Saturday, May 12, 2007

BAHAGIAN I: SULTAN MAD ZAFAR SYAH III IBNI SULTAN MUHAMAD SYAH II.

BERGELAR RAMA TIBODI I @ U THONG @ CHAO PHAYA BOWORN RAJNAYOK
Maharaja Benua Islam Siam Ayuthia , Nagara Kedah

Oleh anaianai

Setelah sempadan pemisah ditetapkan antara orang-orang Melayu dari rumpun Siam dengan Raja kafir Burma,Rama Khamheang oleh Maharaja Cina dari Dinasti Yuan baginda Sultan Madzaffar Syah III bertindak membuka Ayuthia sebagai pusat pemerintahan Kerajaan Melayu Islam. Nama Ayuthia dipilih sebagai nama baru kerajaan baginda yang bermaksud ‘tempat raja-raja berkumpul’.

Oleh karena orang Siam(baca sebagai thai) dan Melayu sering berbunuhan sekian lama, maka kamu hendaklah menunaikan perintah dan berjanji, jangan mengganggu lagi orang-orang Melayu”. Pada 1294 dibangun garis batas Melayu-Siam di Petchburi-Ratchburi, berdekatan dengan kota Bangkok sekarang.”, Majallah Saksi,“Dua ratus tahun penjajahan Siam”.

"..,when a siamese (read as thai) envoy appeared at the Monggol court, a chinese mission when with him on his return beraring an imperial order (from the Yuan Chinese Emperor) to Rama Khamheng: Keep your promise and do no evil to the Ma-li-yu-er".,Prof DGE Hall,A History of South East Asia, London Macmillian,1955 Pg149.

Dr. M. Ismail Marcinkowski dalam ulasan mengenai Safine ye Solaymani, dari catatan Mohammad Rabi b. Mohammad Ebrahim menulis,

“Ebn Moháammad Ebrahim refers sometimes to the entire country of Siam as ˆahr-e Nav, (Shahrul Nuri) but at other occasions he applies that expression only to its capital, Ayutthaya”.

“Ibn Ibrahim Muhammad, the secretary of that delegation and compiler of the only
extant Persian account of that visit (to Ayutthaya), added to his account a preface which contains even prayer for the spiritual well-being of the Thai monarch, indeed remarkable feature for a follower of a positive religious system, such as Islam.”.


"This time they almost suffered shipwreck near the coast of the Burmese kingdom of Paigu, i.e. Pegu, to which Ebn Moháammad Ebrahim refers strangely as a part of Kheta', 'Cathay', i.e. China, however, with a "separate king".

Didalam buku Sulalat Al Salatin,

“Alkisah maka tersebutlah perkataan raja benua siam daripada zaman dahulukalanya bahawa negeri Siam itu Shahr Nuwi…….”
- Muhammad Haji Salleh, Sullat Al Salatin, Tun Sri Lanang, hal 73.


"Kheta" disini bukan bermaksud Cathay atau China tetapi Queda atau Kedah. Sehingga ke hari ini pun orang-orang Melayu dari generasi tua di negeri Kedah sememangnya tahu Burma pernah berada di bawah takluk Kedah, tetapi tidak tahun bagaimana caranya secara terperinchi. Kita boleh andaikan bahawa baginda diperintah oleh Maharaja Cina dari Dinasti Yuan untuk membuka kerajaan kerana bagimda merupakan menantu Maharaja itu. Dalam rekod sejarah Thailand mengatakan bahawa baginda adalah dari golongan orang china yang kaya. Ini adalah satu fitnah untuk menutup kebangkitan Islam disana. Malah mereka ingin menutup bahawa mereka sebenarnya adalah penjajah yang merampas tanah milik orang Melayu dari rumpun Siam. Memang Thailand boleh berbangga mereka tidak pernah dijajah sebab merekalah penjajah sebenarnya, merampas tanah milik orang Melayu dan mengambil ketamadunan Melayu dari keturunan Siam di Ayuthia sebagai tamadun mereka.

Sebelum pada itu ayahanda baginda, Tuanku Muhammad Syah II adalah pemerintah Nagara Kedah dan juga dikenali sebagai Sultan Muhammad Syah yang Adil. Baginda sering berlayar ke Parsi dan singgah di Kepulauan Maldives. Anakanda baginda Sultan Madzaffar Syah III sering mengikut ayahandanya dan serterusnya telah menuntut ilmu agama Islam di Parsi.

M . Junus Djamil, dalam buku “Silsilah Tawarich Radja-Radja Keradjaan Atjeh” stencil 1968 halaman 4 mengatakan bahawa,
".. Sultan Muhammad Syah ialah Sultan Negeri Melaka yang pertama".

Ini bermakna jajahan Negara Kedah telah meluas ke Nusantara. Baginda berlayar hingga ke Parsi untuk mendalami agama Islam dan di setiap pelayaran itu baginda pasti akan singgah di Pulau Sandra Baba Kiyai (Sri Langka). Dalam bahasa siam san-dra-baba-kiyai bermaksud persinggahan-duduk-tok ayah-alim

No comments: