Tuesday, May 22, 2007

BUKTI DAN PENGKISAHAN SEMULA SEJARAH BANGSA

BAHAGIAN I

TUANKU NAI LONG KASIM DAN anaianai

Penemuan bukti-bukti sejarah terbaru telah membawa kepada kefahaman sejarah negara ketahap yang lebih jelas dan ketara. Sebelum pada itu tiada bukti bertulis untuk kita mengiyakan cerita orang-orang tua dahulu di negeri Kedah. Penjajah dan sekutunya telah membiarkan kita semua percaya kepada kehendak dan kepentingam mereka ketika itu menyebabkan seluruh sejarah nusantara ini menjadi kucar-kacir.

Bukti sejarah itu ialah,

a) Manuskrip Undang-Undang Kedah
b) Cop Mohor Khalifatullah Akhirul Zaman, Sultan Mahmud Syah Melaka yang dijumpai dalam simpanan seorang petani di Riau
c) Peta jajahan Benua Islam Siam yang kita fikirkan dulunya tidak bersangkutan dengan kita, sebenarnya adalah nagara kita.

Dalam mengkaji sejarah bangsa kita perlulah mengkaji secara regional, dengan skop yang lebih menyeluruh bagi memahami situasi dimasa lalu yang mana tiada sempadan dan kerajaan seperti hari ini. Mengikut pengkajian saya nusantara ini diperintah oleh Maharaja Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma (Islam tempatan). Didalam Nagara Kedah ini, terdapat beberapa kawasan yang kita boleh senaraikan seperti berikut,

a) Toung Oo, (Oh, padang) Myanmar.
b) Siam, meliputi Chiengmai (cerah atau tidak) Ayuthia dan Segenting Ke ra (laksemana duit bertin-tin, keduanya di situ).
c) Kemboja (Shamboja, orang syam itu penasihat) Cempaka Sari (orang Sham pegi niaga, duduk situ)
d) Kedah Langkasuka (Pak lang, kamu meniaga ka?), dari Segenting Kra hingga ke Perak Utara termasuk Nakhun si Thammarat, Patani, Satun, Narathiwat, Yala, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Trengganu.
e) Me la ka (marilah meniaga), meliputi Selatan perak, Selangor, Pahang (Gelannggi), Johor (Gelangkiau), Singapura, Kepuluan Riau Lingga (merebak jauh tebing perniagaan) hingga ke Dili ( Raja Ali yang baik) ,Timor Leste (tempat berhimpun, masyhur), Papua (bawa suami, dari kisah Siti Zubaidah dengan Sultan Zainal Abidin,putera raja Arab).
f) Fili, pina (bermaksud abang ali, abang beta), Manila (Mari lah, datang la ke sini).
g) A cheh (ajar, dakwah islamiyah) seluruh Sumatra termasuk Perlak (punca merebak, syiar islam).
h) Aus tra lia (ouch! Tempat luas), Albani (putera lelaki).

Maharaja China Sai Tee Sung telah di Islamkan oleh utusan Rasullullah SAW dalam tahun 650 masihi dan Putera Waren Wong Ser cucu Maharaja itu dititahkan pula oleh Maharaja China untuk menyebarkan Syiar Islam di Nusantara. Pemerintahan Merong Maha Wangsa @ Sultan Madzafar Syah I telah membawa kepada 10 orang Sultan yang memerintah sehingga tahun 1350 masihi. Kesultanan ini kemudianya berpindah pusat pemerintahannya ke Ayuthia berikutan perjanjian garis pemisah / persempadanan antara orang Siam Islam dan Raja Buddha Sukhothai Ramakhamheng. Persempadanan ini telah ditetapkan disitu oleh Maharaja Cina dari Dinasti Yuan yang berketurunan Genghiz Khan Monggol dan menganut agama Islam.

Empayar Benua Islam Siam mula berkembang ditempat baru yang dinamakan Ayuthia, bermaksud tempat raja-raja berkumpul. Pemerintahan beraja ini bermula dari Rama Tibodi I @ Sultan Madzaffar Syah III membawa kepada Boromoraja Ekataat V @ Khalifah Sharif Abu Bakar Syah. Boromoraja V Ekataat bermaksud, Puak berpengetahuan Penyebar Agama Islam ke V, Beta taat. Jumlah pemerintah Ayuthia berjumlah 33 orang. Dari 33 orang Maharaja Benua Islam Siam, hanya 3 sahaja makamnya berada disana sementara baki 30 lagi berada di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Acheh dan Nusantara Kepulauan Melayu hari ini. Ini sekali gus membuktikan pemerintah Ayuthia berasal dari Nusantara Kepulauan melayu dan sebarang peperangan/pertelingkahan adalah merupakan konflik dalaman kerajaan Benua Islam Siam, nagara Kedah.