Monday, June 11, 2007

AL TARIKH YANG SALAH I

Oleh anaianai

Kedatangan Islam ke Nusantara telah begitu banyak dipertikaikan oleh pengkaji sejarah tempatan. Di Kedah, pengkaji sejarah dan Persatuan Sejarah tempatan telah mengambil tarikh 1139 masihi sebagai tarikh kedatangan Islam berdasarkan buku Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang di tulis oleh Wan Muhammad Hassan dizaman Paduka Seri Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan Kedah. Catatan dalam buku ini amat jauh berbeza dengan penemuan bukti-bukti sejarah dewasa ini, yang ditemui oleh cerdik pandai kelahiran Malaysia.

Kecenderungan sesetengah pihak untuk tetap berpegang pada tarikh ini mendorong kepada penulisan ini yang menyangkal tarikh dalam buku ‘Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah’. Ini kerana analisa bukti mengenai tarikh-tarikh kedatangan Islam ini adalah dalam lingkungan sebelum dan awal tahun 1000 masihi. Terdapat beberapa fakta yang menjadi kelebihan agama Islam ini hingga ia mampu menarik begitu ramai pengikutnya, terutama sekali dari golongan bangsawan. Mengikut pendapat Proffesor Cesar Adib Majul dalam bukunya bertajuk “Theories on the Introduction and Expansion of Islam in Malaysia” telah mencatatkan beberapa faktor utama iaitu,

a) Keistemewaan agama Islam itu sendiri.
b) Pengaruh gololongan Istana dan bangsawan
c) Pembelajaran ilmu Tasawuf dan Sufi
d) Ekonomi
e) Perdagangan
f) Perselisihan pendapat antara agama Islam dan agama Kristian,
g) Pendakwah dan Ulama

Di Malaysia tinggalan bukti kedatangan Islam paling awal ialah seketul batu yang bertulis ‘Ibnu Sirdan 213 hijrah’. Batu ini dijumpai oleh Dr Othman Md Yatim dalam timbunan batu-batu candi di Lembah Bujang, Merbok Kedah. Batu yang terpahat tarikh ini mempunyai perbezaan 325 tahun dengan tahun 1139, tarikh kononnya Maharaja Debar Raja dikatakan memelok agama Islam di Kedah. Malangnya hari ini apabila kita memperkatakan tentang candi ini, pemikiran kita pasti akan berkata bahawa ia amat berkait dengan agama Hindu. Maksud candi dalam bahasa Siam Islam adalah ‘tingkat yang berlapis-lapis'. Kegunaanya sebagai kubu pertahanan tentera China Siaman sewaktu Putera Merong Mahawangsa mula membuka kerajaannya di daerah Kota Kuala Muda.

Agak pelik sekiranya kita fikirkan bagaimana candi merupakan tempat pemujaan agama Hindu ditemui seketul batu bertulisan jawi di celah-celah runtuhan batu candi tersebut. Di kawasan yang dijumpai candi ini pula tidak ada masyarakat India yang beragama Hindu tinggal berdekatan kecuali kampong-kampong dengan masyarakat Melayu disekelilingnya. Bukan itu sahaja, nak cari satu kuil Hindu pun tidak ada.Fokus utama penyebaran dakwah islamiyah pula bukan dikalangan masyarakat bawahan tetapi dikalangan bangsawan seperti sultan, raja dan Ketua masyarakat. Ini adalah kerana mereka mempunyai pengaruh kuat dalam sejarah bangsa Melayu sebagai pemangkin kepada masyarakat di ketika itu dengan sokongan yang sangat kuat dari ahli organisasi kemasyarakatan itu sendiri.

Bukti bertulis terkini ialah Buku “Undang Undang Kedah” yang di terbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2005. Buku ini asalnya sebuah manuskrip Melayu lama dan diakhir penulisan tercatat bahawa ia mula di tulis dalam tahun 222 Hijrah sewaktu Sayyidina Ali wa Maulana Paduka Seri Sultan Jamlul Alam Badrul Munir menjadi Sultan Acheh Darussalam. Agak mengelirukan hari ini jika kita fikirkan bagaimana undang-undang Kedah boleh melibatkan seorang pemerentah di Acheh. Sekiranya kita mengandaikan Kedah sebagai sebuah negara dan Acheh sebahagian jajahan atau kawasan pemerentahannya barulah kedudukkan sebenar menjadi lebih nyata. Ramai rakyat generasi tua di negeri Kedah hari ini ada menyebut bahawa negeri Kedah dulunya luas tetapi tidak dapat membuktikannya.

