BAHAGIAN III
Tengku Ngah Ibrahim dituduh terlibat dengan pembunuhan Birch, berketurunan Maharaja Siam dan menyokong puak Hai San (China Manchu Islam). Inggeris pula telah meminta bantuan Thai dan dengan pertolongan Raja Kota Kuala Muda, Paduka Seri Sultan Abdul Hamid, mereka telah menjemput Maharaja Benua Islam Siam terakhir, Sultan Jaafar Madazam Syah, Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia datang ke Kg Bu jang (puak derhaka). Baginda telah ditangkap di Bujang, disiksa di Yan dan akhir sekali dibunuh dengan cara dipijak dengan gajah di Gurun Kedah.
Paduka Seri Sultan Abdul Hamid juga telah menangkap Raja Kinta, Paduka Seri Sultan Ismail semasa Sultan Ismail berangkat pulang setelah menziarahi pengkebumian jenazah Sultan Jaafar di Makam di Raja Siam Islam di Kampung Tualang, Kedah. Dari detik inilah Thai menjajah Kedah dan memusnahkan tidak kurang dari 15 istana tinggalan Maharaja Benua Islam Siam. Inggeris pula merobohkan Kota Beruas dan Istana Kota Gangga Nagara. Di sinilah mereka merampas manuskrip Undang Undang Kedah (bukti perlembagaan Kedah ketika itu) untuk dibawa balik ke London. Ia disimpan di School of Oriental and African Studies selama hampir 130 tahun, bernombor rujukkan MS 40329. Mungkin setelah melihat kejayaan dan pencapaian Malaysia hari ini, manuskrip ini dipulangkan sekitar tahun 2003/04 dahulu dalam bentuk mikrofilem. Ia telah diterjemahkan dari jawi ke rumi oleh Maryam Salim dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahu 2005.
Akhirnya dalam tahun 1881, penjajah pun melantik (bukan ditabal) Paduka Seri Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan Kedah. Dalam tahun 1909, melalui satu perjanjian, thai telah menyerahkan Perlis, Kedah dan Kelantan kepada Inggeris tetapi mengambil Yala, Satun, Phuket dan Pattani. Sultan Abdul Hamid mangkat semasa pemerintahan jepun dan Tanah melayu mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan Malaysia yang berkonsepkan raja berpelembagaan dan jawatan Yang di Pertuan Agong di gilirkan sesama raja-raja melayu bukanlah perkara baru. Ia telah diamalkan semenjak di Ayuthia lagi dengan waris mutlak kekal sebagai Yang di Pertuan Agongnya dan raja-raja daerah menjadi Tengku Mahkota.
Perlembagaan Malaysia hari ini yang di tulis lebih 50 tahun terdahulu saya kira banyak menaniayakan waris mutlak Maharaja Benua Islam Siam, Khalifah Sharif seperti yang disebut dalam manuskrip Undang Undang Kedah. Dalam lain perkataan, kenapa kita perlu mengilirkan jawatan Yang di Pertuan Agong sedangkan warisnya masih ada hingga kini. Dalam lain perkataan kita juga mempunyai ‘King’ seperti mana Thailand, Jepun, dan England. Begitulah hebatnya bangsa melayu dari rumpun siam ini. Sekarang pun kita masih lagi hebat dengan tahap kemajuan negara dan kepimpinan politik yang stabil, dicapai dalam masa tak sampai pun 50 tahun malaysia mencapai kemerdekaan. Kemungkinan besar penggubal perlembagaan kita dahulu tidak mengetahui kewujudan manuskrip Undang Undang Kedah, tetapi hari ini, kita sudah mendapatkan ia kembali dan mengetahui isi kandungannya.
Pada masa yang sama, sehingga ke hari ini, Pulau Pinang masih lagi membayar wang gadaian semenjak merdeka (di sambung tugas pembayaran dari inggeris dahulu) kepada Kerajaan negeri Kedah. Ini bermakna perjanjian itu masih lagi ‘valid’ (selagi ada bulan dan matahari). Perjanjian biasanya di tandatangani oleh 2 pihak. Disini kita lihat satu pihak masih aktif membayar sementara yang satu pihak lagi pula tidak diaktifkan sebagai penerima, agak pelik pada fikiran saya. Pembayaran tahunan ini sah tidak diterima oleh waris Khaifah Sharif dahulu dan hari ini.
Menurut waris mutlak Khalifah Sharif, baginda tidak bersetuju Pulau Pinang digadaikan kepada Inggeris walaupun nama baginda sebagai "Yang di Pertuan Yang Maha Mulia bersetuju...." disebut didalam perjanjian itu dan dikatakan baginda menghantar wakil sahaja untuk menandatangani perjanjian itu. Terdapat 3 perjanjian yang ditandatangani dan perjanjian ke 3 menggantikan 2 perjanjian terawal. Paduka Seri Sultan Abdullah, Raja Pulau Pinang tidak berhak untuk menyerahkan Pulau Pinang kerana Khalifah Sharif, Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedh masih ada dan bersemayam di Kota Meang Kuang.
Jika sekiranya perjanjian itu telah dipalsukan, adakah Pulau Pinang sepatutnya mempunyai seorang Sultan dari waris Sharif kerana Pulau Pinang pernah mempunyai seorang raja dizaman dahulu sebelum Inggeris membukanya. Bagaimana pula dengan negeri Melaka, Sabah dan Sarawak. Sultan Brunai juga adalah dari waris Khalifah Sharif iaitu melalui Tengku Hassan, Raja San tubong. Mungkin dalam konsep ‘Islam Hadhari’ hari ini, pihak berwajib boleh fikirkan mengenai perkara ini kerana ia pasti akan menjadi tuntutan di akhirat kelak.
Selain dari itu Khalifah Sharif juga mempunyai istana di Tanah Suci Mekah, di Bukit Jabal Qubis menjadi tempat persinggahan sewaktu mengerjakan haji bagi pembesar-pembesar dari nusantara yang mengerjakan haji. Tanah tersebut telah di beli oleh Kerajaan Arab saudi hari ini, dan dibina Istana Raja Arab Saudi. Pampasan pembelian dibayar kepada Kerajaan Malaysia tetapi warisnya, setakat hari ini tidak memperolehi apa-apa pun. Ada desas-desus mengatakan ada pihak yang berkuasa hari ini cuba membuat tuntutan tetapi ditolak kerana mereka bukan dari waris sebenar Khalifah Sharif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Negara Kedah.
Dalam tahun 1963, tahun padi kering, sewaktu Tuanku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri, Istana Kota Meang Kuang, satu-satunya warisan terakhir Maharaja Benua Islam Siam, Nagara Kedah Pasai Ma telah dirobohkan sama sekali untuk dibina jalanraya, padahal laluan tersebut boleh diarahkan ke tepi bukit. Kemusnahan istana Kota Meang Kuang, yang diukir dan dipahat kedalam batu-batu bukit selepas kita mencapai kemerdekaan, adalah satu kemusnahan artifak sejarah warisan bangsa yang tidak dapat dicari ganti dan tidak dapat dimaafkan. Hari ini sebuah syarikat ‘quarry’ memecah batu diberi kebenaran/lesen beroperasi disitu. Yang tinggal hari ini hanyalah makam-makam lama, ahli-ahli keluarga baginda Khalifah Sharif (yang mengetahui sejarah ini) dan sebuah kampung yang bernama Kampung Kota Mengkuang.
No comments:
Post a Comment