Merujuk kepada perkara di atas, disini dinyatakan bahawa terdapat penipuan sejarah Negeri Kedah oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Malaysia dalam rancangan beliau untuk membina Taman Abadi Kesultanan Kedah sempena 50 tahun pemerentahan Sultan Abdul Halim Mad Azam Shah.
Di sini saya sebagai waris muthlak kepada Sultan Jaafar Mad Azam Syah, Sultan dan Yang Di Pertuan Kedah tahun 1862 - 1876 yang mana baginda merupakan Raja Maha Besar Benua Siam Kedah dan dibunuh oleh tentera Raja Buddha Thailand Dinasti Chakri Sokho Thai Rama V Chula Luang Khun (Chulalongkon) di Gurun Kedah pada tahun 1876 dengan ini membantah rancangan bagi membina Taman Abadi Kesultanan Kedah DYMM Sultan Abdul Halim Mad Azam Syah. Pemprotesan ini dibuat diatas dasar hak-hak saya dan berlakunya penipuan sejarah Negeri Kedah ini sendiri serta akan mengakibatkan penipuan sejarah ini kekal buat selamanya.
Susulan daripada itu, sila rujuk kepada surat kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (PMB (K)50 bertarikh 26 Mei 2008 serta surat saya yang bertarikh 28 Disember 2008 mengenai perkara; Sultan Abdul Hamid Halim Shah bukan Putera Sultan Kedah dan juga Sultan Abdul Hamid Halim Shah dilantik oleh Raja Penjajah Buddha Thailand Dinasti Chakri Sokho Thai Rama V Chula Luang Khun pada tahun 1881 masihi menjadi Sultan Kedah Darul Aman.
Sehubungan dengan itu juga, disini DYMM Sultan Abdul Halim Mad zam Shah Sultan Kedah Darul Aman Malaysia sebagai ketua agama islam Negeri Kedah Darul Aman Malaysia wajib mematuhi kehendak-kehendak hukum agama islam khutbah wida’ Nabi Muhammad s.a.w. Sejarah Kedah yang kita ketahui hari ini adalah hasil percaturan penjajah Raja Buddha Thai dan Inggeris di zaman dahulu bagi menghalalkan tindakan mereka menjatuhkan kerajaan Empayar Islam Benua Siam Kedah.
Dengan ini saya sebagai waris muthlak Sultan Jaafar Mad Azam Yang Di Pertuan Kedah dan Raja Maha Besar Benua Siam Kedah tahun 1862-1876 menuntut kembali hak-hak saya berasaskan kepada tuntutan hukum agama islam Qhutbah wida’ baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
Nai Long Kasim Ibni Nai Long Ahmad
(Taman Abadi adalah merupakan dinding batu empat segi panjang berjumlah 50 keping bersaiz besar. Pada permukaannya dipahatukir dengan gambar-gambar sejarah (sejarah fantasi) negeri Kedah.
39 comments:
Saya ikuti blog ini dan menunggu perkembangannya.
Wassalam
kupasan yg menarik
saya pon begitu
Semakin celaru dan gabra nampaknya puak-puak ni....
Assalamualaikum,
Jika dilihat pada sejarah Islam secara umum, negara Islam diperintah oleh Khalifah dan Khalifah hanya seorang diangkat(di bai'at) pada sesuatu masa. Dan kita juga tahu yang terakhir ialah Khalifah Uthmaniyyah. Oleh itu bolehkah dikatakan di sini bahawa Maharaja Siam ini hanya merupakan seorang wali(penguasa) yang dilantik oleh Khalifah pada zaman Uthmaniyyah? Diharap dapat memberi penjelasan.
Wassalam.
kepada waris Merong Mahawangsa dan khasnya TNLK,
Segeralah membuat Press Conference..segeralah..serangan harus segera dibuat...jangan bagi peluang dengan puak - puak keturunan Raja Thai ini..
Saya pernah bersembang dengan waris - waris dari susur galur Che Sepachandara..mereka dengan angkuhnya mengatakan Nai Sofiah (Che sofiah menurut mereka) adalah gundik kepada SAH...
Mereka mengangkat diri mereka sendiri anak gahara yang datangnya dari Raja Chula Luang Khun...Sultan Badlishah dan Sultan Abdul Halim bukan dari anak gahara..
Mereka memang hipokrit..hari raya hangpa pi Istana Anak Bukit pi sembah hormat..belakang dia hangpa kutuk dia...
Saya merayu dan menyeru kepada waris - waris Merong Mahawangsa..buatlah Press Conference hanya ini saja cara untuk menggempar sejarah fantasi negara kita ini..
Sebagai rakyat Kedah dan Malaysia..saya bantah penipuan sejarah yang telah melembabkan otak pemikiran orang Islam dengan mengatakan kita lemah..walhal kita kuat..kita tidak dijajah tahun 1511, kita dijajah 1876...
mohon maaf..Tuanku Sultan Abdul Halim...tidakkah Tuanku sedar, tuanku di kelilingi oleh mereka yang hipokrit dan mengatakan nenda Tuanku sebagai GUNDIK..tidak tuanku sedar, adik - beradik Tuanku yang datang dari Che Manjalara, Sepachandara tidak pernah mengiktiraf Kesultanan Tuanku..depan Tuanku sahaja mereka sembah hormat...
Memang saya tidak punyai bukti dokumen..hanya lisan..jika bawa dimahkamah sudah pasti saya disaman..terpulang kepada Tuanku mahu percaya atau tidak..
Kami tahu..Tuanku sudah pasti tidak mahu nenda Tuanku dimalukan dengan sejarah realiti ini..tapi tidak bolehkah Tuanku membantah projek ini..demi menjaga hati waris - waris Merong Mahawangsa...mereka juga saudara - mara tuanku
Qulil Haq Walau Kana Murron!!!
Alhamdu'lillah Alor Setar kembali mendapat nama realitinya.
Memang tidak pernah bersetuju dengan nama yang mengada-ngada macam Alor STAR.(Mb dulu punya hal lah ni)
Serupa juga trend Seri menjadi Sri sejak kebelakangan ni. Rumah rasmi TPM di putrajaya pun pakai Sri juga...apa nak jadi?
Sri ni selalu merujuk pada apa?
salamullah alaik,
Sungai Petani pun patut tukar jadi nama asal Sungai Patani dan patut jelaskan apa itu Patani dan kenapa. Sesiapa dah ikut blog ni tentu dah faham.
Marilah kita semua balik kepada Amanat Rasulullah SAW:-
“Barangsiapa mencintaiku dan mencintai keduanya itu- yakni Al-Hassan dan Al-Hussein - serta mencintai ibu dan bapa mereka, yakni Fatimah Az-Zahra dan Sayyidina ‘Ali -kemudian ia meninggal dunia sebagai pengikut sunnahku, ia bersamaku di dalam syurga yang sedarjat.” (riwayat Imam Ahmad bin Hambal)
“ Pada hari kiamat aku akan menjadi syafi’ bagi empat golongan. Yang menghormati keturunanku; yang memenuhi keperluan mereka; yang berupaya membantu urusan mereka pada waktu diperlukan dan yang mencintai mereka sepenuh hati.” (riwayat Imam Ahmad bin Hambal)
“ …Mereka (ahlul-bait) adalah keturunanku, dicipta dari darah dagingku dan dikurniai pengertian serta pengetahuanku. Celakalah orang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan hubungan dengan) mereka. Kepada orang-orang seperti ini, Allah SWT tidak akan menurunkan syafaatku.” (hadith Al-Hakim berasal dari Zaid bin Arqam RA)
salam... saya secara lisan dimaklumkan berlaku penipuan sejarah kedah.. setelah baca blog ini baru jelas.. izuan,kubur panjang, pendang, kedah..
Sy dari dulu konfius tentang raja bersiong.. Ada yg mengatakan istana raja bersiong di baling... Coz semenjak kecik sampai skang yg sy tahu istana raja bersiong dkat bukit tinggi di mana org kg situ pun panggil tu istana bukit tinggi.. tapi dlm sejarah kedah panggil kota bukit pinang dan istana tunku tajuddin, sedangkan kota tu sah2 btol2 di kaki bukit tinggi bukan bukit pinang. Bukit tinggi dan bukit pinang adalah dua bukit berbeza dan jarak kedua2nya pun agak jauh. hrap ada pihak dapat menjalankan kajian lebih teliti di kawasan istana bukit tinggi n di sekitar bukit tinggi... Coz masa kecik2 dulu pernah terjumpa tengkorak manusia berhampiran istana tersebut.. mungkin tu sisa tengkorak org2 cina yg dimakan oleh raja bersiong..
Dongeng cerita raja bersiung pulaih siung dan baling sampai bunyi weng itu tak ada asas. Padahal Baling itu berasal daripada perkataan Siam ban ling=kampung kera.Ini samalah dengan alor setar langgar pokok sena gajah mati tanam kat kubur panjang. Cerita asal Kubur Panjang pun pihak Persatuan Sejarah Kedah ni cuba tukar nama watak asal melalui pementasan drama (percubaan sembunyi identiti Siam Islam).
Satu lagi kononnya raja bersiung ghaib dalam hutan buluh padahal mati dibunuh Hang Tuah.
Alhamdulillah,
suara kita mula kedengaran oleh parti politik
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=018998&Itemid=37
Buletin Utama tadi menyiarkan seorang pakcik orang Kedah yang telah mewarisi Al-Quran yang ditulis pada kepingan emas yang diwarisi oleh keluarganya. Diceritakan bahawa ia berasal dari China pada zaman Kalifah Uthmaniyyah. Mungkin ini ada kaitan penceritaan tentang sejarah yang boleh dikaitkan dengan blog ini.
Majalah 3 telah mengeluarkan satu kisah mengenai Lembah Bujang..mereka telah mengatakan Candi yang baru dijumpai dipercayai masjid..dan jika bukti itu dapat dibuktikan maka candi tersebut menjadi masjid tertua di Asia Tenggara dan Kedah menjadi negeri pertama yang menganut agama Islam..
Errmmm..ok lah dari kata Melaka negeri pertama..tapi harap - harap candi Lembah Bujang yang dulu kata tokong Hindu pon dapat diperbetulkan..
Ohh ya tambahan..Islam di Kedah dipercayai dibawa oleh Pedagang arab mahupun China..ermm Tv3..Islam di bawa oleh Merong Mahawangsa (Sultan Mad Zaafar Shah I) yang berasal dari China..cucu kepada Maharaja Sai Tee Sung..
Syukur kita kehadrat Allah..sejarah realiti mula menampakkan sengatnya...
Memang Turki Uthmaniah ada kena mengena dengan Maharaja China...nantikan siarannya di TMP...
Sebelum itu, kunjungan hormat kami (pihak TMP) ke rumah TNL Kasim baru-baru ini berjaya mendapatkan beberapa keputusan dan jawapan yang diperlukan bagi mengkuatkan fakta dalam penyiasatan kami dalam menegakkan sejarah realiti umat Islam Benua Siam Kedah.
Alhamdu'lillah.
Cuma x dan jumpa bro anai2 and the gang...:-)
Kepada dragsuperstar, memang saya pun ada tengok majalah 3 (tv3) tu. Masjid Kakap dan patung naga laut yang gambarnya ada dalam blog ini pun disiarkan sekali. Kebenaran semakin menyerlah walaupun cuba ditutup pihak tertentu.
laa...TMP...bila hang mai??? awat tak ajak aku pi sekali??? TNL sihat? haii...terlepas aku jumpa dgn TMP....20hb dah nak balik aussie dah....
Berita tersebut tentang pencarian Raja Iskandar Zulkarnain yang sebenar menarik perhatian saya:
http://www.star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2009/1/30/tvnradio/3084880&sec=tvnradio
Cuma sepatutnya menjadi lebih hebat dan ngam kalau PhD student terbabit dapat link up dengan sejarah realiti (anai-anai dan TMP).
Dalam banyak-banyak negara yang dijelajah mencari jejak Zulkarnain itu malangnya Yunnan tidak disinggahi. Kalau dia jumpa TNLK pun dia akan dapat banyak input berguna.
Baru-baru ini ada TV3 menyiarkan berita mengenai Baju Jade Pembesar China dari Yunnan yang disimpan di Kuang oleh salah seorang dari keturunannya.
Boleh jadi beliau juga ada menyimpan rahsia besar pertalian orang Chey-Na dan Semenanjung Melaka..
Nanti gua rikki tengok...
Mi. aku saspek PHD student tu belum jumpa TNL Kassim dan Anai2 masa depa start shooting. Depa tarik dari sana (Athen-Greece), kalau nak ngam kena start dari Merong Mahawangsa, baru bawak naik ke atas (China) dan patah balik Parsi...kena juga pakai TAFSIR Al-Quran yang banyak telah diharamkan oleh pemerintah ala Samiri...
Kena juga cari pakar bahasa Siam macam hang..:-)
biarpun saya bukanlah anak jati kedah, tapi saya selalu ikuti juga blog ni sejak dari dulu...
saya takjub dengan kebangkitan semangat melayu yang sebenar biarpun secara diam-diam..
yang haq mulai kembali ke tempat asalnya, sedikit demi sedikit..
rasanya, ingin saja nak buat forum di luar sana dan jadikan hal itu suatu yang akan menakut2kan 'mereka'...
masa depan tak seperti kita jangkakan..
Kuang itu maknanya "luas". Klang pula maknanya "tengah".Dekat-dekat Klang itu ada tempat nama Desa Bukit Naga. Nampaknya Selangor yang bermakna "berteduh bawah pohon rimbun" ini pun menyimpan seribu rahsia hubungan dengan sejarah realiti untuk kita teroka.
nampaknya persatuan sejarah kedah kena pulun buat kerja,kerana banyak perkara yang mereka tertinggal.Berilah ilmu yang benar kepada orang ramai.
AHT.
InsyaAllah lain kali boleh jumpa. mana tau kalau x kat sini kat aussie...
Kes YB Nizar ni contoh yang paling hampir dengan kes 'Raja Tui Yangkam Belah Yukbat' (dalam bab enggan serah kuasa)
(bukan nak hukum sapa salah-adil atau tidak, tapi gitulah senarionya lebih kurang)
Kepada Naz,
Persatuan Sejarah Kedah ni memang selalu dok pulun buat kerja tapi menegakkan sejarah fantasi mereka la.
Saya amat kecewa dengan manipulasi fakta sejarah bangsa secara total yang dilakukan dengan penuh sistematik dan berkonspirasi.
Secara peribadi saya pertanggungjawabkan "kesalahan jenayah sejarah" tersebut kepada beberapa pihak:-
1. Kerajaan British & Sykt Hindia Timur yang banyak menipu Raja-raja Melayu dengan perjanjian2 karut dalam usaha mencuri kekayaan hasil bumi Tanah Melayu.
2. Raja-raja Melayu dahulukala yang sanggup berbunuhan sesama saudara sendiri dan bersekongkol dengan British ketika merampas Takhta daripada Sultan2 Berdaulat.
3. Raja-raja Thai, Burma dan Vietnam kerana menghancurkan ketamadunan Melayu Islam Champa, Patani, Kelantan dan Kedah.
3. Si Stamford Raffles & Munsyi Abdullah kerana mengarang penipuan sejarah.
4. Para penulis manuskrip hikayat Palsu yang bertujuan untuk menutup sejarah realiti.
5. TAR yang terlalu banyak mengiyakan kehendak British sebagai pra-syarat kemerdekaan. Ramai lagi pejuang kemerdekaan yang lebih nasionalis telah ditutup (sekiranya tiada "T" didepan dan "$")dibelakang nescaya TAR tak akan wujud dalam lipatan sejarah Malaysia, dan
6. Para sejarawan negara yang dengan selesa sahaja menerima bulat2 penipuan fakta sejarah tanpa mahu mengkaji kebenarannya di luar batasan hasil rujukan orang Inggeris. Semakin dirujuk buku karangan orang Inggeris di universiti, semakin bercelarulah mereka.
"Sesebuah bangsa yang gelap sejarah ketamadunannya akan sentiasa teraba-raba mencari kejayaan di masa hadapan."
Wasallam.
sedih rasa bile kenang sejarah lampau, 22 mei group sy ade nak turun ke gunung jerai bole bg contach no tuan-tuan kat sy melalui email ni :- lamaninda@hotmail.com , jika kite bersempatan berjumpe....
maaf ye patik hamba yg hina ini ingin memohon sembah derhaka kepada tuanku tuanku kerabat kedah empayar siam..ada beberapa soalan yg ingin di utara kan..
1. sekiranya siam itu islam kenapa ada wat siam.. kenapa dinamakan wat siam?
2. sekiranya sultan kedah dulu dulu orang melayu siam yg memerintah ayutthia..adakah bahasa yg diguna kan bahasa siam bukan bahasa melayu? kenapa kedah tidak menggunakan bahasa siam?
3. sekiranya empayar kedah itu menggunakan bahasa siam..kenapa kesultanan patani, champa, kelantan, perak ligor, dsb menggunakan bahasa melayu dgn dialek yg berlainan.
4. Bukti bergambar seni bina arch untuk pintu sesebuah kota ada bukti yg lemah menyatakan ayutthia itu kerajaan islam..
5. pihak tuanku nai nai anai anai ada menyatakan sekiranya bahawa kubur sultan ayutthia tak ada di ayutthia..ada di kedah untuk menunjukkan bukti ayutthia dia perintah sultan siam kedah.. saya ingin bertanya...kenapa harus dibawa ke kedah mayat tersebut..jauh perjalanan yer dari ayutthia ke kedah..naik kapal mungkin seminggu dua..jalan darat sebulan dua..kenapa tak di tanam di ayutthia...maksud nya pada fikiran patik yg hina ini memang tak ada kubur raja siam kerana agama buddha..mayat buddha selalunya dibakar bukan ditanam..
6. Pernah tuanku nai anai anai menulis..org portugis yg menyerang melaka adalah portugis islam..satu penulisan yg karut dan tidak boleh diterima akal..tunjuk kan bukti yg keturunan portugis yg masih ada itu islam..setahu hamba..keturunan yg ada ada kristian..ada kah lopez d squira dan alfonso d albuqeurque itu islam? Dunia tidak tidak pernah mengiktiraf mereka islam..
7. Pada hemat hamba..perlu kajian yg lebih mendalam..bukan hanya ada satu dua bukti yg dipertikaikan untuk mengusul sejarah.
8. Betul sejarah kita terpesong oleh penjajah..tapi kita jangan tambah terpesong oleh sejarah yg ditulis tanpa kajian yg mendalam
sekian dari patik yg hina sembah derhaka.
8. Yang kelakar bagi patik..Kenapa roti minang dinamakan roti minang..bukan roti mingkabau..? kerana bahasa siam kabau itu derhaka..lucu ya...bahasa minang..kabau itu kerbau..
zurinloso....jawapannya semua ade dalam blog ni. Kalau saudara bertanye, makna kata pembacaan saudara tak habis atau saudara sahaja tak mahu ambik paham.
berapa kali nak cakap, sejarah realiti perlu pembacaam dan pemahaman, dia ingat main-main agaknya...sure budak sekolah ni...
Isu paling basic perbezaan antara Siam dan Thai, kalau ini pun tak faham habis...tak leh nak faham sejarah realiti lagi. Akhbar-akhbar dan media lain pun masih tak mau nak faham-faham sebab tu masih timbul "wat Siam" instead of "wat Thai".Kalau betul nak faham kena betul-betul study, banyak artikel dalam blog ni dan blog themalaypress.Kalau tidak tak perlu layan lagi.
Dulu pun nanai pernah cakap pasal ni.
Orang kedah dah terbiasa dengan perkataan siam.Sebab tu semua yang berkaitan dengan thai dipanggil siam.
Semua yang berkaitan dengan Thai dipanggil Siam kerana dulu memang negeri tu nama Siam.Jadi ada beras Siam, mempelam Siam, durian Siam, sempadan Siam dan lain-lain.
Pada 1938 baru berani tukar nama jadi Thailand (land of Thai, padahal asalnya Siam punya). Sebab sudah beratus tahun sejak 1767-1800an memanglah sudah terbiasa tetapi orang-orangnya yang Buddha tu tetap Thai.Thai makna kafir.
saya syok betoi la baru jumpak blog ni. dah lama dok cari. alhamdulillah. keluaqkan cerita yang betoi tu cepat2. tak sabaq ni.
Sebagai anak kedah saya terpanggil untuk mengikuti perkembangan kisah ini. Selain minat yang mendalam dalam sejarah, ada beberapa nama yang dapat dikaitkan dengan keluarga saya dalam kisah ini sebagai contoh keturunan al-jefri yang diturunkan oleh permaisuri merong mahawangsa dan tempat-tempat permainan saya seperti Kg.Naga, Istana Raja Bersiong Bukit Tinggi, Kota Mengkuang...bila disebut dalam buku UUK ia amatlah menarik minat saya. Namun yang lebih penting adalah kebenaran dan hak mutlak kepada kerajaan kedah sekarang. Saya menyokong penuh isu ini terus dikupas dan dibentangkan, saya percaya orang yang betul2 berhak bukan mahukan takhta dan pangkat cuma meminta dikembalikan maruah keluarga..insyaAllah.
Fairus
Kg Titi Besi, Kepala Batas. Kedah
saya juga berpendapat teruskan usaha untuk mengupas isu ini dan sya juga amat tertarik akan sejarah tenku kudin ini,
shaharuin shah ahmad,bukit tinggi,kubang pasu ,kedah
saya memang x setuju diadakan taman abadi kesultanan kedah ni. Mana selesai lagi pencarian fakta asal kerajaan siam kedah.
Post a Comment