Saturday, June 16, 2007

SEJARAH MELAKA SEPINTAS LALU I

Saya telah menyebut dalam artikel-artikel saya sebelum ini mengenai Sultan Muhammad Syah yang telah membuka Melaka. Walaupun Melaka tidak disebut dalam buku sejarah kita ketika itu, ini tidak bermakna ia tidak wujud. Mungkin ketika itu kewujudan Melaka hanyalah sebagai sebuah perkampungan nelayan, mungkin lebih daripada itu. Lagipun Kota Melaka bukannya terletak di A Farmosa kerana ia belum lagi dibina oleh orang-orang Portugis.

Sila rujuk artikel saya terdahulu disini,
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/05/siapakah-yang-membuka-melaka.html

Terdahulu dari itu Kota Melaka terletak di Bukit Tereh berhampiran dengan Muar. Ia dibina di zaman Podiset Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir. Tinggalan kota istana itu masih lagi ada sehingga hari ini. Jarak masa 400 tahun dan 8 orang raja memisahkan Podiset Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir dengan Sultan Muhammad Syah. Namun begitu perkataan siam seperti Mu ar bermaksud topi atau mahkota telah pun wujud dalam tempoh ini. Anakanda baginda Sultan Muhammad Syah iaitu Sultan Madzaffar Syah III telah membuka kerajaan baru di Ayuthia dan bergelar Rama Tibodi I bermaksud, kamu sebar/nasihat. Pemerentahan jajahan-jajahannya di Kedah, Melaka dan Acheh diserahkan kepada putera-puteranya untuk mentadbir bagi pihaknya. Putera sulong baginda, Tunku Nazreen menjadi Raja di Acheh dan bergelar Rame Suan di Ayuthia. Tunku Nazreen ini telah berkahwin dengan Ratu Iman Acheh yang mana dijumpai pada batu nesan bertulis dalam bahasa kawi bermaksud,

Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat,
tujuh ratus delapan puluh satu tahun,
bulan Zulhijjah empat belas hari, hari Jumaat
raja iman rahmat Allah bagi Baginda (warda)
dari keluarga Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai,
menarok di laut dan darat semesta (semua)
Ya Ilahi, ya Tuhanku semesta,
masuklah Baginda ke dalam syurga Tuhan.


(Harun Aminurrashid mengutip terjemahan yang diberikan oleh C. Hooykaas tentang Batu Nisan Minye Tujuh)

Putera kedua baginda Tunku Salehuddin menjadi Sultan di Siak bergelar Boromoraja I di Ayuthia. Gelaran Boromoraja I disebut Paramaraja I di Burma dan Parameswara di Melaka (1409-1424). Baginda lah yang disebut sebagai Parameswara yang membuka Melaka dalam tahun 1400, satu tarikh andaian pengkaji sejarah sahaja. Berhampiran dengan Perlak, di Beruas Gangga Negara (Perak) pula di perintah oleh anak saudara baginda, Sultan Mohammad Chan ibni Sultan Nazreen. Sultan Mohammad Chan di kenali sebagai Tok Temeng @ Tok Temong. Di Ayuthia Tunku Mohammad Chan di kenali dengan gelaran Thong Chan. Makam baginda masih ada hingga hari ini di Beruas bersama dengan Makam Sultan Mahmud Syah, ‘Kalifatullah Akhirul Zaman’.

Dalam tahun 1424, Sultan Mohammad Chan telah memerentahkan supaya anakanda baginda Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah, Boromoraja II pergi ke Melaka dan membuka lombong-lombong bijih di Lukud yang bermaksud, berlombong bijih. Baginda dengan pengikutnya yang terdiri dari orang-orang Beruas, Kedah dan Bugis pun berhijrah ke sana dan membina sebuah Kota di Lukud. Orang-orang Bugis adalah dari bangsa ‘Mesticos’ iaitu perkahwinan campur orang-orang Portugis dengan penduduk tempatan di Khalingga India.

Mengikut catatan Commander Diogo Dias, Laksamana Potugis yang mula-mula tiba di Madagascar (Ilha de Sao Lourenco) dalam tahun 1500, terkejut melihat tinggalan kota portugis yang mempunyai dua pintu dan sebuah menara dengan catatan bertulis “REX PORTUGALLENSIS’ . Tinggalan ini membuktikan terdapat orang Portugis yang datang jauh lebih awal dari mereka tetapi tidak dapat balik lalu menetap disitu. Beliau mencatatkan,

“….there were many Mestiços born from a mixed crossbreed between the shipwrecked people and the local inhabitants”.

Orang-orang Bugis atau Mesticos ini masih ada di Ayuthia dan disebut oleh Inggeris yang berkunjung ke Ayuthia dalam tahun 1855 seperti berikut,

“…..we found a major general, wearing gold and silver flowers on the side of his round hat, he being clad in a jacket of purple silk with gold ornaments, and telling us he spoke Portuguese, and was descended from Portuguese ancestry, but he had never left Siam. IIe says there are a thousand Portuguese settled in the country”.
Sir John Bowring Personal Journal, March 24 – April 25,1855


Orang-orang Siam pula memanggil mereka sebagai orang-orang Bugis yang bemaksud, puak Portugis. Kehadiran mereka bukan sahaja sebagai pengawal peribadi Maharaja Benua Islam Siam malah juga sebagai tentera Islam semenjak dibawah Kerajaan Monggol India. Kedatangan Portugis gelombang ke dua terkemudian, mereka bukan beragama Islam namun oleh kerana kewujudan bangsa Bugis atau dipanggil mereka ‘Mesticos’ ini yang bertutur bahasa Portugis, menyebabkan orang-orang portugis ini menjadi orang 'kafir Zinmmi', bermaksud orang-orang kafir yang baik, datang untuk berdagang. Konsep ini sememangnya disokong oleh Maharaja Benua Islam Siam ketika itu kerana Ayuthia pun mempunyai masyarakat majmuk dari berbilang agama dan bangsa.

No comments: