BAHAGIAN II
Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Yang di Pertuan Yang Maha Mulia adalah cucunda kepada Khalifatullah Sultan Mahmud Syah Akhirul Zaman. Baginda telah dibunuh oleh tentera Buddha Thai Chakri Rama II dalam tahun musuh bisik 1821, tanggal 12 November di Istana Kota Meang Kuang, Bandar Darulaman, Jitra Kedah. Terdahulu dari itu dalam tahun 1758, Toung Oo telah diserang oleh tentera Buddha Alaungphaya berikutan kemangkatan Sultan Muhiyuddin Mansor Syah @ Boromokot yang bersemayam di Kota Palas Pulau Langkawi. Mereka kemudiannya menyerang Ayuthia dalam tahun 1767. General Ayuthia, Thaksin (Mukhtar Hussain) telah murtad, berpaling tadah, dan menyertai pihak musuh. Dia menjadi raja buat seketika sebelum dia dibunuh dengan kejam kerana dikatakan gila. Baginda Khalifah Sharif berundur ke Na Khong Si Thammarat dan seterusnya ke Kedah, tempat asal usul keturunan baginda.
Dengan kemangkatan baginda berikutan serangan thai dalam tahun musuh bisik 1821, anakanda baginda Sultan Mudzaffar Syah III dilantik menjadi Maharaja Benua Islam Siam. Nama baginda ada tercatit sebagai salah seorang dari Sultan Perak kerana Perak adalah jajahan Kedah ketika itu. Anakanda baginda, Syed Alang Alauddin yang ketika itu menjadi Raja Songkhala dilantik oleh baginda menjadi Bendahara ( rujuk ‘Warisan Maha Wangsa Kedah’, Mahani Musa, Ahmad Jelani Halimi, Persatuan Sejarak Malaysia Cawangan Kedah, ms 30). Syed Alang Alauddin adalah Bendahara yang mengejar Tunku Anum dan Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah kerana bersubahat dengan thai membunuh Khalifah Sharif. Semasa di Melaka, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah membuat banyak penulisan mengutuk Maharaja Siam Islam seperti ‘Syair Sultan Maulana’, mengubah Hikayat Merong Mahawangsa, meriwayatkan semula Hikayat Hang Tuah tanpa nama pengarang,dll sehingga Hikayat Hang Tuah dikatakan tidak selari dengan apa yang diriwayatkan dalam Sejarah Melayu.
Sultan Mudzaffar Syah III mangkat dalam tahun 1825 dan anakanda baginda, Paduka Seri Syed Alang Aluddin, Raja Songkhala pun di tabal di Berahman Indera menjadi Maharaja Benua Islam Siam. Baginda kemudiannya melantik puteranya, Nai Long Jaafar menjadi Sultan Perak bergelar Paduka Seri Sultan Jaafar Madazam Syah. Apabila Syed Alang Alauddin mangkat dalam tahun 1862, Paduka Seri Sultan Jaafar Madzam Syah ditabal sebagai Sultan Jaafar Madazam Syah, Yang di Pertuan Yang Maha Mulia, Maharaja Benua Islam Siam Kedah.
Baginda Sultan Jaafar Madazam Syah kemudiannya melantik adindanya Nai Long Abu Toha menjadi Raja Selama (Bagan Serai) dan adik iparnya Tengku Ngah Ibrahim menjadi Menteri di Larut. Pada tahun 1875, Inggeris menyerang negeri Perak dan membunuh Sultan Selama di Air Melintas, Kepala batas, Seberang Perai. Anakanda Sultan Selama, Tuanku Nai Long Ibrahim @ Keramat Tok perang turut terkorban di Pendang dan dimakamkan beramai-ramai bersama para syuhadah di Kubur Panjang. Salasilah Tuanku Nai Long Ibrahim Keramat Tok perang membawa kepada Perdana Menteri Malaysia, Tuanku Nai Long Dato Seri Abdullah ibni Tuanku Nai Long Ahmad Badawi. Tengku Ngah Ibrahim telah ditangkap oleh Inggeris di Larut, Perak dan dibuang daerah ke Singapura (jenazahnya baru-baru ini dikembalikan ke Perak oleh TLDM atas kehendak kerajaan Malaysia).