Saturday, June 16, 2007

SEJARAH MELAKA SEPINTAS LALU II

Uploaded by anaianai

Pemerentahan Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah, Boromoraja II atau Parameswara II (1424-1491) ada disebut dalam rekod Maharaja China Yongle yang beragama Islam seperti berikut,

“Xi-li Sa-ma-la-zha-ya (Seri Maharaja), who had been sent with others by his uncle Bai-li-mi-su-la (Paramesura), the king of the country of Melaka, offered tribute (ufti) of local products”.
Geoff Wade, translator, Southeast Asia in the Ming Shi-lu: an open access resource, Singapore: Asia Research Institute and the Singapore E-Press, National University of Singapore, http://epress.nus.edu.sg/msl/entry/3139, accessed March 23, 2007.


Lawatan yang disebut diatas telah dibuat pada 20 April 1424. Akan tetapi siapakah pulak Seri Maharaja ini yang disebut diatas sebagai dihantar oleh bapa saudaranya, Parameswara. Mengikut kajian saya Seri Maharaja ialah Raja Siak adinda kepada Parameswara I sementara Paremeswara II ialah Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Syah.

Melaka seterusnya berkembang dengan kedatangan Laksemana Cheng Ho yang beragama Islam untuk melawat adik perempuannya yang berkahwin dengan Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Syah. Pada masa yang sama angkatan Laksemana Cheng Ho menjadi ‘police force’ seperti disebut oleh saya dalam artikel sebelum ini. Artikel Islam in China mengkisahkan latar belakang Cheng Ho seperti berikut,

"Zheng He (1371-1435 A.D.), whose original name was Ma Sanbao, was a famous Muslim sailor and diplomat in the Ming Dynasty. He was born to an eminent aristocratic family that had been Muslims for generations. His grandfather Char Midina was made Marquis of Dianyang in the Yuan Dynasty, and his father Milijin succeeded him as Marquis of Dianyang later. As his father and grandfather had performed Hajj to Mecca, they were respectfully called Hajji Ma.

"Translators aboard such as Ma Huan, Guo Chongli, Fei Xin, Ha San and Sha Ban were Muslim. In the 8th year of Xuan De (1433 A.D.), when Zheng He made his seventh sailing as far as Jeddah on the east shore of the Red Sea, he sent 7 people including the translators who believed in Islam, to Mecca for pilgrimage, and had them draw a picture of Ka'bah and took it to Nanjing.

For example, in 1417 A.D. King of Sulu (now Philippines), who was a Muslim, came to visit China and died in China afterwards and was buried in Dezhou, Shandong Province. In Southeast Asia there still exist some relics left by Zheng He. The tomb containing his personal effects is located at the south foot ofNiushou Mount in Jiangning district, Nanjing. People call it Ma Hui Hui Mu (tomb of Hui Hui Ma) because Zheng He's original family name was Ma, and his father whose name was Ma Hama was called Hajj Ma. The mount where his tomb is located is called Hui Hui Mount".


Keamanan mula tergugat apabila sekitar tahun 1490an, Raja Melaka telah menyerang Beruas untuk mendapatkan kekuasaan keatas bijih timah di situ. Ketika itu Laksemana Cheng Ho sudah meninggal dunia dan angkatan perang maharaja China tidak lagi mengawal selat Melaka. Orang-orang Siam telah menghindarkan diri dari berdagang di Melaka berikutan berlakunya perbalahan ini.

Serangan ini ada disebut oleh Tom Pires dalam catatannya seperti berikut,

“They also say that it was about the tin districts which are on the Kedah side, and which were originally under Kedah, and were taken over by Malacca; and they quarreled for all these reasons, and they say that the chief reason was the revolt against subjection.” Tom Pires, Suma Oriental, A Account of the East, From the Red Sea to Japan, written in Malacca and India in 1512–1515.

