Oleh anaianai
Setelah penjajah thai membunuh Sultan Jaafar Mad Azm Syah dalam tahun 1876 di Gurun Kedah, mereka pun menjalankan rancangan jahat mereka untuk menutup bukti keislaman dan kewujudan Maharaja Benua Islam Siam dalam sejarah bangsa Melayu.Langkah mereka yang pertama ialah melantik menantu mereka Sultan Abdul Hamid Halim Syah untuk menjadi Sultan Kedah. Terdahulu, Mak Cik Manjalara dari keturunan Raja Thai, Chula Luang Khun telah dikahwinkan dengan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid. Langkah ini adalah untuk memudahkan mereka bergerak dalam negeri Kedah dengan laluan yang cepat tanpa larangan dan bantahan sesiapa pun.
Paduka Seri Sultan Abdul Hamid pun membina sebuah Wat Thai untuk permaisurinya yang beragama Buddha di Bakar Bata, belakang Muzium Negeri Kedah. Penyerahan Kedah kepada Inggeris hanya berlaku dalam tahun 1909. Dalam tempoh masa tersebut Paduka Seri Sultan Abdul Hamid menjadi ajen penjajah Inggeris dan Thai. Tempoh selama 33 tahun ini digunakan dengan sebaik-baiknya oleh penjajah Thai untuk memusnahkan 18 buah istana tinggalan Maharaja Benua Siam Islam Nagara Kedah. Segala isi istana, manuskrip tulisan jawi, perabot dan peralatan istana, bunga mas di angkut dengan gajah balik ke Bangkok. Apabila mereka merampas bunga mas ini dahulu, kita hari ini pun berpendapat bunga mas ini dulunya dihantar kepada mereka di Bangkok, walhal ia dihantar kepada Raja Siam Islam (bukan Raja Thai) yang bersemayam di negeri Kedah(selepas 1767, sebelum itu ke Ayuthia Islam).
Di sini saya senaraikan 18 istana yang dimusnahkan oleh mereka dalam tempoh 33 tahun mereka menjajah Kedah iaitu,
1 Istana Alor Raja milik Sultan Sheikh Abdul Kadir ibni Hussein Shah Alirah di Mukim Langgar Kedah. Mangkat tahun 904 masihi.
2 Istana Sayyidina Ali Wa Maulana Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir di Kota Sarang Semut, Alor Setar Kedah. Menulis Undang Undang Kedah tahun 812 masihi/222 Hijrah.
3 Istana Pagar Air, milik Sultan hussein Shah Alirah di Mukim Limbong Kedah.
4 Istana Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir atau Podiset di Pinang Tunggal, Kulim Kedah.
5 Istana Kota Sarjana di Alor Ganu milik Sultan Muhammad Syah yang Adil.
6 Istana Kota Naga milik Sultan Rijaluddin Muhammad Syah @ Rama Tibodi II (gelaran di Ayuthia) @ Parameswara (gelaran di Melaka) yang terletak di Jenan, daerah Kubang Pasu.
7 Istana Kota Seputih milik Tunku Nur Aisyah (anakanda Sultan Rijaluddin) @ Aisyah Begum (gelaran di India), Mahin Inta Tiral (gelaran di Ayuthia) yang berkahwin dengan Zahiruddin Mohammad Bahadur Syah, Raja Monggol India.
8 Istana di Ulu Melaka, Pulau Langkawi milik Khun Woran Wangsa, Sultan Yaacob Raja Jalil Putera.
9 Istana Bendang Raja milik Sultan Mud Zaffar Syah III @ Po Chan (gelaran di Kemboja Cempaka Sari semasa menjadi Raja Kemboja).
10 Istana Kota Burha di Kampong Raja Che long dalam mukim Padang kerbau, Kedah.
11 Istana Tanjong Puteri di Kuala Ketil Kedah.
12 Istana Thong Bru Krut milik Nai Lang @ Syed Alang Alauddin di Kampung Tualang Kedah.
13 Istana Kota Palas milik Sultan Muhiyuddin Mansor Syah, Cau Phija Si Tammarat II, suami kepada Puteri Hang Li Po.
14 Istana Kota Serjana milik Sultan Muhammad SyahYang Adil.
15 Istana Kota Meang Kuang di Banai, Bandar Darul Aman milik Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Boromoraja V, Kaha Ekataat.
16 Istana Kota Kuala Ruman di Sik Kedah milik Raden Megat Tam Tunggal ibni Sultan Idris Jamu Patani.
17 Istana Kota O di Kg Pelantik milik Sultan Idris Jammu Patani
18 Istana Kota Bukit di Jeniang Kedah milik Sultan Jaafar Mad Azam Syah.
Begitulah jahatnya penjajah Thai ketika itu. Mereka telah mengambil peradaban dan ketamadunan kita dan kemudian mengaku bahawa mereka lah orang-orang Siam padahal mereka adalah orang-orang Thai yang beragama Buddha. Keturunan mereka berasal dari Lannathai dan telah menawan Ayuthia Islam dalam tahun 1767 terdahulu. Raja-raja mereka hanya bermula dari zaman Chakri Rama I, selepas Ayuthia ditawan. Untuk menampung kekosongan salasilah raja mereka, mereka telah bertindak mengambil salasilah raja-raja Siam Islam yang bermula dari Sultan Mad Zaffar Syah III @ Rama Tibodi I (tahun 1300 masihi) sebagai permulaan keturunan raja-raja mereka.
Pada hal dari Ayuthia Islam inilah datangnya Kesultanan Melaka, Acheh, Langkasuka, Toung O dan Kemboja. Orang-orang Siam semenjak zaman dahulu dan juga hari ini beragama Islam dan kita sebagai orang-orang Melayu pada hari ini adalah pewaris kepada bangsa Siam yang beragama Islam itu.Sempena menyambut 50 tahun merdeka pada tahun 2007 ini, marilah kita sama-sama memperjuangkan kembali hak kita yang telah dirampas itu melalui forum, diskusi, penulisan dan siasatan semula sejarah demi keutuhan bangsa Melayu.
5 comments:
salam utk. tuan,
saya baru jugak mengikuti penulisan dlm blog ini.
Tahniah saya ucapkan kerana maklumat yg diberikan utk tatapan umum ini sangat berguna. Banyak benda yg baru saya tahu tentang sejarah melayu kita.
Bolehkah tuan dapatkan maklumat mengenai Lagenda Mahsuri? adakah benar sejarah tersebut?
Teruskan penulisan saudara dan syabas saya ucapkan
Tahniah dengan usaha tuan menkaji sejarah sebenar bangsa melayu yang sememangnya berasal dari siam. Tujuan saya menulis ruangan ini untuk pihak tuan mengkaji asal usul Panglima Wan Ibrahim Mekong yang dikatakan lari ke daerah Sik daripada di bunuh oleh tentera Thai.Di fahamkan ia memepunyai kaitan sejarah dengan Kerajaan benua islam.
Terima kasih azriey dan alwi. Cadangan tuan akan dipertimbangkan dalam perbincangan kami yang akan datang.
salam, boleh saya tahu siapa Sultan Idris Jammu Patani?.
Pernah dengar tentang Puteri Bongsu yg hilang dalam jamban, apabila dikejar oleh tentera thai? Boleh saya tahu lebih lanjut tentang keluarganya.?
Terima kasih banyak2...wassalam
Sultan Idris Jammu Patani adalah cicit Sultan Ismail.
Ringkasnya begini, Sultan Ismail(Phija Tuk Nakpa)>>Sultan Madzaffar Syah>>Pak Tih Siam>>Sultan Idris.
Post a Comment