Wednesday, June 13, 2007

RAJA PATANI BERGELAR UTHOMPON

Oleh anaianai

Saya telah menyebut dalam artikel saya terdahulu mengenai gelaran Syah Alam Yang Maha Mulia hanya khusus digunakan oleh Maharaja yang memerentah Benua Islam Siam. Begitu juga perkataan ‘titah’ hanya khusus untuk penggunaan mereka sahaja seperti yang tercatat dalam Undang Undang Kedah. Jawatan Maharaja Benua Islam Siam ini digilir-gilirkan seperti jawatan Yang Di pertuan Agong di Malaysia hari ini, dengan warisnya kekal di tampuk pemerentahan utama. Dari sinilah datangnya idea untuk mengilirkan jawatan Yang Di Pertuan Agong oleh penggubal perlembagaan Malaysia dahulu. Bezanya, cuma hari ini kita dah jadi terlebih pandai, waris mutlak Maharaja Benua Islam Siam kita ketepikan terus, menjadi rakyat biasa.

Hikayat Patani ada menyebut hubungan antara Patani dengan Ayuthia yang menyebut Sultan Mudzafar Shah sebagai berkata,

"Apa bicara kita hendak pergi ke Ayuthia dan Peracau (Phra Cau Pija, gelaran raja Ayuthia) pun tak orang lain pada kita daripada sebuah negeri baiklah dua". Maka sembah segala menteri, "Daulat Tuanku, Sebenarnya seperti titah Duli Tuanku Yang Maha Mulia itu supaya bertambah kebesaran Duli Syah Alam termasyhurlah segala negeri yang jauh.’ (Teeuw & Wyatt 1970, 155).

Phra cau Pija Kersan ialah gelaran yang digunakan oleh Maharaja Siam sementara Phra Cau Phraya (seperti Menam Cau Phraya) ialah gelaran Raja Thai. Ketika itu waris Maharaja Siam ialah Boromokot, Sultan Muhiyuddin Mansur Syah bersemayam di Kota Palas Langkawi. Ketika memerentah dari tahun 1758-1765 baginda Sultan Mudzafar Shah bergelar Uthompon. Perkataan ini asalnya adalah Bahasa Arab iaitu Qutulubul. Saya tidak pasti samada baginda memerentah di Ayuthia atau dari Patani, akan tetapi baginda mangkat di Ayuthia.

Ayahanda baginda Sultan Ismail berasal dari Jammu Kashmir, India dan merupakan anak saudara kepada Maharaja Monggol India, Zahiruddin Babur Syah (Maha Tammaraja). Sultan Ismail telah dikahwinkan dengan Nang Che Yam (anak saudara Bayyinaung @ Mahin Inta Tiral Tunku Nur Aisyah) Perlu diingatkan Sultan Zahiruddin Bahadur Syah telah berkahwin dengan @ Mahin Inta Tiral Tunku Nur Aisyah terdahulu dari itu. Jadi, kiranya anak saudara kedua-dua mereka telah dijodohkan. Dari Perkahwinan ini mereka memperolehi 2 orang putera dan seorang puteri iaitu,

1)Sultan Muzaffar Syah, Raja Patani
2)Puteri Saadon, Nang Kemuning (dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Syah Melaka, Khalifatullah Akhirul Zaman, (bukannya Sultan Mahmud raja daerah)
3)Sultan Mansor Syah, Raja Pahang(bergelar Hang Lekir di Melaka).

Ketiga-tiga beradik inilah yang dimaksudkan dalam lagu rakyat,"Oh wa bule..terajau tigo". Dalam Hikayat Patani pula dikatakan baginda Sultan Ismail bernama Phaya Tu Nakpa sebelum memelok agama Islam adalah cerita rakyat untuk menarik perhatian dan sebagai satu penulisan dakwah Islamiyah sahaja. Sebenarnya baginda sudah pun beragama Islam ketika datang dari Jammu Kashmir untuk berjumpa dengan tunangnya, Puteri Nang Che Yam. Baginda membawa bersama banyak hadiah-hadiah dari India berupa kain-kain, jubah bersulam, pakaian, permaidani, gading gajah dll. Phaya Tuk Nak Pa ialah bahasa Siam Islam bermaksud, Raja tunda berat bawa. Apabila di persembahkan kepada Puteri Nang Che Yam untuk membuat pilihan, puteri pun berkata, “Pha ta ni” bermaksud, "kain corak ni". (seperti di wasiatkan kepada Tunku Nai Long Kasim).

Tempat baginda digantikan oleh Sultan Khalifah Sharif Abu bakar Syah ibni Sultan Muhiyuddin Mansur Syah dalam tahun 1765. Sultan Khalifah Sharif Abu bakar Syah kembali dari menjadi raja di Toung Oo, Burma setelah baginda diserang oleh puak Sukhothai (diketuai oleh Alaungphaya) dalam tahun 1758 berikutan kemangkatan Sultan Muhiyuddin Mansur Syah dalam tahun yang sama. Di Toung Oo Khalifah Sharif dikenali sebagai Maha Dammaiyaza (bahasa Arab) bermaksud, raja dari berlainan darah. Seterusnya Alaungphaya menyerang dan menawan Ayuthia dalam tahun 1767 dan mereka mula menjalankan penyebaran jajahan dan penutupan bukti sejarah.

No comments: