Friday, May 4, 2007

SALSILAH PAK LAH BADAWI

Oleh Tuanku Nai Long Jaafar ibni Tuanku Nai Long Ahmad
Uploaded by anaianai.

Nama sebenar Dato Seri Perdana Menteri kita ialah Tuanku Nai Long Abdullah ibni Tuanku Nai Long Ahmad Badawi. Salsilah ini ditulis berdasarkan kepada kebenaran sejarah dan tidak memihak kepada mana-mana pertubuhan mahupun pihak. Sama-sama kita lihat salsilah bermula dari Yang di Pertuan Yang Maha Mulia Negara Kedah, Khalifah Sharif Abu Bakar Syah.

1.YANG DI PERTUAN YANG MAHA MULIA KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH, KAHA EKATAAT V, MAHADAM MAHAZA,
1767- MAHARAJA BENUA ISLAM SIAM AYUTHIA,
NAGARA KEDAH PASAI MA.
1767-1821 BESEMAYAM DI ISTANA KOTA MENGKUANG, JITRA KEDAH. BAGINDA MEMPUNYAI 5 ORANG PUTERA.PUTERA-PUTERA BAGINDA IALAH,
A) KOYA LONG @ PUTERA SULONG
B) KOYA NGAH @ MEGAT TERAWIS
C) KOYA SHUIB @ MEGAT SHUIB
D) KOYA NAI CHAU ABU @ MEGAT MANJA
E) KOYA FAI @ MEGAT ISKANDAR, PUTERA KAPAS
B,C,D & E, KORBAN MUSUH BISIK 1821.

2.YANG DI PERTUAN YANG MAHA MULIA SULTAN MAD ZAFFAR SYAH III IBNI KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH @ KOYA LONG (BERGELAR POCHAN SEMASA MENJADI SULTAN DI CHEMPAKA SARI, KEMBOJA). APABILA KEMBOJA DISERANG TENTERA KAFIR BUDDHA ALAUNGPAYA, BAGINDA KEMBALI BERSEMAYAM DI PULAU LANGKAWI BERSAMA TENTERA DAN PENGIKUTNYA. AYAHANDA BAGINDA KEMUDIANNYA MENABAL BAGINDA SEBAGAI RAJA KUALA KANGSAR. BAGINDA BERSEMAYAM DIISTANA KUALA KANGSAR. DALAM SALSILAH SULTAN-SULTAN DI MALAYSIA BAGINDA DIGELAR RAJA KEMBOJA.

DALAM TAHUN 1821 BAGINDA MENGGANTIKAN AYAHANDA BAGINDA DAN DITABAL DENGAN PENUH ISTIADAT DI BERAHMAN INDERA (BALAI BESAR, ALOR SETAR ) SEBAGAI MAHARAJA BENUA ISLAM SIAM NAGARA KEDAH. BAGINDA MEMPUNYAI 5 ORANG PUTERA IAITU,

1. - SYED ALANG ALAUDDIN ATAU PANGLIMA BUKIT GANTANG (MENGGANTIKAN AYAHANDA BAGINDA). MEMBAWA KEPADA TUANKU NAI(SYED) LONG KASIM NAI(SYED) LONG AHMAD.

2. - SYED MOHAMMAD HATTA @ NAI TA, BERGELAR SYED AHMAD JAMALULAIL, PENGHULU INDERA SAKTI (PERLIS),
RAJA PERLIS I.
3. – DATUK NAI INDERA JAYA, BALAI BESAR.
4. - SYED ALI BERGELAR PADUKA SERI SULTAN ALI ALAUDDIN SYAH (RAJA HAJI ALI), SULTAN RIAU LINGGA.
5. - SYED ISMAIL ATAU NAI LONG ISMAIL, SULTAN MANILA, FILIPINA
(MAKSUD FI LI PI NA IALAH, "ABANG ALI,ABANG BETA" IAITU ABANG KEPADA SYED ISMAIL IAITU SYED ALI MENJADI SULTAN DI RIAU LINGGA).

