Tuesday, December 25, 2007

HIMPUNAN BESAR KELUARGA SYARIF YANG DI PERTUAN DARI TITISAN RAJA MERONG MAHAWANGSA



Jitra 22hb Nov : Satu perhimpunan besar keluarga Merong Mahawangsa keturunan Syarif Yang Di Pertuan telah berjaya di adakan di Taman Rekereasi Paya Pahlawan berdekatan dengan bandar Jitra, Kedah Darul Aman sempena menyambut Hari raya Qurban.

Majlis yang di pengerusikan oleh Y.B Dato Dr Nai Chau Megat Afifuddin ibni Nai Chau Megat Haji Omar ini telah menghimpunkan keluarga Syarif Yang Di Pertuan Maharaja Besar Benua Siam sepertimana tercatat dalam manuskrip Undang Undang Kedah yang dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalan tahun 2005.

Majlis ini telah diresmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato Nai Chau Megat Johari ibni Nai Chau Megat Bahrom, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga waris kepada Koya Nai Chau Abu Megat Manja. Turut hadir ialah waris mutlak, Yang Mulia Tuanku Nai Long Kasim ibni Tuanku Nai Long Ahmad dan keluarga beliau.



Kakak kepada Y.B Dato Dr Nai Chau Megat Afifuddin ibni Nai Chau Megat Haji Omar iaitu Prof Datuk Dr Nai Chau Asmah turut menerima wasiat dari keluarga yang terawal megenai sejarah Raja Nai Chau Abu Megat Manja. Siasatan kekeluargaan oleh Nai Chau Megat Ahmad ibni Nai Chau Megat Harun telah membawa kepada salasilah yang lebih lengkap lagi.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Nai Fai Bau Haji Abdul Ghani ibni Nai Fai Bau Haji Kasa. Nai Fai Bau atau Putera Kapas (sebab berkulit cerah) adalah anakanda Syarif yang paling bongsu.

Seawal jam 9 pagi pendaftaran ahli keluarga mula capai kemuncaknya sekitar jam 11 pagi sebaik ketibaan Yang Amat Berhormat Dato Nai Chau Megat Johari Nai Chau Megat Bahrom. Ketibaan beliau juga disambut meriah oleh waris dan keluarga yang sudah sedia menanti. Lebih 3000 ahli keluarga telah hadir pada perjumpaan tersebut dengan jumlah qurban sebanyak 5 ekor lembu dan 3 ekor kerbau.



Dalam ucapannya Dato Nai Chau Megat Johari ibni Nai Chau Megat Bahrom berharap usaha untuk merekodkan salasilah ini diteruskan oleh semua waris agar dapat di kenang oleh generasi kita yang akan datang. Beliau turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kembali salasilah yang telah hilang ini.



Majlis turut di serikan dengan persembahan silat, kumpulan muzik Gendang Keling dan ceramah oleh Yang Mulia Nai Long Mazlan ibni Nai Long Abdul Majid mengenai sejarah realiti nagara Kedah yang disembunyikan oleh penjajah Inggeris dan thai dahulu. Ceramah beliau telah menarik perhatian pelbagai pihak yang hadir pada hari itu.


Jika ia raja, kenapa nama baginda tidak tercatit dalam Salasilah Kesultanan Kedah?



Menurut beliau lagi, Sharif Yang Di Pertuan adalah Yang Di Pertuan Agong Nagara Kedah dahulu dan sejarah baginda telah digelapkan oleh penjajah sebelum memerdekakan negara kita dengan sejarah versi mereka. Namun penemuan bukti-bukti baru sejarah bangsa Melayu dari rumpun Siam mengenai kedatangan Islam semakin mengukuhkan bukti terutama sekali bukti bertulis dalam manuskrip Undang-Undang Kedah.


Khuysuk mendengar penerangan, dua waris Koya Nai Chau Abu Megat Manja

Penglibatan Yang Amat Berhormat Dato Nai Chau Megat Johari ibni Nai Chau Megat Bahrom dan Y.B Dato Dr Nai Chau Megat Afifuddin ibni Nai Chau Megat Haji Omar dalam bidang politik sebagai Menteri adalah ‘ibarat sireh pulang ke junjong’ memandangkan Nai Chau Abu Megat Manja ialah juga berjawatan Menteri Empat disamping sebagai Paduka Seri Sultan, Raja Kubang Pasu Darul Qiam.


TNL Kassim bersama Datuk Nai Chau Megat Johari ibni Nai Chau Megat Baharom.

Keluarga Syarif Yang Di Pertuan merangkumi waris anakanda baginda iaitu Koya Long bergelar Sultan Mud Zaffar Syah III, Koya Ngah bergelar Megat Terawis, Koya Shuib bergelar Megat Shuib Koya Nai Chau Abu bergelar Megat Manja dan Koya Fai bergelar Megat Iskandar.



Diantara waris yang hadir meramaikan majlis ini.



Kecuali Koya Long yang bersemayam di istana Kuala Kangsar, empat beradik anakanda Syarif Yang Di Pertuan termasuk baginda sendiri telah dibunuh oleh tentera thai yang menyerang Istana Kota Meang Kuang (bermaksud nagara luas) dalam tahun 1821. Serangan ini dikenali sebagai serangan Musuh Bisik, 1821. Ahli keluarga mereka yang masih kecil dan dewasa dilarikan oleh pengikut mereka ke kawasan lain yang lebih selamat dimana mereka membuang nama dan pangkat untuk menggelak identiti mereka dikenali musuh.



Menurut Setiausaha perhimpunan, Nai Chau Megat Ahmad ibni Nai Chau Megat Harun selain dari menghimpunkan semula keluarga besar ini ia bertujuan untuk saling mengenali antara satu sama lain dan disamping merekodkan salasilah yang ada dan mereka yang sudah pun meninggal dunia. Jelas pada setiap wajah-wajah mereka terdapat wajah yang seiras walau pun tidak pernah berjumpa sebelum ini.


Buku yang diedarkan kepada seluruh ahli keluarga sewaktu pendaftaran lengkap dengan salasilah keluarga masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada Nai Chau Megat Ahmad ibni Nai Chau Megat Harun diatas segala usahanya.

Jamuan makan tengahari turut disediakan dan ramai waris mengambil peluang untuk berkenalan diantara satu sama lain. Yang Amat Berhormat Dato Nai Chau Megat Johari Nai Chau Megat Bahrom mengingatkan kepada penceramah untuk membukukan penulisan sejarah dan salasilah ini untuk tatapan generasi akan datang. Sementara itu majlis perhimpunan ini dicadangkan akan diadakan setiap tahun bagi mengingati arwah-arwah yang telah meninggal dunia.

Wednesday, December 19, 2007

Lawatan ke Phattalung, Trang dan Krabi


Peta pelancungan Krabi dan Phuket

Salam hormat kepada semua pembaca blog ini. Sudah lama saya tidak bertemu saudara dengan artikel terkini. Baiklah, baru-baru ini saya telah membuat lawatan atas jemputan Konsul Malaysia Thailand untuk melawat Haadyai, Phattalung, Trang dan Krabi.Tujuan lawatan ini adalah untuk memelihara hubungan baik yang sedia terjalin diantara kedua buah negara.

Disana kami telah bertemu dengan Gabenor Krabi dan turut melawat beberapa penempatan orang-orang Islam. Memang terdapat ramai orang-orang Islam yang masih boleh bertutur dalam Bahasa Melayu Kedah dan juga Patani. Untuk makluman pembaca yang bukan dari Utara semenanjong, orang orang Kedah tidak memanggil Thailand sebagai Thailand. Mereka menyebutnya sebagai Siam kerana dari segi sejarah hubungan baik ini sudah sedia terjalin. Persempadanan yang ada hanya wujud 50 tahun sahaja berbanding hubungan sejarah sediada.

Pemandangan dan cuaca disana adalah sepertimana di Malaysia dengan ladang-ladang getah dan juga ladang kelapa sawit dikiri kanan jalan utama bandar-bandar diatas. Jalan utama dua hala kiri dan kanan bukanlah lebuhraya tertutup dan tiada tol yang dikenakan kepada semua kenderaan yang menggunakan laluan tersebut (hingga ke Bangkok). Namun kualiti jalanrayanya baik dan papantanda arah yang mudah difahami ditulis dalam dua bahasa.

Mungkin pemandangan yang kurang enak ialah kabel letrik yang terlalu banyak dan bertingkat-tingkat sepertimana digunakan di Malaysia di sekitar tahun 60an dahulu. Pekan Sadao pula sudah berubah menjadi bandar berbanding lawatan saya sekitar tahun 1973 dahulu. Lawatan terakhir saya pada tahun 2003 adalah melalui Padang Besar.

Masyarakat Islam dan Buddha di sebelah pantai barat ini rata-ratanya mesra dan peramah. Dari pengamatan kami perhubungan kedua kelompok masyarakat ini sudah sedia terjalin sekian lama, dengan itu asimilasi kaum mudah berlaku. Perhubungan kami dengan mereka menjadi mudah dengan rakan kami yang boleh bertutur bahasa Thai. Kami turut mengungjongi beberapa Masid disana dalam usaha mendekati masyarakat Islam secara dekat dan berhemah. Yang saya kira menarik ialah sekitar 60-70% penduduk di Krabi adalah beragama Islam. Malangnya, bahasa Siam Kedah pula sudah tidak difahami lagi disana.



Masjid Amman dalam perjalanan ke Pantai Ao Nang. Antara yang baru dengan yang lama



Dari aspek pemakanan pula, makanan asas seperti nasi berlauk dan ulam-ulaman memanglah sama namun kami tidak terlepas menjamah Tom Yam versi Thailand berhampiran Setesen keretapi Trang. Di samping itu makanan ringan seperti roti canai, roti pisang pun ada dijual oleh penduduk Islam disana. Soal mencari makanan halal tidak timbul bagi kami.


Penyediaan roti pisang pun kena tebar dulu.

Kami juga berpeluang melawat beberapa tempat percutian seperti Nopparat Thara Beach dan Ao Nang Beach. Disini jumlah pelancong dari Barat begitu ramai seolah-olah berada di Tanjong Bunga Pulau Pinang. Bot-bot untuk 'Island Hopping' pun banyak untuk pelancong melihat pulau-pulau kecil di sekitar lautan Andaman ini. Bagi pembaca yang belum pernah ke sana dicadangkan untuk pergi melihat sendiri kecantikkan alam semulajadi disana.

PS: Lawatan ini hanyalah untuk meninjau suasana kehidupan masyarakat Islam disana bukannya untuk mengkaji sejarah.

Thursday, November 29, 2007

BUKTI-BUKTI SEJARAH EMPAYAR BENUA SIAM ISLAM KEDAH

Sejarah negeri Kedah Darulaman banyak dilindungi oleh campurtangan penjajah Inggeris dan Thai pada awal abad ke 17 dan 18 dahulu menyebabkan banyak bukti-bukti sejarah negeri ini menjadi tidak selari dengan bukti-bukti yang mula dijumpai semula hari ini. Pada masa yang sama penemuan makam Sheikh Abdul Kadir ibni Hussain Syah Alirah bertarikh 904 masihi di Tanjong Inggeris, Langgar dan penemuan batu bertulis Ibnu Sirdan bertarikh 213 hijrah dalam celah-celah longgokkan batu candi oleh Dr Othman Md Yatim membuktikan agama Islam tiba jauh lebih awal dari tarikh 1400 masihi, tahun yang dikatakan Islam mula tiba ke Melaka.

Penjajah Thai pasti mempunyai muslihatnya apabila mereka membakar naskah Hikayat Merong Maha Wangsa. Tindakan ini diambil oleh tentera raja buddha Thailand Rama V Chakri Sokho Thai Chulalongkorn (Chula Luang Khun) pada tahun 1876 masihi selepas mereka berjaya membunuh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah, Sultan Jaafar Mad Azam Syah ibni Sultan Syed Alang Alauddin di Gurun Kedah. Sayangnya nama baginda dan ayahanda baginda berdua tidak terdapat dalam sejarah Kedah, negeri yang pernah diperentah mereka sebagai Raja Besar. Nama Sultan Syed Alang Alauddin bergelar Panglima Bukit Gantang ada tercatat dalam sejarah Perak namun peranan dan sumbangan baginda telah di kecilkan.

Sultan Syed Alang Alauddin bergelar Panglima bukit Gantang telah memerentah dari tahun 1839 hingga 1862 Benua Siam (mengikut buku Konvensyen Sejarah Kedah)yang turut mencangkupi wilayah Perak hari ini. Baginda adalah putera sulong kepada Sultan Mudzafar Syah III ibni Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Siam Ligor Nambang meliputi Kedah dan Perak. Sebelum menaikki takhta sebagai Raja Besar Benua Siam, baginda Sultan Mudzaffar Syah III ini pernah menjadi Raja Kemboja Cempakasari (bergelar Po Chan) dan kemudiannya sebagai Raja Kuala Kangsar. Nama sebenar baginda adalah Koya Long. Gelaran Koya mungkin asing bagi kita hari ini namun di Georgetown, Pulau Pinang ada sebuah masjid yang diberi nama Masjid Koya.

Pembakaran naskah Hikayat Merong Maha Wangsa pada 1876 ada tercatat di dalam buku ‘Sejarah Kedah Sepintas Lalu’ sementara catatan dari James Low mengatakan Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun memerintahkan agar hikayat tersebut hendaklah dibakar habis habisan agar penulisan yang berunsur agama Islam dan dakwah islamiah ini segera dimusnahkan.

Kenapa Hikayat Merong Maha Wangsa di bakar?

Didalam naskah Hikayat Merong Mahawangsa ada tercatat bahawa negeri Siam Lancang dibuka oleh Podiset Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir, (lihat dibawah blog ini) iaitu anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa yang beragama Islam. Sekaligus ia menafikan bahawa bangsa Siam bukanlah bangsa Thai hari ini kerana terdapat ke dua bangsa ini bertutur dalam dua bahasa yang berbeza. Pendek kata, jika Bahasa menunjukkan bangsa, orang-orang Siam beragama Islam sementara orang-orang thai (dari puak Sukuthai) pula beragama Buddha.

Dalam tahun 1767, ibu negeri Benua Siam Islam Ayuthia telah ditawan puak musuh yang beragama Buddha. Raja atau pemerentah mereka, Rama I adalah dari bangsa Sukuthai yang beragama Buddha. Ini berbeza dengan situasi sebelumnya dimana Ayuthia adalah sebuah kerajaan Islam yang diperentah oleh raja-raja Siam Islam. Ini yang disembunyikan oleh sejarah menyebabkan sejarah negara kita dan sejarah orang-orang Melayu dari rumpun Siam menjadi tidak tepat.

Hari ini kita dapati sejarah menjadi kucar-kacir apabila orang-orang Thai di Thailand pula mengakui mereka adalah orang Siam padahal raja mereka adalah dari bangsa Sukuthai yang menjajah negeri Siam bermula dari Rama I Yotfa Chulalok. Memang asalnya mereka orang Siam, rakyat negara Siam tetapi hari ini mereka dijajah oleh Raja Rama Thai, bukan Raja Siam yang beragama Islam seperti dizaman Ayuthia. Dengan sebab itu, apabila penguasaan mereka telah menyeluruh, mereka menukar nama negeri Siam kepada Thailand sempena nama suku kaum mereka.

Sekiranya diberi peluang, entah-entah, seluruh semananjong ingin di taikan oleh mereka. Langkah Inggeris menukar nama Semenanjong Malaka (jajahan Siam Islam) kepada Semenanjong Tanah Melayu adalah bagi menghentikan kemaraan ini dan menjaga kepentingan ekonomi mereka seperti bijih timah, ladang getah, lombong emas dll. Ada kemungkinan apabila Raja Thai berkuasa di Ayuthia, kemudiannya Bangkok mereka berhak kepada keseluruhan wilayah yang dulu berada dibawah Benua Siam Islam. Mereka lupa tentang perbezaan agama itu.

Kesemua maklumat-maklumat ini jika dianalisa dengan teliti ada tercatat dalam buku Undang-Undang Kedah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur dalam tahun 2005, selenggaraan Mariyam Salim. Undang-Undang Kedah merupakan manuskrip asal perlembagaan Benua Siam Islam Kedah. Ia mula ditulis berperingkat-peringkat semenjak tahun 222 Hijrah bersamaan tahun 812 masihi. Buku tersebut mula ditulis di zaman Saidina Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir (anakanda Podiset) berkerajaan di Acheh Darul Salam. Sebagai sebuah perlembagaan negara ia pasti di buat ‘amendment’, mengikut kehendak dan keperluan dari masa ke semasa.

Teks asal tulisan jawi Undang Undang Kedah ini telah tersimpan sekian lama di perpustakaan ‘School Of Oriental And African Studies (SOAS) London’, nombor rujukan MS 40329 dalam bentuk microfilm dan ia telah dibawa balik ke Malaysia untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siapa Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia?

Di ms 42,ada tercatat,
“Dan, kebesaran Syarif dan menteri pada masa membaca surat utusan, duduknya diatas panglima negeri. Pada masa itu (d)ialah raja”.

Di ms 43 ada tercatat,

“Adalah adat segala hamba raja itu dipersalini oleh Syarif dan menteri kerana kanun Datuk Besar Kota Star adanya”

“Daripada hijrah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Seribu Seratus Sembilan Puluh Sembilan iaitu TAHUN HA (1788 M) pada dua puluh delapan haribulan Safar, hari isnin, bahawa pada ketika itu maka adalah titah Yang Dipertuan Yang Maha Mulia keatas jemala Datuk Bendahara (Koya Long Sultan Mudzafar Syah III Kedah anakanda kepada Raja Siam Ligor Nambang ) menyuruh muafakat dengan segala pegawai-pegawai mengaturkan segala adat pada fasal menyatakan aduran hamba Allah Taala”.

Nama Syarif yang dimaksudkan ialah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Siam Nambang Ligor Ibni Khalifah Sultan Muhiyuddin Mansor Syah Chau Pija Sitamrat yang bersemayam di istana Kota Palas, Pulau Langkawi. Kita juga mengetahui terdapat gelaran yang tidak lagi digunakan hari ini iaitu Yang Dipertuan Yang Maha Mulia dan Syah Alam Yang Maha Mulia. Inilah gelaran bagi Raja Besar Benua Siam. Sebagai Raja besar dan juga Ketua agama Islam, mereka turut menggunakan gelaran Khalifah dan Maulana.

Di muka surat 17 tercatat,

“Hijrat al Nabi sallallahu alaihi wasalam pada seribu tujuh puluh delapan tahun, tahun Dal, pada bulan/Rabiulawal, hari isnin, zaman hadirat Maulana Syah Alam semayam di Kota Palas pada ketika itu bahawa titah Syah Alam Yang Maha Mulia pada segala pegawai yang tua-tua suruh perbuat undang-undang.”

Kota Palas kini dinamakan Padang Mat Sirat bertempat di Pulau Langkawi Kedah dan makam baginda masih lagi di kenali sebagai makam Purba, padahal baginda adalah Raja Besar Benua Siam seperti tercatat dalam Undang-Undang Kedah sebagai bukti bertulis. Papantanda pada makam purba (dikatakan kubur seorang wanita) di Pulau Langkawi harus ditukar dengan maklumat terkini dan di perelokkan bersesuaian dengan seorang raja besar yang bergelar Maulana. Dulu, makam baginda ditimbus dengan tanah untuk mengelakkan daripada dimusnahkan oleh gabungan tentera thai dan Burma yang menyerang Pulau Langkawi.

Di ms26 – 27 pula tercatat,

“.. raja segala hamba itu, adatnya disalin Seri Perdana Menteri daripada hukum kanun Datuk Besar Kota Star masa itu”.

Raja segala hamba bermaksud raja yang besar berbanding raja-raja wilayah dan rakyatnya sementara adat resamnya disalin/ditulis oleh Seri Perdana Menteri yang sememangnya ditugaskan berbuat demikian.

“Sebermula banyak emas ditempa Bunga Emas, dihantar ke Benua Siam Dua Puluh Emas masa Raja dahulu-dahulu, pada masa Sultan Muhammad Jiwa tambah sepuluh emas sebab sukar ia ditempahnya itu”

Dari bukti catatan diatas dapat kita fahami bahawa Sultan Muhammad Jiwa (1710 – 1778) hanyalah berjawatan sebagai Paduka Seri Perdana Menteri, BUKAN sebagai Sultan Kedah. Seterusnya di ms 40,

“Maka adat ini daripada raja-raja dahulu sampai pada Marhum naga (Sultan Rijaluddin) turun pada Datuk Besar, turun kepada Datuk Seri Paduka Tuan Tuha, turun kepada Datuk Maharaja Encik Yusuf dikurnia Paduka Marhum Kimbang akan datuk Maharaja segala adat ini dan suatu dikurnai kepada Datuk Seri Bongsu, iaitu Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit. Tamat”.

Hari ini kita semua tahu siapa yang bersemayam di Istana Anak bukit itu.
Di ms27 -28 tercatat,

“Maka pada zaman Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah Ibni Sultan Abdullah Mukaram Syah naik kerajaan pada tarikh seribu dua ratus dua puluh dua tahun Alif (1812 Masihi ) dilebihkan tinggi bunga emas dan bunga perak sebab baginda sampai sendiri mengadap Raja Maha Besar Benua Siam”.

Raja Maha Besar Benua Siam pada tahun 1812 masihi ialah Raja Siam Ligor Nambang Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Raja Besar Benua Siam Kedah. Pada masa itu baginda bersemayam di Istana Kota Meang Kuang, mukim Wang Tepus, dalam daerah Kubang Pasu Kedah Darul Aman. Perkataan Meang Kuang ialah bahasa Siam yang bermaksud, ‘Negara Luas’. Negara luas yang dimaksudkan disini tak lain tak bukan ialah, Benua Siam Islam Kedah.

Jika diambil kira bukti yang terdapat di muka surat 51 dalam buku dokumentasi ‘Konvensyen Sejarah Negeri Kedah, 1981’, ada tercatat,

“Bagi seorang Seri Paduka Raja Laksemana pula tugasnya sebagai ketua tentera laut dan semasa di laut dia berkuasa penuh”.

Laksemana yang dimaksudkan itu ialah Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah Ibni Sultan Abdullah Mukaram Syah. Pada masa peperangan itu angkatan laut Kedah Darul Aman dikatakan musnah semasa melancar siri pemberontakan menentang Siam pada tahun 1839 masihi. Siam yang dimaksudkan disini ialah Siam Islam, bukannya tentera Thai dari Bangkok.

Catatan penulisan J.F. Agustin bertajuk, ‘Kemusnahan Angkatan Laut Kedah Darul Aman’ ada menceritakan dengan lebih terperinchi dalam buku “Kedah Darul Aman Dari Segi Sejarah”, jilid 5, Ogos 1971,ms 16 – 18.

Dari buku Sejarah Warisan Mahawangsa Kedah, muka surat 1, ada tercatat seperti berikut,

‘Dalam tahun 1837, James Low melaporkan bahawa beliau telah menerima sebuah manuskrip Sejarah Kedah disebutnya sebagai ‘..Kedah Annals termed Merong Mahawangsa’ dari Sultan Ahmad Sajoodin Halim Shah (Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804’).

Dari buku Hikayat Merong Mahawangsa ruangan Pengenalan,ms xlviii, Siti Hawa Haji Salleh, Yayasan karyawan dan Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998, tercatat seperti berikut,

"Versi ini adalah versi yang disalin atas perintah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (disebut oleh James Low sebagai Sultan Ahmad Sajoodin (Aladin) Halim Syah untuk diserahkan kepada Leftenan Kolonel James Low pada tahun-tahun 1820an. Baginda mencari suaka di Pulau Pinang pada tahun 1821 setelah diusir oleh Siam dari Kedah (ini Siam Islam dari Ligor). Siam mendesak Kompeni Hindia Timur (Inggeris) supaya tidak melayani Sultan Ahmad Tajuddin dan menyatakan bahawa baginda tidak berhak ke atas negeri Kedah. James Low diarahkan menyiasat sama ada tuduhan itu benar dan meminta baginda menunjukkan dokumen untuk menguatkan pengakuan haknya ke atas negeri Kedah. Sultan Ahmad Tajuddin menyerahkan Hikayat Merong Mahawangsa sebagai dokumen tersebut."

Beginikah caranya bagi seorang Raja Laksemana Ketua Tentera Laut Kedah, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah yang dilantik oleh Maharaja Benua Siam Islam menggunakan manuskrip sejarah Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa yang direka semula olehnya untuk menipu pihak Inggeris kononnya beliaulah Sultan Kedah, padahal beliau telah diusir oleh tentera Raja Benua Siam Islam Ligor dan duduk di dalam buangan di laut.

Realitinya, dalam tahun 1837 negeri Kedah Darul Aman belum wujud, hanya sebagai sebahagian wilayah Benua Siam Islam sahaja. Dengan menipu dan mendapat pengiktirafan pihak Inggeris pada tahun 1839, Seri Paduka Laksemana Ketua tentera laut Kedah menyusun siri pemberontakan menentang Raja Maha Besar Benua Siam Kedah iaitu Sultan Syed Alang Alauddin Syah Panglima Bukit Gantang ibni Sultan Mudzafar Syah III Kedah.

Dari Buku Sejarah, “Cempaka Sari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak”, M.A Fawzi Basri memetik fakta dari tulisan Winstedt dan manuskript Riwayat Negeri Perak, ms 22

“Sultan Mudzafar Shah III Kedah meninggalkan Berahman Indera Balai Besar, Alor Star Kedah dan bersemayam di Kuala Kangsar. Manakala Raja Alang Putera raja dari Kedah menjadi bendahara” (Bendahara Kedah atau Raja Muda ialah Raja Siam Songkhla, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang).

Pada tahun 1862 Long Jaafar, putera kepada Raja Siam Songkhla Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang menaikki takhta Benua Siam Islam Kedah bergelar Sultan Jaafar Madazam Syah. Ini adalah berikutan kemangkatan Syed Alang Alauddin di Istana Kuning Berahman Indera, Alor Star. Sebelum pada itu Sultan Jaafar ini menjadi Raja Larut Matang merangkap Bendahara Benua Siam Kedah dan disana baginda dikenali sebagai Long Jaafar (raja daerah juga digelar penghulu sebagaimana penghulu Kayang di Perlis). Mengikut Undang-Undang Kedah jawatan Bendahara adalah juga Raja Muda. Tak hairanlah ada catatan sejarah mengatakan Long Jaafar hanyalah penghulu atau orang kaya akan tetapi penghulu yang bagaimana? Sudah pasti bukan penghulu seperti hari ini.

Apabila Long Jaafar menaikki takhta kerajaan Benua Siam Islam, tempat baginda sebagai Raja Larut Matang telah diganti oleh Ngah Ibrahim. Bukti bertulis dimuka surat 21, buku yang sama ada tercatat,

“Bagaimana pun dalam tahun 1862 Masihi Sultan Jaafar memberikan jawatan menteri itu kepada Cik Ngah Ibrahim iaitu anak seorang pembesar yang bergelar Paduka Setia, Orang Besar Enam Belas Tuk Paduka Setia iaitu pengapit kepada Panglima Bukit Gantang.” Rujuk Winstedt, History of Perak,ms 43, halaman 145

Di ms 20 – 19 Halim Nasir, Ibid halaman 92 dan 93 tercatat,

“Dengan itu juga sejarah kerajaan melayu Beruas beransur luput, sebaliknya beberapa orang pembesar melayu telah memerintah kawasan masing-masing, sebelum tertubuhnya kerajaan Perak hari ini”.

Dari bukti tersebut ternyata negeri Perak hari ini tidak wujud sebaliknya hanya kerajaan Kesultanan Beruas dalam wilayah Benua Siam Kedah.

Dalam Bahasa Siam yang masih dituturkan di Kedah, perkataan BERUAS bermaksud, Puak Raja Siam Kaya, iaitu merujuk kepada Raja Kota Beruas yang pertama bernama Intaraja II (Songtam), Nai Hisbu Mad Azam Syah Ibni Maha Tammaraja Chief Khalifah Saiyidina Zahiruddin Mohd Bador Shah (Babur India Monghul,1569 Masihi).

Nai Hisbu Mad Azam Syah ialah Raja Siam dari Dinasti Ayut’ia Ke 21.Sila rujuk buku sejarah, “A History Of South East Asia”,1955 DGE Hall. Permaisuri Zahiruddin ialah Nor Aishah Begum Bavinnoung Mah In (Inta Tiral) puteri kepada Rama Tibodi II Dinasti Ayut’ia 1491 iaitu Sultan Rijaluddin ibni Muhammad Johan Shah III Kedah. Sultan Rijaluddin ini juga bergelar Parameswara Melaka.

Sejarah Keturunan Raja Kota Beruas

Raja Kota Beruas Nai Hisbu Mad Azam Shah bergelar Intaraja II Songtam Ayuthia telah berkahwin dengan puteri Sultan Langkasuka iaitu Sultan Yaacub Putera Jalil Shah bergelar Khun Waranwangsa. Baginda adalah Raja Dinasti Ayut’ia Ke 15, sekitar tahun 1548 Masihi. Hasil perkahwinan tersebut baginda dikurniakan tiga orang putera.

a) Raja Dinasti Ayut’ia Ke 26 iaitu Sri Su Tammaraja (1605), Khalifatullullah Akhirul Zaman, Sultan Mahmud Syah Melaka. Sila rujuk ms 98, Buku Undang-undang Kedah.

“Bermula disuruhnya titah Duli Yang Dipertuan Sultan Mahmud Syah Yang Maha Mulia di Negeri Melaka pada hijrah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Seribu Enam Puluh Tujuh, Tahun Jim, (1657 M) bulan ramadhan hari Abra’a fasal pada menyatakan Undang-Undang hubaya-hubaya jangan dilalui perkataan ini”.

Cop mohor yang dijumpai di Riau oleh kerajaan Melaka baru-baru ini adalah juga milik baginda, bukanya milik Sultan Mahmud Syah raja wilayah Melaka sekitar tahun 1400-1511. Sultan Mahmud Syah yang dimaksudkan diatas adalah Raja Besar Benua Siam Islam yang juga bergelar Khalifatullah Akhirul Zaman.

b) Putera kedua Raja Beruas ialah Raja Dinasti Ayut’ia ke 27 iaitu Narai, nama sebenar Tun Sa’ban, bergelar Laksemana Hang Tuah ketika di Melaka dan akhir sekali menjawat jawatan Sultan Acheh bergelar Sultan Iskandar Muda,1661.

c) Putera ketiga Raja Beruas ialah Dinasti Ayut’ia Ke-28 iaitu Pra Petraja Sultan Tengku Abu Narawanara. Di Melaka baginda digelar Hang Kasturi.

Istana Alam Shah di Kelang, telah siap dibina oleh Khalifahtullah Akhirul Zaman, Sultan Mahmud Syah, Raja Besar Benua Siam Islam pada tahun 1650 Masihi setelah baginda berpindah dari Kota Lukut, lokasi sebenar Kota Melaka berikutan serangan Belanda. A Farmosa bukan Kota Melaka sebaliknya ia Kota Portugis.

Sila rujuk ms 1, Buku Undang-undang Kedah.

“Pada tarikh seribu Enam Puluh Tahun, Tahun Zai (1650 Masihi) pada Tujuh Belas Hari Bulan Jamadilakhir, Hari Jumaat; Bahawa pada ketika itu adalah titah Syah Alam Yang Maha Mulia terjunjung ke atas jemala paduka raja suruh salin ambil taruh undang-undang perbuatan datuk besar di hulu, Alaihi Rahmatullah supaya sudahlah tahu hukum sedikit-sedikit”

Kenyataan diatas membuktikan bahawa Portugis tidak menyerang Melaka dalam tahun 1511, malah keberadaan mereka disana adalah dengan perentah Maharaja Benua Siam Islam untuk mengawal Selat Melaka setelah kemangkatan Laksemana Cheng Ho. Baginda berada di Kota Lukut sehingga diserang Belanda dalam tahun 1641 dan berpindah ke Kelang yang juga merupakan sebahagian dari Melaka. Sejarah kita ditulis versi kegemilangan Raja wilayah Melaka yang telah diusir oleh Portugis atas perentah Maharaja Benua Siam.

Terdahulu, tindakan Raja wilayah Melaka memerdekakan wilayah itu dengan pergi mengadap Maharaja China Yong Le tanpa pengetahuan Raja Besar Benua Siam sangat tidak di sukai olehnya. Malah tentera Raja Besar Benua Siam pernah menyerang pelabuhan Melaka untuk mengambil semula wilayahnya, namun dilarang oleh Maharaja China yang mungkin telah tersilap memberi pengiktirafan itu kepada Raja Melaka. Gelaran Paduka Seri Sultan (saudara kepada Raja Besar) membuktikan ini adalah gelaran raja daerah/wilayah sepertimana tercatat dalam Undang-Undang Kedah.

Pada tahun 1641 masihi tentera Belanda dan pemberontak Minangkabau mengusir Sultan Mahmud Syah dari Kota Melaka di Kuala Lukud, negeri Sembilan. Perkataan Siambilan ialah bahasa Siam yang bermaksud kerajaan Siam hebuh jatuh. Sultan Mahmud Syah berundur dan dalam perjalanan berundur itu baginda berhenti beristirihat atau berteduh di bawah satu pokok maka tempat tersebut kemudian dinamakan Selangor.

Dalam bahasa siam, Selangor bermaksud berteduh di bawah teduhan tumbuhan pokok. Kejadian ini telah direkodkan sebagai Parameswara berteduh dibawah pokok melaka dan menamakan kawasan itu Melaka. Sultan Mahmud Syah mangkat di Istana Syah Alam Kelang, Selangor pada tahun 1668 masihi dan dimakamkan di Kota Beruas.

Padahal sejarah yang kita pelajari tidak memaklumkan bahawa Melaka ialah nama lama bagi Semenanjong tanah melayu dan telah wujud dizaman Sultan Muhammad Johan Syah atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Syah Yang Adil. Duit emasnya ada disimpan di muzium Negeri Kedah. Sultan Muhammad Johan Syah adalah ayahanda kepada Sultan Rijaluddin yang bergelar Parameswara Melaka.

Putera Almarhum Sultan Mahmud Syah iaitu Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Muhiyuddin Mansor Shah, suami kepada puteri Raja China Hang Li Poh ketika itu bersemayam di Istana Jugra (sebahagian dari melaka). Dengan mangkatnya ayahanda baginda, maka pihak Belanda mengambil kesempatan untuk menyerang dan serangan mereka ditujukan kepada Istana Alam Syah Kelang dan Kota Jugra di Selangor.

Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Muhiyuddin Mansor Shah terpaksa berundur dan berpindah ke Istana Ayut’ia Kota Palas kepunyaan Raja Siam Khun Woran Wangsa Langkasuka, yang terletak di Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi Kedah.

Di m.s 16, Buku Undang-undang Kedah tercatat zaman Sultan Muhiyuddin Mansor Syah dan di m.s 17 tercatat,

"Hijrah Al-Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam pada Seribu Tujuh Puluh Delapan Tahun, Tahun Dal, (1668 Masihi) pada Bulan Rabiulawal hari Isnin, Zaman Hadirat Maulana Syah Alam Semayam di Kota Palas pada ketika itu bahawa titah Syah Alam Yang Maha Mulia pada segala pegawai yang tua-tua suruh perbuat undang-undang".

Dari buku sejarah "A History Of South East Asia",1955 DGE Hall ada menyatakan Sultan Muhiyuddin Mansor Syah digelar Dinasti Ayut’ia Ke 31 Maha Tammaraja II Boromokot. Putera baginda ialah Raja Siam Tong Oo (Burma) digelar Maha Dammaiyaza dari bahasa Arab yang bermakna pembesar darah dari lainan raja.
Maha Dammaiyaza juga dikenali dengan nama Syarif Abu Bakar Syah. Ketika itu baginda bersemayam di Istana Ayut’ia Mandalay Burma (Myanmar). Pada tahun 1752 Masihi baginda diusir oleh tentera Buddha Burma, Raja Aluang Praya Lanna Chakri Sokho Thai. Maha Dammaiyaza dan permaisurinya Suriya Marin iaitu puteri kepada Sultan Langkat, Sumatra Pasai.

Mereka kemudiannya berpindah ke Kota Ayut’ia Bangkok Siam. Sultan Langkat adalah putera Maharaja Ayut’ia sebelum ini iaitu Narai Tun Sa’ban atau Sultan Iskandar Muda Acheh (Hang Tuah). Dengan itu, Permaisuri Suriya marin adalah cucu kepada Narai Tun Sa’ban atau Sultan Iskandar Muda Acheh (Hang Tuah).

Pada tahun 1758 Masihi Sultan Mualana Muhiyuddin Mansor Syah mangkat di Kota Palas dan di makamkan di Kota Buluh Melaka, Langkawi. Kesempatan ini diambil oleh pihak tentera Raja Buddha Lanna Sokho Thai untuk menyerang Raja Siam Kemboja, Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Syah ibni Sultan Syarif Abu Bakar Syah yang bersemayam di Kota Ayut’ia Funaan Siamreap. Dalam pertempuran ini Raja Buddha Lanna Sokho Thai Aluang Phraya terbunuh disatu tempat yang kemudiannya diberi nama Thaikala. Thaikala ialah dari bahasa siam yang bermaksud mati dibunuh.

Pho Chan Koya Long Sultan Mud Zafar III Kedah anakanda kepada Maha Dammaiyaza dan permaisurinya Suriya Marin kembali dari Kemboja bersama-sama pengikut dan tenteranya ke Istana Balai Besar (Berahman Indera) Alor Star Kedah dan bersemayam di situ. Baginda kemudiannya berpindah setelah ditabal menjadi Raja Kuala Kangsar.

Pada tahun 1767 Masihi Ayut’ia Bangkok diserang oleh tentera Sokho Thai yang dipimpin oleh general Taksin Burma. Boromoraja V Ekataat Syarif Abu Bakar Syah yang
bersemayam di situ terpaksa berundur ke Nakhon Si Tammarat dan bersemayam di Istana Ayut’ia Nambang Ligor Siam.

Pada tahun 1782 Masihi tentera laut Raja Buddha Rama I Chakri Sokho Thai menyerang Kota Nambang Ligor yang didiami oleh umat Islam dalam pertempuran ini tentera Islam telah menang dan medan pertempuran tersebut digelar Cherat Nakhon Si Tammarat Siam.

Sultan Syarif Abu Bakar Syah kemudiannya kembali ke Kedah dan membina istana di dalam bukit dan dinamakan Istana Kota Meang Kuang. Meang Kuang bermakna Kota Negara Luas Benua Siam Kedah. Kawasan kota tersebut berada di mukim Wang Tepus dalam daerah Kubang Pasu Kedah.

Pada tahun 1778 Masihi Syarif Abu Bakar Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah melantik Paduka Seri Sultan Abdullah Mukaram Syah untuk menjadi Raja Pulau Pinang, Kedah manakala kekandanya (dari bonda pertama) Paduka Seri Sultan Tengku Long Putera Laksemana Datu menjadi Raja Legeh merangkap Seri Paduka Perdana Menteri Benua Siam Kedah. Kedua-dua mereka adalah anak saudara Syarif Abu Bakar Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah dari berlainan ibu.

Siapa menjadi Pembelot?

Pada tahun 1786, tanpa pengetahuan Syarif Abu Bakar Syah, Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah, anak saudaranya Paduka Seri Sultan Abdullah Mukaram Syah telah membuat perjanjian sulit dengan pihak Inggeris di Pulau Pinang.

Pada tahun 1812 Masihi Syarif Abu Bakar Syah melantik anakanda Sultan Abdullah Mukaram Syah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah untuk naik kerajaan dan menjadi Laksemana memimpin armada laut Benua Siam Kedah. Baginda bukan dilantik sebagai Sultan Kedah.

Catatan ini boleh di rujuk di ms 27 dan 28 buku Undang-undang Kedah dan Dokumentasi Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Darul Aman 1981, ms 55. Di ms 51, dari buku yang sama J.F Augustin mencatatkan seperti berikut,

“Bagi seorang Seri Paduka Raja Laksemana pula tugasnya sebagai ketua tentera laut dan semasa di laut dia berkuasa penuh”.

Angkatan laut Kedah Darul Aman dikatakan musnah semasa melancar siri pemberontakan menentang Siam pada tahun 1839 Masihi. Penentengan ini adalah terhadap bapa saudaranya sendiri iaitu Syarif Abu Bakar Syah Kenyataan tersebut juga boleh dirujuk dalam Kedah Darul Aman Dari Segi Sejarah, jilid 5, Ogos 1971 m.s 16 – 18.

Pada hari Ahad bersamaan 12 hb November 1821 tentera Buddha Rama II Chakri Sokho Thai menyerang negeri Kedah dan membunuh Raja Siam Ligor Nambang Syarif Abu Bakar Syah Boromoraja V Ekataat Benua Siam Kedah di Istana Kota Meang Kuang. Tahun tersebut telah dikenali sebagai Tahun Musuh Bisik 1821. Berikutan kemangkatan baginda, tempat baginda telah diganti oleh puteranya Raja Siam Ligor iaitu Sultan Mudzafar Syah III.

Sila rujuk buku Warisan Maha Wangsa Kedah ms 30 tercatat,

“… semenjak Kedah berada di bawah pentadbiran Putera Ligor (1821 – 1839)”.

Manakala di M/S 31 pula tercatat,

“Terdapat juga dalam kumpulan ini surat yang ditulis oleh Putera Ligor yang memerintah Kedah sekitar tahun 1821 hingga 1839 Masihi, berpusat di Alor Ganu. Surat-surat ini ditulis dalam tulisan jawi dalam bentuk surat beradat ditujukan kepada pegawai-pegawai inggeris di Pulau Pinang”.
rujuk rekod Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur 1994
.

Pada tahun 1821 hingga 1839 Masihi, Kedah diperintah oleh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah iaitu Koya Long Sultan Mudzafar Syah III dan Bendaharanya ialah Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang. Sila rujuk buku “Cempaka Sari Sejarah Kesultanan Perak” – M.A Fawzi Basri.

Di m.s 22 tercatat,

“Sultan Mudzafar Syah III meninggal dunia di Berahman Indera (Balai Besar) dan bersemayam di Kuala Kangsar manakala Raja Alang, Putera Raja dari Kedah menjadi Bendahara”

Kita lihat pula fakta dari tulisan Winstedt dan manuscript “Riwayat Negeri Perak”,ms 21, “Ngah Ibrahim In Perak”, ms 145

“Bagaimanapun dalam tahun 1862 Masihi Sultan Jaafar memberikan jawatan menteri itu kepada Cik Ngah Ibrahim iaitu anak pembesar bergelar Paduka Setia, Orang Besar Enam Belas Tuk Paduka Setia adalah penolong atau kapit kepada Panglima Bukit Gantang”.

Di ms 20 pula tercatat

“Dengan itu juga sejarah kerajaan Beruas beransur luput, sebaliknya beberapa orang pembesar melayu telah memerintah kawasan masing-masing sebelum tertubuhnya kerajaan Perak hari ini”.

Tidak hairanlah jika sekiranya pemerentah Perak disebut dalam Undang-Undang Kedah sebagai Raja Perak, bukannya Sultan Perak. Negeri Perak diwujudkan oleh penjajah Inggeris bila mana mereka melantik Raja Abdullah menjadi Raja Negeri Perak (1824). Sebelum itu Perak adalah Wilayah Kinta, Wilayah Larut Matang dan Wilayah Salama yang mana wilayah-wilayah ini adalah dibawah Benua Siam Kedah.

Negeri Kedah Darul Aman pula wujud hanya selepas tahun 1881. Ianya dicipta oleh penjajah Raja Buddha Thailand Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun. Mereka melantik Sultan Abdul Hamid Halim Shah menjadi Sultan Negeri Kedah Darul Aman dalam tahun 1881. Lain pula dengan Kota Setar yang wujud jauh lebih awal dimana Raja Jalil Putera menjadi Syahbandar (UUK,ms2) Raja Jalil Putera adalah anakanda Sultan Rijaluddin ibni Mohammad Johan Syah, juga bergelar Parameswara Melaka.

Dengan perlantikan itu beliau telah mewujudkan tukang karut sejarah yang berunsurkan metos dan imaginasi. Muhammad Hassan Bin Muhammad Arshad dijadikan tukang karut sejarah. Tanpa bukti apa-apa, rujukan atau sebarang manuscript beliau mencipta sejarah karut yang digunapakai hari ini. Kami berani mengatakan ia karut kerana semua fakta-fakta beliau dalam Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah tidak terdapat atau selari dengan maklumat di dalam Buku Undang-undang Kedah, mahu pun di dalam buku “A History Of South East Asia,1955 DGE Hall.

Sebagai contoh beliau menulis dalam Al-Tarikh Salasilah negeri Kedah sejarahnya bermula tahun 1136 Masihi. Raja Durbar Maha Wangsa bukan Islam tetapi di islamkan oleh Sheikh Arab yang dibawa oleh iblis. Sedangkan manuscript Undang-undang Kedah wujud 222 Hijrah bersamaan 812 Masihi oleh keturunan Raja Islam Saidina Ali Wa Maulana Padua Seri Sultan Jamalul Alam Badrul Munir, anakanda Raja Merong Mahawangsa.

Selain itu tukang karut istana ini menulis dengan penulisan berunsur fitnah dan menghina Raja Siam Ligor Nambang yang juga merupakan Raja Benua Siam Kedah tahun 1778. Penulisannya membawa tanggapan bahawa Raja Siam Ligor itu, penganut agama Buddha. Tujuannya ialah untuk mengaitkan Sultan Muhammad Jiwa (1710 – 1778 Masihi) iaitu Seri Perdana Menteri Benua Siam Kedah sebagai Sultan Kedah sedangkan Sultan Kedah yang sebenar ialah Raja Siam Ligor Nambang Syarif Abu Bakar Syah Yang Dipertuan Yang Maha Mulia.

Baginda ialah abang ipar kepada Paduka Seri Perdana Menteri Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin melalui perkahwinan adindanya. Muhammad Hassan juga ada menonjolkan pembelot dan pemberontak iaitu Sultan Abdullah dan puteranya ialah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah adalah Sultan Kedah Darul Aman sedangkan pada tahun itu 1804 Kedah Darul Aman tidak wujud lagi.

Buku Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman

Seterusnya dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman, ms 50 catatan Haji Buyong Adil bertajuk “Sejarah Perlis”. Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur,1981. Dalam Sejarah Perlis di ms 5 dan 6

“salah satu keluarga Syed yang penting datang ke Kedah Darul Aman tahun T.M 1735 ialah Syed Ahmad Jamalulail. Anaknya Syed Harun Jamalulail berkahwin dengan Tunku Safiah iaitu puteri Tunku Dhiauddin”.

Sesungguhnya catatan itu hanyalah andaian sahaja sebab pada tahun 1735 Kedah Darul Aman belum wujud lagi, disini ternyata faktanya adalah silap. Sebenarnya Syed Ahmad Jamalulail ialah Nai Ta @ Paduka Seri Sultan Syed Muhammad Hatta Ibni Koya Long Sultan Mudzafar Syah III Kedah. Di dalam buku Warisan Maha Wangsa Sultan Mudzafar Syah III Kedah ini turut digelar Putera Siam Ligor dan baginda bersemayam di Alor Ganu, Anak Bukit Kedah dalam tahun 1821 – 1839.

Syed Ahmad Jamalulail ialah Raja Perlis pertama yang dilantik oleh datuknya sendiri iaitu Raja Siam Ligor Nambang Syarif Abu Bakar Syah Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Empayar Islam Benua Siam Kedah. Syed Ahmad Jamalulail gugur semasa tahun Musuh Bisik 1821.

Baginda dimakamkan oleh ayahandanya sendiri di Makam Tanjung Inggeris, Mukim Langgar Kedah Darul Aman. Makamnya ditempatkan bersebelahan makam datuk neneknya, Sayidina Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir. Rujuk ms X latar teks buku Undang-undang Kedah. Keturunan Jamalulail adalah berasal dari Jamalul Alam Badrul Munir iaitu Pho Disat putera Merong Maha Wangsa (disebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa membuka negeri Siam Lancang).

Dari buku "Maha Wangsa Kedah", diselenggara oleh Mahani Musa dan Ahmad Jalani Halimi mencatatkan,

“Dalam tahun 1837, James Low melapurkan bahawa beliau telah menerima sebuah manuscript “ Sejarah Kedah” disebut sebagai KEDAH ANNALS TERMED MERONG MAHA WANGSA, DARIPADA “ Sultan Ahmad Sajoodin Halim Shah” (Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II)(1804-1845).

Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah Laksemana Ketua Tentera Laut Kedah telah mengolah buku Hikayat Merong Maha Wangsa dengan memasukkan Sultan Muhammad Jiwa dan Sultan Abdullah Mukarram Shah sebagai Sultan Kedah. Buku Hikayat Merong Maha Wangsa yang asal telah musnah dibakar pada tahun 1876 semasa zaman Sultan Jaafar Madazam Syah menjadi Raja Maha Besar Benua Siam Kedah. Sesungguhnya nama Sultan Muhammad Jiwa dan Sultan Abdullah Mukarram Shah tidak wujud di penghujung hikayat tersebut. Ia ditambah kemudian oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah.

Sejarah Penulis Istana (Tukang Karut Sejarah) di zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah

Muhammad Hassan Bin Muhammad Arshad adalah penulis yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah untuk memutarbelitkan sejarah dengan mengatakan Sultan Abdul Hamid Halim Shah adalah keturunan raja Kedah. Berikut adalah sumber yang disampaikan oleh Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah kepada Nai Long Mahmud iaitu cucu Sultan Jaafar Madazam Syah. Perlu diingat pembaca semua, bahawa mereka ini sudah pun meninggal dunia namun kisah ini sudah pun menjadi wasiat dan kita tahu tuntutan wasiat mengikut hukum agama Islam.


Keluarga Raja Besar Benua Siam amat berterima kasih kepada beliau kerana tidak membunuh Nai Sofiah, namun tulisan beliau atas perentah sultan telah menafikan hak-hak mereka dalam sejarah negeri Kedah yang telah disembunyikan.

Nai Long Mahmud pula telah menceritakan peristiwa ini kepada cucunya Nai Long Kasim ibni Nai Long Ahmad. Menurut Sultan Badlishah, ayahandanya Sultan Abdul Hamid mempunyai isteri dari penganut Buddha yang bermadu dengan bonda Sultan Badlishah iaitu Nai Sofiah. Nai Sofiah ialah anak saudara Datuk Nai Mariam permaisuri kepada Sultan Muhammad I Kelantan dari keturunan Siam Islam. Datuk Nai Mariam ialah nenek kepada Nai Long Mahmud. Isteri Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang menganut Buddha ini berasal dari kerabat diraja Thailand Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang khun.

Apabila berkahwin dengan Sultan Abdul Hamid Halim Shah beliau di gelar Mak Incik Manjalara. Pada tahun 1881 Mak Incik Manjalara membina sebuah Wat untuk upacara agama Buddha di Kampung Bakar Bata Alor Star dan dinamakan Wat Kanchut. Bangunan tersebut masih terletak di belakang Muzium negeri Kedah sehingga hari ini. Mak Incik Manjalara, isteri kedua sultan mengarahkan Muhammad Hassan Bin Muhammad Arshad untuk membunuh Nai Sofiah, ibu Tunku badlishah tetapi Muhammad Hassan tidak sanggup membunuh, sebaliknya beliau melarikan Nai Sofiah ke India untuk disembunyikan.

Sementara itu Tunku Badlishah (kemudiannya Sultan Badlishah) telah diusir dari istana dan beliau tinggal bersama Datuk Nai Maryam ibni Syed Sheikh Abdul latif Al Fatani yang menawarkan diri untuk membesarkan beliau. Disini baginda dewasa bersama keluarga Nik muhammadiah, TNL Haji Yassin dan bersahabat baik dengan anak-anak TNL Hj Yassin iaitu TNL Mahmud dan TNL Abdullah. Ketika itu TNL Kassim masih budak-budak lagi. Akhirnya beliau ditangkap di India dan dibawa balik ke negeri Kedah dan dipaksa mengadakan cerita sejarah mengatakan raja Kedah asalnya beragama Hindu atau menerima hukuman. Dengan itu Muhammad Hassan menulis cerita Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah mengatakan Maharaja Derbar Raja memeluk agama Islam dalam tahun 1927.





Dua keratan yang di petik dari tulisan Dr Jelani Harun bertajuk "Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman : Muhammad Hassan dan Kepengarangan Istana Melayu Awal Abad ke 20", Warisan Mahawangsa Kedah diterbitkan oleh Persatuan Sejarah malaysia Cawangan Kedah.

Apabila Sultan Abdul Hamid Halim Shah mengetahui Nai Sofiah masih hidup maka baginda menceraikan Nai Sofiah. Daripada tarikh inilah Tunku Badlishah tinggal dibawah jagaan datuk saudaranya Datuk Nai Mariam di Alor Pak Ngah, Mukim Tajar Kota Star Kedah. Apabila Raja Muda Tunku Aziz mangkat tiba-tiba, Tunku Badlishah yang sudah dewasa pun dinaikkan kerajaan menjadi Raja Muda Kedah Darul Aman.

Pada tahun 1943 zaman pemerintahan tentera jepun memerintah negeri Kedah Sultan Abdul Hamid Halim Shah pun mangkat. Mak Incik Manjalara mencadangkan kepada pemerintah tentera jepun agar melantik puteranya Tunku Muhammad Jiwa dijadikan Sultan kedah kerana beliau mengatakan kononnya Tunku Badlishah bukan anak gahara dan tak layak untuk menjadi Sultan Kedah.

Di sini penghulu Mukim Tajar iaitu Nai Long Mahmud, cucu Sultan Jaafar Madazam Syah membantah dengan mengatakan Tunku Badlishah ialah anak gahara dan berhak untuk menaikki takhta Kesultanan Kedah. Cadangan Nai Long Mahmud itu disokong oleh Dato’ Shariff Awang Osman. Dengan itu, Tunku Badlishah pun ditabal di Balai Besar untuk menjadi Sultan Negeri Kedah Darul Aman bergelar Sultan Badlishah. Baginda adalah ayahanda kepada Sultan Abdul Halim Muazzam Syah, Sultan Kedah sekarang ini.

Semasa pertabalan baginda dipakaikan tengkolok yang disediakan oleh penghulu-penghulu kerabat diraja Siam Kedah. Mak Incik Manjalara mengarahkan Tunku Badlishah dipakaikan mahkota Sultan Abdul Hamid tetapi mahkota itu diambil oleh Nai Long Mahmud sambil mengatakan Tunku Badlishah telah dipakaikan tengkolok jadi mahkota ini beliau di pegang sahaja.

Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah ditulis bagi menutup sejarah sebenar Raja Merong Mahawangsa dan keturunan Bangsa Siam Islam yang pernah memerentah negeri Siam. Pada masa itu mereka mungkin tidak menyangka bahawa suatu hari, 78 tahun dimasa depan, manuskrip Undang-Undang Kedah ini akan dikembalikan oleh Inggeris dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 2005.

Haruskah keluarga waris Raja Besar Benua Siam Islam yang masih ada hari ini hanya mendiamkan diri padahal bukti manuskripnya (bukannya hikayat) ditulis jauh lebih awak dari Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah sudah ada dalam genggaman?

SULTAN MUHAMMAD JIWA (1710 -1778)

Sultan Muhammad Jiwa telah mendapat tentangan daripada kaum kerabatnya, malah yang terpenting beliau mendapat tentangan Raja Nambang (Raja Siam Ligor Nambang Benua Siam Kedah Syarif Abu Bakar Yang Dipertuan Yang Maha Mulia).

Keadaan bertambah runcing bila mana Sultan Muhammad Jiwa melantik anak gundiknya Tengku Abdullah sebagai bakal Paduka Seri Sultan Kota Setar sementara Tengku Dhiauddin dilantik sebagai Raja Muda (mengikut maklumat buku Konvensyen Sejarah Kedah 1981).

Puteranya yang lebih tua daripada isterinya yang lain iaitu Tengku Long Putera dan Tengku Anjang telah diketepikan.

“Later, Kedah histories and genealogies, perhaps anxious to vindicate Tengku Abdullah’s claim, give him legitimate position”. Dokumentasi, Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman,1981.

Tengku Long Putera dan Tengku Anjang memohon bantuan orang Bugis dari Selangor untuk menyerang Kedah Darul Aman namun gagal. Meski pun begitu Sultan Abdullah tidak popular dikalangan rakyat tetapi telah mendapat sokongan tentera penjajah. Usaha mereka selama sepuluh tahun menemui kegagalan.

Sultan Abdullah yang juga merupakan Raja Pulau Pinang bertambah gagah dan tidak tercabar bila Inggeris menduduki Pulau Pinang (1786) dengan izinnya dan membuat perjanjian dengan beliau. Rujuk 15 Lihat Muhammad Hassan Bin Dato’ Kirani. Pada masa yang sama Sultan Abdullah telah bertindak mengahwinkan seorang puterinya dangan Francis Light.


Dari buku Warisan mahawangsa Kedah, terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah.

Bukti cerita sejarah tersebut adalah untuk memihak kepada pembelot dan pemberontak tahun 1839 (kepada Raja Besar Benua Siam) iaitu Paduka Seri Laksemana Ketua Tentera Laut Benua Siam Kedah Paduka Sei Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, Marhum Melaka. Sejarah sebenar pada tahun 1786 kita semua patut mengetahui bahawa Benua Siam Kedah dikuasai oleh Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia.

Salasilah Sultan Selangor, Dilantik Oleh Koya Long Sultan Mudzafar Shah III Kedah.

Selangor

Putera kepada Raja Lumu iaitu Raja Portugis Islam Kota Langu, Sulawesi ialah Sultan Ibrahim Shah yang ditabal menjadi Sultan Selangor yang pertama. Baginda adalah anak saudara kepada Permaisuri Sultan Mudzafar Shah III Kedah. Permaisuri Sultan Mudzafar Shah III Kedah ialah Puteri Seri Andalas (Raja Lumu adalah kekanda puteri Seri Andalas)

Sultan Ibrahim Selangor telah berkahwin dengan anak saudara Sultan Mudzafar Shah III
Kedah iaitu anakanda (puteri) Sultan Anjang Laksemana Johan, Raja Ranung. Putera yang diperolehi dari perkahwinan Sultan Ibrahim dengan Permaisuri Puteri Sultan Anjang ialah Paduka Seri Sultan Sultan Salehuddin, Raja Selangor.

Beliau pula telah berkahwin dengan Puteri Paduka Seri Sultan Tengku Ali iaitu Raja Riau Lingga. Tengku Ali juga dikenali dengan nama gelarannya, Dili. Tengku Ali ialah putera kepada Sultan Mudzafar Shah Kemboja III Kedah. Hasil perkahwinan Sultan Salehuddin dengan Puteri Tengku Anjang ini mereka telah mendapat seorang putera bernama Sultan Abdul Samad.

Australia dalam Benua Siam Islam

Pada tahun 1788 tentera Inggeris menyerang Sultan Dili Riau Lingga di Istana Albani Perth Australia dan mengusir umat Islam Australia ke Timor Liste. Bermula dari tarikh inilah Inggeris mula menjajah Australia Benua Siam dan mula membawa masuk segala banduan dari England.

Pada tahun 1819 Inggeris terus menyerang Timor Liste dan membunuh Sultan Dili dan tempat pembunuhan itu dinamakan Dili Timor Liste. Pada tahun yang sama mereka menyerang Paduka Seri Sultan Ismail, Raja di Philipina dan membunuh beliau di Istana Manila. Paduka Seri Sultan Ismail ialah adinda kepada Paduka Seri Sultan Ali, Raja Riau Lingga.. Dalam bahasa Siam kedah Filipina bermaksud, abang Ali abang beta.

Johor dan Singapura

Sementara itu pada tahun yang sama juga di Johor Raja Hussin seorang pemberontak membantu tentera Inggeris untuk menakluk negeri Johor dan pihak Inggeris melantik Raja Hussin untuk menjadi Sultan Johor. Untuk mengenang budi, Sultan Hussin menyerah Pulau Temasik (Singapura) kepada penjajah Inggeris.

Puak pemberontak yang menyokong Sultan Hussin ialah dari suku kaum Minangkabau kemudian mereka mewujudkan kerajaan berkonsepkan perpateh yang dinamakan Undang-Undang Luak Perpateh. Perkataan Luak Perpateh ialah bahasa siam Kerajaan Ketua dipilih dengan membawa adat kebesaran. Mereka menamakan negeri yang dijajah oleh puak ini sebagai Negeri Sembilan.

Patani dan Pahang

Negeri ini bersempadan dengan negeri Pahang. Ketika itu negeri Pahang masih berada dalam pemerintahan Benua Siam Kedah. Sultan Pahang pada ketika itu dari keturunan Sultan Mansor Shah adinda kepada Sultan Madzafar Syah Jammu Petani. Sultan Mansor Shah juga digelar Hang Lekir.

Adinda Sultan Madzafar Shah ialah Nang Kemuning Puteri Saadon iaitu permaisuri kepada Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah (1650 Masihi), Raja besar Benua Siam yang bersemayam di Istana Alam Shah, Kelang. Sejarah hari ini yang mengatakan Puteri Nang Kemuning berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah, Raja Wilayah Melaka adalah karut kerana tidak tepat pada zaman dan salasilahnya. Tun Teja pula pula adalah dari bahasa Siam bermaksud, ‘Zaiton yang diceraikan’ kerana mandul dan tidak memperolehi anak. Ia bukan nama khas.

Bukti Penulisan

Dari buku 'Warisan Mahawangsa Kedah' pada tahun 1813 Raja Ligor Nambang, Sultan Syarif Abu Bakar Syah telah menghantar satu salinan hikayat Merong Mahawangsa berhubung dengan Bunga Emas dan Bunga Perak kepada Inggeris di Pulau Pinang untuk membuktikan Bunga Emas dan Bunga Perak itu bukanlah ufti sebaliknya amalan kesultanan Benua Siam Kedah kepada anakandanya yang membuka negeri Siam Lancang.

Putera tersebut bernama Pho Diset Sayiddina Jamalul Alam Badrul Munir. Rujuk di akhir buku Undang-undang Kedah. Setelah inggeris menerima Buku Hikayat Merong Mahawangsa barulah mereka mengetahui bahawa Sultan Kedah sebenarnya ialah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Siam Islam Ligor.

Dari Sumber 'Burney Paper 1910' dipetik oleh Mair, 1988 :73,

“Envoys Of The Sultan Of Kedah assured the Penang Government that the gold and silver flowers which the Sultan of Kedah had sent to Siam since days of yore originated on the birth of an Heir to the first of the race, who was elder brother to the then reigning Raja of Queda, and was designed, not as offering to the king his brother, but to the infant prince”.

Buku Hikayat Merong Mahawangsa yang dihantar kepada inggeris ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak Inggeris bahawa Raja Siam Ligor yang memerentah Benua Siam ini beragama Islam bukan Buddha seperti yang mereka ketahui. Selain itu ia juga bertujuan untuk memaklumkan bahawa Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah ialah raja yang memerintah Ayut’ia 1767. Disana, baginda digelar Boromoraja Ekataat V.

Di dalam buku 'A History Of South East Asia – DGE Hall 1955' ada tercatat Boromoraja V Ekataat Dinasti Ayut’ia Ke 33.Itu lah nama gelaran Syarif Yang Di Pertuan ketika baginda memerentah Ayuthia.

Setelah Inggeris meneliti Buku Hikayat Merong Mahawangsa mereka menemui bukti yang nyata, mereka membatalkan perjanjian menyerah Pulau Pinang kepada Inggeris yang dibuat oleh Sultan Abdullah Mukarram Shah raja wilayah Pulau Pinang Kedah pada tahun 1786.

Bukti pembatalan perjanjian tersebut ada tercatat di dalam surat Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah kepada Robert Fullerton bertarikh 18 November 1827. Sultan Ahmad Tajuddin menegaskan rasa tidak bersetuju baginda dihantar ke Melaka. Baginda juga meluahkan rasa kesal kerana pihak inggeris membatalkan perjanjian yang dimeterai dengan ayahandanya dahulu (1786 M) dan seterusnya membuat perjanjian baru dengan siam, baginda memohon agar elaun yang tertunggak sejak kedatangan baginda ke Pulau Pinang dibayar segera. Sila rujuk M/S 34 Buku Warisan Mahawangsa Kedah, penyelenggara Mahani Musa, Ahmad Jelani Halimi.

Dari m.s 31 Buku Warisan Maha Wangsa Kedah. Tercatat:

“..di samping enam pucuk surat Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II terdapat juga dalam kumpulan ini surat-surat yang di tulis oleh Putera Ligor yang memerintah Kedah sekitar tahun 1821 hingga 1839 masihi berpusat di Alur Ganu. Surat-surat itu ditujukan kepada pegawai-pegawai Inggeris di Pulau Pinang dan di tulis dalam tulisan jawi dalam bentuk surat beradat”.

Surat tersebut membuktikan bahawa Putera Siam Ligor ialah Sultan Mudzafar Shah III Kedah sekitar tahun 1821 dan baginda masih bersemayam di Istana Kota Serjanna Alor Ganu, berhampiran Anak Bukit, Kedah. Surat ini bukannya dari putera Raja Thai Rama II Chakri Sokho Thai.

Surat yang di tulis oleh Fullerton bertarikh 26 November 1827 masihi, menegaskan jika baginda Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah tidak berada di atas kapal yang akan membawanya ke Melaka pada jam 10.00 pagi esoknya (27hb November 1827). Segala hubungan baginda dengan kerajaan Inggeris termasuk segala bayaran akan di musnahkan mulai hari itu. Lihat buku ‘Warisan Maha Wangsa Kedah,m.s 35’ yang membuktikan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah adalah boneka penjajah Inggeris dan bukannya Sultan negeri Kedah.

Seterusnya bukti Benua Siam Islam Kedah wujud awal dari tahun 638 masihi adalah dari buku catatan O.W.Wolters, Early Indonesian Commerce, hal, 230-231.

“Dalam tahun 638 masihi Kedah ada mengirimkan perutusan ke China yang dapat melambangkan entity politik dan ekonominya dan dengan kemunculan kerajaan Sri Wijaya Hindu tahun 695 masihi, sebagai kuasa politik dan perekonomian yang utama di Pelembang Jambi”.

Bukti dari buku catatan G.Coedes,“Indianized States Of S.E”. Asia University Of Malaysia Press, Kuala Lumpur 1964, hal. 81-82, mengatakan bahawa pengaruh agama Hindu dari India hanya datang ke Benua Siam Islam Kedah pada 695 masihi sahaja.

Dan terkemudian sekali pada tahun 1736, pengaruh Buddha datang ke Benua Siam Islam Kedah dibawa oleh Raja Buddha Rama Kha Meang Aluang Phraya datang dengan bala tentera Chakri Sokho Thai menubuh kerajaan Buddha Lanna Chakri Sokho Thai di Luang Phra Bang, Benua Siam Kedah pada tahun 1736 masihi dari Tibet.

Pada tahun 1752 masihi mereka mengusir Raja Siam Tong Oo Maha Dammaiyaza dari Istana Mandalay ke Ayut’ia Bangkok dan di wujud negeri Buddha Burma. (Burma bermakna Puak Pendatang). Selepas itu pada tahun 1758 masihi mereka mengusir Raja Siam Pho Chan dari Istana Ayut’ia Funaan Siamreap Kemboja. Maka Raja Kemboja Pho Chan Koya Long Sultan Mud Zafar Shah kembali ke negeri Kedah di Berahman Indera Balai Besar Alor Setar Kedah.

Istana Ayut’ia Funaan Siamreap yang di tawan oleh tentera Buddha Burma Lanna Chakri Sokho Thai terus di tukar dan dijadikan Wat Buddha. Hari ini ia terkenal dengan nama Angkor Wat. Seterusnya tentera Raja Buddha Burma Chakri Sokho Thai bersama Raja Buddha Aluang Phraya menyerang Ayut’ia Bangkok tetapi dapat di tewaskan oleh tentera Raja Islam Benua Siam Kedah Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Benua Siam Kedah dan membunuh Raja Buddha Aluang Phraya pada tahun 1758 masihi maka tempat pembunuhan tersebut di gelar Taikala dengan bahasa Siam bermaksud, mati di bunuh.

Pada tahun 1767 masihi tentera Raja Buddha Aluangphaya Sokho Thai Burma mengepong Maha Raja Siam Islam Boromoraja V Ekataat, Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah di Kota Ayut’ia Bangkok Siam. Maka banyaklah tentera Raja Buddha Aluangphaya Sokho Thai Burma terbunuh di sekeliling Kota Ayut’ia Bangkok Siam.

Beberapa hari kemudian bau busuk tentera Raja Buddha Aluangphaya Sokho Thai Burma yang mati di bunuh mula merebak ke sekeliling Istana Kota Ayuthia. Bau yang terlalu busuk itu memaksa Raja Siam Islam Boromoraja V Ekataat Syarif Abu Bakar Shah menyusup keluar dari Kota Ayut’ia bersama tentera dan pengawal peribadinya dan berundur ke Ligor.

Baginda bersemayam di Istana Nambang Ligor pada tahun 1767 masihi. Raja Siam Ligor Nambang adalah juga Raja Siam Islam Dinasti Ayut’ia ke 33 Boromoraja V Ekataat Syarif .Jika diteliti dan dianalisa, maklumat ini ada tersirat di dalam buku sejarah “A History Of South East Asia” 1955 DGE HALL dan di m.s 43 buku Undang-Undang Kedah, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2005.

Negara Siam

Negara Siam asalnya bukanlah hak kerajaan Raja Rama Buddha. Mereka berasal dari puak Sukuthai yang menyerang dan menawan negeri Siam Islam dalam tahun 1767. Kewujudan bangsa mereka jauh terkemudian. Mereka adalah penjajah Benua Siam Islam yang berasal dari keturunan Raja Merong Mahawangsa dari Kedah. Negara Siam adalah hak mutlak Sultan Rijaluddin Muhammad Shah III Kedah 1424–1491 bergelar Paramewara di Melaka dan bergelar Rama Tibodi II Dinasti Ayut’ia Ke 10. Rujuk senarai Dinasti di dalam buku DGE Hall,'A History Of South East Asia',1955.

Negara Siam bukan HAK Raja Buddha Chakri Sokho Thai yang berasal dari Burma (Myanmar). Negara Siam berasal dari Benua Siam Islam Kedah. Nama raja-raja Siam Islam Kedah ada tercatat di dalam buku Undang-Undang Kedah. Di dalam buku tersebut ada manuskrip bertulisan jawi tentang kesultanan Benua Siam Islam Kedah.

Terdapat pelbagai lagi bukti-bukti yang nyata lagi kukuh, contohnya translated from the Portuguese MS in the Bibliotheque de la Chamber des Deputes, Paris, and edited by ARMANDO CORTESAO, “THE SUMA ORIENTAL OF TOMES PIRES AN ACCOUNT OF THE EAST, FROM THE RED SEA TO JAPAN, WRITTEN IN MALACCA AND INDIA”,TOM PIRES,1512-1515.

“The land of Malacca is called a land of Siam, and the whole of Siam, Champa and thereabouts called China”.

Dari bukti bukti tersebut (Burma @ Myanmar) adalah Hak Raja Siam Toung Oo Maha Dammaiyaza Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah dirampas oleh Raja Buddha Aluang Phraya Burma pada tahun 1752 berikutan kemangkatan Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah, Marhum Kota Palas, Pulau Langkawi.

Thailand adalah HAK Raja Siam terakhir Dinasti Ayut’ia 1767 Masihi Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Benua Siam Kedah dirampas oleh Raja Buddha Aluang Phraya Burma Lanna Chakri Sokho Thai pada tahun 1767 dan melantik Jeneral Rama I Chakri Sokho Thai untuk menjadi Raja thai pertama yang beragama Buddha pada tahun 1782 Masihi.

Kemboja juga adalah HAK Raja Siam Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Shah III Kedah. Beliau ialah putera Raja Siam Dinasti Ayut’ia Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Kemboja dirampas oleh raja Buddha Aluang Phraya Lanna Thai pada tahun 1758 Masihi.

Raja Benua Siam Kedah ialah raja melayu keturunan cucu Merong Maha Wangsa Saiyiddina Ali Wa Maulana Paduka Seri Sultan Jamalul Alam Badrul Munir. Rujuk Buku Undang-undang Kedah Manuskrip tulisan jawi M/S 171 lampiran 65\
.
Perkataan Siam adalah dari bahasa Arab 'Sumu ul Amir' yang bermakna satu bangsa raja darjat yang tinggi mulia. Yang dimaksudkan perkataan Sumu ul Amir ialah Raja Iskandar Zulkarnain, Maha Raja China yang membina tembok besar negeri China yang pertama dahulu. Nama Raja Iskandar Zulkarnain ada disebut dalam undang-Undang Kedah.

Kebanyakkan fakta sebenar salasilah Kesultanan Kedah telah diselewengkan oleh sama ada ahli sejarah yang tak berpengetahuan tentang sejarah sebenar dan tidak tahu bahasa siam (bukan bahasa Tai), atau penulis upahan dari pihak tertentu. Oleh itu marilah sama-sama kita membetulkan perkara sebenar demi kesucian agama islam seperti yang di slogankan Islam Hadhari.

Hari ini sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah SWT dan Rasul Nya janganlah kita menolak tuntutan Khutbah Widaq, mengandungi pesanan dan wasiat baginda Rasulullah yang terakhir. Nasihat penulis kepada semua penulis dan pengkaji sejarah, rajin-rajinlah merujuk segala fakta sejarah Kedah sepertimana tercatat dalam Buku Undang-undang Kedah.

Thursday, November 22, 2007

Antara Kejatuhan dan konspirasi

Ada pendapat mengatakan bahawa raja-raja Ayuthia dizaman dahulu itu bukannya beragama Islam. Untuk itu kita lihat Undang-Undang Kedah ms 36,

“Demikianlah zaman raja-raja yang dahulu-dahulu itu. Pada adat raja-raja di Benua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan (teks jawi)”

Ayat ini menunjukkan bahawa raja-raja Siam (banyak) di benua Siam beradat sejak zaman berzaman lagi dan adat yang digunakan adalah berteraskan kepada peraturan dan kehendak agama islam seperti tercatat dalam Undang-Undang Kedah. Bahasa Siam Cau Phaya Kersan, bermaksud Tuanku di garisan yang kedua atau lebih mudah difahami lagi Timbalan Yang Di Pertuan Agong.

Dalam Undang-Undang Kedah tidak langsung menyebut tentang bahasa Tai kerana bangsa mereka ini bukannya beragama Islam. Yang disebut ialah bahasa Siam dan Benua Siam dalam buku Undang Undang Kedah yang menceritakan undang-undang Islam dan ditulis menggunakan teks jawi, iaitu huruf dari Al Quran.

Sebelum ini kami telah menceritakan bahawa kejatuhan pusat pemerentahan Benua Siam di Ayuthia dalam tahun 1767 adalah disebabkan oleh pembelot iaitu general kepada Boromoraja Ekataat keV Syarif Yang Di Pertuan, telah bertindak memihak kepada Burma. General ini yang bernama Mokhtar Hussain dikenali sebagai Pija Tak Sin adalah juga raja wilayah diselatan Ayuthia dan dikatakan telah murtad.

Sebelum pada itu dalam tahun 1758 berikutan kematian Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah, Marhum Kota Palas, Pulau Langkawi, kesempatan ini digunakan oleh Aluangphaya untuk menyerang kerajaan Islam Toung Oo di Burma (juga sebahagian dari wilayah Kerajaan Benua Siam ketika itu, lihat peta). Pada masa itu Toung Oo diperintah oleh Boromoraja Ekataat keV Syarif Yang Di Pertuan dan baginda dikenali sebagai Mahadammaiyaza Dipati. Dengan itu kita boleh katakan bahawa Burma hanya wujud selepas tahun 1758.

Berikutan serangan tahun 1758 itu Alaungphaya telah berjaya mengalahkan tentera Toung Oo dan Boromoraja Ekataat keV Syarif Yang Di Pertuan berundur ke Ayuthia. Serangan kedua pula diatur dengan kerjasama pembelot Pija Thak Sin dalam tahun 1767 dan Boromoraja Ekataat keV Syarif Yang Di Pertuan telah berundur ke Istana Nambang Ligor di Nakhon Si Thammarat.

Sebaik saja wilayah Ayuthia tumbang Tak Sin telah melantik dirinya sebagai raja Ayuthia. Perlantikkan ini bukan sebagai Raja Benua Siam kerana wilayah Ayuthia sahaja yang telah ditawan. Boromoraja Ekataat keV Syarif Yang Di Pertuan telah berundur ke Ligor dan bersemayam di Istana Siam Nambang di Nakhon Si Thammarat sementara menanti Istana Kota Meang Kuang siap.

Pihak tentera Raja Buddha Burma Alaungphaya juga menyerang anakanda Sultan Syarif Abu Bakar Syah iaitu Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Syah yang bersemayam di Kota Ayut’ia Funaan Siamreap dan menjadi Raja Kemboja Cempakasari disana. Dalam pertempuran sengit inilah Raja Buddha Lanna Sokho Thai AluangPhaya terbunuh disatu tempat yang kemudian diberi nama Thaikala. Thaikala ialah bahasa siam bermakna, Mati dibunuh.

Dalam tahun 1781 Pija Tak Sin telah di isitihyarkan gila dan dia telah dihukum bunuh dengan cara dibungkus kepalanya dan bahagian belakang kepala dipukul dengan kayu hingga mati. Pihak Burma dibawah Raja Alaungphaya telah bersetuju melantik Yotfa Chulalok, seorang general menerajui takhta Ayuthia. Chulalok bermaksud anak menteri. Dia kemudiannya menaikki takhta kerajaan Ayuthia dan bergelar Rama I.

Kita ikuti keratan penyelidikkan yang dibuat oleh John E. Wills, Jr. dari University of Southern California bertajuk “Great Qing and Its Southern Neighbors, 1760-1820: Secular Trends and Recovery from Crisis”

“The general who now emerged supreme in Siam became Rama I, the first king of the Chakkri Dynasty that still reigns. He had a Chinese mother, and reportedly had spent some of his youth as an adopted son in Taksin's household. But that does not entirely explain the extraordinary terms in which his accession was reported to the Qing court. In a document which needs further examination but which probably was prepared in Thailand in Chinese, he reports the death of his beloved father Taksin, and states that on his deathbed Taksin "exhorted me to rule with care, not to change the old order, to have care for our own sovereign land and to honor the Heavenly Dynasty". The phrase I translate "sovereign land" is the very ancient sheji, "altars of earth and grain". If this document was prepared in Siam - it has a very un-Chinese Siamese seal on its cover - it must have been written by a well-educated member of the Chinese community there, and I suspect that it was a result of a decision by the Chinese leadership to conceal from the imperial court the kind of change of ruling house that had led to such long delays in full recognition after the fall of Ayutthaya. Rama I used the same Chinese surname as Taksin - Zheng, with all its echoes both of the eunuch admiral Zheng He (sedangkan Cheng Ho beragama Islam) and the Ming Loyalist leaders. His descendants continued to use it and maintained active tribute relations with the Qaing until 1855”.

Huraian

“The general who now emerged supreme in Siam became Rama I, the first king of the Chakkri Dynasty”
Sahlah bahawa Buddha Yotfa Chulalok adalah anak menteri dan sorang general, bukan dari keturunan raja.

“..and reportedly had spent some of his youth as an adopted son in Taksin's household”
Semasa remaja dia hanyalah anak angkat kepada Thaksin yang murtad.

“In a document which needs further examination but which probably was prepared in Thailand in Chinese, he reports the death of his beloved father Taksin, and states that on his deathbed Taksin "exhorted me to rule with care, not to change the old order, to have care for our own sovereign land and to honor the Heavenly Dynasty"
Wakilnya mengadap Maharaja China Manchu Islam dengan dokumen yang diragui kesahihannya, seolah-olah Thaksin itu ayahnya yang sebenar dan menyambung old order bermaksud meneruskan pemerentahan cara Islam.

“…it has a very un-Chinese Siamese seal.”
Cop mohor yang pernah diberikan oleh Maharaja China Manchu Islam kepada raja Siam Islam yang memerentah telah di palsukan. Cop mohor asal telah dibawa oleh Syarif Yang Di Pertuan menyebabkan mereka ketandusan cop resmi untuk berurusan dengan Maharaja China Manchu Islam itu. Oleh itu mereka perlu menyerang Syarif Yang Di Pertuan dan merampas kembali cop kerajaan, bunga mas dll kembali untuk membuktikan merekalah yang berkuasa. Ini mereka lakukan dalam tahun 1821 berikutan serangan Musuh Bisik keatas Kota Meang Kuang. Mereka merampas cop mohor, Bunga Mas dan lain-lain peralatan di Raja. Dengan itu hari ini kita menyangkakan Bunga Mas itu dihantar kepada mereka di Ayuthia.

“..it was a result of a decision by the Chinese leadership to conceal from the imperial court the kind of change of ruling house that had led to such long delays in full recognition after the fall of Ayutthaya.”
Perubahan dalam pentadbiran kerajaan cuba disembunyikan dari pengetahuan Maharaja China Manchu Islam oleh orang-orang China kaya yang berpengetahuan. Penangguhan ini disebabkan ketiadaan cop mohor dalam urusan surat resmi.

“Rama I used the same Chinese surname as Taksin - Zheng, with all its echoes both of the eunuch admiral Zheng He (sedangkan Cheng Ho beragama Islam) and the Ming Loyalist leaders.”

Jelas, Buddha Yotfa Chulalok Rama I cuba menipu Maharaja China Manchu Islam dengan menggunakan nama utama (surname) dari keturunan Laksemana Cheng Ho yang hari ini kita semua tahu beragama Islam !!! Kenapa Laksemana Cheng Ho dan tidak nama raja lain yang pernah memerentah Benua Siam Islam? Mudah sahaja, kerana Rama Tibodi II Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah (bergelar Parameswara di Melaka) telah berkahwin dengan adik perempuan Laksemana Cheng Ho (salah seorang dari dua beradik) dan hari ini kita kenali nya sebagai Puteri Lindungan Bulan.

Nama baginda Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah ada disebut dalam Undang-Undang Kedah dan baginda bersemayam di Kota Naga berhampiran Jitra Kedah. Naga disini sebagai simbol Maharaja China bermaksud baginda adalah Raja Besar Benua Siam. Makam baginda terletak di Kota Si Putih. Si Putih yang dimaksudkan disini adalah adik Laksemana Cheng Ho, Puteri Lindungan Bulan.

Setelah membaca penulisan dan penyelidikkan John E. Wills, Jr. dari University of Southern California ini, siapakah sebenarnya yang menipu sejarah orang Melayu dari rumpun Siam ini?

Wednesday, November 21, 2007

Siapa mula menipu sejarah?

Gelaran dan Maharaja Benua Siam Islam Kedah

Dalam penulisan sejarah, kekadang kita terlupa bahawa sejarah mereka yang terkenal yang kita tulis itu bukanlah sehebat mana pun. Dengan perkataan yang indah, mereka yang telah lama meninggalkan kita itu menjadi seolah-olah satu figura yang kuat, hebat , baik, terpuji, idola dan sebagainya. Hakikat sebenar, kita tidak akan dapat mengetahuinya secara terperinchi namun kita harus sedar bahawa mereka juga adalah seperti kita juga, lapar kena makan, sakit kena cari ubat, letih pula perlu tidor. Yang tidak memerlukan itu semua hanyalah Allah SWT yang menjadikan mereka dan juga kita. Oleh kerana itu Allah bersifat maha segala-galanya. Di kalangan yang besar, DIA lah yang Maha Besar dalam semua aspek kebesaran dan tiada lagi dapat menyaingi NYA.

Sepanjang hayat mereka masih ada, dalam kerjaya mereka sebagai ketua Negara, orang besar empat, orang besar lapan, pentadbir dan penghulu sudah pasti ada peningkatan kerjaya disepanjang karier mereka. Kita sendiri sebagai individu, mempunyai peningkatan karier dari bergelar Encik ke Tuan, terima anugerah mungkin menjadi Datuk, Tan Sri dan sebagainya akan tetapi individu itu tetap orang yang sama. Kita tetap kita. Sebagai individu berkeluarga mungkin pada mulanya kita bergelar adik, kemudiannya menjadi abang, setelah berkahwin bergelar suami atau isteri, bergelar Ayah setelah mendapat cahayamata, kemudiannya menjadi Pak Cik, Datuk atau nenek setelah memperolehi cucu.

Jika sekiranya kita hari ini ada peningkatan dalam karier dan gelaran, tidakkah pemerentah kita dizaman dahulu tidak berhak untuk dinilai sebagai pemerentah yang mempunyai peningkatan dalam kariernya. Apakah Laksemana Hang Tuah di Melaka itu tidak ada peningkatan kariernya, sampai bila-bila kekal sebagai Laksemana?. Kononnya Hang Tuah di riwayatkan hilang atau ghaib, seolah-olah kisahnya cuba ditutup oleh mereka-mereka yang berkepentingan, dengan itu makamnya tidak di ketahui. Makam yang dikatakan Makam Hang Tuah di Melaka pun baru sahaja diwartakan, kurang lebih 10 tahun yang lalu. Hakikat sebenarnya baginda telah menaikki takhta Kerajaan Benua Siam di Ayuthia dan dikenali sebagai Narai. Setelah tamat tempoh memerentah, baginda dilantik menjadi Raja Acheh dan mangkat disana.