Buku ini melibatkan perisian teks seperti berikut,

a.Undang Undang Pelabuhan bertarikh 1650masihi.
-Undang-undang dan pekerjaan di pelabuhan Melaka
b.Undang undang Seri Paduka Tuan
-Hukum syarak yang ditugaskan kepada kweng untuk mengawasinya
c.Hukum Kanun Datuk Kota Setar
-Sifat seorang raja yang baik, larangan menderhaka kepada guru, ibubapa dan raja.
d.Cara membuat Bunga mas
-Ketelitian pembuatan bunga mas dan bunga perak,adat meminang, adat dalam Balai besar, menyambut hari Raya Haji, alat-alat kebesaran pertabalan.
e.Undang Undang Hijrah Seribu Seratus Sembilan Puluh Sembilan (1199 hijrah)
-Bersamaan dengan Hukum Kanun Melaka dan Undang Undang Laut Melaka

Perisian manuskrip Undang Undang Kadah ini di kemaskini dari masa kemasa mengikut pemerentah yang memerentah pada masa itu. Ini mungkin disebabkan penulisan lebih awal telah rosak dalam simpanan bangsawan tersebut menyebabkan ia disalin semula. Namun begitu, tarikh dan nama raja yang memerentah ketika ia mula ditulis tidak di lupuskan.

Di permulaan manuskrip bertulis seperti berikut,

“Pada tarikh seribu enam puluh tujuh, tahun zai, pada tujuh belas bulan jamadilakhir, hari jumaat, bahawa pada ketika itu maka adalah di titah Syah Alam yang Maha Mulia terjunjung keatas jemala paduka raja suruh salin ambil taruh undang-undang perbuatan Datuk besar di Hulu, alaihi rahmatullah supaya sudahlah tahu hukum sedikit-sedikit” ms1, Undang Undang Kedah.

Tarikh 17 Jamadilakhir 1067 hijrah adalah bersamaan dengan tarikh 17 Jun 1650 masihi. Syah Alam Yang Maha Mulia disini tidak disebut namanya akan tetapi mengikut kajian saya berdasarkan tahun pemerentahan Maharaja Benua Islam Siam yang memerentahkan agar ditulis semula undang-undang ini ialah Sultan Mahmud Syah Melaka, Khalifatullah Akhirul Zaman. Dimuka surat 14 seterusnya,

"Maka undang-undang ini diperbuat daripada zaman Sultan Rijaluddin Muhammad Syah semayam di Naga, muafakat dengan segala menteri, pegawai dan pendeta membicara akan dia supaya tetap adat ini janganlah berubah-ubah".

Sultan Rijaluddin memerentah dalam tahun 1414-1424 dan bagindalah yang digelar Parameswara Melaka. Titah Sultan Mahmud Syah untuk membuat penambahan penulisan kerana kali terakhir penulisan ini disemak ialah pada zaman Sultan Rijaluddin bersemayam di Kota Naga. Inilah istana Melaka yang dicari-cari. Sayang sekali istana ini telah dibakar oleh penjajah Thai sewaktu mereka menyerang Kedah dalam tahun 1821 dahulu.

Dalam tahun 1641, Sultan Mahmud Syah telah di serang oleh Belanda di Kota Lukut dan baginda berundur dan membina Istana Alam Syah di Kelang lalu bersemayam disitu. Baginda mangkat dalam tahun 1668 di Kelang dan dimakamkan di Kota Beruas. Anakanda baginda, Sultan Muhiyuddin Mansur Syah menggantikan tempat baginda dan bersemayam di Kota Palas, Pulau Langkawi. Dalam lain perkataan ayahanda baginda memerentah di Hilir Melaka (kini Bandar Hilir) sementara anakandanya memerentah di Ulu Melaka, Pulau Langkawi, Kedah.

No comments: