BERGELAR RAMA TIBODI I @ U THONG @ CHAO PHAYA BOWORN RAJNAYOK
Maharaja Benua Islam Siam Ayuthia , Nagara Kedah
Oleh anaianai
Kerajaan Negara Kedah Pasai Ma pada mulanya telah diserang oleh tentera Tenangsari (Burma) bagi menghalang penyebaran agama Islam. Tentera baginda telah berjaya mengalahkan tentera Tenangsari dengan bantuan tentera Ligor, sekali gus menakluki jajahan Tenangsari. Pada masa itu Narathiwat, Patani, Singgora dan Yala sudah pun menjadi sebahagian dari Nagara Kedah melalui penyebaran Syiar Islam, bukan melalui mata pedang. Dari sinilah bermulanya Kerajaan Benua Islam Siam Ayuthia, Kedah Pasai Ma. Peperangan inilah yang membawa kepada perintah Maharaja Dinasti Yuan di China. Perlu diingatkan bahawa Dinasti Yuan adalah dari keturunan Genghiz Khan, Kublai kahan dan sudah pasti digeruni oleh Rama Khamheang dari puak sukuthai ini.
Baginda Sultan Mad Zafar Syah III mempunyai nama yang berbeza-beza mengikut kawasan dimana baginda dikenali rakyatnya. Batu bersurat yang dijumpai dalam Sungai Tersat (ter sat bermaksud tempat campak) di Terengganu terpahat nama baginda sebagai Raja Man da li ka bermaksud, ‘Raja kami baik terkenal berniaga’. Batu bersurat itu dibuang kedalam Sungai Tersat oleh kebijaksanaan penduduk tempatan pada kurun ke18 kerana tentera Thai pada ketika itu ingin memecahkan batu bersurat dalam usaha mereka untuk menghilangkan bukti kewujudan Nagara Benua Islam Siam Ayuthia, Kedah Pasai Ma dari rekod sejarah.
Di samping itu dalam usaha baginda menyebarkan syiar Islam, baginda pernah menetap di negeri Cina Islam yang mana pada ketika itu di perintah oleh Dinasti Yuan. Di Myanmar, baginda juga telah mendirikan sebuah masjid yang keseluruhannya dibuat dari papan termasuk bumbungnya sekali. Masjid tersebut masih ada lagi hingga hari ini dan ia terletak di Mandalay, sempena nama baginda.
Disamping membina masjid di Mandalay, baginda turut juga membina Masjid Ton Sun Khlong Tue di Bangkok yang masih ada sehingga hari ini. Sebelum menjalankan kerja-kerja membangunkan Islam dan sebagai pemerintah Ayuthia, baginda menyerahkan pemerintahan daerah kepada raja-raja daerah dari kepada kaum kerabatnya (sistem mandala). Dengan terdirinya kerajaan baru ini, baginda mendirikan 21 buah Masjid lagi didalam Kota Ayuthia atau Shahri Nao. Lakaran gambar 21 Masjid ini disimpan oleh Perancis yang pernah menjalin hubungan perdagangan yang baik dengan Ayuthia pada suatu ketika dahulu. Malangnya masjid-masjid itu dirobohkan oleh thai dan didirikan patung-patung Buddha untuk menutup bukti keislaman Ayuthia.
Di Parsi, baginda juga dikenali sebagai Syeikh Ahmad Qomi, seorang ulama yang kononnya hari ini penkaji sejarah thai mengatakan berbangsa Parsi dan sangat berpengaruh di Istana Kerajaan Ayuthia. Mana tidaknya, bonda baginda sememangnya berbangsa Parsi. Ke mana lagi tumpahnya kuah kalau tidak kenasi. Di zaman pemerentahan baginda terdapat Kementerian Hal ehwal Islam dalam pentadbiran Kerajaan Ayuthia bagi menyelesaikan masalah-masalah perdagangan yang berkaitan dengan orang-orang Arab, India Muslim dan Parsi. Kota Aythia terletak dipersimpangan Sungai Lop Buri, Sungai Pasak dan Sungai Chao Phraya. Ibarat sebuah pulau ia ditambak menjadi lebih tinggi dari permukaan air dan sangat sesuai untuk pengangkutan air yang membawa perdagangan dan perniagaan serantau.
Penjajah Thai telah cuba menyesatkan pengkaji sejarah dengan mengatakan Syeikh Ahmad Qomi dan Rama Tibodi I adalah 2 orang yang berbeza. Sekiranya berbeza, mengapakah Sheikh Ahmad Qomi ini bergelar Chau Pija Rajna Yok, satu gelaran yang hanya digunakan oleh raja-raja siam dahulu. Di samping itu mereka menggunakan gelaran-gelaran diraja sebagai ganti nama sebenar Maharaja Siam untuk mengelirukan lagi pengkaji sejarah tempatan.Gelaran Chao Pija ini hanya digunakan oleh pemerintah Negara dan kerabat diraja sahaja. (Tahukah anda gelaran-gelaran maharaja Ayuthia dalam bahasa siam ini boleh diterjemahkan ke bahasa melayu oleh rakyat Kedah yang memahami bahasa siam,bukan bahasa thai).
Ini yang tidak diceritakan malah dipadamkan dari lipatan sejarah. Begitu terkenalnya Sheikh Ahmad Qomi ini sehinggakan Seminar Antarabangsa berkenaan baginda pernah diadakan di Thailand dengan penceramah-penceramah menyangkakan baginda sebagai orang Iran kerana keturunan campuran baginda.Rekod-rekod dari Parsi kemudiannya ada menyatakan angkatan rombongan di Raja Ayuthia yang pernah melawat kesana dan sampai ke pelabuhan di Parsi, diketuai oleh seorang Raja yang rupanya mirip seperti mereka juga, berhidung tinggi dan berjambang. Begitulah hebatnya rupa paras Maharaja Benua Islam Siam Ayuthia, Kedah Pasai Ma pada suatu ketika dahulu
No comments:
Post a Comment