3.YANG DI PERTUAN YANG MAHA MULIA SYED ALANG ALAUDDIN ATAU PANGLIMA BUKIT GANTANG MEMPUNYAI 2 ORANG PUTERA IAITU (NAI BERMAKSUD SYED)

1)TUANKU NAI LONG JAAFAR, MENGGANTIKAN AYAHANDA BAGINDA BERGELAR YANG DI PERTUAN YANG MAHA MULIA SULTAN JAAFAR MAD AZAM SYAH. DITABAL DI BERAHMAN INDERA BALAI BESAR ALOR SETAR DALAM TAHUN 1862.

2)TUANKU NAI LONG ABU TOHA, DITABAL SEBAGAI SULTAN BAGAN SERAI(SELAMA), OLEH KEKANDA BAGINDA. BERKAHWIN DENGAN TUNKU DINAI IBNI TUNKU MOHAMMAD CHAN (KERAMAT TOK TEKAI). TUNKU NAI LONG ABU TOHA DIBUNUH OLEH THAI DAN INGGERIS DALAM PEPERANGAN PEMBEBASAN KEDAH DARI GENGGAMAN PENJAJAH INGGERIS DALAM TAHUN 1879. INGGERIS KEMUDIANNYA BERTINDAK MENGGANTIKAN SEMUA RAJA-RAJA DAERAH DENGAN PEGAWAI DAERAH (DISTRICT OFFICER).

4.TUANKU NAI LONG IBRAHIM IBNI NAI LONG ABU TOHA, KERAMAT TOK PERANG, TURUT TERBUNUH DALAM PEPERANGAN SYAHID MENENTANG PENJAJAH THAI DALAM TAHUN 1876 DI TANAH MERAH, PENDANG KEDAH. DIMAKAMKAN BERSAMA-SAMA PARA SYAHADAH YANG BERJUMLAH BERIBU ORANG, LALU DINAMAKAN TEMPAT ITU KUBUR PANJANG. TURUT TERBUNUH SULTAN IDRIS JAMBU PATANI BERSAMA BALATENTERANYA, TENTERA CINA MANCHU BERAGAMA ISLAM DAN TENTERA ISLAM MAJAPAHIT. SEJARAH PEPERANGAN FISABILLILLAH INI TELAH DI PADAMKAN DARI REKOD SEJARAH NEGERI KEDAH. TENTERA CHINA MANCU DIHANTAR OLEH MAHARAJA CINA ISLAM DINASTI MANCHU BERAGAMA ISLAM KETIKA ITU, SAYYIDDINA OSMAN YANG DI SANJUNG.

5.TUANKU NAI LONG ABDULLAH FAHIM IBNI TUANKU NAI LONG IBRAHIM.MUFTI PULAU PINANG DAN CENDIKIAWAN ISLAM. MEMILIH TARIKH 31 OGOS 1957 SEBAGAI TARIKH KEMERDEKAAN

6.TUANKU NAI LONG AHMAD BADAWI IBNI NAI LONG ABDULLAH FAHIM. TOKOH AGAMA DAN AHLI UMNO YANG TURUT MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN.

7.TUANKU NAI LONG DATO SERI ABDULLAH IBNI TUANKU NAI LONG AHMAD BADAWI, Y.A.B PERDANA MENTERI MALAYSIA KE V BERMULA 31 OKT 2003.

RUJUKKAN

1 Tuanku Nai Long Kasim ibni Nai Long Ahmad, Waris Mutlak Maharaja Siam Islam Kedah, 2006
2 Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Office of the Prime Minister of Malaysia website, http://www.pmo.gov.my/website/webdb.nsf/pmoenglish?openframeset
3 Mokhtar Petah,Datuk Abdullah Badawi, “Pejuang Kemanusiaan Sejagat”,Unknown Binding – 1997.
4 Chamil Wariya, Abdullah Ahmad Badawi - Perjalanan Politik PM ke-5, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2004.