Sedangkan kita tahu dalam Undang Undang Kedah orang nombor dua dalam pemerentahan beraja ialah Bendahara dan sekiranya raja tidak ada Bendahara lah menjadi ganti raja. Bendahara lah yang menggantikan tempat raja apabila raja yang memerentah itu mangkat kerana jawatan Bendahara ini dilantik dari anakanda sulong raja yang memerentah ketika itu.

Bukti

Menurut buku Sejarah, “Cempaka Sari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak”, ms22,MA Fawzi Basri yang menulis dan mengemukakan fakta dari tulisan Winstedt dalam bukunya, “Riwayat Negeri Perak” menulis seperti berikut,

“ Sultan Mudzafar Shah III Kedah meninggalkan Berahman Indera (Balai Besar, Alor Star Kedah) dan bersemayam di Kuala Kangsar. Manakala Raja Alang, Putera raja dari Kedah menjadi bendahara”.

Bendahara Kedah yang dimaksudkan ialah Nai Lang, Raja Siam Songkhla Paduka Seri Sultan Sultan Syed Alang Alauddin Shah. Baginda juga di kenali sebagai Panglima Bukit Gantang). Pasti kita menjadi hairan bagaimana nama-nama ini tidak direkodkan dalam Salasilah Kesultanan Kedah hari ini. Pada masa yang sama kenapa nama Sultan sultan yang memerentah contohnya, Syah Alam Yang maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka, lengkap dengan gelaran masing-masing ditulis dalam Undang-Undang Kedah, tidak dalam Undang-Undang negeri lain. Bahasa Siam pula turut ditulis jawi dan turut tercatit dalam Undang-Undang Kedah. Pasti ada sesuatu yang ingin di terangkan kepada kita hari ini untuk kita kaji dan membuat penyelidikkan.

Dari buku sejarah “A History Of South East Asia”, DGE Hall.1955 menyatakan Maharaja Dinasti Ayut’ia Ke 31 bergelar Maha Tammaraja II Boromokot. Dengan memadankan maklumat ini dengan tahun yang disebut dalam Undang-Undang Kedah kita dapat tahu bahawa Maha Tammaraja II Boromokot tak lain tak bukan adalah Sultan Muhiyuddin Mansor Syah yang bersemayam di Kota Palas Pulau Langkawi. Jangan kita pedulikan gelaran dalam bahasa siam kerana seperti yang kami sebut diawal artikel ini, gelaran walaupun pelbagai, orangnya tetap sama. Lagi pun mereka ini bukannya orang kebanyakkan tetapi Maharaja Besar Benua Siam, sudah pasti sejarah mereka ada direkodkan dan tak mungkin tersilap orang kerana tahunnya pun juga sama.

Cross reference’ kita akan tepat sebab memang ada bukti bertulis yang tidak di edit atau diusik iaitu Undang Undang Kedah. Tidak ada muka suratnya yang hilang, di koyak malah semuanya diterjemahkan oleh Maryam Salim kecuali beberapa perkataan sahaja. Sebab kita memadankan dengan maklumat ini adalah kerana Undang-Undang Kedah memperkatakan mengenai kerajaan Benua Siam, dengan merujuk kepada kerajaan Benua China dan Benua Keling dalam sebuah buku bertajuk Undang-Undang Kedah, bukannya Undang-Undang Melaka (setakat pelabuhan sahaja) atau negeri lain yang kononnya sangat gagah dimasa itu. Tidak ada undang-undang, bermakna tidak ada kerajaan, sekadar wilayah sahaja dalam kerajaan Benua Siam kedah, menggunakan Undang-Undang Kedah. Tak perlu diceritakan secara terperinchi disini kerana kita semua tahun Semenanjong Tanah Melayu dikenali sebagai Melaka dizaman dahulu dan Melaka inilah yang berada dibawah wilayah Benua Siam Islam Kedah.

Catatan Tom Pires dalam The Suma Oriental of Tom Pires yang ditulis di Melaka dan India dalam tahun 1512-1515 mengatakan,

"There are three ports in the Kingdom of Siam on the Pegu side , and on the Pahang and Champa side there are many. They all belong to the said kingdom and are subject to the king of Siam. The land of Siam ia large and very plentous, with many people and cities, with many lords and many foreign merchants, and most of these foreigners are Chinese, because Siam does a great deal of trade eith China. The land of malacca is called a land of Siam, and the whole of Siam, Champa and thereabouts is called China."


The land of malacca is called a land of Siam, and the whole of Siam, Champa and thereabouts is called China. Peta dari tahun 1574.


Ini bukanlah sebahagian peta yang menunjukkan wilayah Thailand dahulu tetapi peta Benua Siam Islam yang dimaksudkan dalam Undang-Undang Kedah. Peta sekitar tahun 1730 ini adalah sebelum Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah mangkat (1758, Marhum Kota Palas Pulau Langkawi). Kerajaan Tai masih belum wujud lagi. Kewujudan mereka hanyalah selepas mereka menyerang dan menawan Ayuthia mulai tahun 1767 dan Raja Rama I Buddha mula memerentah. Merekalah penjajah negeri Siam Islam. Logik ke jika kita fikirkan perbezaan Bahasa Tai dan Melayu begitu jelas walaupun sempadan kedua negara hanya tanah dan sungai sahaja, bukannya lautan. Perbezaan bahasa yang jelas ketara menunjukkan bahawa bahasa dan bangsa Tai ini muncul secara tiba-tiba di alam melayu sebagai penjajah.

Walaupun kita tahu Maharajanya berada di Odia (atau Ayutthaya, ibu negara Benua Siam) akan tetapi lokasi itu hanyalah pusat pemerentahan sahaja. Raja-raja wilayahnya bergilir menaikki takhta kerajaan sepertimana kita di Malaysia hari ini bergilir melantik raja-raja negeri sebagai Yang Di pertuan Agong negara. Renungkan, dari mana Tunku Abdul Rahman mendapat idea ini sewaktu menggubal perlembagaan negara kita dulu kalau bukan dari sejarah juga. Beliau tahu kaedah yang digunakan kerana beliau kerabat di raja Kedah. Kami pun tahu juga.

Putera baginda Maha Tammaraja II Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ialah Raja Siam Tong Oo (Burma) digelar Maha Dammaiyaza dari bahasa arab yang bermakna pembesar dari darah berlainan raja. Maha Dammaiyaza juga dikenali dengan nama Syarif Abu Bakar Syah. Baginda bersemayam di Istana Ayut’ia Mandalay Burma (Myanmar) sebelum diserang oleh Aluangphaya. Pada tahun 1752 Masihi baginda diusir oleh tentera Buddha Burma, Raja Aluang Praya Lanna Chakri Sokho Thai. Maha Dammaiyaza dan permaisurinya Suriya Marin (iaitu puteri Sultan Langkat, Sumatra Pasai Acheh) kemudiannya berpindah ke Kota Ayut’ia Bangkok Siam. Sultan Langkat ini adalah putera dari Maharaja Ayut’ia sebelum ini iaitu Narai Tun Sa’ban atau Sultan Iskandar Muda Acheh (pernah menjadi Laksemana di Melaka bergelar Hang Tuah). Makam baginda Sultan Langkat terletak di Jeti Kuala Kedah dan di kenali sebagai Makam Tok Pasai.

Penipuan mereka

Semua ‘clue’ kepada persoalan siapa maharaja Siam sebenarnya ada di depan mata kita. Kita tak peduli apa sejarah Thailand hari ini nak tulis kerana mereka adalah penjajah negeri Siam yang dulunya beragama Islam. Kita bukan berada di negeri mereka. Mereka telah mencaturkan sejarah negeri Siam Islam dahulu mengikut acuan mereka sebagai pemerentah yang berkuasa melalui penulis upahan. Mereka bukan orang Siam tetapi dari puak Sukhuthai yang beragama Buddha dan merupakan penjajah kepada negeri Siam Islam mulai dari pemerentahan Rama I yang beragama Buddha. Mereka lah penyamun dan telah meng'hijack' sejarah bangsa Siam Islam dan turut mengakui diri mereka sebagai orang Siam hanya kerana mereka ketandusan tamadun dan ingin menumpang ketamadunan bangsa Siam Islam ini, lalu merampasnya.

Dengan itu apabila berkuasa sepenuhnya dalam negeri Siam dengan bantuan Inggeris, mereka menukar nama negeri Siam kepada Thailand sempena nama suku kaum mereka iaitu Sukuthai dan turut menukar bahasa Siam yang digunakan beratus tahun lamanya dinegeri Siam kepada bahasa Tai. Bahasa Tai dan bahasa Siam tetap tidak sama, datang lah apa pun, tulis lah apa pun. Jangan nak mengaku mengatakan ia sama. Kebencian mereka terhadap orang Siam Islam ini berterusan hingga ke hari ini, sehinggakan mereka sanggup membunuh rakyat negara mereka sendiri di Patani hanya kerana mereka beragama Islam.

Apakah kita tidak faham lagi kenapa lebih banyak pelarian Vietnam ditahun 70an dulu sanggup mengharungi laut China Selatan datang ke semenanjong berbanding negara jiran lain?. Kenapa semenanjong ini menjadi lubuk pendatang tanpa izin dari negara-negara berdekatan yang masih lagi ditimpa kesusahan?. Apakah hubungan sejarah yang kita tidak ketahui, ditutup oleh penjajah ini?. Dimanakah kekuatan pemerentah negara dan bangsa kita? Apakah erti Benua Siam, Benua Keling dan Benua China yang tercatat dalam Undang-Undang Kedah.

Tidakkah terfikir oleh kita kenapa orang-orang melayu di Utara semenanjong hari ini tidak mempunyai rumpun sepertimana di selatan semenanjong, ada Bugis, ada Mandaling, ada Minang, ada Banjar, ada Jawa dll. Hanya sebahagian kecil orang Melayu didaerah Yan adalah dari rumpun Acheh tetapi bagaimana pulak dengan yang lain, seperti di Kelantan dan Trengganu. Apakah rumpun mereka sebenarnya?. Ini kerana mereka adalah asalnya orang Siam Islam. Kami juga telah menemuduga ramai orang di Kedah hari ini dimana asal usul keturunan mereka adalah pelarian dari Patani, terutama sekali didaerah Baling, Kuala Nerang dan Pedu (melalui Durian Burung). Mereka melarikan diri dari Patani kerana yang menyerang Patani dahulu bukannya Siam Islam lagi tetapi bangsa Thai Buddha yang baru saja menjajah negeri Siam.

Tindakan Kita

Sejarah Kedah harus di bongkar habis-habisan oleh semua pengkaji sejarah dan sastera tempatan
. Kita bentangkan kertaskerja diperingkat seminar, forum dan bengkel sejarah, kita jalankan penyelidikkan di peringkat Phd agar terdapat lebih banyak rujukkan sejarah sebenar. Semua ini adalah mengenai sejarah bangsa kita dan kita berhak memperkatakan sejarah kita tanpa perlu merujuk kepada mereka. Walaupun kita dimaki, dihamun, diaibkan, kita tidak harus menyerah kalah, kerana kita adalah satu bangsa yang merdeka bukan sekadar 50 tahun saja tetapi semenjak tahun 222 Hijrah bersamaan tahun 812 masihi, iaitu tahun yang disebut dalam Undang-Undang Kedah. Itulah perlembagaan negara Islam kita yang pertama, itulah kebijaksanaan bangsa kita. Selagi kita bernama manusia selagi itulah kita harus memperjuangkan nasib sejarah bangsa kita yang telah dirampas oleh mereka. Harus di ingat juga bahawa sejarah ini adalah sejarah tamadun Islam dan setiap jihad walaupun melalui penulisan mata pena, ia tetap ada ganjarannya di akhirat kelak.

Kami sambut dengan rasa penuh kesyukuran dan berterima kasih diatas keberanian pakar bahasa dari universiti tempatan yang sanggup menjalankan kajian setelah terkejut mengetahui bahawa bahasa Siam yang digunakan di Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan tidak sama dengan Bahasa Tai yang digunakan di Thailand hari ini.

Ps : Meniaga Tom Yam di sini pun boleh hidup mewah berbanding di Thailand.