uploaded by anaianai
Saya merujuk kepada Tulisan Tuan Nai Long Kassim Nai Long Ahmad bertajuk “Kewujudan Kedah bukan pada 1136 Masihi” yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 13 Februari 2007 adalah dirujuk. Tulisan tuan ada banyak kebenarannya dan saya berpendapat masih ada lagi maklumat yang tersimpan dan tidak ingin didedahkan walaupun Malaysia akan menyambut 50 tahun kemerdekaannya pada 31 Ogos 2007.
Sebagai penyelidik dari universiti tempatan maklumat-maklumat yang saya selidiki menuju kearah apa yang diperkatakan oleh Tuan Nai Long Kassim ini ada kebenarannya. Seterusnya, saya tertarik dengan nama Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti Ayuthia yang bergelar Boromoraja Ekataat V. Nama sebenar Baginda ialah Khalifah Sharif Abu Bakar Syah dan baginda beragama Islam. Sebelum ini kta semua menyangkakan Empayar Ayuthia (1350 - 1767) yang tinggi peradabannya di Thailand itu sebagai Empayar yang beragama Buddha. Tanggapan ini adalah salah sama sekali. Thailand, asalnya adalah dari bangsa Sukhothai (suku thai@puak Thai) yang berasal dari Lannathai. Mereka memang sudah berkali-kali cuba menyerang Ayuthia dan akhirnya berjaya menakluki Ayuthia pada tahun 1767,di ketuai oleh ketuanya bernama Alaungpaya.
Akan tetapi siapa sebenarnya yang memerintah Ayuthia sebelum ia ditawan? Pemerintah Ayuthia menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah, melaksanakan hukum-hukum Islam dan pentadbiran dibahagikan kepada 2 kementerian, untuk Islam dan bukan Islam. Mereka menjalin hubungan dengan Perancis dan sempena lawatan itu dinamakan sebatang jalan di Perancis sebagai Jalan Ayuthia. Mereka ini adalah dari keturunan Siam bukan Thai. Dalam erti lain Siam itu beragama Islam, Thai itu beragama Buddha. Sekiranya bahasa jiwa bangsa, sudah pasti, bahasa Thai untuk bangsa Thai dan bahasa Siam untuk bangsa Siam. Kita lihat pula di Malaysia hari ini terdapat orang Melayu yang bertutur dalam Bahasa Siam di Kedah, Kelantan dan Perlis dan mereka beragama Islam. Bahasa Siam ini jika ditutur di Thailand, langsung tidak difahami lagi oleh rakyat Thailand hari ini.
Orang-orang Melayu inilah berbangsa Siam, ia itu asal usul keturunan bangsa Melayu yang menjadi rakyat Nagara Benua Siam Dinasti Ayuthia dahulu dan Empayar ini meliputi seluruh Nusantara, Champa, termasuk sebahagian India. Arus kemodenan tidak menyentuh mereka sama sekali dan mereka kekal dalam budaya bahasa Siam seperti adanya, 300 tahun dahulu. Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah, yang mula diitulis pada tahun 220 Hijrah (799 masihi) adat Siam ini telah pun lama diguna pakai oleh raja-raja Melayu zaman dahulu. Manuskrip ini dirampas oleh Inggeris di Istana Kota Beruas dahulu dan baru dipulangkan kepada kita sekitar tahun 2003/04.
Diantaranya penggunaan sirih pinang sewaktu meminang, bekas meminang, cincin emas sebentuk, kain. Sebagai contoh, didalam buku Undang-undang Kedah, mengenai pakaian dalam Adat Raja Johor,
“Maka adat ini turut adat raja-raja Kedah ini, yang kerajaan itu kuning juga”. (ms 34)
“Demikianlah zaman raja-raja dahulu-dahulu itu. Pada adat raja-raja dibenua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan”. (ms 36)
Tidak teragak jika saya katakan bahawa asal keturunan bangsa Melayu ialah Siam kerana raja-raja Melayu yang menjadi tunggak adat istiadat bangsa Melayu telah pun menggunakan adat tersebut. Seterusnya, dimuka surat yang sama, perihal pemerintah Johor,
“Maka pada Bahasa Melayu Bendahara itu panglima negeri.Pada segala negeri yang kecil-kecil bendahara itu dikatanya lambat pada adat Siam”.
Sebelum naik kerajaan pada tahun 1350,pemerintah Ayuthia ini berasal dari Kesultanan Kedah, dimana keturunan mereka tiba dari Cina dan membuka Kota di Kuala Muda. Ketua rombongan dari Cina dan pengikutnya diketuai oleh Putera Waran Wong Ser (Mahawangsa), cucu kepada Maharaja Cina bernama Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. (rujuk kepada Hikayat Merong Mahawangsa) Maharaja Sai Tee Sung telah diislamkan oleh utusan Baginda Rasullullah SAW bernama Saad bin Waqqas.Baginda pula telah memberi surat watikah kepada cucunya untuk menyebarkan Islam di Nusantara.
