Thursday, November 29, 2007

Buku Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman

Seterusnya dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman, ms 50 catatan Haji Buyong Adil bertajuk “Sejarah Perlis”. Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur,1981. Dalam Sejarah Perlis di ms 5 dan 6

“salah satu keluarga Syed yang penting datang ke Kedah Darul Aman tahun T.M 1735 ialah Syed Ahmad Jamalulail. Anaknya Syed Harun Jamalulail berkahwin dengan Tunku Safiah iaitu puteri Tunku Dhiauddin”.

Sesungguhnya catatan itu hanyalah andaian sahaja sebab pada tahun 1735 Kedah Darul Aman belum wujud lagi, disini ternyata faktanya adalah silap. Sebenarnya Syed Ahmad Jamalulail ialah Nai Ta @ Paduka Seri Sultan Syed Muhammad Hatta Ibni Koya Long Sultan Mudzafar Syah III Kedah. Di dalam buku Warisan Maha Wangsa Sultan Mudzafar Syah III Kedah ini turut digelar Putera Siam Ligor dan baginda bersemayam di Alor Ganu, Anak Bukit Kedah dalam tahun 1821 – 1839.

Syed Ahmad Jamalulail ialah Raja Perlis pertama yang dilantik oleh datuknya sendiri iaitu Raja Siam Ligor Nambang Syarif Abu Bakar Syah Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Empayar Islam Benua Siam Kedah. Syed Ahmad Jamalulail gugur semasa tahun Musuh Bisik 1821.

Baginda dimakamkan oleh ayahandanya sendiri di Makam Tanjung Inggeris, Mukim Langgar Kedah Darul Aman. Makamnya ditempatkan bersebelahan makam datuk neneknya, Sayidina Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir. Rujuk ms X latar teks buku Undang-undang Kedah. Keturunan Jamalulail adalah berasal dari Jamalul Alam Badrul Munir iaitu Pho Disat putera Merong Maha Wangsa (disebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa membuka negeri Siam Lancang).

Dari buku "Maha Wangsa Kedah", diselenggara oleh Mahani Musa dan Ahmad Jalani Halimi mencatatkan,

“Dalam tahun 1837, James Low melapurkan bahawa beliau telah menerima sebuah manuscript “ Sejarah Kedah” disebut sebagai KEDAH ANNALS TERMED MERONG MAHA WANGSA, DARIPADA “ Sultan Ahmad Sajoodin Halim Shah” (Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II)(1804-1845).

Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah Laksemana Ketua Tentera Laut Kedah telah mengolah buku Hikayat Merong Maha Wangsa dengan memasukkan Sultan Muhammad Jiwa dan Sultan Abdullah Mukarram Shah sebagai Sultan Kedah. Buku Hikayat Merong Maha Wangsa yang asal telah musnah dibakar pada tahun 1876 semasa zaman Sultan Jaafar Madazam Syah menjadi Raja Maha Besar Benua Siam Kedah. Sesungguhnya nama Sultan Muhammad Jiwa dan Sultan Abdullah Mukarram Shah tidak wujud di penghujung hikayat tersebut. Ia ditambah kemudian oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah.

1 comment:

Unknown said...

sy nak tak siapa adik beradik anak cek manjalara setahu sy,, dia anak kepada luang naraborirak (kleb) iaitu pembesar di utara siam,,,, sbb kalu betul cek manajalara mempunyai saudara yg bernama cek mas,, jika betul dia mempunyai kak atau adik bernama cek mas maka betul lah,, arwah org tua sy nyatakan bahawa cek mas adalah tok arwah ayah sy, cek mas berkahwin dgn syed jaafar mudin dan mendapat anak tok sy baiyah dan kemudian arwah ayah sy,, jika betul cik manjalara iaitu ibu kepada tengku abdul rahman maka betul lah salasilah keluarga kami yg berkait rapat dgn keturunan sebelah siam islam... cuba pegarang @ penulis jelaskan siapa keseluruhan anak luang naraborirak ayah kepada cek manjalara dan saudara mcek manjalara sekian terima kasih