Serangan ini telah mendapat bantahan dari Maharaja Benua Islam Siam ketika itu kerana Beruas secara tradisinya adalah milik Kedah. Maharaja Benua Islam Siam kemudiannya menyerang Melaka kerana tindakan Melaka menyerang Beruas. Raja Daerah Melaka pula telah bertindak sendirian dengan mengadap Maharaja China untuk mendapatkan pengiktirafan lalu diberikan oleh Maharaja China yang menyangkakan bahawa mereka adalah Maharaja Benua Islam Siam seperti Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Syah terdahulu. Orang-orang Siam kemudianya tidaklagi berdagang dengan Melaka seperti catatan Tom Pires lagi seperti berikut,

“How long it is that the Siamese have not been coming to Malacca. The Siamese have not traded in Malacca for twenty-two years. They had a difference because the kings of Malacca owed allegiance to the kings of Siam, because they say that Malacca belongs to the land of Siam. They say that it is theirs and that twenty-two years ago this king lost Malacca, which rose up against this subjection”.

Dalam tahun 1511, Maharaja Benua Islam Siam telah mengarahkan tentera Portugis yang bertapak di Khalingga, India untuk berjumpa dengan Raja Melaka dan menggesa baginda menyerahkan kembali Beruas kepada Kedah. Pada ketika itu Portugis dan Bugis menjadi penguasa dan pengawal Empayar Benua Islam Siam dan Empayar Monggol menggantikan angkatan tentera China yang tidak mahu lagi menjalankan rondaan di Selat Melaka kerana kos operasi yang sangat tinggi berikutan kemangkatan dan pertukaran maharajanya.

Raja Melaka enggan menyerahkan kawasan Beruas lalu melarikan diri. Di waktu Portugis memasukki bandar Melaka, dilapurkan tidak berlaku kekecohan yang besar malah rakayat Melaka menjalani kehidupan seharian seperti hari-hari biasa sahaja. Selepas mereka mengambil alih Melaka, tentera-tentera Portugis telah mengadap Maharaja Benua Islam Siam dan melapurkan bahawa mereka telah menjalankan titah perentah baginda. Perlu diingatkan Empayar Islam amat besar ketika itu dan Portugis memerlukan 'passageway' atau laluan untuk berdagang dan mencari emas.

Portugis terus menetap di Melaka dan membina Kota 'Porta de Santiago' dan menjadi pengawal di Selat Melaka bagi pihak Maharaja Benua Islam Siam. Sebagai penjajah mereka tetap menjalankan dakyah mereka di Nusantara samada secara tertutup dan terbuka. Gelaran A Farmosa atau Pha mo ser ialah bahasa Siam yang bermaksud bawa orang pengetahuan tentera. Pintu gerbang hadapan masih boleh di lihat hingga ke hari ini. Maharaja Benua Islam Siam memerentah Melaka dari Ayuthia akan tetapi mempunyai istananya di Kota Lukud, bermaksud masyur korek lombong bijih. Selain dari itu nama-nama tempat yang berasal dari bahasa Siam Islam ialah Se rem ban bermaksud beli rumah kampung, Rem bau bermaksud rumah masak (untuk pekerja lombong), Lu wak Per pa tih bermaksud, pilih pemimpin ada pegang bekas beras (kaum ibu).

Dalam Undang- Undang Kedah, dizaman Sultan Rijaluddin bersemayam di Kota Naga orang-orang Portugis Zinmmi ini disebut sebagai kompeni seperti dicatat di muka surat 15,

“Maka adat menyambut surat kompeni itu bergajah, payung China, tunggul dua belas, arak-arakan dengan gendang dan serunai, tempat surat itu seroja. Tatkala sampai kebalai, dipasang bedil kurnia lima kali. Jika surat saudagar besar pun demikian juga adatnya: dan gurnador Melaka pun seperti ini juga adatnya menyambut / bersalahan dengan adat menyambut surat raja, sama raja-raja menyambut dia kerana kafir yang jenis tersebut itu terlebih mulianya pada bedil”.

