Sunday, June 10, 2007

AL TARIKH YANG SALAH II

Oleh anaianai

Gelaran Paduka Raja pula masih digunapakai oleh sultan-sultan di negeri-negeri di Semenanjong Malaysia. Ini bermakna ada lagi ‘supreme power’ diatas mereka yang mana memberi titah untuk dijalankan sesuatu perentah tersebut. Kuasa yang lebih besar itu membawa gelaran Syah Alam Yang Maha Mulia atau Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia, dua gelaran yang tidak lagi diguna pakai dalam adat istiadat raja-raja hari ini. Dalam perkataan lain jawatan Yang di Pertuan Agong sudah ada ketika itu jauh sebelum penubuhan Malaysia yang menggunakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong. Saya terfikir kenapa setelah kita merdeka kita tidak kembali kepada konsep Syah Alam Yang Maha Mulia. Mungkin kita tidak tahu ketika itu sebab kita tidak mempunyai Undang Undang Kedah. Akan tetapi sekiranya kita tidak tahu, bagaimana pula kita memperkenalkan jawatan Yang Di Pertuan Agong, secara bergilir-gilir. Yang pasti ada pihak yang tahu tetapi menyembunyikan maklumat itu.

Sebelum ini sejarah kita diceritakan tanpa berlatarbelakangkan kewujudan Syah Alam Yang Maha Mulia. Kita menyangka mana-mana sultan mempunyai kuasa mutlak, rupa-ripanya mereka hanyalah merupakan raja daerah sahaja. Sejarah harus ditulis semula dalam konteks kewujudan Maharaja ini sepertimana Maharaja Jepun, Thailand dan England hari ini. Dalam sejarah yang kita pelajari hari ini, orang-orang siam dikatakan sebagai jahat dan sering menyerang Melaka, padahal Melaka adalah jajahan mereka. Acheh pula menyerang Perak, tetapi kita tidak tahu serangan itu adalah dengan titah Maharaja Benua Islam Siam yang memerentah di Ayuthia kerana Raja Chulan Perak berhutang dengan Raja Acheh.

Bukti seterusnya pula berkisar diatas sebuah makam bersejarah di Langgar dimana tertulis perkataan Sheikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah bertarikh 291 hijrah bersamaan tahun 904 masihi. Tarikh ini mempunyai perbezaan 235 tahun dari tarikh 1139 masihi. Gelaran ibni dan Syah pula hanya digunakan oleh golongan bangsawan ketika itu dan juga hari ini. Penghuraian oleh sesetengah pihak bahawa nama ini hanya digunakan oleh seorang pendakwah agama islam dan mengajar sekolah pondok hanya menunjukkan skop pemikiran yang terlalu sempit, tidak ingin mendedahkan sesuatu penemuan baru dan berkepentingan.

Seperkara lagi, rekabentuk batu nesan ini yang sama dengan Batu Acheh disekitar kawasan tersebut memungkinkan kaitan mereka dengan golongan bangsawan. Dari segi rekabentuk pula, batu nesan Sheikh Abdul Kadir ini sama rekabentuknya dengan nesan Sultan Mad Zaffar Syah I di Kg Langgar Merbok Kedah. Sultan Mad Zaffar Syah I adalah nama Putera Merong Mahawangsa apabila membuka kota dan naik kerajaan. Pasti masyarakat terdahulu mempunyai kefahaman tersendiri tentang status orang yang dikebumikan dan simati bukanlah dari golongan kebanyakkan.

Perkataan Langgar sebagai tempat pemakam raja-raja Melayu juga mempunyai persamaan seperti di Kelantan, Perlis dan di Langgar II berhampiran Alor Setar dan Kg Langgar I di Merbok. Apakah maksud persamaan ini dalam ertikata perkataan langgar itu sendiri? Dalam bahasa siam (bukan bahasa thai), Langgar bermaksud putus dunia atau meninggalkan dunia. Pembaca mungkin bertanya kenapa saya menggunakan terjemahan bahasa siam. Bahasa ini merupakan ‘linguafranca’ di kepulauan melayu disuatu masa dahulu. Nama-nama tempat seperti Melaka bermaksud marilah niaga, melayu bermaksud marilah duduk sini, manila bermaksud marilah, begitu juga asia, nusantara, timor leste, australia, dili, riau, adalah bahasa siam Islam (bukan thai) dan mempunyai makna..

Jika sekiranya Melaka dikatakan tempat bermulanya agama islam bertapak, melalui pedagang-pedagang Parsi, hujah ni memang telah lama disangkal dengan penemuan Batu Bersurat dalam Sungai Tersat di Trengganu 1303 masihi. Tersat bermaksud tempat campak. Ini bukanlah penemuan terbaru memandangkan satu lagi Batu Bersurat telah di temui di Teluk Cik Munah, Pahang bertarikh 1303 masihi. Pada masa yang sama rekabentuk Batu Bersurat Trengganu ini mempunyai persamaan dengan batu nisan Fatimah Bt. Maimon yang bertarikh 1086 masihi yang di temui di Leran, Jawa Timur dengan batu nisan di Phan rany, Champa Selatan bertarikh 1039 & 1035 masihi. Batu Bersurat Trengganu ada menyebut mengenai seorang raja yang memerentah ketika itu bernama Raja Mandalika,

Catatan pada muka 1 Batu Bersurat Trengganu adalah seperti berikut,

1 Rasul Allah dengan yang orang sahabi mereka sekelian
2 ada pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan agama Islam
3 dengan benar bicara darma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
4 di benuaku ini penentu agama Rasul Allah salla'llahu alahi wasallama
5 Raja mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
6 bhumi. Pembantu itu fardlu pada sekalian Raja mandalika
7 Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar
8 bicara berbajiki benua penentua itu maka titah Seri Paduka
9 Tuhan mendudukkan tamra ini di benua Terengganu adi pertama ada
10 Jum`at di bulan Rejab di tahun sarathan di sasanakala
11 Baginda Rasul Allah telah lalu tujuh ratus dua.

Dalam pengkajian saya Raja Mandalika ialah Sultan Mad Zaffar Syah III ibni Sultan Muhammad Syah II. Ayahanda baginda mula dikenali apabila sebiji tembikar mengandungi wang mas dijumpai di Pulau Langkawi. Pada permukaan duit syiling emas itu tertera “Muhammad Syah, Al Sultan Al Qadah”. Raja Mandalika adalah gelaran baginda sebelum menaikki kerajaan sebagai Maharaja Benua Islam Siam. M.Junus Djamil mengatakan bahawa Sultan Muhammad Syah ialah Sultan Negeri Melaka yang pertama. Ini bermakna jajahan Negara Kedah telah meluas hingga ke seluruh semenanjong, termasuk Acheh seperti yang disebut dalam Undang-Undang Kedah.

Ayahanda kepada Raja Mandalika, Sultan Muhammad Syah yang Adil, telah meletakkan asas perkembangan Islam di semenanjong meliputi Kelantan, Trengganu dan Pahang. Baginda sering berlayar ke Timur Tengah untuk mengerjakan ibadah Haji dan telah berkahwin dengan Puteri Raja Parsi. Raja Mandalika atau Sultan Mad Zaffar Syah III telah mendalami ajaran agama Islam di Parsi. Sekembalinya dari sana dia telah menjadi pendakwah agama bergelar Raja Mandalika (belum lagi sultan).

Baginda telah berkahwin dengan puteri Maharaja China Yuan dari keturunan Genghiz Khan dan telah membina sebuah masjid di Mandalay bersempena nama baginda. Maharaja Yuan telah membahagikan kawsan orang-orang Siam Islam dan orang-orang Buddha di Ayuthia dan baginda ditabal menjadi Maharaja Benua Islam Ayuthia Nagara Kedah bergelar Rama Tibodi I. Tulisan di ‘benuaku ini’ pada Batu Bersurat Trengganu bermaksud Benua Islam Siam Nagara Kedah yang mana pada ketika itu sudah mula berkembang bersama-sama syiar dan dakwah Islamiyah.

No comments: