Thursday, June 14, 2007

SEKILAS PANDANG, HARTA ANAK YATIM

Uploadad by anaianai

Sejarah yang dibaca oleh tuan-tuan diblog ini, bukan sejarah Fantasi yang kita pelajari dari buku-buku teks sejarah peringkat sekolah dan universiti tetapi sejarah Realiti bangsa Melayu yang diwasiatkan secara terus, dikenali sebagai maklumat ‘primary’ bukan ‘secondary’ dalam penyelidikkan bertaraf akademik. Persamaan tetap ada, akan tetapi kefahaman perisian nya lain. Tuanku Nai Long Kasim boleh menceritakan satu persatu sejarah salasilah raja-raja yang ada di Malaysia hari ini kerana semasa remaja dia dipaksa menghafalnya oleh aruah ayah dan datuknya dahulu.

Kenapa ia diwasiatkan, kenapa tidak ditulis dimana-mana. Ia disebabkan maklumat dan penulisan yang ada telah habis dibakar penjajah termasuk yang hendak dibawa balik dalam kapal ‘Fame’ oleh Stamford Raffles dahulu. Ini hanya satu muslihat penjajah ketika itu untuk memusnahkan bukti bertulis Maharaja Benua Islam Sam Nagara Kedah. Dizaman penjajah dulu, sesiapa yang disyakki menyimpan maklumat-maklumat sebegini, pasti akan dihukum bunuh tanpa usul periksa lagi. Apatah lagi jika bertaraf waris mutlak, pasti akan dibunuh hingga ke anak cucu, walaupun masih didalam buaian. Bertanyalah dengan orang-orang tua di Kedah perihal kisah ini. Keturunan mereka hidup dalam ketakutan kerana pada bila-bila masa sahaja penjajah akan muncul didepan pintu rumah mereka untuk menyoal dan menyiasat. Oleh itu mereka membuang segala nama, pangkat dan darjat dan hidup seperti orang biasa.

Dalam waktu ini segala harta benda peninggalan Maharaja Benua Islam Siam dirampas, padahal kita bukannya berperang ketika itu. Harta-harta ini ada yang dijual diatas nama pembangunan oleh keluarga mereka yang berkuasa sekarang ini, termasuklah tanah-tanah didalam bandar dan sawah padi di kampong-kampong. Antara tahun 1862 – 1876, Sultan Jaafar Mud Azam Syah mengamanahkan tanah-tanah miliknya kepada Tengku Kudin, Perdana Menteri Kedah. Setelah baginda dibunuh oleh penjajah, tanah-tanah ini tidak berani dituntut oleh waris mutlak kerana sewaktu itu Paduka Seri Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan Kedah kerana jika dituntut,pasti waris dan pasti maut akan menanti si penuntut itu tadi. Selepas kematian Tunku Kudin di Pulau Pinang, tanah-tanah ini menjadi milik mereka yang tidak sepatutnya menerimanya. Tunku Kudin hanya diamanahkan sahaja oleh Almarhum Sultan Jaafar Mud Azam Syah. Jelas hukumnya memakan harta anak-anak yatim, disisi agama Islam ialah, Haram.

Forum mengenai isu sejarah Kedah telah diadakan di Alor Setar pada bulan September 2006 anjuran Persatuan Sejarah negeri Kedah bertajuk ‘Sejarah Realiti Negeri Kedah’. Ahli panelnya terdiri dari Datuk Adi Taha, Ketua Pengarah Muzium dan Antiquiti, Prof Datuk Dr. Siti Hawa Salleh dan Tuanku Nai Long Kasim selaku waris mutlak, Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah. Ia di pengerusikan oleh Prof Dr Osman Md. Desa.

Semasa forum tersebut, TNL Kasim dengan buku Undang Undang Kedah di tangan mengesahkan apa yang diwasiatkan oleh keturunannya beliau itu benar. Terdahulu, beliau berkata belaiu tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada bukti bertulis. Prof Datuk Dr Siti Hawa Salleh berkata bahawa beliau bersedia menerima bukti-bukti baru bagi memperbetulkan sejarah bangsa. Datuk Adi Taha pada mulanya agak keberatan sebab beliau berasaskan kepada fakta. Semasa itu beliau belum melihat buku Undang Undang Kedah lagi secara terperinchi. Semasa panel lain bercakap barulah beliau meneliti dan nada dia bercakap pun mula berubah. Prof Dr Osman Md Desa, sebagai pengerusi saya kira cukup cekap sebab dia boleh memberi tahu muka surat berapa tertulis satu-satu ‘quotation’ itu. Pada forum tersebut salah seorang dari penceramah (saya kira beliau berani) mendedahkan bagimana salah seorang pelajarnya dibenarkan masuk ke sebuah bilik rahsia di Istana Bangkok dimana tersimpan manuskrip-manuskrip lama tulisan jawi yang dirampas di Ayuthia dan istana-istana yang dibakar di Kedah dahulu. Saya telah memperolehi rakaman forum tersebut.

Walaupun sejarah sebenar Kedah telah diperjelaskan sejelas-jelasnya di forum tersebut, akan tetapi semenjak tarikh September 2006, pihak berwajib seolah-olah memekakkan telinga terutama sekali Persatuan Sejarah Negeri Kedah, seperti tidak ada apa-apa pun yang berlaku, padahal hukum agama Islam masih berjalan. Website mereka masih lagi menyebut tarikh 1139 masihi, tarikh fantasi kedatangan Islam ke Kedah. Sepatutnya langkah-langkah segera diambil untuk membetulkan sejarah bangsa melayu dan berjumpa dengan Tuanku Nai Long Kasim untuk mendapatkan bukti-bukti terperinchi apa yang diperkatakan oleh beliau di forum tersebut.

Saya telah melihat beberapa surat-surat Tengku Nai Long Kasim kepada pihak berwajib ini memberi penerangan perihal sejarah Kedah. Sebagai penyelidik, saya merasa kecewa kerana surat-surat ini bukan sahaja tidak dijawab malah tidak juga diakui penerimaannya walaupun disalinkan kepada Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Beliau pun sudah mengeluarkan amaran baru-baru ini mengenai tugas dan tanggung jawab kakitangan awam. Saya terpaksa mendedahkan surat-surat ini sekiranya surat-surat tersebut terus tidak dijawab atau diakui penerimaannya. Malah ada info mengatakan ada usaha untuk menyangkal 'statement' TNL Kasim oleh pihak tertentu. Pihak yang minta untuk menyangkal statement ini memberitahu mereka,"saya nak sangkal buat apa, apa yang perkatakan oleh TNL Kassim itu memang benar"

Disini saya ingin mengucapkan tahniah dan saya memuji Menteri KeKKWA, Datuk Dr Rais Yatim yang meluangkan sedikit masa untuk menjawap surat yang telah dihantar kepada beliau oleh TNL Kasim. Begitu juga kepada Menteri Besar Kedah yang telah mula celik sejarah secara tiba-tiba (minta Thailand kembalikan bunga mas)dan ini merupakan satu perkembangan yang cukup baik sebagai seorang pemimpin yang sentiasa sibuk memikul tugas-tugas dan tanggungjawab memajukan rakyat dan negeri Kedah.

No comments: