Monday, May 28, 2007

SULTAN ABDUL HAMID HALIM SYAH

DIBELAKANG TABIR
Oleh anaianai.

Sultan Abdul Hamid telah membawa masuk tentera thai untuk membunuh Sultan Jaafar Mud Azam Syah di Gurun Kedah dalam tahun 1879 sewaktu menjadi Raja Kota Kuala Muda. Kedah kemudiannya dijajah Thai selama 5 tahun bermula dari tahun 1879 sehingga tahun 1879. Selepas itu Sultan Abdul Hamid pun dilantik (bukan ditabal) oleh penjajah thai untuk menjadi Sultan Kedah pd 21 Jan 1882. Thai terus memerentah Kedah dengan Sultan Abdul Hamid sebagai ‘puppet Sultan’ sehingga tahun 1909. Sultan Abdul Hamid turut berkahwin dengan Nai Sofiah dari keturunan Raja Benua Islam Siam dan memperolehi seorang putera iaitu Tunku Badlishah.

Baginda kemudiannya telah berkahwin pula dengan Mak Cik Manjalara dari keturunan Thai bagi mengeratkan lagi ikatan persaudaraannya dengan Chula Luang Korn, Raja Rama Chakri. Melalui perkahwinan ini baginda telah memperolehi beberapa orang putera antaranya Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Sebuah wat thai telah dibina di Kanchut untuk isterinya. Memang telah menjadi adat disuatu waktu dahulu bagi raja-raja berkahwin lebih dari seorang. Ini kita tidak pertikaikan didalam ruangan ini,yang kita pertikaikan adalah pembinaan Wat thai tersebut, pembaca fikirkanlah sendiri, apa tujuannya.

Seterusnya, baginda menitahkan kepada Yang di Pertuan, Pak Wan Hassan supaya jandanya, Nai Sopfiah dibunuh atas hasutan pihak tertentu. Pak Wan Hassan tidak melaksanakan perintah Sultan Abdul Hamid. Oleh kerana tidak melaksanakan perintah dan engkar baginda memerintah Yang di Pertua Pak Wan Hassan pula ditangkap. Mengetahui dirinya dalam bahaya ancaman bunuh, Pak Wan Hassan telah melarikan diri ke India. Penjajah Raja Buddha Thai tidak berpuas hati lalu menghasut Mak Cik Manjalara supaya menyebarkan fitnah bahawa Tunku Badlishah telah membuat perkara mungkar dengan dayang-dayang didalam istana.

Tunku Badlishah telah dipanggil oleh nenek saudaranya, Datuk Nai Maryam, Permaisuri kepada Raja Legeh Kok Nanas, Ngah Haji Muhammadiah. Mufti Kedah ketika itu ialah Sheikh Penyarum dan Mufti telah bertanya kepada Sultan Abdul Hamid ada tidak menyaksikan kejadian tersebut lalu dijawap oleh baginda, tidak. Lantas Mufti terus menjatuhkan hukum, “Haram !!”, lalu terlepas lah parang dari genggaman Sultan Abdul Hamid. Terdahulu, Ngah Haji Muhamadiah atau Sultan Muhammad I ini diusir oleh Long Senik di Kelantan kerana Long Senik bersekongkol dengan thai dan dilantik oleh Raja Chakri menjadi Sultan Kelantan (Legeh). Di Kedah, Ngah Haji Muhamadiah menjadi guru agama di Alor Pak Ngah, Pendang mengambil sempena nama baginda. Kaum keluarga dan waris mutlak Kesultanan Kelantan, Sultan Muhammad I sekarang ini berada di Kedah. Salasilah raja-raja Kelantan yang menyebut Sultan Muhammad sebagai Raja Mandul adalah fitnah untuk mengambil alih kesultanan Kelantan.

Tunku Badlishah diserahkan kepada Datuk Nai Maryam dan baginda membesar dalam keluarga maharaja Siam Islam di Titi Haji Idris, Pendang. Pak Wan Hassan dipanggil balik oleh Sultan Abdul Hamid kembali ke Kedah. Nama sebenar Yang di Pertuan Pak Wan Hassan ialah Muhammad Hassan bin Muhammad Arshad. Yang di Pertuan hanyalah gelaran semata-mata. Pak Wan Hassan inilah yang menulis Sejarah Salasilah Negeri Kedah diatas arahan Sultan Abdul Hamid atau diancam bunuh. Kedah kononnya dipelopori oleh Maharaja Debar Raja, memelok Islam dalam tahun 1136 masihi adalah cerita karut.

Walaupun dia dipanggil balik, kes terhadapnya masih ada sebab itulah dia diugut untuk menulis Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (di rumikan pada 1928). Hari ini kita boleh katakan tulisan itu ada yang benar dan kebanyakkannya tidak benar. Ia ditulis bagi menutup sejarah Merong Mahawangsa sekali gus menaikkan nama Raja daerah Kota Setar. Riwayat Merong Mahawangsa dikatakan beragama Hindu, padahal dari negeri China sebelum belayar ke Kedah, baginda sudah beragama Islam. Riwayatnya pula dijadikan kisah Maharaja Debar Raja yang kononnya setelah memelok Islam telah mengarahkan kuil hindu di gunong Jerai dirobohkan.

Agama Hindu tidak menggalakkan berkahwin campur dengan penduduk tempatan, tetapi Maharaja Merong Mahawangsa berbuat demikian sebab itulah baginda sendiri berkahwin dengan Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri dari keturunan Bani Hashim. Syed Jamal Al Jefri adalah salah seorang dari 15 belas utusan Saad bin Waqas ke negeri China dahulu. Bayangkanlah sekiranya ketamadunan tidak dibawa oleh mereka, mungkin kita masih lagi memakai cawat seperti orang-orang Penan di Sarawak.

Tahukah saudara sekelian bahawa warna diraja Maharaja China Islam ialah kuning, sama seperti Sultan kita hari ini, dan sama seperti yang tercatit dalam manuskrip Undang Undang Kedah. Penulisan emula sejarah Kedah adalah angkara Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Sama saja kaedah yang di gunakan oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah di Melaka dahulu dimana dia menulis Hikayat Hang Tuah dengan pertolongan James Low. Hikayat Hang Tuah tidak mempunyai nama pengarangnya walau pun ditulis dan dibukukan dengan cantik kerana peruntukkannya datang daripada Inggeris dibawah kawalan James Low.Kefahaman kita tentang Hang Tuah hari ini adalah berdasarkan buku ini.

Lagi pun pada hari ini, apa lagi bukti yang kita mahukan untuk kita mengubah sejarah bangsa Melayu. Bukti yang sedia ada,

1) Makam Sultan Sheikh Abdul Kadir bertarikh 904 masih di Langgar ke 2 memang begitu meyakinkan kita tentang kedatangan Islam. Batu Nesannya pun dari batu nisan Acheh. Akan tetapi kenape ia dilabel sebagai kubur ustaz sekolah pondok sahaja yang kononnya berasal daritimur tengah.

2) Bukti seterusnya ialah perjumpaan longokkan batu candi oleh Dr Othman Yatim yang tertulis Ibnu Sirdan 829 masihi pula di Lembah Bujang cukup untuk meyakinkan kita mengenai kedatangan Islam di Kedah adalah yang paling terawal.

3) Disamping itu, manuskrip Undang Undang Kedah bertarikh 812 Masihi menceritakan perlembagaan Nagara Kedah. Apa lagi bukti yang kita mahukan untuk Kerajaan Negeri Kedah mengubah website dengan sejarah berunsur kelemahan bangsa Melayu itu dengan yang benar.

4) Peta tahun 1730 (lihat bawah) yang menunjukkan jajahan Benua Islam Siam. Sememangnya dulu peta ini tidak bermakna kepada kita. Hari ini setelah kita dicelikkan sejarah, tahu lah kita bahawa peta ini adalah berkenaan dengan kita, kesultanan kita, maruah bangsa dan agama kita.

5) Forum “Sejarah Kedah antara Imaginasi dan Realiti” yang di adakan pada Sept. 2006, sempena jubli emas Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) melibatkan pembentangan semula sejarah Kedah melalui forum sejarah. Ia dipengerusikan oleh Prof Madya Dr. Haji Mohd Isa Othman (USM) bersama tiga ahli panel yang terdiri daripada pakar dalam bidang sejarah, iaitu, Prof Dato Hajah Siti Hawa Salleh (UKM), Tuamku Nai Long Kassim ibni Tuanku Nai Long Ahmad dan Dato’ Dr. Haji Adi Haji Taha (Ketua Pengarah Muzium & Antiquiti)).

Didalam forum tersebut Tuanku Nai long Kasim telah memperjelaskan situasi sebenar dengan berbuktikan buku Undang Undang Kedah. Diantaranya berkaitan dengan Merong Mahawangsa, Raja Bersiong dan kerabat diRaja Siam Islam. Seterusnya saranan juga telah dibuat oleh Menteri Besar Kedah agar sejarah negeri Kedah dikaji semula terutama sekali mengenai kedatangan Islam ke Nusantara.