Oleh anaianai
Mengikut wasiat yang diterima oleh Tuanku Nai Long Kasim, Raja Thai Rama V Chula Luang Khun bimbang kerana raja-raja keturunannya tidak mempunyai salasilah yang panjang. Ini disebabkan mereka merampas Ayuthia dari Maharaja Benua Islam Siam hanya pada tahun 1767 sahaja. Pasti dimasa akan datang perkara ini akan menimbulkan pertikaian dan perbalahan yang besar. Raja Chakri Sukuthai Thai tahu bahawa Podiset Sayyidina Badrul Alam Badrul Munir anakanda Putera Merong Mahawangsa telah pergi ke utara Bangkok dan membuka sebuah negeri Siam Islam bernama Negeri Siam Lancang sekitar tahun 800 masihi (lihat peta berwarna biru). Tindakan mereka membakar Hikayat Merong Mahawangsa versi asal adalah untuk menutup bukti sejarah ini.
Seterusnya mereka mengambil alih Siam, mengaku diri sebagai orang Siam dan menggunakan cop mohor Maharaja Siam Islam milik Sultan Khalifah Sharif. Mereka juga menghantar hadiah-hadiah kepada Maharaja Cina seolah-olah Maharaja Benua Siam Islam masih lagi berkuasa di Ayuthia. Mereka bimbang mereka akan diserang oleh tentera Maharaja China Manchu. Kebimbangan mula menjadi nyata apabila tentera raja China Manchu tiba ke Kedah untuk mempertahankan Kedah. Thai telah meminta pertolongan Inggeris dan mereka memberi bantuan kepada Thai di Kedah di samping membuat kacau di negeri China dan akhir sekali inggeris menghantar Dr Sun Yat Sen untuk menggulingkan Maharaja China Manchu yang beragama Islam. Tidak lama kemudian Raja Thai pun memindahkan ibu negeri Siam dari Ayuthia ke Bangkok dan menukarkan tanah Siam milik orang-orang Melayu kepada Thailand.
Teknik yang sama turut digunakan oleh ‘Marhum Melaka’ semasa berada di Melaka, dimana dia menjadi penaung kepada penulisan sejarah. Hasilnya, manuskrip tulisan jawi sejarah bangsa melayu dalam pelbagai versi tanpa nama pengarang, ditaja oleh Inggeris. Seterusnya, sebagai contoh kisah Sultan Acheh, Iskandar Mahkota Alam (Muda Thani) yang kononnya menyerang Kedah kerana tidak dapat berkahwin dengan Puteri Lindungan Bulan yang berdarah putih, puteri kepada Sultan Sulaiman II. Dalam pengetahuan saya, Puteri Lindungan Bulan adalah cucu saudara Iskandar Mahkota Alam, kenapa pula dia hendak berkahwin dengan cucu saudara sendiri. Sultan Sulaiman adalah anakanda kepada Per Abu (Hang Kasturi) yang merupakan adik bongsu Iskandar Mahkota Alam atau Hang Tuah.
Kisah ini adalah satu lagi pembohongan kerana Sultan Sulaiman II ini bukan Sultan Kedah, hanya raja daerah Kubang Pasu, bersemayam di Istana Bukit Pinang bergelar Paduka Seri Sultan Sulaiman. Dia telah membunuh dan memakan beberapa orang tentera China Manchu yang membina Berahman Indera lalu di jatuhkan hukuman oleh Sultan Muhiyuddin Mansur Syah, Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah yang bersemayam di Kota Palas Langkawi. Paduka Seri Sultan Sulaiman dan pengikutnya enggan menyerah kuasa dan melarikan diri ke Singgora lalu bunuh oleh Iskandar Mahkota Alam di sana, bukannya di penjarakan di Acheh. Dendam ini nampak gayanya sampai hari ini sehinggakan Makam Sultan Muhiyuddin Mansur Syah di Pulau Langkawi dianggap sebagai Makam Purba. Seperkara lagi, kemusnahan Kota Seputeh bukan disebabkan serangan Acheh tetapi adalah kerja tentera Thai memusnahkan bukti sejarah dan wat mereka pun masih ada lagi di kepala simpang masuk ke Kota Seputeh.
Yang saya kira paling memilukan kepada waris Maharaja Benua Islam Siam hari ini ialah keluarga mereka langsung tidak dirujuk dalam hal-hal berkenaan sejarah negeri Kedah seolah-olah di sisihkan terus. Sudahlah harta mereka dirampas oleh Sultan Abdul Hamid dahulu, saudara mara dibunuh Thai dengan kejam, pingat atau bintang kebesaran Kedah, jangan harap lah walau pun berjawatan besar setinggi mana sekali pun. Contoh yang paling baik ialah Allahyarham Zain Mahmud, Ketua Pengarah Penyiaran di Angkasapuri dahulu yang tidak mendapat apa-apa penghargaan pun dari kerajaan negeri Kedah sehinggalah Allahyarham meninggal dunia beberapa tahun lepas. Lapuran akhbar menyebut beliau sebagai Datuk padahal Allahyarham tidak pernah mendapat gelaran itu.
Maharaja Benua Islam Siam terakhir, Sultan Jaafar Mad Azam Syah mempunyai harta persendirian yang ditadbir oleh Perdana Menterinya, Tengku Kudin yang melarikan diri ke Selangor(lihat sejarah Selangor). Harta peninggalan itu dirampas secara paksa oleh Sultan Abdul Hamid yang menjadi ajen Thai dan Inggeris. Harta-harta ini bukan harta rampasan perang. Mana-mana waris yang membuat tuntutan ketika itu akan dikenal pasti sebagai bersangkutan darah dengan Almarhum Sultan Jaafar akan dihukum bunuh. Saya berpendapat, sebagai orang-orang Islam perkara harta dan wasiat ini jangan dibuat main kerana waris baginda masih ada hingga ke hari ini dan sudah dikenali oleh kaum kerabat di raja Kedah semenjak tahun 2001 lagi apabila pertemuan diadakan diantara kerabat di raja Siam Islam dengan kerabat diraja Kedah. Sekiranya mereka tidak menghalalkannya, akan jatuhlah hukum dan perkara ini akan pasti dituntut oleh Allah di akhirat kelak.
Berbalik kepada sejarah kita, papan kenyataan di Makam Merong Mahawangsa ditulis sebagai Makam Maharaja Debar Raja, tahun 1179 masihi. Makam Sultan Rijaluddin pula ditulis sebagai makam Puteri Lindungan Bulan sementara tidak ada maklumat untuk satu lagi makam sebab mereka sendiri tidak tahu makam siapa. Untuk maklumat semua, tarikh 1179 ini dianggap resmi oleh Kerajaan negeri Kedah dan baru-baru ini saya puji kenyataan berani Menteri Besar Kedah mengenai kedatangan Islam ke Kedah adalah jauh lebih awal dari tarikh itu dan perlu di buat kajian semula mengenai sejarah kedatangan Islam ke Kedah.
1 comment:
saya sedang buat skrip cereka tentang puteri lindungan bulan yang makamnya di padang sera,kedah..
ini untuk projek akhir universiti..mungkin ada maklumat2 lain yang boleh dikongsi dengan saya???
selepas membaca beberapa artikel mengenai kisah puteri ini,saya benar2 berminat untuk tahu..saya harap boleh email saya di mieza_isa@hotmail.com
terima kasih..
Post a Comment