang lebih wajar kepada alam dan geopolitik kesultanan Kedah.

Murad juga dalam kenyataan akhbarnya menyebut, perjanjian memajak Pulau Pinang antara Sultan Kedah dan British pada 1786 dan 1800 tidak pernah menyebut bahawa ia tidak boleh dimansuhkan atau akan tamat pada tempoh tertentu.

Oleh itu, katanya tidak mustahil jika Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah jika ia dituntut sekarang. “Pulau Pinang boleh dijadikan satu daerah atau wilayah khas dalam Kedah jika ia dikembalikan kepadanya.”

Kata Murad, selama ini rakyat Malaysia hanya menganggap sejarah kewujudan Pulau Pinang berlaku pada 1786 iaitu apabila British mula sampai ke negeri itu. “Namun sebenarnya sejarah Pulau Pinang dan orang Melayu telah terpendam. Jika Kedah mengambil semula Pulau Pinang, ia sama sekali akan mengubah sejarah negeri itu,” jelas beliau.

Bagi menjelaskan lagi senario sejarah ini, saya menyarankan Persatuan Sejarah Malaysia dapat mengadakan seminar seperti cadangan Wan Shamsuddin itu seberapa segera. Pulau Pinang harus dikembalikan kepada hak kesultanan dan tamadunnya yang asal.

Kerajaan Pusat juga harus mengikuti perkembangan ini dengan teliti.

Bagi mendapatkan ruang bicara mengenai cadangan dan pandangan ini, Prof. Murad yang juga Ketua Kluster Penyelidikan Kajian Oksiden di Alam Melayu, Universiti Teknologi Petronas memberi analisis impirikal ringkasnya mengenai hal ini. Katanya cadangan itu membuka perbincangan yang penting bukan hanya dari segi kedaulatan kesultanan Kedah (yang tertua di dunia dan Malaysia), tetapi juga usaha berterusan mengeluarkan sejarah dan persejarahan Malaysia dari kepompong kolonial Inggeris.

Ikuti tulisan beliau:

Dari sudut Perlembagaan Persekutuan, cadangan Datuk Wan Shamsuddin itu tidak bercanggah dengan undang-undang negara. Mengubah sempadan sesebuah negeri diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Bahagian 1, Artikel 2, tertakluk kepada persetujuan Dewan Undangan Negeri terbabit dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Kita juga seharusnya tidak mengenakan sekatan pemikiran dan pergerakan untuk meluruskan masa lalu demi generasi masa depan. Kita maklum bahawa apabila Inggeris dan Belanda bertapak di Kepulauan Melayu, mereka melakarkan sempadan geopolitik. Ini membawa maksud mencampur tangan dalam hal ehwal masyarakat dan kerajaan Melayu.

Apa yang berlaku pada hakikatnya ialah pihak Inggeris telah campur tangan dalam hal-ehwal kesultanan Kedah. Dan campur tangan ini bermula lebih awal daripada Perjanjian Pangkor 1874.

Maka wujudlah nama-nama seperti Light, Scott dan Leith yang dikaitkan dengan sejarah Pulau Pinang dan seterusnya Malaysia. Maka pelbagai buku dan bahan tentang sejarah Pulau Pinang mengandaikan bahawa Pulau Pinang hanya mempunyai sejarah selepas mendaratnya Francis Light di Tanjung Penaga pada 11 Ogos 1786, dan seterusnya perjanjian pada tahun yang sama dan pada tahun 1800.

Akibat dari perjanjian-perjanjian tersebut, alam Melayu mula dikotak-katikkan “ khususnya jajahan Kesultanan Kedah, kerajaan Melayu yang tertua di Malaysia dan kerajaan beraja yang tertua di dunia.

Jika kesedaran umum bahawa “segala-galanya” bermula dari Melaka, maka kita memesongkan sejarah. Ini tidak semestinya kita mengetepikan Melaka yang merupakan asas kepada institusi dan sistem kerajaan di Malaysia kini.

Namun demikian, kesedaran ruang dan masa yang lebih awal dari itu amat kritikal sekali dalam penulisan sejarah negara dan perlu diketengahkan pada tahap akademik dan popular.

Dan apabila kita baca penulisan tentang sejarah Pulau Pinang, Kedah hanya dirujuk dalam konteks Sultan Kedah membuat perjanjian dengan Francis Light. Lebih dari itu, Kedah hilang dalam persejarahan Pulau Pinang.

Begitu juga dengan pelbagai penulisan tentang sejarah Kedah. Apa yang saya perhatikan ialah persejarahan Kedah setakat ini tidak memberi penekanan kepada Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada Kesultanan Kedah. Persejarahan Kedah juga menjadi mangsa kepada perspektif kolonial, yakni, menerima sebagai hakikat bahawa sejarah Pulau Pinang asing dan berbeza dengan sejarah Kedah.

Persejarahan Kedah memandang sepi penempatan Melayu Pulau Pinang dan warisan Kedah di pulau itu kecuali salah satu kertas kerja Datuk Wan Shamsudin beberapa tahun lalu yang ada menyebut penempatan Melayu sebelum kedatangan Inggeris.

Malah akibat daripada perjanjian dalam tahun-tahun tersebut, perhubungan Kedah dengan wilayah-wilayah di Sumatera pun tidak ditonjolkan seolah-olah tidak ada kesepaduan tradisi, bahasa, agama dan budaya di antara Kedah dan wilayah-wilayah tersebut.

Beberapa tahun lalu dalam syarahan saya pada PSMCK di Alor Setar, saya menganjurkan bahawa sejarah dan persejarahan Pulau Pinang mesti lari dari sudut kolonial lalu mencadangkan bahawa ia dilihat dari perspektif negeri dan Kesultanan Kedah.

Cadangan Datuk Wan mempunyai implikasi kepada sejarah negara. Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh luruskan persejarahan. Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh mengubah geografi alam kita sendiri demi menerokai satu ruang lapisan sejarah yang telah disisih.

Asal usul negara bangsa Malaysia perlu dihalusi dan dibincangkan secara terbuka. Kenyataan-kenyataan yang tidak menggambarkan hakikat hendaklah ditangani sewajarnya demi masa depan.

Sebagai contoh, sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 2007 dengan tajuk Malaysian Chinese and Nation-Building: Before Merdeka and Fifty Years After (Penerbit: Centre for Malaysian Chinese Studies, Kuala Lumpur) telah menyatakan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara bangsa bermula dengan pembukaan (founding) Pulau Pinang pada tahun 1786.

Bab satu buku itu yang bertajuk “State and Nation: An Overview and Malaysian Perspective,”menyatakan bahawa dari situ, perkembangan seterusnya telah menjurus kepada pembentukan satu politik.

Dalam perbincangan pembentukan Malaysia, buku itu menekankan kepada warisan undang-undang dan pentadbiran British sebagai asas kesamaan wilayah-wilayah di Malaysia (ms.10).

Wacana-wacana sebeginilah yang memesongkan sejarah dan persejarahan Malaysia. Apakah ia mengandaikan bahawa Malaysia tidak ada sejarah sebelum 1786? — Utusan Malaysia

Monday, December 13, 2010

History textbooks biased, say writers

By Zakiah Koya, The Sun


History textbooks are biased and littered with errors, claim two authors and academicians. Dr Ranjit Singh Malhi and Ng How Kuen, who writes history textbooks for Chinese schools, say their experience with officialdom does not augur well for the teaching of history in our classrooms.

Ranjit, author of secondary school history textbooks since 1990, and adviser to the Ministry of Education (MOE) on history textbooks, said such material were littered with factual errors and distortions. He said that when he pointed out the errors and distortions, a ministry official labelled him “anti-national”.

“Secondary school history textbooks have been used to promote political interests. It should be a scholarly pursuit and not politically-motivated,” said Ranjit who showed theSun history textbooks with errors and exaggerated facts.

“Five out of 10 chapters of the Form Four history textbook deal with Islamic history as compared to only one chapter in the earlier textbook. The intention of the earlier syllabus was to expose our students to World History,” he said when commenting on the announcement that the history syllabus is being reviewed and that the subject will be made a compulsory pass in the Sijil
Pelajaran Malaysia from 2013.

“The coverage of important historical events such as Renaissance and Industrial Revolution has been reduced by more than half,” he said.

He also said certain historical personalities, such as Yap Ah Loy (the third Kapitan China of Kuala Lumpur), were not given due recognition. Yap played a major role in the development of Kuala Lumpur as a commercial and tin-mining centre, particularly after the fire of 1881,” he said, adding that the Form Two history textbook had only one sentence on Yap as “one of the persons
responsible for developing Kuala Lumpur”.

“There is also no mention of freedom fighters such as Gurchan Singh (“Lion of Malaya”) and Sybil Karthigesu who resisted the Japanese Occupation of Malaya,” he said. (Gurchan secretly distributed a newspaper during the Japanese occupation while Sybil, who was tortured by the Japanese, and her husband treated wounded guerillas of the Malayan People’s Anti-Japanese Army).

The most glaring example of bias, he said, was related to the downfall of the Malay Sultanate of Malacca.

"The 1996 Form One textbook stated inter alia that a few Indian merchants lent their junks to the Portuguese in their attack on Malacca. I know of no historical evidence to support this fact,” said Ranjit.

“Six Chinese captains agreed to lend their junks to the Portuguese due to their hatred for Sultan Mahmud who had earlier detained them and their men to help attack Aru. The Portuguese used only one junk provided by one of the Chinese,” he said.

Ranjit pointed out that the decision to make history a must pass subject for SPM from 2013 was rooted in a wrong premise. "It is not right to assume that students will study history seriously and will be more patriotic after clearly understanding the Federal Constitution and the social contract.

“Patriotism thrives when citizens have a ‘sense of belonging’ and perceive themselves being treated equitably,” he said.

Ng, meanwhile, fears that making history a compulsory pass subject would mean one would have to subscribe to one’s version of events or risk failing the entire examination.

Ng, whose textbooks are still used in Chinese-medium primary schools, however stressed that it was timely to review the syllabus. “We always had to follow the curriculum given by the MOE and therefore the ruling parties have the upper hand in defining our history.”

As an example, he said when writing on the fight for independence, the contributions of the communists were left out.

He said history books should be written by historians and not teachers (Perstuan Sejarah pun janganlah pegang lama-lama, macam dah tak ada orang lain) as the former were not bound by the curriculum. “Students do know the truth but as textbooks are written according to approved curriculum, students end up learning history that is skewed,” said Ng. -- theSun

Wednesday, September 29, 2010

QUTBAH WIDA

QUTBAH WIDA BAGINDA RASULULLAH SAW


Wahai Manusia,
Sepertimana kamu menggangap bulan
ini dan kota ini sebagai suci, maka
anggaplah jiwa dan harta setiap orang
muslimin sebagai amanah yang suci.
Kembalikan harta kamu yang
diamanahkan
kepada kamu
kepada pemiliknya yang HAK.


Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun
agar orang lain tidak menyakiti kamu pulak.
Ingatlah sesungguhnya kamu akan
menemui
Tuhan kamu, dan dia PASTI
akan membuat
perhitungan diatas
amalan kamu


Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu
segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan
mulai sekarang.
Publish Post


-Khutbah pada 9hb Zulhijjah tahun 10 Hijrah di lembah Gunung Arafah-

Wednesday, September 15, 2010

Sultan Syarif Syah

Sila saudara/i baca kertaskerja saudara Hamli Asadi yang di bentangkan pd Forum ceritera Sultan Syarif Syah pd 29 Ogos 2009 lalu di Dewan Theatrette, Muzium Negeri Kedah. Forum ini di anjurkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Kedah.

Saudara/i peminat dan pembaca sejarah yang kami hormati, kewujudan dan peranan baginda Sultan Syarif Syah dalam sosio-ekonomi negara Kedah dizaman dahulu tidak dapat dinafikan lagi.

Kepada waris-waris baginda, gelaran sebenar baginda ialah Syah Alam Yang Maha Mulia Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Negara Kedah (@ Yamtuan Kedah).

Oleh kerana baginda wujud sebagai Yamtuan Kedah, maka dengan itu disebut dalam Undang Undang kedah ms 40, "..kepada Datuk Seri Bongsu, iaitu Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit".

Jelas kepada kita bahawa d zaman dahulu, Yamtuan Kedah bukanlah Sultan Kedah. Sultan Kedah ketika itu hanyalah Perdana Menteri kepada Yamtuan Kedah sahaja. Gelaran Paduka Seri Bongsu adalah kerana Sultan Muhammad Jiwa berkahwin dgn adik bongsu Sultan Syarif Syah bernama Nang Che Puan. (lihat salasilah)

Jadi apakah sebenar peranan yang di mainkan oleh Yang Di Pertuan Kedah. Kami berpendapat bahawa baginda adalah Yang Di Pertuan Agong dizaman dahulu, menjalankan pemerentahan menurut perlembagaan dalam Undang Undang Kedah. Hari ini negara kita bertukar-tukar jawatan tersebut ibaratkan rumah yang tidak bertuan. Usaha menulis semula sejarah Melayu dizaman pemerentahan Inggeris oleh Marhum Melaka yang dibiayai oleh penjajah Inggeris adalah bertujuan untuk menutup sejarah realiti, yakni sejarah Khalifah Islam yg kita semua hari ini tidak mengethui tapi dibongkar diblog ini.

Mana mungkin sebuah empayar islam sebesar Empayar Islam Benua Siam Kedah ini tidak mempunyai Khalifah, sedangkan dinegara islam lain ketika itu bersemayam seorang khalifah yg memerintah negaranya? Negara kafir yang berdekatan pun turut mempunyai maharaja seperti Thailand dan Jepun. Sedarlah saudara bahawa negara kita mempunyai Khalifah yg bertindak sebagai Yang Di Pertuan Agong di zaman dahulu seperti mana Turki dahulu, Jordan dan Arab Saudi pada hari ini.

Penjajah Inggeris meletakkan Bani Saud sebagai Raja Arab Saud-di (sehingga kini pro western), menjatuhkan Empayar Islam Ottoman Turki, menjatuhkan Empayar Monggol India dan menjadikan Queen Elizabeth sebagai Ratu India, menjatuhkan Empayar Islam Benua Siam Kedah milik kita dan akhir sekali menjatuhkan Empayar Maharaja Manchu Islam di Cina..dan kita masih lagi buta sejarah dan mengikut sahaja sejarah peninggalan mereka.

Sejarah negara kita diceritakan mengikut kepentingan peribadi mereka-mereka yang tunduk kepada kehendak penjajah yang mempunyai agenda tersembunyi. Mereka sanggup menggadaikan wilayah Yang Di Pertuan Kedah kerana tamakkan kuasa dan harta dunia. Contoh yg jelas ialah Pulau Pinang dan Singapura. Mereka enggan bangun untuk menentang penjajah kafir thai yang telah menyerang dan menawan Siam. Patutlah di katakan pusat pemerintahan Kedah berubah-ubah kerana yang di ceritakan adalah sejarah raja daerah sahaja. Di Johor pula, Temenggung ditabal sebagai sultan oleh Stamford Raffles!!! Temenggong itu boleh di ibaratkan sebagai Ketua polis yang mana sehingga ke hari ini ia masih mempunyai pasukan polis nya tersendiri. Sudah tentu, yang di gadaikan kepada Stamford Raffles ialah Pulau Singapura.

Video 'The Arrivals' dalam 'You Tube' harus lah dikaitkan dengan sejarah negara kita di masa lampau sebagai satu pengajaran. Usah lagi kita berpegang kepada tampuk lama yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris dulu kerana kita sudah dewasa dan mempunyai ramai cerdik pandai yang boleh membuat kajian sendiri.

Kepada yang berkuasa pada hari ini, perlu diingatkan bahawa waris Mutlak kepada Yang Di Pertuan Kedah masih ada hingga kini dan akan menuntut hak-hak nya mengikut Qutbah Wida dan hukum syarak.

"Setakat hari ini kerajaan telah menerima tuntutan dari waris kesultanan Kedah dan tidak ada bantahan dari mana-mana pihak", Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Kita ikuti penulisan saudara Hamli Asadi,






























Malangnya, makam yg di lawati ini bukanlah makam Sultan Syarif Syah walaupun ia memang berada dalam kawasan tanah perkuburan yg sama. Elok bertanya dahulu kepada waris yang masih ada yg menjaga makam tersebut.


anaianai di Makam Sultan Syarif Syah pada Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini