Oleh anaianai
Kemusnahan istana-istana milik Maharaja Benua islam Siam Nagara Kedah merupakan kehilangan monumen dan artifak sejarah yang sangat besar kepada negara kita. Istana-istana ini dirobohkan sehingga hancur, barangkali diletupkan menggunakan ‘gun powder’ bagi menghapuskan nya terus dari mukabumi (lihat gambar batu berukir dari Muzium Arkeologi Lembah Bujang) Sungguh menghairankan jika kita fikirkan bagaimana bangsa Melayu di Malaysia hari ini tidak mempunyai senibina yang berusia beratus tahun untuk dibanggakan seperti Borobodur di Indonesia, Angkor Wat atau Ayuthia. Alasan bahawa Melayu dahulu hanya tahu mendirikan bangunan dari kayu serta mudah lapuk dimakan zaman adalah karut dan fitnah bagi menjatuhkan maruah bangsa Melayu.
Berbanding penjajah thai yang menghapus bangsa (‘ethnic cleansing’) secara kasar, penjajah Inggeris pula menjalankan kegiatan mereka secara halus, ibarat baling batu sembunyi tangan. Penjajah Inggeris bukan sahaja menjahamkan sejarah Islam negara kita. Terdahulu mereka telah menjatuhkan Empayar Othmaniah di Turki, Empayar Monggol di India, Empayar Benua Islam Siam dan terakhir sekali Empayar Maharaja China Islam Manchu. Peta tahun 1744, bertajuk ‘Empire of the Great Monggol’ membuktikan betapa besarnya empayar Islam ketika itu. Begitu juga Peta ‘Ortelius’ tahun 1603 menunjukkan kekuasaan pengaruh Maharaja China yang beragama Islam.
Hakikatnya, agama Islam menjadi asas kesatuan pelbagai bangsa yang ada ketika itu lantas mengeratkan perpaduan dan perdagangan di Nusantara dan Asia. Kawalan laluan perdagangan seperti Selat Melaka dari ancaman lanun diselia oleh tentera laut China yang beragama Islam sekitar tahun 1400 dan selepas kematian Laksemana Cheng Ho tugas ini telah diambil alih pula oleh Maharaja Benua Islam Siam. Mereka menghantar tentera Islam Bu Gis (dari bahasa Siam bermaksud puak Portugis) yang beragama Islam, didatangkan dari Khalingga India ke Melaka bagi menjalankan tugas-tugas tersebut.
Mereka bertapak di Melaka dan mendirikan A Farmosa, sementara Maharaja Benua Islam Siam mendirikan istana di Kota Lukud. ‘A Formosa’ atau ‘Porta de Santiago’ bukan Kota Melaka tetapi kota tentera Islam Portugis. Kota Melaka sebenarnya terletak di Kota Lukud dan disitulah bersemayamnya Sultan Mahmud Syah Melaka, Khalifatullah Akhirul Zaman (cop mohor dijumpai di Riau baru-baru ini) sewaktu diserang Belanda dalam tahun 1641.Gereja yang terletak dalam kawasan A Farmosa hari ini dibina oleh Belanda , bukan Portugis. Selepas tewas di Melaka, orang-orang Potugis terpaksa belayar dan berhijrah ke Su la? We si (bahasa Siam bermaksud,“Berapa hari? Empat hari [belayar]”). Begitulah maksud Sulawesi dalam bahasa Siam Islam.
Dalam sejarah Ayuthia ada disebut bahawa Portugis setelah berjaya bertapak di Melaka telah mengadap Maharaja Benua Islam Siam untuk memaklumkan kepada baginda status di Melaka. Kenapa perlu mereka mengadap raja Siam melainkan mereka dititahkan berbuat demikian. Perlu diingat terdahulu dari itu (selepas kematian Laksemana Cheng Ho), raja daerah Melaka telah menyerang dan merampas Beruas yang kaya dengan bijih timah dari Kedah. Sewaktu dikatakan Portugis menyerang Melaka, orang-orang tempatan tidak berbuat apa-apa pun, menjalankan perniagaan seperti biasa kecuali raja daerah yang kecoh kerana tindakanya dahulu menyerang Beruas telah diambil tindakan oleh Maharaja Benua Siam Islam ketika itu. Agak menghairankan kita jika kita lihat orang-orang Portugis hari ini di Melaka tidak berwajah ‘Pan European’, berkulit cerah kerana percampuran darah telah pun berlaku di Khalingga, India yang diperentah oleh Maharaja Monggol beragama Islam.
Peperangan sebenar berlaku dalam tahun 1641 ketika Belanda menyerang Kota Melaka di Lukut. Orang-orang Minang telah menyebelahi Belanda dalam serangan keatas Kota Lukud dan sebagai habuan mereka dihadiahkan sebahagian kecil jajahan Melaka yang hari ini dikenali sebagai Negeri Sembilan. Sultan Mahmud Syah berundur ke Kelang dan membina istana Alam Syah disana. Nama Alam Syah diberikan kerana gelaran baginda adalah Syah Alam Yang Maha Mulia seperti tercatat dalam buku Undang Undang Kedah.
Bagi menutup bukti kewujudan Maharaja Benua Islam Kedah, penjajah Iggeris telah,
1. Merobohkan 2 masjid diatas Gunong Jerai, Kedah dan membina 'rest house'.
2. Memusnahkan candi-candi (bermaksud tingkat yang berlapis) kubu pertahanan Maharaja Benua Islam Kedah di Lembah Bujang, Merbok Kedah.Membawa masuk buruh-buruh dari india untuk menyiapkan kerja-kerja merobohkan dan menimbus kota candi tersebut.
3. Memusnahkan Istana Permaisuri Merong Mahawangsa, Sharifah Maryam ibni Syed Jamal Al Jefri di Bukit Maryam, Kuala Muda Kedah.
4. Memusnahkan Istana Sultam Mohammad Syah III Nagara Kedah yang dikenali sebagai Tok Temong dan bergelar Boromoraja I di Ayuthia.
5. Memusnahkan istana milik Maharaja Benua Islam Siam, Sultan Nai (Syed) Hisbu Mad Azam Syah ibni Tunku Nazreen Mad Azam Syah (bergelar Rama Suan).
6. Memusnahkan istana Kota Long Jaafar di Bukit Gantang Perak. Kota tersebut pada asalnya milik datuk baginda Sultan Jaafar Mad Azm Syah bernama Sultan Mud Zaffar Syah III dan bergelar Po Chan di Kemboja Chempaka Sari.
7. Memusnahkan Istana Kota Jugra di Selangor milik Sultan Muhiyuddin Mansor Syah bergelar (Boromokot di Ayuthia). Baginda berkahwin dengan Puteri Hang Li Po dan akhir sekali bersemayam di Kota Palas Langkawi. Tindakan ini menyebabkan makam baginda dilabelkan sebagai makam purba, pada hal warisnya masih ada hingga kini. Saranan untuk menamakan makam tersebut tidak dipedulikan kerana ada pihak tidak mahu dan bimbang sejarah sebenar bangsa melayu ini akan terbongkar, maka pecahlah tembelang dan penipuan mereka selama ini.
8. Memusnahkan Istana Gellangkiaw (nama Johor dalam bahasa Siam) yang dibina oleh Sultan Nai Hisbu Mad Azam Syah. Baginda pernah bersemayam di Beruas sewaktu menjadi Maharaja Benua Islam Ayuthia, Nagara Kedah. Hari ini Kota Gellanggi (nama Pahang dalam bahasa Siam) masih dalam carian pengkaji sejarah tempatan.
Inggeris juga mengupah penulis-penulis untuk menulis semula sejarah bangsa Melayu ini agar berlaku kekeliruan sejarah. Perkara ini saya telah sebut dalam artikel yang lepas-lepas.
Ps : Saya menulis artikel-artikel disini dari pengkajian dan kefahaman saya dengan petunjuk dari Allah Subhanawataala. Bagi saya, jikalau ada kebenaran Allah yang Maha berkuasa pasti akan tunjukkan kebenarannya. Ilham yang datang tiba-tiba dan pertemuan demi pertemuan memberi lebih keyakinan kepada saya untuk terus mendedahkan sejarah kedatangan islam dan bangsa melayu itu sendiri. Saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak menggunakan logik dan fakta sahaja untuk menyampaikan kefahaman dalam penulisan saya walaupun saya cukup terlatih untuk berbuat demikian. Sebagai seorang ahli akademik, seorang mukmin, saya yakin dan percaya Allah yang wujud dizaman sejarah ini berlaku dan sudah pasti Allah yang sama pada hari ini juga, akan memberi petunjuk, taufik dan hidayah dalam pelbagai cara, kaedah yang di anggap sesuai oleh Nya kepada sesiapa sahaja yang di kehendakki Nya. Sama-samalah kita memohon petunjuk dari Nya mengikut keperluan (sejarah) masing-masing agar semua rahsia yang disembunyikan oleh penjajah akan terungkai. Jika boleh, saudara/i jadikanlah maklumat dalam blog ini sebagai rujukkan kerana penerangan punca kekusutan sejarah bangsa kita pertama kali di pecahkan/dihebahkan disini. Terima kasih.
anaianai
No comments:
Post a Comment