Sunday, February 15, 2009

Umno Palsukan Fakta dan Nafikan Ibrahim Yaakob

Oleh Tarmizi Mohd Jam

NAMPAKNYA kerajaan begitu giat berkempen bagi menjayakan sambutan '50 Tahun Kemerdekaan Negara' tahun lalu. Kini kempen itu kian suram. Tiada gerakkan yang menyanggah atau membetulkan fakta palsu yang disogokkan kononnya Tunku dan Umnolah yang menggerakkan usaha kemerdekaan. Bagaimanakah laungan 'Merdeka' oleh Ibrahim Yaakob? Dan apa kaitannya dengan gerakkan merdeka yang diperjuangkan oleh PKMM, KMM, API dan AWAS sebelum diharamkan penjajah? Ikuti pandangan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, CIKGU ISHAK SURIN yang juga antara aktivis yang terlibat diperingkat awal gerakan kemerdekaan, ketika aktif bersama API bersama Pengarang Berita, TARMIZI MOHD JAM.


Harakah: Saban tahun, menjelang Ogos nampaknya kerajaan giat berkempen melalui media cetak dan televisyen sambutan hari kemerdekaan. Tujuannya untuk tanamkan kepercayaan bahawa Umnolah yang mempelopori kemerdekaan. Walhal faktanya palsu...

CIKGU ISHAK SURIN: Memanglah itu yang sedang berlaku. Usaha ini giat dijalankan untuk menafikan gerakkan awal kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kerajaan cuba menonjolkan Umnolah yang mempelopori kemerdekaan.

Bagi saya, usaha terancang begini amat dayus dilakukan oleh kerajaan semata-mata untuk mempengaruhi genarasi muda kini akur bahawa Umno dan pemimpin hari ini adalah kesinambungan pejuang kemerdekaan. Umno cuba menafikan fakta sejarah yang sebenar. Siapa Tunku pada waktu merdeka dulu? Siapa Umno? Macam mana Umno itu ditubuhkan?
Semuanya ini perlu dikaji semula oleh kita supaya fakta sejarah yang sebenar dapat diketahui oleh genarasi akan datang dan seterusya. Pada saya, Umno begitu takut untuk membongkar rahsia sejarah sebenar berhubung gerakan kemerdekaan ini. Pejuang-pejuang terdahulu seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boeastamam, Dr. Burhanuddi Helmy dan lain-lain cuba dihapuskan dalam buku-buku dan dokumentasi sejarah.

Gerakan KMM, PKMM, API dan AWAS juga tidak disebut sebagai pelopor kemerdekaan sedangkan hakikatnya, kumpulan inilah yang mula-mula melaung dan membakar api kemerdekaan.

Maknanya kita ada pandangan kedua dalam isu ini. Umno bukan pelopor kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman bukan Bapa Kemerdekaan. Begitu...

Ya. Ini patut di ketengahkan. Ia bukan idea atau sanggahan membabi buta tetapi ia adalah fakta sejarah. Ia tak boleh ditipu. Sejarah tetap sejarah. Dengan adanya kempen-kempen media cetak dan televisyen ini, kita amat bimbang genarasi muda sekarang dibohongi kerajaan dan Umno khususnya. Mereka mahu fakta sejarah dipesongkan, diseleweng! Dalam hal ini, saya amat bertegas bahawa Umno bukan pelopor kemerdekaan. Umno ditubuhkan untuk menentang pembentukan Malayan Union. Tidak langsung disebut pada masa itu soal kemerdekaan.

Sebelum itu, telah ada kumpulan tertentu yang bergerak secara tersusun, selepas sahaja tamat Perang Dunia Kedua. Umpamanya penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. Diikuti penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhamad. Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

Merekalah yang memulakan gerakan tersusun untuk menentang penjajahan Inggeris di tanahair kita. Inilah golongan yang sebenarnya patut diketahui oleh rakyat dan genarasi kini.
Bukannya seperti yag diwar-warkan, Umno atau Tunku Abdul Rahman. Sebaliknya, orang-orang ini dilupakan langsung. Akibat laungan kemerdekaan mereka dan keberanian mereka menentang penjajah, maka mereka akhirnya disumbat dalam penjara dan KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan oleh penjajah.

Jadi, bila Umno muncul dalam catatan sejarah sebagai pejuang kemerdekaan?

Selepas pejuang kemerdekaan tulin macam Ibrahim Yaakob, Dr. Burhanuddin, Ishak Haji Muhamad, Ahmad Boestaman dan lain-lain dipenjarakan. Selepas KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan. Barulah mereka muncul. Seolah-olah pemimpin-pemimpin Umno inilah yang beriya-iya mahukan kemerdekaan setelah ruang kosong yang ditinggalkan oleh KMM, PKMM, API dan AWAS. Kita kena tahu, Umno ketika itu adalah anak didik penjajah dan bukan penentang penjajah.

Tadi disebut kumpulan awal macam KMM, PKMM, API dan AWAS adalah pejuang tulin kemerdekaan. Kemudian ditahan dan pertubuhan mereka diharamkan. Penjajah pula mengetengahkan Umno hasil kekosongan ini sebab hanya Umno yang boleh meneruskan dasar-dasar penjajah. Soalnya, mengapa penjajah menentang atau tidak bersengkongkol dengan kumpulan pejuang gerakan kemerdekaan tulin yang awal?


Inggeris tahu, mereka yang menggerakkan KMM, PKMM, API dan AWAS terdiri dari pejuang kemerdekaan tulin yag tidak mahu bersengkongkol dengan penjajah. Mereka ini tidak dapat diperkotak-katikkan oleh Inggeris.

Jika ditakdirkan mereka ini berjaya memerdekakan tanahair kita, tentu sekali lanskap politik negara kita tidak seperti hari ini. Selepas diberikan kemerdekaan pada 1957, kita masih dibelenggu dengan pemikiran penjajah, dasar-dasar penjajah diteruskan, pendidikan penjajah dijalankan, ekonomi penjajah diperkenalkan dan macam-macam lagi.

Kita diikat oleh penjajah. Dan yang sanggup menjalankan dasar-dasar penjajah ini ialah Umno. Inggeris percaya, jika kemerdekaan diberi kepada pejuang tulin macam Ibrahim Yaakob, dasar-dasar Inggeris tak dapat berjalan.

Sekarang jelas, sejarah dipalsukan dari segi gerakan menuntut kemerdekaan. Ini kerana Umno yang diberi kemerdekaan oleh Inggeris telah menggunakan kesempatannya sebagai kerajaan untuk memalsukan sejarah dalam semua aspek. Dokumentasi, buku sejarah dan seumpamanya. Bagaimana Cikgu melihat, 'jenayah' ini boleh dibetulkan?

Perkara ini harus ditangani secara serius. Lihat balik pemalsuan sejarah dan sejarah sebenar. Betulkan fakta dalam buku sejarah yang jadi rujukan sebagai teks bacaan pelajar kita di sekolah-sekolah. Ini penting.

Kerana melalui paparan dari buku-buku sejarah inilah, pemalsuan berjalan secara rasmi dan terancang. Pelajar-pelajar kita adalah genarasi akan datang yang bakal mentadbir negara.
Tetapi, fakta sejarah yang melekat dalam kepala mereka hanyalah fakta palsu. Mereka tak kenal siapa itu Ibrahim Yaakob, iaitu orang yang mula-mula melaungkan kalimah ?merdeka? kepada rakyat untuk mengnyahkan penjajah ketika itu.

Mengapa Cikgu kata Ibrahim Yaakob yang mempelopori kemerdekaan bukan Tunku Abdul Rahman?

Saya setuju dengan satu kajian yang dibukukan oleh Umno Johor. Buku itu dakwa orang yang mula mempelopori gerakan kemerdekaan tanahair ialah Ibrahim Yaakob. Berpusat gerakanya di Maktab Perguruan Idris, Tanjung Malim.

Bagaimana kita lihat, dia membentuk jaringan dari sini hingga idea kemerdekaan bertaburan ke seluruh tanahair hingga ke Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak. Ibrahim aktif menanamkan api kemerdekaan dalam kesatuan pelajar di Maktab.

Dari sini, pelajar Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak yang tamat pengajian mereka, bawa balik idea dan perjuangan kemerdekaan ini. Jadi menyeluruh. Di sinilah mula bibit kemerdekaan tercetus. Fakta ini dinafikan oleh Umno yang cuba meletakkan Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan. Bagi saya, Ibrahim Yaakoblah patut dinabatkan Bapa Kemerdekaan sebenar bukan Tunku yang tak tahu apa-apa.

Jika begitu realitinya, apakah terdapat usaha dari pihak PAS untuk membetulkan senario ini atau menggerakkan suatu penulisan semula sejarah kemerdekaan Malaysia?

Kita kena betulkan fakta palsu Umno itu. Gembelingkan tenaga. Kumpulkan pejuang-pejuang yang terlibat diawal gerakan kemerdekaan tulin. Kumpulkan kajian-kajian ilmiah yang dilakukan oleh universiti-universiti.

Bagi saya, penulisan semula sejarah kemerdekaan wajib dibuat. Kita jangan asyik menyanggah soal kemerdekaan ini dalam tulisan-tulisan picisan ketika menjelang setiap kali sambutan hari kemerdekaan. Kita mesti sedarkan rakyat bahawa Umno bukan parti yang mempelopori gerakan kemerdekaan di tanahair kita. Tunku bukan Bapa Kemerdekaan.
Semuanya ini kita mesti persoalkan semula secara serius. Bukan main-main. Kita kena buat satu jawatankuasa khusus untuk tujuan ini. Saya percaya, semua tokoh-tokoh sejarah dalam negara kita akan bersama dengan kita jika usaha terancang dibuat untuk membetulkan fakta sejarah ini.

Tidak mengikut acuan sejarah yang disediakan oleh Inggeris dan dipekik-pekikkan oleh Umno. Saya yakin, fakta yang ada adalah fakta orientalis Barat yang mahu dilihat sebagai tiadanya penentangan serius dari rakyat terhadap penjajahan mereka.

Pemerintahan diberi secara aman kepada Umno bagi menunjukkan baik dan bijaknya Inggeris pada mata dunia. Saya setuju, PAS mesti mempelopori usaha ini kerana ia penting untuk genarasi akan datang. Ia tak boleh tunggu lebih lama lagi. Kalau lebih lama, maka banyaklah penyelewengan sejarah akan dilakukan oleh Umno.- (TMJ)


PS :Bukan tujuan kami untuk berpolitik melalui petikan dari Harakah ini, akan tetapi kami merasakan banyak perkara yang bersangkutan dengan sejarah Semenanjong Melaka, kemudiannya ditukar kepada Semenanjong Tanah Melayu, yang terdiri dari pelbagai rumpun dan telah di'melayu'kan oleh penjajah Inggeris perlu dilihat dan dikaji semula, bukan setakat zaman kemerdekaan sahaja malah jauh lebih awal dari itu.

44 comments:

Anonymous said...

Secara peribadi saya tidak beranggapan Inggeris sebagai Penjajah Tanah Melayu.

Mereka MASUK SECARA AMAN, penuh tipu muslihat, memusnahkan "istana lama dan membina istana baru". Tiada penentangan "massive" dari istana. Cuma peperangan di Prai sewaktu Sultan Abdullah, itupun diselesaikan dengan wang Sepanyol dan penggadaian Pulau Pinang & Seberang Prai.

Seterusnya Inggeris menjadi penasihat istana dan penentang dikalangan para pembesar negeri yang setia dengan "istana lama" diisytihar pemberontak. Hubungan "simbiosis" semakin erat.

Jepun si PENJAJAH pun datang dengan menunjukkan zalimnya tidak kenal siapa. Tiada "simbiosis", hanya rompak dan balun! Bila Jepun kalah barulah TAR muncul. Kenapa tidak muncul menuntut kemerdekaan dari Jepun? Takut dipancung?

TAR meneruskan kesinambungan "simbiosis" dengan Inggeris yang menasihatinya bagaimana mentadbir negara mengikut acuan British. Piawaian Malaysia & Akta-akta Malaysia semuanya "copycat" dari British.

Hanya kerana TAR itu "berdarah Tuanku" dan anak didik Inggeris yang berkapital besar maka tokoh-tokoh pejuang anti-Inggeris (bukan anti-Penjajah) yang tulen digunting terus dari lipatan sejarah. Bila digunting lipatan sejarah maka termanipulasilah ia.

Akhirnya setelah kapal-kapal British sarat dengan bijih besi, timah, emas, berlian, tembaga, nikel dsbnya dari perogolan bumi Tanah Melayu mereka berangkat pulang DENGAN AMAN. Itulah hasil "simbiosis" yang mereka dapat dari tahun 1786-1957. Kalau dah dirogol selama 171 tahun, maka benih-benih tanpa bapa pun ramailah dikalangan kita yang telah lupa. Lubang-lubang bijih pun longgar menjadi kawah kosong kalau dirogol selama itu!

Wahai para pengkaji sejarah! Inggeris BUKAN PENJAJAH! Mereka rakan niaga kepada rakan-rakan kita. Hasil bumi Tanah Melayu diperniagakan selama 171 tahun! Mereka rakan "simbiosis" politik dan ekonomi. Siapa yang "berguru" dengan mereka akan mewarisi sifat kemunafikan tersebut. Siapa???

Wallahu Aklam.

Anonymous said...

PERBEZAAN JAJAH DAN SIMBIOSIS:
Cuba bayangkan Virus Trojan dari internet sebagai PENJAJAH dan Anti-Spyware yang kita izin sebagai RAKAN SIMBIOSIS di sistem kita.

Yang mana boleh kekal lama mencuri data dari sistem kita? PENJAJAH atau RAKAN SIMBIOSIS?

Sekiranya nak diperbetulkan sejarah, seharusnya dari A-Z termasuk definisinya sekali. Alang-alang pahit memakan Jadam biar sampai terberak terkincit di dalam seluar!

Salmi said...

Untuk mengetahui peranan sebenar Ibrahim Yaacob, sila baca Memoir Mustapha Husain orang nombor 2 KMM yang disokong statement beberapa orang sezaman beliau.

anaianai said...

Inggeris bukan penjajah?.Rakan kongsi berniaga?....penjajah ke rakan kongsi niaga ke, alibaba ke, pelancung ke…hakikatnya mereka tetap penjajah yang mengambil alih kuasa dan memberi kepada yang tidak berhak, membunuh dan menyiksa ramai pejuang Islam seperti Tok Janggut, Datuk Maharaja Lela, Long Jaafar, membekal senjata kepada Raja Burma Aluangphaya untuk menyerang Langkawi, dll.

Sekiranya kita sudah ada Undang-Undang Kedah berdasarkan pemerentahan islam kenapa mereka mencabuli jajahan kita ketika itu, mengapa mereka merampas UUK dan hanya mengembalikan ia sekitar tahun 2003/4 sahaja. Kenapa sewaktu mencapai kemerdekaan dahulu mereka tidak mengembalikan kekuasaan itu kepada yang hak?

Tentangan dari istana tetap ada tapi dari istana milik siapa ketika itu, milik Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Sultan Mudzaffar Syah III, Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang dan Long Jaafar, kesemuanya dari tahun 1786-1876. Peranan mereka di pinggirkan dari sejarah dan melalui blog ini di buka semula untuk di tatapi oleh semua pembaca.

Istana milik raja daerah memilih untuk memihak dan berkerjasama dengan penjajah Inggers dan mengenepikan Yang Di Pertuan Besar ketika itu dan bernaung dibawah negeri-negeri selat mainan penjajah Inggeris demi mendapatkan kuasa, kekayaan dan perlindungan.

Soal berguru dengan siapa bukan isunya disini. Hampir semua orang yang bersekolah di negara kita semenjak berusia 7 tahun sudah pun berguru dengan kaedah pembelajaran mereka kerana itu lah yang kaedah ditinggalkan penjajah dan itu sahaja yang kita tahu pun. Sekolah agama pondok masih ada di Kedah tapi berapa orang sangat ibubapa yang sanggup menghantar anak kesekolah yang hampir tiada bantuan dari pemerentah malah mahu menghapuskannya? Soalnya sudah kah kita hari ini insaf dan ada kesedaran untuk menilai semula sejarah bangsa Melayu pada hari ini atau adakah kita hari ini membuta tuli untuk meredhai segala tindak tanduk mereka sebagai bukan penjajah? Mereka sendiri menyebut negara kita sebagai “the colonized countries” dan hari ini, “Commonwealth countries” untuk memperindahkan sebutan.

Wahai Zaidi Ali, jangan jadi pelajar yang di kepalanya melekat fakta palsu sepertimana kata Cikgu Ishak Surin itu.

Walau apa sekali pun, sejarah bangsa Melayu tetap perlu dikaji semula berdasarkan fakta-fakta baru yang muncul.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Inggeris yang datang ke sini, walau apa pun definisi dalam bahasa moden tetap sebagai PENJAJAH. Kita jangan lupa segala pembunuhan dan jenayah terancang yang mereka lakukan hanya sebab kita TIDAK NAMPAK.

Blog ni dah memaparkan segala kebobrokan Ingris, saya berharap sangat jika saudara browse thru, baca dulu kasi habis...

Bagi mereka yang telah terkorban syahid mempertahankan kedaulatan dan maruah negara Islam daripada menerima kemasukan Ingris dan Thai...tiada istilah lain bagi mereka melainkan PENJAJAH Kafir laknatullah.

Tidak tergamak untuk saya memandai2 menukar istilah itu.

Bab Jepun ni pula...ada banyak juga cerita tersembunyi pasal mereka yang dirahsiakan oleh Ingris dari kita...Seingat saya, selain Turki Ottoman, Syeikh Ahmad Fatani ada berjumpa pihak Jepun lebih awal lagi sebelum mereka menendang Ingris keluar dari Malaya....

anaianai said...

jangan kata setakat memakan jadam, lebih dari tu kami dari keluarga TNL Kassim sudah mengalami dari tahun 1876 hingga sekarang...itu cili burung saje..

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Yang boleh kita menjadi lunak dengan Ingris adalah kerana SEJARAH kita telah tukar oleh agen2 mereka esp. SATII, Sir SAH dan Sir TAR

Kalau mengikut UUK, bijih timah adalah barang kawalan lebih berharga dari emas. Jika tidak dibunuh Long Jaafar dan dibuang Sultan Ismail Kinta dari wilayah Kinta ingat depa bule dapat ke bawak keluar bijih timah atau getah sewenang-wenangnya dari bumi bertuah ni?

Jangan lupa mereka memenggal kepala dua anak Maharaja Moghul yang terakhir dan meletakkannya dalam dulang diRaja bertutup untuk diberikan kepada Maharaja Moghul itu sewaktu dalam penjara...penghujung maharaja Moghul mati dalam buangan, diganti Maharaja dengan DYMM King...samala macam Malaya ni.

Ingris ini hanya menjadi rakan kepada raja-raja melayu palsu...

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Kalau rakan meniaga patutnya kita la untung...

IPOH MALAY said...

seperti mana Tunku merampas UMNO dan membawa haluan salah.. kami mampu merampas UMNo dan bawa ke haluan yang betul..

Jemput baca

anaianai said...

Buatlah yang termampu IPOHMALAY, buatlah..Semoga Allah berserta anda dan rakan-rakan.

agHoo said...

inggeris bkn penjajah??
lucu kedengarannya huhu..

Anonymous said...

Sekiranya Inggeris itu PENJAJAH, istana-istana kita dah lama diSalib.

PENJAJAH "yang sebenar" telah merampas takhta nai-nai semua. MENJAJAH minda pengkaji sejarah semua. Membuat kita MENJAJAH di negeri sendiri. Selagi kita berpandukan buku Tom Pires dan berguru dengan buku-buku ciptaan mereka, kitalah PENJAJAH. Kenapa tidak ditanya guru-guru sejarah tuan-tuan, "Tuan Profesor Sejarah Melayu, kenapa kita belajar Sejarah Tanah Melayu dengan merujuk buku sejarah ciptaan Barat? Kenapa sejarah kita disusu dan diasuh dari Barat?"

Alasan hilangnya Sejarah Melayu dan hilangnya Takhta Nai-nai kerana Undang-undang Kedah dirampas (kenyataan di atas) dan Hikayat Merong Mahawangsa dirampas (kenyataan tuan di posting lalu)adalah sama seperti alasan "Si Budak goblog yang ponteng sekolah kerana kehilangan buku sejarah."

Budak itu kemudian meminjam buku Sejarah dari Tom Pires, Ranajit Guha dsb lalu pergi ke sekolah. Semakin celarulah Si Budak goblog.

"Selayak-layak raja yang memerintah Bumi(bukan sahaja Kedah)wajiblah berketurunan Rasululullah SAW yang terbukti waras akalnya dan Islam junjungan mutlaknya."

Sesiapa di sini yang tidak sanggup mati kerana Islam dan tiada kromosom Rasulullah SAW, saya nasihatkan teruskan mengkaji sejarah daripada menuntut takhta fantasi dan seterusnya mengaibkan keturunan sendiri!

Sekiranya tuan-tuan menepati kriteria saya...DAULAT TUANKU PATIK PACAL YANG HINA SEMBAH DERHAKA!!

Anaianai, hang kalau tak publish komen aku ni pun tak pa! Terpulang!

anaianai said...

tu la pasal agHoo...dia ni nak kena dgn aku dhh..mencari pasal budak ni..

Anonymous said...

Nai-nai semua,

Sekiranya benar darah Raja Islam Benua Siam yang mengalir di dalam tubuh Nai-nai semua berdaulatkan darah Rasulullah SAW maka tak usah risau. Mungkin kita sempat melihat Tentera Panji Hitam Imam Mahadi dan saya hendak lihat TNL semua di saf pertama dibelakang Baginda Imam Mahadi waris Rasulullah SAW.

Sekiranya "palsu" maka berhati-hatilah ketika menapak di bumi Allah. Takut ditelan bumi atau dipanah Halilintar!

anaianai said...

Sekiranya Inggeris itu PENJAJAH, istana-istana kita dah lama diSalib.

aa:Apa la bodoh punya statement ni? Apa kau ingat tak ada Melayu Kristian ke di Malaysia hari ini pun. Yang raja-raja kita, di zaman penjajah Inggeris dulu bertukar pakaian dari baju melayu, tengkolok ke pakai uniform ‘field marshall’ untuk bergambar tu ape hal. Anak Sultan Abdullah dikahwinkan dengan Francis light tu apa maksudnya tu. Gaya hidup berubah dengan berkereta Rolls Royce sedangkan mereka hanyalah raja-raja daerah yang di nobatkan oleh penjajah Inggeris. Kearah mane Qiblat mereka masa itu. Mereka buang Raja Siam Islam ni sebab kuno, naik gajah sahaja. Guna pun undang-undang islam untuk memerintah. Ikut barat lagi baik. Raja-raja daerah dulu yang dibawah naungan penjajah Inggeris, bukan aku nak kata nama saja islam tapi gaya hidup jauh menyimpang.

PENJAJAH "yang sebenar" telah merampas takhta nai-nai semua. MENJAJAH minda pengkaji sejarah semua. Membuat kita MENJAJAH di negeri sendiri. Selagi kita berpandukan buku Tom Pires dan berguru dengan buku-buku ciptaan mereka, kitalah PENJAJAH. Kenapa tidak ditanya guru-guru sejarah tuan-tuan, "Tuan Profesor Sejarah Melayu, kenapa kita belajar Sejarah Tanah Melayu dengan merujuk buku sejarah ciptaan Barat? Kenapa sejarah kita disusu dan diasuh dari Barat?"

aa:Penjajah inggeris menghasut secara halus raja-raja daerah untuk menentang Yang Di Pertuan Besar dan memerdekan wilayah naungan Yang Di Pertuan Besar. Mereka kemudiannya melantik mereka ini menjadi raja dengan perlindungan penjajah Inggeris yang lengkap dengan persenjataan moden. Pengkaji sejarah memang la akan terus menkaji kalau tidak tak de la blog sebegini. Memang pun ditanye soalan sebegitu. Apa kau ingat tanye tu salah ke kalau nak di buat perbandingan dan mengumpul fakta,primary data dan secondary data. Dah tahu penulisan mereka barulah boleh buat perbandingan dengan bukti-bukti terbaru.

aa:Alasan hilangnya Sejarah Melayu dan hilangnya Takhta Nai-nai kerana Undang-undang Kedah dirampas (kenyataan di atas) dan Hikayat Merong Mahawangsa dirampas (kenyataan tuan di posting lalu) adalah sama seperti alasan "Si Budak goblog yang ponteng sekolah kerana kehilangan buku sejarah."

aa:Kalau hari ini waris yang masih ada tidak ada bukti bertulis, apa yang boleh mereka lakukan? Yang sedang berkuasa, menyimpan dan menyembunyikan bukti-bukti yang ada. Itu pun setelah Tun Dr M mintak balik manuskrip UUK ini baru lah ia dipulangkan. Di istana Raja Thailand hari ini masih terdapat manuskrip lama bertulisan jawi yang dirampas dari perpustakaan Ayuthia dahulu. Pengkaji Thailand pun turut mengatakan terdapat 21 masjid di Ayuthia. Sedangkan kami dah ada bukti pun orang seperti kau berkokok menyalak lagi. emm..mungkin pasal aku ponteng sekolah, kau tak ponteng kau jadi terlebih bengong dari aku.

Budak itu kemudian meminjam buku Sejarah dari Tom Pires, Ranajit Guha dsb lalu pergi ke sekolah. Semakin celarulah Si Budak goblog.

aa:Budak Goblog tu kau la sebab guna kepala lutut untuk berfikir.

"Selayak-layak raja yang memerintah Bumi (bukan sahaja Kedah) wajiblah berketurunan Rasululullah SAW yang terbukti waras akalnya dan Islam junjungan mutlaknya."

aa:Memang kami tahu asal keturunan kami, tak payah kau nak mengajar bab ni. Kalau tidak tak kan lah DIA nak dorong kami dengan macam-macam petunjuk dari NYA sepanjang kami mula pengkajian semula sejarah ini sekitar tahun 2005 dahulu..Apa kau ingat aku tulis buta saja ke kat sini macam kau?

Sesiapa di sini yang tidak sanggup mati kerana Islam dan tiada kromosom Rasulullah SAW, saya nasihatkan teruskan mengkaji sejarah daripada menuntut takhta fantasi dan seterusnya mengaibkan keturunan sendiri!

aa:Mana kau tahu kami tak sanggup mati. Dah berapa banyak kaum keluarga kami zaman penjajah tu dihina dan dibunuh, di penggal dan dicincang. Mungkin keturunan hang dah banyak mati dibunuh dari kami pasal tu hang loghat kot. Pasal keturunan AL Jefri dari Bani Hasyim kami dah lama tau, tak payah nak kau ingatkan kami. Kalau kami dah tahu asal keturunan kami, kami dilarang buat kajian ke? Tak boleh buat tuntutan ke? Bukan harta tok nenek hang, suka hati kami la nak tuntut ke tidak. Undang-Undang kanun Tanah Negara pun bukan ada dateline, harta sebelum merdeka pun boleh tuntut, hang nak halang buat apa, hang dengki tang mana? Hindraf pun buat tuntutan dengan kerajaan british hari ni sebab hantar depa mai Malaya. Lepas tu kami nak duduk saja putih mata tengok depa dok kikis saki baki yang ada? Peerah mabuk !

Sekiranya tuan-tuan menepati kriteria saya...DAULAT TUANKU PATIK PACAL YANG HINA SEMBAH DERHAKA!!

aa:Tahu pulak kau nak sembah derhaka ye? Bab Masin mulut ni boleh la tahan lagi kalau puak kami nak sumpah kau jadi katak, insyaALLAH. Pesanan orang tua-tua jangan lepas cakap, sebab mudah benar ia berlaku. Tapi pun kalau bertemu buku dengan ruas, mahu juga aku menyumpah kau.

Anaianai, hang kalau tak publish komen aku ni pun tak pa! Terpulang!

aa:Memang aku nak publish sebab aku bukan takut dengan hang, aku takut dengan ALLah. Hang pun kena jadi oleh yang MENJADIKAN aku nak takut apa dengan hang.

Orang berbudi kita berbahasa, orang kurang ajag, mai sini aku nak teliang.

anaianai said...

Memang dah sah kami tau darah apa yang mengalir pada tubuh kami, apa yang nak ditakutkan kecuali Allah sahaja. Petunjuk dah ada, harap saudara faham. Di sini bukannya ruang untuk meneceritakan apa bentuk petunjuk yang telah diberikan.

Imam mahadi semua orang islam patut bersedia tapi pun kenal ke kita, tahu ke siapa Imam mahadi itu, apa maksud tanda-tanda nabuwahnya? Insyallah kami tahu dan kami kenal. Itu saja yang boleh disebut di sini.

Salmi said...

Relax tuan-tuan..jangan gaduh-gaduh. Memanglah sesetengah buku tidak menggunakan istilah menjajah tetapi dikatakan menaungi kononnya tanahair kita bernaung bawah British sahaja sebab kita masih ada "raja-raja"-yang bernaung bawah DYMM Queen.

Hakikatnya bukan saja mereka menukar corak pemerintahan daripada khalifah Islam kepada raja-raja boneka sistem sekular kemudiannya dipanggil demokrasi raja berperlembagaan, tetapi hasil tanahair kita dikaut sekali, memang diniagakan tetapi yang untung besar mereka.Sudahlah raja-raja waris original dibunuh.

Ikut buku "My Side of History" hasil usahasama Chin Peng dan seorang wartawan British yang dulunya anti komunis, ada didedahkan dokumen British tentang keadaan ekonomi mereka yang banyak berhutang selepas WW2 dan mengharapkan hasil Malaya untuk membantu melunaskan hutang tersebut dengan jumlah ratusan Straits Dollar setahun-sebab itu British mulanya liat nak bagi Malaya merdeka dan bila bagi pun kepada pihak yang boleh menjaga kepentingannya.

Salmi said...

Silap tulis tu...sepatutnya ratusan "juta" setahun.

Tentang infrastructure memang British bina tapi lebih kepada kegunaan dia, contohnya jalan keretapi di Kuala Sepetang yang paling awal dibina untuk mengangkut bijih timah ke pelabuhan.

Sekolah-sekolah Inggeris dibina di bandar untuk kaum Melayu atasan dan bangsa asing. Kaum Melayu marhain dibiarkan setakat sekolah Melayu darjah 6 kerana depa mau Melayu terus jadi petani dan nelayan miskin.

anaianai said...

Betul salmi...aku pun tak pertikai pasal Long Tambang.

aTuk MacHo said...

hehe inggeris rakan niaga?camne?ngan ape?rampas hak kita kemudian dagangkan,dapat untung kt depa itu dikata rakan niaga?

ingat!!kita hanya dapat cebisan shj teknologi hasil yg dirampas dengan teknologi yg ditinggalkan xberpadanan dgn yg dirampas..

jika inggeris bukan penjajah maknanya portugis dan belanda juga bukanlah penjajah.mereka datang rampas hasil dagangan ajerk xpancung kepala cam jepon..betoi ka??itu bukan dikira penjajah ke tuh?

kita xleh maju ke tanpa ingeris dan penjajah2 yg lain??

ingat!!sblm melaka dijajah kita dimana?jauh lebey maju dari yg lain.bhs melayu dimartabatkan di merata dunia.china kenal kita,arab kenal kita..sape yg tolong colombus jajah dunia?bukan org kita ke?panglima awang..

kita xleh maju jgk ke tanpa depa nih?

kalo kita xdidatangi oleh penjajah2 ni mgkin kita da jauh lebey maju kehadapan sekarang berbanding apa yg kita ada sekarang..

teknologi??itu bley dicapaila mengkut arus perubahan masa akan smpai jugak ke sini..

renung-renungkan...

Mrkolumpo said...

Salam kepada tuan tanah

tahniah tahniah tahniah
semoga Allah bersama2 dgn saudara
saya amat terpegun dan tertarik dgn penerangan sejarah nagara kedah,negara siam dll oleh saudara walaupun dlm pada masa yg sama agak terperanjat dgn betapa beza nya dgn buku2 dan apa yang dipelajari dalam ilmu sejarah di sekolah dahulu.ternyata mmg kita semua sudah di tipu...ternyata usaha2 untuk memadamkan sejarah ISLAM dari negara kita ini adalah tak lain dan tak bukan dari org2 yahudi dan jangan terperanjat bahawa kepala mereka adalah berasal dari darah keturunan firaun laknatullah.Raja England & Permaisuri England pada ketika dahulu dan sekarang adalah keturunan firaun dan disokong oleh yahudi bagi membentuk New World Orde ( Kerajaan Satu Dunia) yang mana akan bertuankan dajjal al masih (anti-christ)..jika ada kelapangan boleh lah saudara melapangkan diri untuk ke blog saya..dan disitu ada saya letakkan videobar tentang satu pembongkaran sejarah dan konspirasi Firaun-Yahudi-England-Amerika-Dajjal Laknatullah yang bertajuk "How The Zionist Tricked the World & us all".kredit dan pujian harus diberi oleh skeumpulan anak muda yg telah membongkarkan cerita dan rahsia mereka.dan begitu juga saudara..saya harus beri pujian kepada saudara..saudara merupakan salah seorang yang sedang membongkar salah satu cabang konspirasi yahudi-dajjal dan iblis untuk memusnahkan agama Rasulullah s.a.w
setelah membaca blog saudara..saya telah pun membuat kesimpulan bahawa Malaysia telah lama mempunyai acuan zionist dan freemason..cuma kite je yang tak sedar...

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Izinkan saya perjelas "Inggeris bukan penjajah", sebelum saya dianggap agen Zionis.

Inggeris dapat untung besar dengan mencuri hasil bumi Nusantara. Untuk mencuri "sekejap-sekejap" mesti masuk senyap-senyap. Kalau nak mencuri "lama-lama", selama 171 tahun mesti pakai kabel politik istana atau pemerintah dan golongan ini perlu diberi "share" atau panggu untuk bekerjasama dan tutup mulut. Buat raja atau pemerintah panggunya besar sampai boleh diertikan "shareholders" atau rakan niaga. Buat rakyat zaman dahulu yang takde kuasa mengundi pemerintah dan takde panggu, Inggeris itu penjajah.

Inggeris itu memang penjajah dimata rakyat...tidak sesekali dimata pemerintah! Mereka makan elaun Inggeris dan mendapat pembahagian keuntungan. Pembesar yang engkar dicop "wanted" dan rakyat yang dijajah wajib membayar cukai. Saya hanya setuju Inggeris itu penjajah bangsa dan negara sekiranya golongan yang dijajah meliputi sehina-hinanya pacal sampai ke seagungnya Sultan yang memerintah. Semua peringkat bersatu menentang penjajah. Di manakah para pemerintah semasa Tok Janggut, Tok Bahaman dan Ngah Ibrahim diburu? Mereka bersorak atau mempertahan?

Sekiranya pemerintah sebangsa pun ada panggu besar maka boleh disimpulkan penjajah itu pemerintah sebangsa (antara kita sendiri)yang rasuah dan telah salahguna kuasa pemerintah!

Kalau kes rasuah dan salahguna kuasa tidak mengenal masa ia dilakukan, kesalahan berkurun lamanya pun boleh dibuka kes!

Sekarang ini segala perjanjian karut yang merugikan rakyat telah dibuka untuk umum. Cari siapa yang tandatangani bersama Inggeris, buat laporan, adakan tribunal dan jatuh hukum. Nescaya akan ada banyak kekosongan di kerusi pemerintah. TNL Kassim pun boleh cepat ditabalkan dan saya sokong.

"How proud I am to declare to the world; We the Malays never been colonized until this very moment. The British has tricked our stupid leaders to steal our wealth...and we will fight against them in the court of law!"

Perbicaraan Regim Khmer pun dah bermula. Kita bila lagi?

webmaster said...

Tuan Anai-anai,

Kalau ikut sejarah prakemerdekaan seolah-olah ada kelompongan disitu. Minta kajian dibuat disepanjang tahun 1890 hingga 1957. Pendekar-pendekar melayu pada masa tersebut bernaung pada siapa, Sultan Daerah atau Maharaja Siam?


Wallahu a'lam

Mohd Shahrizal said...

Salam semua,
Rasanya apa yg cuba disampaikan oleh zaidi ali tak dapat dikorek sepenuhnya oleh pembaca-pembaca lain termasuk anaianai sendiri.
Apabila membaca komen sdr zaidi, saya rasa dapat menangkap isu yg cuba diketengahkan oleh beliau.. Rsnya beliau bukan cuba mencabar dan menjatuhkan anai2 dan pengkaji sejarah reality yg lain, tp sebagai cubaan membuka minda masing-masing. Sy dpt rs apa yg cuba disampaikan oleh pengomen berkenaan setelah baca komennya berulangkali dan secara merendah diri..
Saudara anai2 dan yg lain2, rsnya elok baca dan cuba fahami secara mendalam komen berkenaan sambil meletakkan ego masing2 ketepi dahulu. Banyk perkara positif yang terdapat dlm komen beliau.. tu pun kalau sanggup ketepikan EGO buat seketika sajalah...

Thanks

anaianai said...

Ok ok..ramai yang tidak tahu, sebenarnya saya dan Sdr Zaidi ini ada hubungan kekeluargaan. Kami telah pun berhubung dan menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik.

Beliau adalah waris Long Tambang. Keluarga Long saya tak perlu cerita lagi disini, tetapi Tam-bang dalam bahasa Siam bermaksud, turut-abang. Turut dari mana?...dari Kemboja ke Kedah, turut siapa?...Sultan Muzaffar Syah III.

So case is close. Sial kunjungi blog beliau dari mase ke semasa, klik profile beliau dan masuk link ke blog beliau. Sekian, terima kasih.

Mohd Shahrizal said...

Alhamdulillah..
Teruskan perjuangan murni ini dengan hati yang aman dan tenang... Amin

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Minta laluan.

Para pengkaji sejarah realiti bukan mengkaji untuk kepentingan peribadi menaik nama membangga diri. Mereka-mereka ini adalah antara yang puas memikir mengenangkan sejarah Bangsa Melayu yang terlalu teruk dihina dan dihinjak maruahnya, ada yang dibunuh, hak mereka dirampas, dianiaya. Mereka-berhak menuntut menebus kembali hak yang telah dinafikan.

Janganlah ditanya bagaimana caranya, kerana Tuhan tidak akan menafikan hak mereka yang teraniya. Masanya akan tiba tetapi usaha perlu ada...

Bagi mereka yang telah nampak kebesaran Empayar Islam Benua Siam Kedah diluar dari kepompong acuan barat akan mula mendapat jati diri yang sebenar.

Siam atau Simuw al Amir itu sebenarnya KITA, adat kita, pembawakan dan sopan santun kita yang diturunkan sejak zaman berzaman. Bangsa yang dihormati.

Undang-undang Kedah itu adalah UNDANG-UNDANG SYARIAT AGAMA KITA...zaman dahulu tok nenek kita tidak ada masalah mematuhinya.

Kita berhak menaikkan kembali apa yang telah hilang. Kita tidak perlu segan atau takut membangkitkan semangat EGO BANGSA KITA kerana bangsa kita sememannya mempunyai ketamadunan yang TINGGI..bukan baru zaman 1404 zaman Melaka, tapi nu sejak zaman AYUTHIA lagi...dan ke atas lagi.

Para pengkaji sejarah realiti tidak perlu takut mempertahankan pendirian yang terhasil dari fakta-fakta kajian mereka, kerana selama ini pun kita dan agama kita telah menjadi 'PAK TURUT tanpa kajian' telah sekian lama.

Para pengkaji sejarah realiti BANGSA BERDAULAT ini tidak perlu gentar bertingkah arah kerana kita TIADA PILIHAN melainkan sanggup membiarkan anak bangsa teraba-raba mencari jati diri yang tidak pasti.

Para pengkaji sejarah realiti perlu bersatu hati kerana apa yang akan ditempuh ke hadapan ini bukan suatu yang mudah, arus deras yang bakal mematah kayu yang tidak kuat akar tunjangya...

Sabar bertempat, rasional bertempat.

Bersiap!

(ini ulasan bukan target pada sapa-sapa, tetapi inilah antara tentangan yang bakal dihadapi oleh pengkaji sejarah realiti)

donmny said...

TUAN

saya sependapat dengan MOHD SHAHRIZAL
February 18, 2009 3:56 PM

yang elok itu budi, yang indah itu bahasa

agHoo said...

bley x kaji psl tokku paloh di terengganu??

anaianai said...

agHoo
itu dah terkeluar daripada skop research kami..looks like somebody else shuold pick up from here.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Cuba check sejarah ulama nusantara dari blog ULAMA NUSANTARA...dalam tu semua dah ada.

Anonymous said...

Salam tuan tanah & sahabat2ku...

Rabiul Awwal bulan yang mulia,
Baginda Junjungan lahir ke dunia,
Wahyu pertama turun pun padanya,
Rasul terakhir memimpin manusia,

Baginda Junjungan diambil semula,
Juga berlaku di bulan yang mulia,
Nur dan Kitabullah ditinggal cuma,
Bersama pesanan ketika hayatnya,

Benih yang baik jadi pulau biaknya,
Untuk memimpin di akhir dunia,
Salawatlah kita kepada Baginda,
Dapatlah Syafaat di hari muka.

Satu setengah biliun umat Baginda,
Semua dibekal Nur cahaya,
Selagi patuh kita pada Yang Esa,
Takkan hilang Nur Islam di dunia.

Sama-samalah kita sambut Maulidur Rasul.

Unknown said...

Salam saudara anai-anai,

Saya ada terjumpa rekabentuk masjid masyarakat minangkabau di Padang, Sumatera yg mana rekabentuknya adalah seperti kebanyakan masjid yg tuan letakkan di blog ini.

Menara mimbarnya adalah terasing dr bangunan masjid dan bumbungnya ada persamaan dgn rekabentuk masjid2 yg tuan lampirkan.

Cuba lihat disini http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/3/31/Minangkabau_mosque.jpg atau
http://en.wikipedia.org/wiki/File:Minangkabau_mosque.jpg dan ini sumbernya;

http://en.wikipedia.org/wiki/Minangkabau

Mungkin tuan bole letakkan di bhg kanan blog tuan sbg bhn bukti tambahan.

~sekadar pandangan~

Izzan Fahat said...

iNGGERIS BKN PENJAJAH?jd pnjajah itu anda hy skopkn kpd bntk peperangan dan kezaliman?hy phk atau gerakan spt Jepun yg zalim dan mbunuh dgn kejam shj yg blh di 'cop' sbg penjajah?jk msh bkn jjh mengapa msh mggunakn dsr pnjjh smpi ke hr ini??????dasar Jepun ada ke???

Anonymous said...

Salam Saudari Izzan,

Terpulang kepada diri masing-masing untuk menakrifkan "PENJAJAH".

Bagi saya, "PENJAJAH" itu wujud dalam diri kita. Menjajah minda dan mengawal setiap pergerakan dan pemikiran. Mengawal pendirian, ketakutan, ketaqwaan, kemunafikan, kedayusan, keegoan, kebodohan, ketamakan, kerakusan dan kekuasaan. SEKIRANYA sifat2 yang saya sebutkan di atas tidak dijajah oleh minda sendiri, kita akan jadi manusia yang gagah...tidak kenal apa itu "PENJAJAH" dan marilah JEpun, marilah Inggeris, marilah Yahudi, marilah Amerika...AKAN KU PERTAHAN BUMI ALLAH WARISAN MUHAMMAD INI SAMPAI KE TITISAN DARAH TERAKHIR!!!....dan MEREKA tidak akan dilabel "PENJAJAH" sebab mereka tidak berupaya menjajah.

Sekian.

anaianai said...

Saudara Zaidi menilai makna penjajah dalam skop yang lebih luas, yang tersirat bukan yang tersurat. Harap maklum.

Izzan Fahat said...

pendefinisian konsep stp org adalh bbeza2...mmg bnr hakikatnya 'Malaysia' TIDAK dijajah...NAMUN, dr segi praktisnya Malaysia smmgnya tlh dijajah...demikianlah jgk situasinya yg tjadi tntng isu dasar pecah dan perintah...tak ada pn pihak British yg katakan bhwa dsr pch dan perintah mnjdi ssuatu ketetapan.namun, dr segi praktisnya British smmngnya tlh jlnkn 'dsr pch & prnth' apabila rakyat pd ms itu yg tikat dgn pmhaman bahawa org melayu msti bertani, bersawah...dpt pulak tnh adat.itulh yg blh mrk buat.org cina pulak berlombong.org India dlm pladangan. tp, phk British tak halang pn klo org melayu tlbt dlm plmbngan dan pntdbirn. dsbbkn pemikiran masyarakt pd ms tu, akhirnya itulah yg mjdkn kononnya dsr pch dan printah tu dilaksankn...pntg utk kt kembali pendefinisian konsep dr segi praktis jgk. skdr pandangan...:)teruskan berbahas dan berhujah demi mencari sebuah kebenaran.

m taufiq a aziz said...

aduh. menyesal baca komen. ada juga org mcm zahid ali.

sepertinya menyekat kemaraan kempen kesedaran ini.

wonder, zahid ali ni berguru dengan siapa lah agaknya..

m taufiq a aziz said...

zahid ali ni saintis. mana ada hakikat.

Anonymous said...

Salam.

Memang sepatutnya ada pihak yang menyesal (seperti saya dan Tawawfayakof) kerana orang seperti saya ini memang lemah disisi Tuhan. Saya selalu "lupa bahawa saya terlupa", jadi saya selamanya pun tak akan mencari apa yang saya terlupa. Saya hanya tersedar bahawa saya terlupa bila saya terbaca blog Sdr Anaianai & NLK.

Saya menyokong penuh usaha murni Anaianai & TNL mengingatkan semua pihak mengenai sejarah realiti. Ada juga orang yang terasa sangat mungkin sebab ada darah SukoThai, British atau Yakjuj Makjuj dalam tubuh. Saya sudah mengkaji secara sains genetik dan sejarah salsilah 14 keturunan saya dan dah sah negatif Yakjuj Makjuj. Bolehlah kalau Sdr Tawawfayakof berikan saya setitik sampel darah atau seurat rambut untuk saya kaji genetik DNA tuan(sekiranya berminat). Mungkin Sdr Tawawfayakof boleh memberi jawapan "kenapa orang Melayu warna kulitnya pelbagai (kuning langsat, sawo matang, putih cerah, coklat dan hitam) sedangkan orang Cina satu warna?".

Saintis mengkaji melebihi batasan fakta hakikat dan sejarah realiti. Contohnya bukan saintis mungkin berkata sel adalah juzuk terhalus. Kami saintis mengkaji hingga ke tahap elektron dan nuklei sehingga kami jumpa jawapannya.

Sebagai saintis juga kami tiada had untuk berguru. Kami berguru dengan ulamak, profesor, doktor, yahudi, nasrani, peminta sedekah, haiwan dll. Sesungguhnya yang amat penting ialah jawapan akhirnya dan pengertian ilmu Makrifatullah tanpa dipengaruhi oleh corak pemikiran sosio-politik individu Tok Guru kami.

khamal abdul hamid said...

Salam semua yang mengikuti blog ini.

Sebelum Saudara Zaidi Ali memperkatakan perihal penjajah di blog ini saya sudah pun sependapat dengan beliau semasa saya belajar sejarah darjah 5 lagi.. heheh..

Bagaimanakah "penasihat" ingeris menjadi begitu berkuasa sedangkan mereka datang sebagai "penasihat"? Jawapannya pun telah diketahui umum...

Persoalan yang dipersoalkan tentang siapakah bapa kemerdekaan di sini, pada pendapat saya sangat subjektif... Harap jangan lah di ungkit berkenaan soal ini kerana hasbab merdeka bersebab TAR ke London "menuntut" kemerdekaan. (Cth: kita buang air besar di sebabkan kita makan/minum... makan/minum apa? nasik, ikan, ketam, ulam emm nasik dari beras basmathi, emm cap apa?... sungguh subjektif. tapi bila dah melepas legaaaa... emmm.. lega banyak? lega sikit? pun subjektif.. kekeke).

Tak dapat disangkal lagi, Kerajaan Benua Siam Islam memang wujud.

Tetapi dalam benar persoalan yang bermain di fikiran saya...

1. BAGAIMANAKAH KERAJAAN INI MENJADI BEGITU KUAT DAN BESAR?
2. APAKAH NILAI2 YANG ADA PADA DASAR TUBUH KERAJAAN INI, YANG MEMBOLEHKAN IANYA MAJU DAN KUAT?

Harap dapat dijadikan pedoman untuk bangsa kita accelerate balik ke level yang sepatutnya...

Pasai keturunan nie, aku mungkin sebahagian dari hampa sbb tok aku sebelum dia meninggal, dia cerita yang kami berkait dengan abdullah fahim dan orang tua aku pangkat sepupu dengan Pak Lah. Tokwan aku dibunuh ketika orang tua aku berusia 3 bulan pada tahun 1948. La nie, tak dak sapa dah... tinggai org tua aku aja di dunia nie.. susah nak jejak sejarah...

Khamal
*cucu pendekaq Lah, Pinang Tunggal.

Anonymous said...

Salam Sdr Khamal.
Saya sangat 'respect' kepada orang-orang Pinang Tunggal sebab moyang besar saya Long Tambang pun berasal dari Pinang Tunggal.

Izinkan saya menjawab 2 persoalan sdr itu secara firasat (saya tiada bukti sejarah). Mungkin Sdr Anaianai dapat perjelaskan sekiranya firasat saya tersasar.

Kerajaan Benua Siam Islam begitu kuat pada zaman itu kerana:

Ia pada asalnya ialah kerajaan para anbiya' bermula dari Nabi Idris (a.s.) diikuti cicit baginda, Nabi Nuh (a.s.) diperturunkan kepada Nabi Ibrahim (a.s.) dan keturunan para anbiya' berikutnya ke Nusantara. Afrika ialah tempat Nabi Adam (a.s.) turun ke bumi. Dari Afrika, Islam berkembang ke Tanah Arab, India, Negeri Cina, Champa dan Nusantara. Buktinya tiada sejarah peperangan di antara Arab, China, India dan Nusantara kerana pada masa itu semua raja-raja di mukabumi berasal dari keturunan para anbiya' (nabi-nabi) yang bermula dari Nabi Adam (a.s.). Raja Permaisuri pertama Negeri Cina ialah Permaisuri Balqis (asalnya Puteri Penyembah Matahari yang kerajaannya luas dari Yemen ke China utara sebelum memeluk Islam dan berkahwin dengan Nabi Sulaiman ibn Daud (a.s.) 3000 tahun dahulu dan bersemayam di Gunung Kunlun, utara China.

Nabi Zulkarnain (a.s.) pula disebut Iskandar Zulkarnain (Iskandar ialah gelaran untuk raja). Nabi Zulkarnain (a.s.) membina Tembok Besar China melalui mukjizat mengalirkan tembaga. Mukjizat ini juga yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman (a.s.) dengan izin Allah SWT. Nabi Zulkarnain tidak diketahui salasilahnya dan hanya difirman Tuhan dalam surah al-Kahfi.

Maharaja terawal Negeri Cina ialah Maharaja Fu Xi dari keturunan Nabi Idris dan bersaudara dengan Nabi Nuh (a.s.). Maharaja Fu Xi terselamat semasa Peristiwa Banjir Besar dan kisah Bahtera Nabi Nuh (a.s.) dan beliau bersaudara dengan Maharaja Huang Di dan Maharaja Shennong.

Rasulullah (s.a.w.) diturunkan untuk menyelamatkan umat manusia keluar dari kesesatan. Selepas kekalahan Islam semasa Perang Salib II, berlaku migrasi melawan arus (dari tanah besar ke kepulauan) sehingga sampai ke Nusantara.

Disimpulkan bahawa semenjak turunnya Adam (a.s), semua penghuni dunia adalah Islam sebelum disesatkan iblis untuk menyembah berhala dan matahari. Kemudian diutus pula Nabi Daud (a.s.), Nabi Musa (a.s.) dan Nabi Isa (a.s.) untuk membawa bangsa Israel keluar dari kesesatan. Setelah kitab-kitab Zabur, Taurat dan Injil diubah mereka maka terbahagilah bumi kepada 2 blok kerajaan. Blok Islam dan Blok Barat.

Dipendekkan cerita, semua penghuni Benua Siam adalah 100% Islam (Blok Islam) dari pelbagai bangsa dan suku sehinggalah sampainya Light (Blok Barat) ke Pulau Pinang. Dipendekkan lagi cerita, hak mutlak 100% Islam di Tanah Melayu di ragut bila salah satu syarat mencapai kemerdekaan dari British ialah memberikan 1 juta kewarganegaraan kepada kafir-kafir dari selatan China dan Selatan India. Hilanglah status Benua Siam Islam dan lahirlah demokrasi acuan barat. Begitu juga yang berlaku di Indonesia dan Filipina. Semuanya agenda Blok Barat.

Sekadar firasat. sekian.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

memang ada dalam kitab lama2 china mengatakan banjir besar berlaku dan mereka melihat 'Tempurung' yang besar datang menyelamatkan....

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

dan memang anak Nabi Nuh datang kenegeri China sebab nak kawin tapi x boleh sebab badan dia besar sangat lalu diukirlah patung berupa perempuan, lalu dijimak lah patung itu sehinggalah melahirkan keturunan Jut Majut...

itulah kiasannya..