Thursday, May 24, 2007

BUKAN FRANCIS LIGHT MEMBUKA PULAU PINANG

Uploaded by anaianai

Selaku waris mutlak kepada Sultan Jaafar Mad Azam Syah, Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah, saya Tuanku Nai Long Kasim ibni Tuanku Nai Long Ahmad ingin mejelaskan perkara sebenar mengenai kedudukkan dan sejarah realiti negeri Pulau Pinang.

Pelabuhan Pulau Pinang telah dibuka oleh Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Syah ibni Sultan Maulana Muhiyuddin Mansur Syah dalam tahun 1779. Pada ketika itu, Syah Alam Yang Maha Mulia bersemayam di Istana Kota Meang Kuang, Bandar Darul Aman, Jitra Kedah. Satu rombongan pedagang-pedagang Muslim India seramai 16 orang telah singgah ke Pulau Timbul, Tunjang untuk mengadap Khaifah Sharif bagi mendapatkan kebenaran membuka pelabuhan perdagangan dan mencari jodoh untuk terus berdagang dan menetap di Pulau Pinang. Setelah ditentukan syarat-syaratnya, Sultan Khalifah Sharif telah melantik dua orang dari enam belas pedagang itu tadi untuk menjadi Kadhi dan Mufti.

Tuan Sheikh Abdul Jalil telah di lantik menjadi Mufti pertama Kedah dan di tempatkan di Berahman Indera (Balai Besar) daerah Kota Setar. Baginda juga telah menganugerahkan gelaran Paduk Seri Maharaja kepada beliau. Sila rujuk ms 43, Undang Undang Kedah. Sahabat beliau, Tuan Sheikh Abdullah telah dilantik menjadi Kadhi di Pulau Pinang, Kedah.

Anak bukan gahara Perdana Menteri Kedah, Paduka Seri Sultan Mohammad Jiwa II Nai Nal Adilin bernama Tunku Abdullah pula dilantik menjadi Raja Pulau Pinang dan bersemayam di Istana Bukit Gelugor, Pulau Pinang. (Sila rujuk buku Konvensyen Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Kedah Darul Aman, 1981). Anak gahara Paduka Seri Sultan Mohammad Jiwa II Nai Nal Adilin, hasil perkahwinan dengan adinda Khalifah Sharif, Tuanku Nang Che Puan ialah Tengku Long Putera bergelar Laksemana Datu. Tengku Long Putera kemudian dilantik menggantikan tempat ayahanda baginda yang mangkat sebagai Perdana Menteri Kedah, merangkap Penghulu Berahman Indera. Mengikut manuskrip Undang Undang Kedah, jawatan Perdana Menteri Kedah adalah lebih besar dari jawatan raja-raja daerah menyebabkan Tengku Long Putera di cemburui oleh adinda baginda, Paduka Seri Sultan Abdullah,Raja Pulau Pinang.

Pada tahun 1786, sebagai tindakan membalas dendam diatas perlantikkan kekanda tirinya itu, Paduka Seri Sultan Abdullah telah membuat perjanjian gadaian Pulau Pinang dengan Francis Light tanpa kebenaran Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah ketika itu. Francis Light bukanlah orang yang membuka Pulau Pinang. Keberadaan Paduka Seri Sultan Abdullah sebagai Raja Pulau Pinang (bukan sebagai Sultan Kedah) mewakili Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah, membuktikan Pulau Pinang telah pun dititahkan dibuka, lebih awal dan ketika itu sudah ada sistem pentadbiran beraja disitu.

Pada hari ini kita masih lagi mengagongkan penjajah Inggeris yang kononnya membuka Pulau Pinang dalam tahun 1786 dengan menaikkan bendera Union Jack mereka di Pulau Pinang, padahal sebuah pulau yang tersergam besar didepan mata itu telah lama didiami oleh orang-orang Melayu tempatan. Pulau tersebut bukannya tidak bernama malah telah lama dikenali sebagai Pulau Pinang dan Inggeris menyebutnya sebagai ‘Penang’ atau ‘Prince of Wales Island’. Francis Light bukan pengasas Pulau Pinang tetapi perampas hak orang Melayu dengan bayaran RM 10,0000 setahun (satu jumlah yang besar dahulu) kepada Paduka Seri Sultan Abdullah, sekutunya. Wasiat yang disampaikan kepada saya mengesahkan bahawa nenekanda saya, Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Syah tidak pernah bersetuju menggadaikan Pulau Pinang kepada Inggeris atau menghantar wakil bagi menandatangani sebarang perjanjian dengan mereka walaupun nama baginda ada disebut dalam perjanjian sebagai Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia.

Tengku Long Putera, Laksemana Datu telah di bunuh oleh Thai bersama Sultan Khalifah Sharif dalam tahun musuh Bisik 1821 angkara Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah ibni Sultan Abdullah dan anak saudaranya, Tengku Anum yang bersubahat dengan Thai.


Tuanku Nai Long Kasim ibni Tuanku Nai Long Ahmad.
Waris Mutlak
Maharaja Benua Siam Islam Nagara Kedah