Sila saudara/i baca kertaskerja saudara Hamli Asadi yang di bentangkan pd Forum ceritera Sultan Syarif Syah pd 29 Ogos 2009 lalu di Dewan Theatrette, Muzium Negeri Kedah. Forum ini di anjurkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Kedah.
Saudara/i peminat dan pembaca sejarah yang kami hormati, kewujudan dan peranan baginda Sultan Syarif Syah dalam sosio-ekonomi negara Kedah dizaman dahulu tidak dapat dinafikan lagi.
Kepada waris-waris baginda, gelaran sebenar baginda ialah Syah Alam Yang Maha Mulia Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Negara Kedah (@ Yamtuan Kedah).
Oleh kerana baginda wujud sebagai Yamtuan Kedah, maka dengan itu disebut dalam Undang Undang kedah ms 40, "..kepada Datuk Seri Bongsu, iaitu Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit".
Jelas kepada kita bahawa d zaman dahulu, Yamtuan Kedah bukanlah Sultan Kedah. Sultan Kedah ketika itu hanyalah Perdana Menteri kepada Yamtuan Kedah sahaja. Gelaran Paduka Seri Bongsu adalah kerana Sultan Muhammad Jiwa berkahwin dgn adik bongsu Sultan Syarif Syah bernama Nang Che Puan. (lihat salasilah)
Jadi apakah sebenar peranan yang di mainkan oleh Yang Di Pertuan Kedah. Kami berpendapat bahawa baginda adalah Yang Di Pertuan Agong dizaman dahulu, menjalankan pemerentahan menurut perlembagaan dalam Undang Undang Kedah. Hari ini negara kita bertukar-tukar jawatan tersebut ibaratkan rumah yang tidak bertuan. Usaha menulis semula sejarah Melayu dizaman pemerentahan Inggeris oleh Marhum Melaka yang dibiayai oleh penjajah Inggeris adalah bertujuan untuk menutup sejarah realiti, yakni sejarah Khalifah Islam yg kita semua hari ini tidak mengethui tapi dibongkar diblog ini.
Mana mungkin sebuah empayar islam sebesar Empayar Islam Benua Siam Kedah ini tidak mempunyai Khalifah, sedangkan dinegara islam lain ketika itu bersemayam seorang khalifah yg memerintah negaranya? Negara kafir yang berdekatan pun turut mempunyai maharaja seperti Thailand dan Jepun. Sedarlah saudara bahawa negara kita mempunyai Khalifah yg bertindak sebagai Yang Di Pertuan Agong di zaman dahulu seperti mana Turki dahulu, Jordan dan Arab Saudi pada hari ini.
Penjajah Inggeris meletakkan Bani Saud sebagai Raja Arab Saud-di (sehingga kini pro western), menjatuhkan Empayar Islam Ottoman Turki, menjatuhkan Empayar Monggol India dan menjadikan Queen Elizabeth sebagai Ratu India, menjatuhkan Empayar Islam Benua Siam Kedah milik kita dan akhir sekali menjatuhkan Empayar Maharaja Manchu Islam di Cina..dan kita masih lagi buta sejarah dan mengikut sahaja sejarah peninggalan mereka.
Sejarah negara kita diceritakan mengikut kepentingan peribadi mereka-mereka yang tunduk kepada kehendak penjajah yang mempunyai agenda tersembunyi. Mereka sanggup menggadaikan wilayah Yang Di Pertuan Kedah kerana tamakkan kuasa dan harta dunia. Contoh yg jelas ialah Pulau Pinang dan Singapura. Mereka enggan bangun untuk menentang penjajah kafir thai yang telah menyerang dan menawan Siam. Patutlah di katakan pusat pemerintahan Kedah berubah-ubah kerana yang di ceritakan adalah sejarah raja daerah sahaja. Di Johor pula, Temenggung ditabal sebagai sultan oleh Stamford Raffles!!! Temenggong itu boleh di ibaratkan sebagai Ketua polis yang mana sehingga ke hari ini ia masih mempunyai pasukan polis nya tersendiri. Sudah tentu, yang di gadaikan kepada Stamford Raffles ialah Pulau Singapura.
Video 'The Arrivals' dalam 'You Tube' harus lah dikaitkan dengan sejarah negara kita di masa lampau sebagai satu pengajaran. Usah lagi kita berpegang kepada tampuk lama yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris dulu kerana kita sudah dewasa dan mempunyai ramai cerdik pandai yang boleh membuat kajian sendiri.
Kepada yang berkuasa pada hari ini, perlu diingatkan bahawa waris Mutlak kepada Yang Di Pertuan Kedah masih ada hingga kini dan akan menuntut hak-hak nya mengikut Qutbah Wida dan hukum syarak.
"Setakat hari ini kerajaan telah menerima tuntutan dari waris kesultanan Kedah dan tidak ada bantahan dari mana-mana pihak", Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.
Kita ikuti penulisan saudara Hamli Asadi,
Malangnya, makam yg di lawati ini bukanlah makam Sultan Syarif Syah walaupun ia memang berada dalam kawasan tanah perkuburan yg sama. Elok bertanya dahulu kepada waris yang masih ada yg menjaga makam tersebut.
anaianai di Makam Sultan Syarif Syah pada Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini
13 comments:
salam,
kenapa sultan syarif bernaung di bawah raja ayuthayya thai??
bukankah baginda raja segala raja di nusantara ni???
Sebenarnya baginda tidak pernah pun bernaung di bawah raja ayuthayya thai. Ayuthhaya diserang dalam tahun 1767 dan baginda dibawa oleh pengikut2nya ke selatan siam dan seterusnya ke Istana Kota Meang Kuang apabila ia siap. Baginda dibunuh di istana Kota Meang Kuang, bandar Darulaman Jitra dlm tahun Musuh Bisik 1821.
Kalau raja segala raja tidak mendapat sokongan dari pemerentah yang menjadi tali barut penjajah, tidak ada apa yg boleh d buat. Sebagai contohnya, apabila di ketahui bahawa Ayuthaya jatuh ketangan thai, Sultan Abdullah telah bertindak menggadaikan Pulau pinang kepada Inggeris dlm tahun 1786. Dimanakah kesetiaan saudara seagama dlm mempertahankan wilayah islam? Khalifah Syarif ini adalah bapa saudara kepada Sultan Abdullah melalui perkahwinan Sultan Md. Jiwa dgn gundik shj, namun diberi juga pangkat sebagai raja daerah Pulau Pinang...dan di balas dgn cara menggadaikannya pulau itu kpd Francis Light.
Di Kelantan pula, Long Senik mulut merah, anak angkat Sultan Mohammad I ditugaskan mengutip zakat tetapi telah memberi wang tersebut kepada Raja thai dan di beri pengiktirafan oleh raja kafir tersebut. Raja thai melantik Long Senik menjadi Raja Legeh dan dia telah kembali membawa bala tentera thai untuk menyerang ayahanda nya Sultan Muhammad I dan wilayah Patani, Yala, Narathiwat dan Kelantan. Seterusnya dia memakai nama Sultan Mohammad II dan generasinya menjadi pemerintah di Kelantan hari ini. Makam Sultan Mohammad I Kelantan berada di kawasan perkuburan yg sama dengan Khalifah Syarif Syah. Baginda mangkat disini, dengan itu kisah sebenar dapat juga kami ketahui.
salam....nak tanya sikit sultan manakah yang tok moris pertahankan dan bawa bersembunyi di kg bendang raja daripada ancaman tentera thai sehinggakan sultan telah menganugerahkan tok moris tanah kurnia sebanyak 1000 relung.
Terima kasih kepada saudara Hamli Asadi kerana berjaya menembusi tembok tegar Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Kedah.
Cuma macam anai-anai kata lebih kurang, lebih cantik lagi kalau waris Khalifah Sharif dirujuk sama.
Dan tentulah lebih baik kalau dapat berkerjasama dengan anai-anai, TMP dan yang sealiran supaya sama-sama membongkar sejarah realiti ini.
http://akukeini2.blogspot.com/2010/09/baca-ini-kalau-anda-tidak-mahu-menjadi.html
ketatkan security....
hanya langkah berjaga2.....
Boleh tuan compile semua artikel ni dlm wikipedia? Memudahkan rujukan dan carian...
Setau saya Kuala Ketil, Kupang(kuala Kupang) semuanya pelabuhan satu masa dahulu
Salam Anaianai,
saya terpanggil untuk memastikan makam yang terdapat di Kota Sejana Kg Alor Ganu. Dikhabarkan ada makam2 berkaitan susurgalur keluarga Khalifah Sharif. Ayah saya berasal dari Kg Alor Ganu dan baru2 ni saya ada melawat makam2 tersebut atas bantuan beliau. Di alor ganu ada beberapa makam lama dan yang bernisan aceh hanya 3, namun satu telah dicuri. Makam2 itu dikenali oleh penduduk setempat sebagai makam tok cengkoi,tok kelewang,tok rama,tok malim dan tok lidah hitam. Jika sudi memberi pencerahan kepada saya. terima kasih.
Assalamualaikum.Tahniah saudara.Saya percaya dan yakin anda telah buktikan dengan terbaik sekali sejarah dan orang orang Siam Melayu pada harini.Diharapkan pendaftaran anda berjaya,insyaallah.Disini,saya nak berkonsi sesuatu yang boleh direnungkan bersama.Sebenarnya,kehebatan orang orang Siam Melaka amat hebat.1:Oang Melayu Siam amat pandai main panjut atau kumbloi(belon udaralah)aruah datuk,pernah ceritakan yang moyangnya critakan bahawa ,jika almarhum Sultan Jaafar Madazam Shah tidak dibunuh,kemungkinan besar kita mempunyai tentera udara (belon Udara).Ini adalah rancangannya yang dicuri penjajah selepas menawan Beruas dan Kinta dan Semenanjung Siam.Secara logiknya Eropah Ada m 4 musim,Negara seperti penjajah jerman perancis,Britain dan belanda telah mencuri teknologi dan dibawa balik ke Eropah.2:Hasil pemerhatian saya terdapat ilmu paramedic kita diciplak mereka.Mereka tinggalkan pada kita (PETUA).Sebenarnya perubatan kita melangkaui perbatasan.Saya pernah berdialog dengan pakar kedoktoran Hospital Kuala Lumpur semasa pemilihan anggota paramedic.Berbagai persoalan yg diajukan pada saya bagi orientasi berikut.Saya ada membuat kajian kampong tentang seni perubatan silam.Hasil penelitian saya namakan kajian tersebut sebagai V –MEDIK BERMAKSUD PERUBATAN KAMPUNG. Saya gabungkan ilmu yang dikutip disekitar asia dan benua india.Sebagai contoh bengkong wanita bersalin,Eropah menciplak menjadi baju bagi membentuk tubuh badan(body slim).ini adalah warisan kita yg dibawa pulang keeropah.3.Contoh yang lain ialah terkena racun ular,mengikut perubatan moden hanya vaksin bisa ular
Disuntik doctor bagi melawan penyakit tersebut,sama seperti penggunaan kuman cacar bagi melawan penyakit cacar.Buktinya ada seorang lelaki di daerah Pendang maut dipatuk ular hamper 2 tahun lalu(lelaki Cina)mangsa koma dan pengsan sambil tangan nya memegang ular tersebut sampai ular itu mati dicekik beliau,surat khabar ada gambar itu,saya tunjukkan pada doctor yang belajar diluar Negeri dan bertanya kepadanya mengapa?jawabnya tidak tahu.Saya menjelaskan bahawa dengan ilmu perubatan V MEDIK BAHAWA MANGSA TIDAK AKAN MATI APABILA HEMPEDU ULAR TERSEBUT DIBERIKAN PADA BELIAU.orang orang Melayu Siam ini amat terkenal dengan pakar translit bahasa eropah dan asia. Lagumana ceritanya?begini orang orang parsi selepas islam menggunakan aksara huruf arab bagi menggantikan tulisan parsi kuno.orang melayu siam turut menggunakan aksara arab ini bagi membaca alquran dan tulisan jawi serta mengarang kitab bahasa kawi.Kita dengan mudah membaca aksara parsi dengan tulisan jawi.Banyak teknologi diambil dari parsi dibawa ke kalaha dan shahri nao.Bangsa parsi amat hairan bangsa kita mam pu mempelajari budaya dan percakapan mereka.Tuan tuan nak tau ka?dengan bahasa jawi kita boleh mempelajari bahasa dunia dengan mudah.,.banyak contoh nak diberikan nanti,saya simplekan saja.Tau jawi baca quran mudah,mudah baca quran mudah belajar parsi,hazara Hindustan arab,pashtun ,Uzbek,avestan Sanskrit Aryan jerman, perancis ,bahasa cina dan lain lain..tuan tuan kajila..betul atau tidak..nanti saya berikan contoh lain lagi. Bersambung nanti episode seterusnya.ALLAH BUKTIKAN KEBENARAN.
Salam dari Long utk Long.
Lama betui x singgah sini.
Raya 2 tahun lepas, ada ziarah Makam DiRaja Kg Langgar, Bujang Valley. Lepas pada tu dapat Ayat2 Qur'an tiap2 mlm dlm mimpi. Khidhr ckp aku keturunan Merong.
Hidup Raja Merong!
Tapi puak kacukan Yakjuj-Makjuj mmg tak faham sejarah. Banyak depa duk kutuk keturunan Syarif di sini:
riwayatmelayu.blogspot.com/2010/09/satu-hari-di-hari-rayaoleh-srikandi.html#comments
Maafkan saya kalo saya mencelah dah tidak kena dengan tajuk perbincangan..menurut ilmu pengetahuan saya yang sedikit ini, berkait ngan temenggung di johor itu, bukan keturunan temenggung yg menyerahkan sgpora kepada raffles, sebaliknye Sultan Hussien sendiri...
itu menurut pengetahuan sayalah, maaf kalo saya tersilap..
as'kum...sgt menarik sejarah ni..saudara ada tak maklumat waris(anak cucu)tok sukma & panglima abu fa..
salam. thanks for the info. saya student dari utm, skudai dan bercadang nak buat kajian particular on this topic. boleh saya tahu, ada tak cara untuk menghubungi Tuanku Nai Long Kasim ? jika ada sebarang maklumat, boleh emel kepada saya (sofia_fatimah@yahoo.com) secepat mungkin. sekian terima kasih.
assalamualaikum...
sy nak tanya ada tak sejarah mengenai pembuat bunga emas di kedah..
siapakah beliau...? ada info menegenai beliau taw.. ni email saya fiq_erry07@yahoo.com
Post a Comment