Oleh anaianai
Makam Tok Pasai yang terletak di Kuala Kedah menjadi satu misteri kepada peminat sejarah tanah air. Makam tersebut dikategorikan sebagai makam purba sepertimana makam Sultan Muhiyuddin Mansur Syah di Pulau Langkawi Kedah Darul Aman. Untuk mengetahui siapa Tok Pasai saya mulakan dengan kisah Khalifah Syarif Abu Bakar Syah ibni Sultan Muhiyuddin Mansur Syah pernah memerentah di Toung Oo Burma. Toung Oo ialah bahasa Siam yang bermaksud, “Oh, Padang”. Disana baginda dikenali sebagai Maha Dammayaza dari bahasa Arab yang bermaksud ‘raja dari berlainan darah’. Toung Oo adalah sebahagian daripada Empayar Monggol ketika itu dan diperentah oleh Maharaja benua Islam Siam. Sila lihat peta "Empire of the Great Monggol" tahun 1744 dibawah.
Berikutan kemangkatan ayahanda baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah dalam tahun 1758, Kerajaan Toung Oo telah diserang oleh Alaungphaya dari puak Sukuthai. Barangkali sebagai seorang raja yang muda dan tidak berpengalaman ketika itu, kerajaan Toung Oo tewas dan baginda bersama pengikutnya kembali ke Ayuthia di negeri Siam. Ayuthia pada ketika itu diperintah oleh Timbalan Yang Di Pertuan Agong bergelar Uthompon atau Sultan Muzaffar Syah ibni Sultan Ismail Jambu Patani. Dalam tahun 1765 Khalifah Sharif mengambil aleh tampok pemerentahan Ayuthia dan bergelar Suriyamarin, Boromoraja Ekathaat V.
Peralehan kuasa mungkin kerana Uthompon Sultan Muzaffar Syah memerentah dari Patani sedangkan musuh sudah semakin rapat dengan Ayuthia atau mungkin tempoh menjadi Timbalan Yang di Pertuan Agong sudah tamat. Ini kita tidak dapat pastikan. Namun begitu Hikayat Patani ada menyebut hubungan antara Patani dengan Kerajaan Ayuthia yang mana Sultan Mudzafar Shah sebagai berkata, "Apa bicara kita hendak pergi ke Ayuthia dan Peracau (Cau Pija, maksudnya maharaja) pun tak orang lain pada kita daripada sebuah negeri baiklah dua". Maka sembah segala menteri, "Daulat Tuanku, Sebenarnya seperti titah Duli Tuanku Yang Maha Mulia itu supaya bertambah kebesaran Duli Syah Alam termasyhurlah segala negeri yang jauh.’ (Teeuw & Wyatt 1970, 155).
Dalam konteks diatas mengikut kefahaman saya, yang dimaksudkan Cau Phija dan Duli Syah Alam ialah Sultan Mahmud Syah yang merupakan adik ipar Sultan Muzaffar Syah. Sultan Mahmud berkahwin dengan Puteri Nang Kemuning adinda Sultan Muzaffar. Jika tahun diganjak ia mungkin juga Khalifah Sharif Abu bakar Syah (cucu Sultan mahmud) sementara Duli Tuanku Yang Maha Mulia ialah Uthompon Sultan Muzaffar Syah. Uthompon ialah bahasa Arab yang asalnya iala Qutubul. Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Syah berkahwin dengan Tengku Marin, puteri kepada Sultan Langkat. Paduka Seri Sultan Langkat pada ketika itu bernama Sultan Bendahara Raja Badi uz-Zaman ibni al-Marhum Raja Kahar. Maksud tak orang lain kepada kita ialah Uthompon Sultan Muzaffar Syah adalah datuk saudara Khalifah Sharif dan ayah saudara Sultan Muhiyuddin Mansur Syah.
Bonda Sultan Muhiyuddin Mansur Syah ibni Sultan Mahmud Syah ialah Tengku Siti Nur Aisyah Nang Kemuning merupakan adinda Sultan Muzaffar Syah ibni Sultan Ismail Jammu Patani. Anakanda Sultan Muzaffar Syah seorang sahaja dan dikenali dengan nama Sultan Patih Siam Jammu Patani. Anakanda Sultan Patih Siam pula ialah Sultan Salehuddin, seterusnya Sultan Zainal Abidin dan seterusnya Sultan Idris dan permaisurinya puteri Majapahit. Hanya seorang sahaja anakanda baginda berdua iaitu Raden Megat Tam Tunggal yang dibunuh dalam tahun musuh bisik 1821 dan makamnya berada di Tnjong Inggeris, Langgar.
Baginda Tok Pasai atau Sultan Bendahara Raja Badi uz-Zaman ibni al-Marhum Raja Kahar telah datang menghadiri majlis perkahwinan di raja di Kota Kuala Kedah dalam tahun musuh bisik 1821 dan telah syahid di lautan Kuala Kedah. Kapal yang di naikki baginda telah tenggelam di bedil di Kuala Kedah, dan mayat baginda timbul semula sejurus kemudian lalu dikebumikan oleh pengikut baginda di Kuala Kedah. Makam inilah yang mana hari ini dikenali sebagai Makam Tok Pasai. Disekeliling makam ini terdapat kubur-kubur mereka yang syahid namun telah di musnahkan oleh pihak tertentu. Cubaan pihak berkuasa tempatan dimasa lalu untuk mengubah makam Tok Pasai menemui jalan buntu, mungkin sebagai khazanah peninggalan untuk kita tatapi pada hari ini. Catatan salasilah Langkat yang saya ringkaskan adalah seperti berikut,
17xx - 1821 Y.A.M. Sultan Bendahara Raja Badi uz-Zaman ibni al-Marhum Raja Kahar, Raja of Langkat. He had issue four sons:
•1) Y.A.M. Raja Hitam ibni al-Marhum Sultan Bendahara Raja Badi uz-Zaman [Kejeruan Tua], Raja of Langkat.
•2) Y.M. Raja Wan Jabar. Wakil of Selesai.
•3) Y.M. Raja Shahdan. Wakil of Pungai.
•4) Y.M. Raja Indra Bongsu. Wakil of Kota Dalam. several wives,
•5) Y.M. Tengku Marin, a daughter
•6) Y.M. Tengku Pandei, of Kejuruan Tindal,a daughter.
Mengikut catatan Tunku Nai Long Kasim dan Tuanku Nai Long Jaafar, makam Tunku Marin permaisuri kepada Khalifah Sharif ini yang terletak di Kedah dikenali sebagai Keramat Tok Jame (lihat gambar).Baginda turut terbunuh di istana Kota Meang Kuang dalam tahun musuh bisik 1821.
3 comments:
salam saudara,
ini 1st tme saya membaca apa yang saudara tulis di blog ini.maaf,saya x pnh baca sejarh yg mcm ni.adakh bnr..
Mengikut penyelidikkan yang saya jalankan TERBUKTI kebenarannya. BUKTI bertulis terdapat dalam buku Undang-Undang Kedah. Sila rujuk dalam buku tersebut terutama sekali berkenaan tarikh-tarikh yang disebutkan. Tarikh ini tidak sama dengan sejarah yang kita pelajari. Contohnya, sila baca artikel saya berkenaan Mohor Sultan Mahmud Syah Melaka yang di jumpai di Riau. Buku ini asalnya bertulisan jawi dan di translitersi ke teks rumi oleh Maryam Salim, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jika Sdr masih aktif sejak June 2007 -
Jika maalomat yang Sdr keluarkan itu kesemuanya benar dan disahkan kesahihan punca-puncanya, boleh menarik perhatian pihak berkenaan.
Saya pun minat melihat supaya orang-orang Melayu di selatan Siam sekurang-kurangnya autonomous.
Mungkin Sdr mahu menghubungi The Historical Society of Malaysia (ada ditelephone directory) yang saya tahu sentiasa minat dalam segala bahan-bahan sejarah, atau Professor M.A Fauzi Basri (masih diUUM?) bagi pengesahan kesahihan maalumat maalumat yang Sdr keluarkan itu.
Post a Comment