Perbalahan sejarah berlaku dimana, Raja Daerah mengatakan Portugis menyerang mereka lalu mereka mengatur serangan balas dari Johor dalam tahun 1550, 1567 dan 1571, sementara Maharaja Benua Siam Islam mengatakan bahawa mereka hanya mengambil balik jajahannya yang dirampas. Ini terbukti kebenaranya kerana sewaktu Portugis berada di Melaka, Sultan Mahmud Syah Melaka, Khalifatullah Akhirul Zaman (Cop mohor dijumpai di Riau baru-baru ini) masih lagi bersemayam di Kota Lukud. Jika benar Portugis menawan Melaka, sudah pasti baginda tidak dibenarkan bersemayam disitu sehingga tahun 1641. Catatan sejarah kita mengatakan Sultan Mahmud Syah memerentah Melaka sekitar tahun 1400-1500, tetapi kiraan saya dalam artikel cop mohor baginda yang dijumpai di Riau membuktikan sebaliknya (1600). Sultan Mahmud Syah yang berkahwin dengan Puteri Nang Kemuning adalah Sultan Mahmud Syah Kalifahtullah Akhirul Zaman. Adakah Melaka mempunyai Raja Daerah yang bernama Sultan Mahmud Syah diantara tahun tersebut atau tarikh sejarah kita telah diubah?.

Catatan di muka surat 98, Undang-Undang Kedah ada menyebut,

“Bermula disuruhnya titah Duli Yang Di Pertuan Sultan Mahmud Syah Yang Maha Mulia di negeri Melaka pada Hjrah Nabi Sallallahu alaihi wasallam seribu enam puluh tujuh , tahun Jim, bulan Ramadhan hari Arba’a, fasal pada menyatakan undang-undang hubaya-hubaya jangan dilalui perkataan ini”.

Tahun 1067 hijrah adalah bersamaan dengan tahun masihi 1657 membuktikan baginda masih hidup. Bagaimana pula baginda berada di Melaka sekiranya Belanda telah menawan Melaka dalam tahun 1641. Melaka yang dimaksudkan dalam Undang Undang Kedah ialah Istana Alam Syah di Kelang, Selangor kerana Selangor adalah jajahan Melaka.Sultan Mahmud Syah Khalifatullah Akhirul Zaman, mangkat dalam tahun 1668 dan dimakamkan di Kota Beruas.

2 comments:

Amermeftah said...

Salam bang anai-anai,

Patutlah ketika perang seratus tahun/ perang tiga segi dalam sejarah konvensional, Acheh tidak pernah bersekutu dengan Johor.

Antara sebab ekspdisi China dihentikan ialah dasar tutup pintu yang dimulakan dinasti Ming yg kurang pasti apa sebabnya. Tetapi soal kewangan yg tidak cukup mungkin berkaitan dengan bantuan dinasti Ming kepada Korea yg diserang Jepun di bawah Toyotomi Hideyoshi.

Kenapa nama-nama tempat yang dikatakan berasal dari bahasa Siam kadang kala berubah-ubah maksudnya dari artikel ke artikel?

Adakah komen-komen tidak dilayan atau harus komen di shout box maka baru dilayan?

anaianai said...

Salam anak Nah,
Dasar tutup pintu ada kaitan dengan perdagangan teh dan campurtangan Inggeris yang membawa kepada peperangan Taiping dll
Maksud dan makna tidak sama sb bahasa siam ini sebut panjang maksud lain,sebut pendek maksud lain. Kena tgk perkataan di hadapan pun ye juge.

Komen sy mtk maaf,mmg tak nak layan sangat sebab banyak cadangan dan saya teramat sibuk dengan tugas hakiki. Blog ini sekadar menerangkan situasi sebenar, sejarah realiti bukan untuk nak berdebat siapa benar siapa salah, sebab realiti dah didedahkan disini. Harap pembaca rujuk Undang-Undang Kedah, gunakan kepakaran sedia ada dan cuba relate dengan maklumat disini demi mencari kebenaran. Kalau hantar e mail sy akan cuba balas.