Oleh Naim Firdausi
reupload by anaianai
Sejarah lisan dalam rekod Naim Firdausi
Tahun 1876 Masihi Raja Maha Besar Benua Siam Sultan Nai Long Luang Jaafar Madazam Syah dikhabarkan gajah-gajah mabuk memusnahkan harta benda rakyat lantas Raja Daerah Kota Kuala Muda mengundang baginda Sultan Jaafar melawat ke kawasan gajah mabuk itu.Pada ketika itu Raja daerah Kota Kuala Muda ialah Paduka Seri Sultan Abdul Hamid. Jemputan pun diterima, baginda Sultan Jaafar tiba tetapi yang meyambut baginda hanya laki-laki sahaja, tiada seorang pun perempuan dan budak-budak. Maka orang-orang yang menyambut itu menangkap Sultan Jaafar dan diikat kemas tangan dan kaki baginda lalu diserahkan kepada tentera Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun di Kampung Ruwat, Yan, Kedah. Tempat menyambut baginda itu dinamakan Bujang atau terjemahannya puak derhaka.
Sultan Jaafar dibawa ke tempat yang sudah direncanakan pembunuhannya. Baginda ditikam dengan segala senjata tajam tanpa belas. Namun Allah yang maha ajaib mendatangkan perkara yang ajaib, kulit tubuh baginda tiada luka dimakan besi-besi itu dan cukup membuatkan pihak musuh menjadi hairan.
Musuh tidak berputus asa, baginda dibawa kebelakang Balai polis Gurun dan dihumban kepada gajah-gajah baginda yang telah diberi makan ubi ara hingga mabuk. Habis patah tulang baginda dilumat oleh kaki-kaki gajah baginda sendiri walaupun kulit baginda tiada cedera. Berpindahlah baginda dari alam fana ini ke alam baqa. Inna lillah, Wa inna ilaihirajiun. Pembunuhan ini turut disaksikan oleh Thai,Inggeris dan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid.
Kampung Tualang, kedengaran riuh sorak orang-orang mengusung sebuah talam perak berisi jasad Al-Marhum yang hancur berhias tali perut yang bercerai. Al-Marhum dikebumikan disamping ayahanda baginda Sultan Sayid Alang Alaudin. Hingga hari ini makam itu dipanggil orang tualang sebagai makam Tok Nai Long dan makam Tok Nai Lang yang mereka ini lah orang-orang Tualang anak cucu almarhum Sultan Nai Long Luang Jaafar Madazam Syah.
Ngeri peristiwa pembunuhan ini hingga hari ini tempat itu diabadikan dengan bahasa Benua Siam sebagai Khrun, atau pun Gerun maksudnya. Ruat pula bermaksud lubang jalan ke Wat Buddha tentera Thailand di Yan.
Maka Paduka Seri Sultan Abdul Hamid Halim Syah dianugerah oleh Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun dengan di lantik menjadi Sultan Kedah Darulaman pada tahun 1881 Masihi. Sultan Ismail Kinta telah diberkas di Kampung Baling Kedah semasa baru sahaja pulang dari menyemadikan jenazah Almarhum Sultan Jaafar oleh penjajah Inggeris. Raja Abdullah pula menangkap Nai Ngah Ibrahim Menteri Larut Perak untuk diserahkan kepada pihak Inggeris.
Makam Raja Maha Besar Benua Siam Sultan Nai Long Luang Jaafar Madazam Syah Ibni Sultan Sayid Alang Alaudin (Long Jaafar Perak) terletak di Kg Tualang Kedah. Baginda di bunuh oleh raja wilayah Kuala Muda Kedah dan Bo Kong Raja Buddha Thailand Cula Luang Khun Rama V Chakri So Kho Thai di Gurun Kedah dengan cara diikat dan dibiarkan dipijak oleh gajah yang mabuk diberi makan ubi ara. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1876 di Gurun kedah. Maka berakhirlah pemerintahan Raja Benua Siam dan kesan-kesan sejarahnya dihapuskan habis-habisan oleh penjajah. Namun hari ini banyak kesan-kesan sejarah yang tiada dalam catitan sejarah negara sudah mula terbongkar.