Saturday, May 12, 2007

ANTARA KEBAIKKAN ULAMAK DAN KEJAHATAN YANG TAMAK

Oleh Khalifah Sharif Abu Bakar Syah
Uploaded by anaianai

Komen saya (italic) mengenai artikel ini tidak ada sangkut paut dengan Haji Ishak yang saya kira telah menjalankan tugas dan tanggungjawapnya sebagai seorang muslimin dan ulamak dengan baik. Saya ingin memberi komen mengenai cara artikel ini ditulis dimana maklumat yang diberikan tidak tepat dan menyeleweng dari sejarah sebenar. Bagi saya, berani kerana benar, takut kerana salah. Ikuti kisahnya,

URL disini http://www.pii.org.my/tokoh.htm

Haji Ishak bin Muhammad Hashim

Tokoh yang paling awal mempelopori atau mengasaskan pusat pendidikan pondok di Kampung Pulau Pisang ialah Haji Ishak bin Muhammad Hashim (1771-1871). Beliau mengasaskan pondok ini di zaman pemerintahan Tunku Anom.Haji Ishak berasal dari Kampung Padang Panjang, Kota Sena, Malau, Jitra. Mendapat pendidikan agama di Mekah selama 20 tahun sehingga dapat menguasai dengan baik ilmu-ilmu Tauhid, Fiqah, Usuluddin, Tasawwuf, Hadith, Tafsir, Saraf dan Nahu. Sekembalinya ke tanahair, beliau menjalankan dakwah Islamiah.

Tidak lama kemudian, mungkin memandangkan sifat-sifat ketokohan dan keilmuannya yang tinggi, maka beliau diberi penghargaan oleh Tunku Anom dengan melantiknya menjadi salah seorang pembesar baginda dan diberi tugas khas sebagai Kadi Besar Negeri yang bertanggungjawab dalam perkara-perkara berkaitan dengan keagamaan, adat istiadat Melayu dan juga pentadbiran. Beliau juga menjadi guru Tunku Anom disamping guru ilmu Fiqah dan Tauhid kepada orang ramai.

Haji Ishak melaksanakan tugasnya dengan cemerlang, termasuk menyusun tempat perletakan istana, tempat tinggal keluarga diRaja dan tempat pemakaman diRaja. Dalam bidang politik, Haji Ishak pernah memangku jawatan pemerintah selama 6 bulan di Negeri Kubang Pasu semasa Tunku Anom ke negeri Siam menghantar bunga emas.

(Ulasan saya,
Tunku Anom tidak perlu kenegeri Siam menghantar bunga emas kerana dalam tahun 1767 negeri Siam Ayuthia telah pun ditawan oleh Sukuthai. Maharaja Benua Islam Siam ketika itu, Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, bersemayam di Kota Meang Kuang, Bandar DarulAman, Jitra Kedah. Sudah pasti penghantarannya bukan lah jauh mana pun. Kampung Pulau Pisang berhampiran Tunjang masih lagi dalam daerah Kubang Pasu, begitu jugalah Kota Meang Kuang.

Kepergian Tunku Anom, petualang bangsa dan agama ini ke Bangkok adalah untuk berpakat dengan Rama Chakri I Buddha dan menyerang Kedah dalam tahun musuh bisik 1821.Penghantaran bunga mas ada disebut dalam Undang Undang Kedah ms 27 dan 28 seperti berikut,

“Maka pada zaman Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah ibni Sultan Abdullah Mukaram Syah naik kerajaan pada terikh seribu dua ratus dua puluh dua tahun Alif, di lebihkan tinggi bunga emas dan bunga perak sebab baginda sampai sendiri mengadap raja maha besar ke benua siam”.

Istana Kota Meang Kuang bermaksud Nagara Luas dan di situlah terletaknya pemerintahan Benua Islam Siam. Sebelum tahun 1767 memang bunga mas dihantar ke Ayuthia kerana Maharaja Benua Islam Siam bersemayam disana).


Dengan galakan dan sokongan Tunku Anom, Haji Ishak telah mendirikan sebuah pusat pendidikan pondok di kampung Pulau Pisang. Ini merupakan satu gerakan ke arah mengembangkan syariat Islam secara meluas dan berkesan kerana pengambilan pelajar-pelajar adalah dari seluruh tanahair. Memandangkan kepesatan kemajuan Pulau Pisang itulah menyebabkan Tunku Anom menjadikan tempat itu sebagai pusat pemerintahan, diikuti dengan mendirikan istananya.Untuk kemudahan beribadat, Haji Ishak mendirikan sebuah masjid di Pulau Pisang. Beliau sendiri sebagai pereka bentuknya. Masjid ini dianggap yang terindah pada waktu itu dinamakan ‘Masjid Ishaqiah’ dan masih kekal hingga kini setelah diperbaharui dan diubahsuai. Mimbar masjid itu masih digunakan sekarang.

Tunku Anom seorang pemerintah yang berpandangan jauh. Baginda ingin memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang ada pada diri Haji Ishak. Lalu baginda memerintahkan Haji Ishak menghasilkan karya-karya keagamaan untuk dipelajari umum. Selain menghasilkan kitab-kitab agama, Haji Ishak juga menulis risalah-risalah berkaitan perubatan untuk dijadikan panduan dan rujukan oleh orang ramai. Teks risalah perubatan itu masih disimpan hingga sekarang oleh waris keturunannya, Haji Abdullah Thoib, imam masjid Kampung Pulau Pisang.

Dalam risalah Perubatan yang bertarikh 1815, Haji Ishak menulis:

“Perintah ini senda salin di dalam tib Duli Tuk Raja Yang Maha Mulia. Maka Duli Tuk Raja Yang Mulia salin di dalam tib Dato Paduka Seri Nara DiRaja di Bandar Limbang dipinta halal pada menantunya Dato Seri Raja DiRaja masa bawa bunga emas ke benua Siam pada tahun 1230 (H). Maka tatkala selesai salin ini zaman Duli Tok Raja Yang Maha Mulia semayam di Bandar Pulau Pisang memerintah negeri Kubang Pasu sawah 1230 dal akhir.”
Yang dimaksudkan Tuk Raja Yang Maha Mulia ialah Tunku Anom.

(Begini ulasan saya,
Adalah satu kesilapan mengatakan Tuk Raja Yang Maha Mulia ialah Tunku Anom.Hanya seorang saja layak disebut Yang Maha Mulia pada ketika itu iaitu Maharaja Benua Islam Siam Khaliafh Sharif (Rujuk manuskrip ‘Undang Undang Kedah’). Baginda ketika itu sudah lanjut usia lalu dipanggil Duli Tuk Raja, Yang Maha Mulia.

Dalam senario Balairong Seri, (seperti disebut dalam manuskrip Undang Undang Kedah) sewaktu mengadap Maharaja Benua Islam Siam, Raja Muda duduk di Kanan, Dato Bendahara dikiri, menteri-menteri akan duduk di hadapan baginda.Menteri empat, delapan dan dua belas. Dato Paduka Seri Nara yang disebut diatas tergolong dalam menteri delapan sementara Dato Seri Raja di Raja tergolong dalam menteri dua belas. Ini lah pembohongannya dimana situasi Maharaja Benua Siam Islam dalam Balai besar ditukarkan kepada situasi raja daerah Kubang pasu. Sehingga hari ini pun Pulau pisang tidak menjadi bandar, hanya sebuah kampong di pekan Tunjang kedah sahaja. Seperkara lagi tidak ada tempat yang bernama Limbang di Kedah kecuali Limbong yang di sebut hari ini sebagai Limbong Kapal.

Setelah baginda Khalifah Sharif dibunuh Thai dalam tahun musuh bisik 1821, Tunku Anom melarikan diri ke Ligor (dibawah thai) kerana di kejar cucu Khalifah Sharif, Syed Alang Alauddin @ Panglima Bukit Gantang dan tentera-tenteranya.Sekutu Tunku Anom, bapa saudaranya Paduka Seri Sultan Ahmad Ttajuddin Halim Syah, melarikan diri keMelaka. Ini satu lagi pengkhianat bangsa dan agama. Perlantikkannya sebagai raja kota setar dilantik oleh Khalifah Sharif, selepas itu dia pulak yang menderhaka dan berpakat dengan thai untuk membunuh Khalifah sharif. Mereka memang bernasib baik kerana dibantu penjajah thai dan inggeris.

Setelah perang shahadah dan orang-orang siam islam (maksudnya, orang melayu kedah), tentera China Manchu islam, tentera Acheh, Pasai dan Patani pun tewas di Tanah Merah, Pendang. Peperangan sebesar ini tidak langsung direkodkan dalam sejarah negeri Kedah. Antara para shuhadah yang dikuburkan secara beramai-ramai di Kubur Panjang termasuklah Tuanku Nai Long Ibrahim ibi Tuanku Nai Long Abu Toha, nenekanda kepada Perdana Menteri Malaysia, Tuanku Nai Long Dato Seri Abdullah ibni Tuanku Nai Long Abdullah Ahmad Badawi(nama sebenar). Ini maklumat sebenar, saya bertanggung jawab sepenuhnya keatas kenyataan ini.Selepas itu keluarga Maharaja Benua Islam Siam, terpaksa membuang nama, pangkat dan derjat, harta dirampas agar tidak dibunuh thai yang gemar membunuh individu dan keturunannya sekali, tak kira tua atau muda.

Pihak thai kemudiannya menjajah Kedah dengan izin Inggeris. Dua orang si pengecut itu tadi, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin kembali dari Melaka dan anak saudaranya Tunku Anom kembali dari Ligor dan dilantik oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin menjadi Raja Kubang Pasu. Sejarawan Kedah menyifatkan mereka ini sebagai wira Kedah, sementara Maharaja Benua islam Kedah di ‘delete’kan dari sejarah bangsa melayu selama 186 tahun(tahun 2007-1821), malah jauh dari itu jika mengambil kira Kesultanan Melaka. Harta mereka dirampas, keluarga dibunuh, dikatakan sebagai beragama Buddha dll lagi. Jika kita menafikan mereka hari ini kenapa harus pula kita berbangga dengan Kesultanan Melaka, kalau bukan kerana orang siam dari rumpun melayu ini jugalah yang membukanya. Sebagai Orang Islam, kita perlu melihat kepada Qutbah Wida, dan memahami isi kandungannya.

Untuk salsilah terperinchi Raja Daerah Kota Setar, bukannya Kesultanan Kedah, sila semak disini,

http://www.4dw.net/royalark/Malaysia/kedah3.htm

Sesungguhnya sebagai ulama’ dan pembantu pemerintah, Haji Ishak berjaya membawa pembaharuan kepada masyarakat dari segi aspek agama, sosial, budaya dan ekonomi. Ditanamnya sifat-sifat moral dan disiplin yang tinggi, bekerjasama antara sesama umat, bekerja keras meningkatkan taraf hidup dan mentaati ajaran Islam.

Selepas kemangkatan Tunku Anom pada 31 Mei 1853 dan selepas Kubang Pasu diserahkan (oleh thai) kembali kepada Negeri Kedah tahun 1864, (serah kepada negeri Kedah sebab Sultn Jaafar Madazam, cicit Khalifah Sharif menjadi Maharaja Benua Islam Siam Kedah semenjak 1862) Pulau Pisang terus menjadi tumpuan para pedagang dari berbagai tempat. Disamping itu, ianya terus memainkan peranan sebagai pusat pendidikan pondok dan melahirkan ramai cerdik-pandai, termasuk anak cucu Haji Ishak sendiri. Mereka bukan sahaja terdiri daripada ulama’ atau tokoh-tokoh agama, bahkan ada yang menjadi pemimpin politik, ahli ekonomi, pentadbir dan sebagainya.

Di antaranya ialah ulama’ terkenal Haji Mohammad Salleh bin Haji Hashim dan Syeikh Ismail bin Haji Mohammad Salleh, Syeikh Ramli bin Haji Mohammad Salleh yang pernah menyandang jawatan Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Kedah dan anaknya Senator Dato’ Ghazi bin Syeikh Ramli yang juga seorang ahli korporat, Dato’ Syeikh Abdul Halim bin Osman, bekas Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Haji Abdullah bin Thoib, Imam Masjid Ishaqiah Kampung Pulau Pisang kini dan Tan Sri Dato’ Seri Osman bin Aroff, Menteri Besar Kedah yang ke empat.


RUJUKKAN

1 Tuanku Nai Long Kasim ibni Nai Long Ahmad, Waris Mutlak Maharaja Siam Islam Kedah, 2006
2 Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Office of the Prime Minister of Malaysia website, http://www.pmo.gov.my/website/webdb.nsf/pmoenglish?openframeset
3 Mokhtar Petah,Datuk Abdullah Badawi, “Pejuang Kemanusiaan Sejagat”,Unknown Binding – 1997.
4 Chamil Wariya, Abdullah Ahmad Badawi - Perjalanan Politik PM ke-5, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2004.
5 Ibrahim Ismail, “Sejarah Kedah Sepintas lalu”, Universiti Utara Malaysia, 1987,

1 comment:

zurinloso said...

Soalan:
1. Kalau siam itu islam..kenapa ada wat siam?
2. Bahasa Apakah yg utama di Kedah masa itu? bahasa Siam kah atau bahasa Melayu?
3. Bahasa Apa digunakan di Ayutthia? bahasa Siam kah? Kalau raja Ayutthia itu asal dari Kedah..kenapa tidak menggunakan bahasa melayu?