Satu artikel yang saya kira menarik kita renungkan.Ulasan saya dalam bentuk italic. Saya sertakan juga URLnya
http://ujid.tripod.com/history/kedah-tua.html
KEDAH NEGERI TERTUA DI MALAYSIA
Bukti sejarah menunjukkan Kedah sebagai negeri tertua di negara ini. Ia telah berkembang seawal-awalnya abad ke-13, dan bersama-sama dengan Patani diidam-idamkan oleh Siam. Ia juga sebuah pusat Islam dan sebuah pelabuhan dakwah bagi pedagang Arab dan Parsi.
Dato Sir Roland Braddell menyatakan dalam tulisannya yang terkenal, "Most Ancient Kedah" bahawa Kedah mempunyai dakwaan yang betul dan tidak boleh dicabar yang ia merupakan negeri tertua dalam Persekutuan Malaya (sekarang Malaysia). Ini akan memerlukan sebuah buku untuk membincangkan dengan lengkap semua bukti atas dakwaan ini.
Kedah di sepanjang abad ke-13 adalah sebuah negeri yang berdaulat dan mempunyai pelabuhannya yang terkenal di Sungai Bujang (di Merbok, Kedah). Ahli-ahli sejarah tidak dapat mengesan dalam satu cara yang memuaskan tentang sejarah Kedah dan hubungannya dengan jiran-jirannya yakni Siam (sekarang Thailand) dan Patani (bekas Kesultanan Melayu Patani: pada tahun 1791 Patani ditakluki oleh Siam dan namanya ditukar kepada Changwat Pattani).
Seperti Sungai Bujang yang memberikan kepada Kedah kemasyhuran purbanya sebagai pelabuhan di Lautan Hindi, demikian juga Sungai Patani (dengan kualanya seluas sebuah teluk dan dalam pula) di Laut China Selatan. Bahagian atasnya menjangkau Sungai Patani berhampiran dengan Empangan Muda. (Sungai Patani adalah satu jalan perdagangan purba dari Patani di pantai timur hingga ke Sungai Bujang di pantai barat. Jalan ini dikenali sebagai penarekan").
(Di Sungai Petani terdapat banyak tempat yang bermula dengan Sungai antaranya, Sungai Tukang, dulunya tempat memperbaiki kapal, Sungai Layar, Sungai Lalang, Kuala Ketil, Kuala Muda dll. Di zaman dahulu kapal layar boleh melintas kelaut China Selatan dari Sungai-sungai di Kedah tanpa perlu belayar turun ke Singapura. Hari ini dengan terbinanya Empangan Muda, Empangan Pedu dan jambatan yang rendah, laluan ini tidak boleh digunakan lagi).
Jalan ini kemudian dilupakan apabila jalan laluan darat dari Kedah ke Singora (Songkla) dibina. Tetapi di sepanjang abad ke-14, sejarah Kedah dibayangi oleh Siam yang mula mengumpulkan kuasa dan kekuatan politik dan meluaskan kerajaannya. Siam menganggap Kedah dan Patani sebagai naungannya (vassal).
(Ini sudah pasti ada kebenarannya mengikut kajian yang sedang saya jalankan)
Sepanjang abad ke-15, Kedah dan Patani dianggap pusat Islam di kawasan ini dan tempat dakwah bagi orang Arab dan Parsi. Mereka datang berdagang dan mengajar serta menyebarkan Islam. Di sepanjang masa ini Kedah adalah sebuah negeri yang luas yang menjangkau dari selatan lembangan Sungai Trang di utara hingga ke lembangan Sungai Kurau (dahulu Perak adalah sebahagian dari Kedah) di selatan. Chenak (Chana) juga adalah sebahagian daripada Kedah. Sungai Thepa menandakan sempadan Kedah dan Patani.
Sumber maklumat ini ialah Perjanjian Keamanan dan Persahabatan (the Treaty of Peace and Friendship) yang ditandatangani pada 1 Mei 1791 oleh Tunku Sheriff Mohamad, Tunku Alang Ibrahim dan Dato Penggawa Telibone. Dengan melihat peta, Pulau Telibong (sekarang dieja dengan betul sebagai Telibon) adalah bertentangan dengan Trang.
(Nama Tunku Sheriff Mohamad dan Tunku Alang Ibrahim ini tidak ada salasilahnya. Mungkin kah mereka Sultan Khalifah Sharif dan Syed Alang Alauddin yang mana nama-nama mereka telah digunakan. Nama-nama ini juga muncul dalam Sejarah Kedah Sepintas lalu oleh Haji Ibrahim Ismail sebagai wakil Yang di Pertuan Yang Maha Mulia Sultan Kedah. Ini bukan gelaran Sultan Kedah, tetapi gelaran Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah, Sultan Khalifah Sharif).
Pada pertengahan abad ke-18, Britain dan Perancis telah meluaskan sfera pengaruh mereka di Asia Tenggara. Kapten Francis Light bagi pihak Syarikat Hindia Timur (the East India Company) mendapat pelepasan Pulau Pinang daripada Sultan Kedah (Raja Pulau Pinang, bukan Sultan Kedah) pada 1786.
Pada 14 tahun kemudian George Leith berunding untuk mendapatkan pelepasan sejaluran wilayah yang bertentangan dengan Pulau Pinang yang dikenali sebagai Province Wellesley. Demikian dimasukkan dalam Perjanjian Keamanan, Persahabatan dan Perikatan pada 1800. Syarikat Hindia Timur membayar sewa tahunan $10,000 ($6,000 untuk Pulau Pinang dan $4,000 untuk Province Wellesley).
Siam (Khalifah Sharif,Maharaja Benua Islam Siam) menuntut kekuasaannya (suzerianty) ke atas Kedah tetapi Sultan (Raja Pulau Pinang) enggan mengakuinya. Seorang Inggeris menyatakan, "Adalah tidak nampak sama ada melalui tulisan atau tradisi yang Kedah diperintah oleh undang-undang atau adat Siam.". (Kenyataan ini bercanggah dengan Undang Undang kedah yang dirampas oleh mereka di Kota Beruas)
(Dalam tahun 1767, Sukhothai Buddha telah menyerang dan menawan Ayuthia Islam. Maharaja benua Islam Siam Ayuthia terakhir, Sultan Khalifah Sharif telah pulang ke Kedah dan mendirikan Istana di Kota Meang Kuang bermaksud, kota negara luas, lubuk lagi di kenang).
Pada 1821, Siam (thai) menjajah Kedah tetapi Inggeris menolak untuk membantu Kedah walaupun pada hakikatnya mereka terikat untuk berbuat demikian oleh kerana mereka telah membuat perjanjian dengan Sultan Kedah. Siam menduduki Kedah sehingga 1841.
Di sepanjang jangka masa ini dua perang utama untuk menghalang pendudukan Siam telah dilakukan: pada 1831 oleh Tunku Kudin (nama sebenarnya ialah Syed Zainal Abidin) dan pada 1839 oleh Tunku Mohammad Saad.
(Tunku Kudin adalah Perdana Menteri Nagara Kedah)
Tunku Mohammad Saad telah mengusir Siam (Thai) keluar dari Kedah melepasi Singora (Songkhla). Tentera baginda juga menduduki Patani. Orang Eropah (bukan orang Inggeris) yang berkedudukan tinggi (gentry) di Pulau Pinang menolong baginda dengan menyediakan senjata dan bekalan.
Kerajaan Negeri Selat memberi bantuan kepada Siam dan Siam memperolehi semula Kedah. (memberi bantuan kepada thai, bukan kepada siam islam)Selepas ini Kerajaan Negeri Selat berunding dengan Siam untuk pemulihan (restoration) Kedah kepada Sultan (Raja, bukan Sultan) yang kemudian disingkirkan ke Melaka di bawah Perjanjian Burney 1826. Burney mempunyai sikap yang negatif terhadap Kedah.
(Captain Burney memang benci dengan orang-orang siam islam dari Kedah. Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah takut kepada Syed Alang Alauddin kerana bersubahat dengan thai dalam pembunuhan musuh bisik 1821 lalu melarikan diri ke melaka dengan perlindungan Inggeris).
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II dipulihkan takhtanya pada Jun 1842 dan mangkat pada 1 Januari 1845.(Dia kembali ke Kedah dan dikurangkan kekuasaannya oleh Syed Alang Alauddin, Maharaja Benua Islam Nagara Kedah ketika itu dan menjadi Raja Kota Kuala Muda)
Catatan saya,
Raja-raja ketika itu tidak boleh dipanggil Sultan kerana mereka hanyalah Paduka Seri Sultan, Raja Daerah. Sebagai contoh nya jika Tengku Abdullah menjadi Raja Kota Setar, dia bukan Sultan Kedah tetapi Paduka Seri Sultan Abdullah, Raja Kota Setar,bukan Sultan Kota Setar dan bukannya Sultan Kedah. Nama Sultan bagi jajahan tidak ada, cuma gelaran raja untuk jajahan/daerah. Seperkara lagi penulisan sejarah Makaysia hari ini selalunya beranggapan negeri-negeri di Malaysia hari ini sudah ada di zaman dahulu. Lalu mereka menulis seolah-oleh Sultan negeri-negeri yang ada pada hari ini adalah waris kepada Sultan terdahulu. Ini tidak benar kerana dalam Undang Undang Kedah terdapat dua gelaran yang digunapakai untuk Maharaja Benua Islam iaitu,
a) Shah Alam Yang Maha Mulia
b) Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia
Raja-raja daerah membawa kepada Sultan-sultan yang ada dinegeri-negeri di Malaysia hari ini, hanya menggunakan gelaran Paduka Seri Sultan.
Rujukan
1)Maryam Salim, ‘Undang Undang Kedah’, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.
2)Haji Ibrahim Ismail,'Sejarah Kedah Sepintas Lalu', Universiti Utara Malaysia,1987
3)Joginder Singh, ‘Malaya in World History’, Peninsular Publications, 1963.
4)Tuanku Nai Long Kasim ibni Nai Long Ahmad, ‘Epigrafi Islam’, 2005
5)Joginder Singh, ‘Tawarikh Tanah Melayu’, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975
No comments:
Post a Comment