Tuesday, May 29, 2007

SULTAN MUDZAFFAR SYAH III, PERAK

Oleh anaianai

Ramai yang bertanya saya berkenaan Sultan Mudzafar Syah III dan izinkan saya membuat sedikit penjelasan.

Sultan Mudzafar Syah III ialah gelaran bagi Koya Long. Nama Koya ini tidak begitu dikenali tetapi saya perlu maklumkan kepada semua pembaca bahawa di Georgetown Pulau Pinang ada sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Koya. Nama Sultan Mudzafar Syah III adalah sempena mengambil nama keturunan baginda, Sultan Madzafar Syah III terdahulu yang membuka Ayuthia bergelar Rama Tibodi I.

Koya Long ini ialah anakanda sulong kepada Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Maharaja Benua Islam Nagara Kedah. Khalifah Sharif mempunyai lima orang putera iaitu,

1) Koya Long, bergelar Sultan Mudzafar Syah III
2) Koya Ngah bergelar Megat Terawis (dibunuh thai dalam tahun musuh bisik 1821)
3) Koya Shuib bergelar Megat Shuib (dibunuh thai, 1821)
4) Koya Nai Chau Abu bergelar Megat Manja (dibunuh thai, 1821)
5) Koya Fai bergelar Megat Iskandar, Putera Kapas (dibunuh thai, 1821)

Koya Long, sebelum pulang ke Kedah menjadi Raja di Kemboja Cempakasari dan selalu disebut sebagai Raja Kemboja dalam salasilah kesultanan Nusantara Melayu. Di kalangan rakyat dan rekod Kemboja hari ini, Koya Long dikenali sebagai Po Chan, Raja Islam Kemboja. Ayahanda baginda, Khalifah Sharif ketika menjadi Maharaja Benua Islam Siam di Ayuthia telah menghantar anakandanya Koya Long untuk menjadi Raja di Kemboja. Semasa disana telah berlaku peperangan besar diantara tentera islam dan tentera Buddha Aluangpaya yang bukan saja menyerang Ayuthia malah turut menyerang Kemboja bagi memusnahkan Empayar Monggol Islam. Koya Long bersama tentera dan pengikutnya telah berundur ke Langkawi dan Pendang. Di situ mereka telah membuka penempatan baru yang dinamakan Kg Kemboja.

Apabila pulang ke Kedah, Khalifah Sharif telah menghantar Koya Long untuk menjadi Sultan Perak. Nama baginda, masih lagi ada dalam salasilah kesultanan Perak.
Ini petikan yang saya petik dari satu website berkenaan tugas-tugas baginda menabal Sultan Selangor yang pertama.

“Sultan Muzaffar Syah pun menghantar utusan untuk mempersilakan Raja Lumu barangkat ke Kuala Bernam sebagai pertemuan dengan baginda. Ketibaan Raja Lumu disambut dengan penuh istiadat raja besar-besaran dengan pukulan nobat dan tiupan nefiri. Acara ini dilakukan dengan tujuan sebagai ujian kepada Raja Lumu, adakah beliau benar-benar berketurunan raja yang berdaulat. Setelah semua ujian itu tidak mendatangkan apa-apa bencana terhadap Raja Lumu, baginda Sultan Muzaffar Syah pun mengesahkan perlantikan tersebut. Seterusnya dinobatkan dan bergelar Sultan Salehuddin Syah, sementara Daeng Loklok digelar Datuk Maharaja Lela Husin.Pertabalan penuh sejarah itu dilakukan di Pulau Pangkor dalam tahun 1756. Selesai sahaja pertabalan, Sultan Salehuddin Syah pulang ke Kuala Selangor. Itulah Sultan Selangor yang pertama bersemayam di atas Bukit Selangor yang dikenal dengan nama Bukit Malawati”

Oleh kerana baginda berada jauh di Istana Kuala kangsar, baginda tidak berjaya dibunuh oleh tentera thai yang datang dari siam menyerang Kedah. Serangan Kedah keatas Perak adalah arahan Raja Thai yang ingin membunuh Sultan Mudzafar Syah III (dalam sejarah disuruh tunduk dan menghantar bunga mas, tapi baginda enggan)kerana mereka tahu baginda adalah anakanda kepada Khalifah Sharif. Lagipun mereka ini adalah bangsa penghapus keturunan, yang mencari keturunan satu-satu raja itu sehingga ke anak cucu untuk dibunuh. Serangan ini dilakukan oleh Raja Kota Setar, si pengkhianat bangsa dan agama Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah yang telah bersubahat dengan thai demi kuasa, pangkat dan kekayaan dunia. Sepatutnya mereka sepakat sebagai orang islam untuk mempertahankan Kedah yang beragama islam dari musuh yang datang.

Maklumat dizaman dahulu amat terhad kepada rakyat kebanyakkan, ditambah pula dengan kerja-kerja pengkhianat yang menulis semula sejarah. Oleh kerana kurangnya maklumat ini, tentera thai buddha ini dipanggil siam kerana mereka datang dari negeri siam seperti zaman terdahulu. Akan tetapi dizaman terdahulu itu, orang-orang siam ini beragama islam, sementara thai pula adalah Sukuthai yang beragama buddha (berasal dari Lannathai) dan menawan Ayuthia dalam tahun 1767.

Dalam pembacaan saya mengenai sejarah kita, tidak disebut langsung bahawa negeri Siam Islam telah ditawan Buddha thai, malah boleh dikatakan dari awal hingga akhir orang-orang Siam Islam ini dianggap beragama Buddha. Situasi ini jauh dari hakikat kebenaran sebenarnya. Segalanya mula terungkai apabila saya bertemu dengan Tuanku Nai Long Kassim, waris Maharaja Siam Islam yang boleh bertutur Bahasa Siam, bukan Bahasa Thai. Malah orang-orang kampung di Pendang, Naka, Napo, Tualang, Pokok Sena, Jitra, Tunjang, Kodiang, malah di Perlis dan Kelantan masih lagi bertutur dalam bahasa ini, walaupun tulisannya sudah hilang.

Seterusnta, Sultan Mudzafar Syah III menggantikan ayahanda baginda dalam tahun 1821 sehingga 1824. Saya kurang pasti kenapa pemerintahan baginda singkat, cuma tiga tahun sahaja. Mungkin baginda tidak menaruh harapan lagi kerana empat orang adinda baginda telah dibunuh thai, selain dari faktor usia yang telah meningkat.Walau apa sekali pun anakanda baginda, Syed Alang Alauddin @ Panglima Bukit Gantang menggantikan tempat ayahanda baginda dari tahun 1824 hingga tahun 1862. Syed Alang Alauddin pernah menjadi Raja Songkhala dan Bendahara kpd Sultan Mudzafar Syah III. Dalam Sejarah Perak baginda dibuang pangkat bagi menutup sejarah dan dikenali sebagai Enche Alang Alauddin.