Apabila naik Kerajaan, Baginda Wa Ren Wong Ser (bermaksud Naga Laut Puak Tentera) memakai gelaran Sultan Madzafar Syah I (222H, 812 M) dan berkahwin dengan Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri dari keturunan Bani Hashim. Sharifah Maryam berketurunan Arab dan baginda juga di panggil Tok Soh. Makam Tok Soh masa ada lagi di Pin Nang Tung Gal (bermaksud, jadi permaisuri tunggak Negara) dengan ukiran kalimah Shahadah pada nisan nya di Kampung Tok Soh, Pinang Tunggal, Kulim,Kedah. Mereka mendirikan kota dengan penduduk tempatan di Kuala Muda (Muadat bermaksud belerang), Kedah dan menjalankan pelabagai perniagaan pembuatan senjata yang menggunakan belerang.Contoh dua meriam yang dijumpai didalam sungai dan telah dihasilkan oleh orang Melayu Saimen boleh dilihat di Muzium Negeri Kedah.
Generasi kedua Kesultanan Negara Kedah ialah Po Disut @ Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir bergelar Sultan Madzafar Syah II dan generasi ketiga ialah Sayyidina Ali Wa Maulana Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir @ Sultan Alirah Shah Perlak (bersemayam di Istana Bukit Cho Ras), keempat ialah Sultan Hussin Syah dan kelima Sultan Sheikh Abdul Kadir Shah @ Tuan Sheikh Keramat. Makam baginda terletak di Lang Gar (bermaksud putus dunia) bertarikh 291H (903 M). Kesemua mereka adalah pemerintah Nagara Kedah Pasai Ma (nama Negara Kedah dahulu). Yang saya kira menarik sekali ialah pemerintah ke 11 Negara Kedah iaitu Sultan Madzafar Syah III yang juga bergelar Rama Tibodi I (@ Sheikh Ahmad Qomi). Baginda menjadi Maharaja pertama Benua Islam Siam Ayuthia Kedah Pasai Ma.
Semasa upacara mengangkat sumpah, Melaka tersurat dan disebut baginda sebagai salah satu tanah jajahan Ayuthia. Pada masa itu Melaka termasuklah Johor dan Kepulauan Riau. Pada masa itu juga pemerintah Kedah baru saja mengalahkan Kerajaan Tenangsari (Burma) yang menyerang Kedah sekaligus menguasainya. Pemerintah Kedua Ayuthia ialah Naresuan yang berkahwin dengan Ratu Iman, Acheh. Pada Makam Baginda, tertulis dlm Bahasa Kawi, Gusta Barubasa empu Kedah Pasai Ma bermaksud, Keluarga yang memeluk Islam menguasai Kedah Pasai Ma.Kerajaan ini lah yang mana Pattani, Ligor, Singgora, Kesultanan Melaka dan Acheh turut berada dibawah kawalannya.Sebab itu lah bila mencari kesan Sejarah Kesultanan Melaka sukar mendapat buktinya kerana nama mereka juga tersenarai dalam senarai Raja-raja Ayuthia dalam bahasa Siam !.
Tahukah pembaca semua siapakah yang menjadi Raja Benua Siam Islam Nagara Kedah Pasai Ma yang terakhir. Tak lain dan tak bukan iaitu Sultan Jaafar Muadzam Syah atau lebih dikenali sebagai Long Jaafar. Sebelum itu Ayahanda baginda, Syed Alang Alauddin yang juga bergelar Panglima Bukit Gantang menjadi Sultan Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma. Baginda melantik puteranya Long Jaafar menjadi menteri di Larut Perak untuk menguruskan lombong bijih kerajaan Nagara Kedah disana. Apabila ayahanda baginda mangkat dalam tahun 1862, baginda ditabal di Berahman Indra (sekarang Balai Besar) Alor Setar bergelar Sultan Jaafar Madzam Syah. Dalam rangka lawatan ke Merbok, baginda ditangkap oleh Thai dan Inggeris dalam tahun 1876, disiksa di Yan, sebelum dipijak dengan gajah hingga mati di belakang Balai Polis Gurun dalam tahun 1876.Peristiwa ini benar berlaku dan saya cabar sesiapa pun termasuk pengkaji sejarah tempatan untuk mengkaji maklumat ini.
Dalam penyelidikkan saya, dengan terbunuhnya Long Jaafar orang-orang Melayu hilang segala-galanya meliputi sastera, senibina, manuskrip-manuskrip,syair, industri pembuatan belerang, sajak, puisi dll. Penjajah Inggeris telah menipu kita dimana mereka berpakat dengan Thai lalu menyerahkan peradaban itu kepada Thai. Mereka memutarbelitkan fakta sejarah sehingga kita menyangkakan Thai dan Siam itu sama saja. Inggeris memberi peradaban Ayuthia milik kita itu kepada Thai agar mereka dapat, menjatuhkan Islam, menjajah Semenanjong dan mengutip hasil bumi seperti bijih timah,emas,rempah ratus dll. Ditinggalnya kita pada hari ini tanpa warisan sejarah bangsa dan agama untuk memulakan kerajaan Malaysia ketika merdeka. Sejarah yang ditinggalkan adalah versi mereka, bukan versi kita. Kita terpaksa bermula dari bawah untuk memertabatkan bangsa. Kita berjaya melakukannya dalam masa 50 tahun saja. Bayangkanlah sekiranya kita bangsa Melayu keturunan Siam ini memerintah Ayuthia dulu selama 417 Tahun, betapa hebatnya peradaban itu! Pasti ia di cemburui dan dingini/diidamkan oleh bangsa lain.
Sebelum ini raja-raja kita membayar ufti kepada Siam Islam, ibarat cukai Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan tetapi bila Thai mengambil alih Ayuthia, seolah-olah memberi ufti kepada Kerajaan asing yang berlainan agama. Bila raja-raja daerah kita enggan membayar, walau ada yang cuba berbaik-baik, Thai tetap menyerang orang-orang Melayu, mengugut, membunuh dan menyiksa dengan kejam. Akhirnya ramai kerabat dan rakyat di Negara Kedah dan Pattani menjadi ‘Korban Musuh Bisik’ dalam tahun 1821. Setelah usaha ini selesai mereka mengubah sistem pendidikkan mereka, rakyat siam hanya boleh belajar bahasa Thai sahaja,dll, sehingga apabila selesai dinamakan negara mereka,Thailand. Semua ini berlaku kerana mereka benci bangsa Siam ini ujud lebih dahulu dari bangsa Tai lalu dibakarnya manuskrip Al Quran, Hikayat Merong Mahawangsa, Sejarah Melayu dll sewaktu berjaya menawan Ayuthia dalam tahun 1767.
Sewaktu Thai (bukan Siam) menjajah Kedah selama 5 tahun (1876-1881) dengan pertolongan Inggeris mereka membakar istana-istana lama (17,mungkin lebih) milik Raja Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma termasuk di Bukit Cho Ras (istana Sayyidina Ali, Sultan Alirah Shah, Perlak), diserang dan dibunuh orang-orang Siam Islam Pattani, Kedah, Majapahit dan tentera Cina Manchu (Islam). Seorang saksi yang tinggal berdekatan, berusia sekitar 90 tahun menceritakan bagaimana Inggeris sekitar awal 1910 datang semula memecahkan lagi 3 bilik dibawah tanah ditapak istana Bukit Choras yang telah dibakar oleh Thai 35 tahun terdahulu.Di setengah-setengah lokasi seperti candi ditanamnya patung-patung tertentu untuk menyesatkan penyelidik kita pada hari ini.
Syukurlah orang Melayu masih tetap berpegang kepada Islam. Sekarang saya harap saudara/i mula faham kenapa berlaku kekecohan di Pattani. Saya difahamkan juga bahawa Inggeris ingin menyerahkan Pattani, Satun,Yala, Ligor dan Songkhala untuk merdeka bersama kita dalam tahun 1957 dahulu tetapi ditolak oleh TAR kerana datuknya Raja Chulalongkorn tidak mengizinkannya (TAR cucu raja Siam itu). Inggeris tahu bahawa daerah ini jajahan Nagara Kedah, berdasarkan manuskrip Undang-Undang Kedah yang tercatat di m.s.15. Oleh itu, sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke 50 tahun, marilah kita sama-sama mencari kembali permata yang telah hilang itu.
5 comments:
Sangat berinformasi. Terima Kasih. Cuma, bolehkah semua ini disertakan dengan lain-lain reference atau citation?
habis, sampai bila kita hendak mendiamkan diri tentang kebenaran ini? bila saya baca posting kijangmas tentang bukunya "Patani: The Accidental Border", seolah-olah orang Patani dengan empayar Ayuthia berperang, jadi kita sama kita pun berperang juga..alangkah baik saudar team up dengan kijang mas dan expose sejarah kita kepada dunia..
Terima kasih atas post artikel ni saya sangat teruja dengan cerita2 ni..bertambah lagi ilmu saya yang boleh dikongsikan kepada semua insyaALLAH...
Bismillahirrahmannirrahim.
Tidak disangka bahawa masih ada orang yang masih bersama-sama ingin menyedarkan golongan yang masih kurang sedar dengan jati diri iaitu Melayu.
ASLAM TASLIM.
Selamat berjuang Sahabat.Perjuangan ini akan tiba masanya akan berhasil apabila datangnya seseorang yang mengajak kepada petunjuk yang benar dan mengikuti sunnah rasulnya.
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semester Alam.
Bismillahirrahmannirrahim.
Tidak disangka bahawa masih ada orang yang masih bersama-sama ingin menyedarkan golongan yang masih kurang sedar dengan jati diri iaitu Melayu.
ASLAM TASLIM.
Selamat berjuang Sahabat.Perjuangan ini akan tiba masanya akan berhasil apabila datangnya seseorang yang mengajak kepada petunjuk yang benar dan mengikuti sunnah rasulnya.
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semester Alam.
Post a Comment