Saturday, June 16, 2007

Mukim Bukit Gantang

Bukit Gantang merupakan salah sebuah mukim yang terletak dibawah pentadbiran Daerah Larut, Matang dan Selama. Mukim ini terletak bersempadanan dengan Mukim Kg. Buaya, Daerah Kuala Kangsar yang memisahkannya dengan sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Berapit.

Sejarah Awal Bukit Gantang

Satu ketika dahulu, Bukit Gantang pernah dijadikan sebagai sebuah pusat pentadbiran Jajahan Larut oleh Long Jaafar setelah dilantik sebagai Raja Larut melalui perlantikan oleh ayahandanya Syed Alang Alauddin ibni Sultan Mudzaffar Syah III, Maharaja Benua Islam Siam Kedah pada tahun 1856. Syed Alang Alauddin juga bergelar Panglima Bukit Gantang.

Long Jaafar telah mendirikan sebuah kubu pertahanan di Pekan Bukit Gantang bagi menangkis serangan dari thai dan Kedah semasa zaman pertengahan dahulu. Kota ini juga telah menyaksikan peperangan antara Thai dan Kedah terhadap Kerajaan Negeri Perak dan menyaksikan pertahanan utara negeri Perak jatuh kepada Thai dan Kedah yang mengakibatkan angkatan perang Perak terpaksa berundur ke Kuala Kangsar sebelum perjanjian damai antara Thai dan Perak ditandatangani.

Peperangan Thai dan Perak

Peperangan ini berlaku adalah disebabkan keengganan Kerajaan Perak menghantar Bunga Emas kepada Thai yang menyaksikan bahawa Kerajaan Perak berada dibawah naungan Thai. Walaubagaimanapun, Kerajaan Perak tidak mengiktirafkan. Raja DaerahKedah telah bersybahat dengan Thai untuk menyerang Kerajaan Perak kerana pada ketika itu Kerajaan Kedah terletak dibawah jajahan Thai. Terdahulu dalam tahun 1767, Kerajaan Siam Islam Ayuthia talah ditawan oleh Sukhuthai dari Lannathai yang beragama Buddha.

Zaman Keemasan Bukit Gantang

Semasa dibawah era pemerintahan Long Jaafar, Bukit Gantang telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan awam seperti bangunan - bangunan kedai, pejabat - pejabat orang besar jajahan, Stesen Keretapi Bukit Gantang dan laluan jalanraya yang menghubungkan Bukit Gantang dengan Sg. Limau yang pada ketika itu dijadikan sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

Pada masa itu, pendapatan utama bagi Jajahan Larut adalah perlombongan bijih timah yang diusahakan di Taiping yang kebanyakkannnya diusahakan oleh imigran Cina Manchu Islam dari kumpulan Hai San dan Ghee Hin yang beragama Buddha dari Pulau Pinang melalui perjanjian dan konsesi yang dianugerahkan kepada mereka oleh Long Jaafar.

Zaman Kesuraman Bukit Gantang

Apabila Syed Alang Alauddin meninggal dunia dalam tahun 1862, Long Jaafar telah dilantik menjadi Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah bergelar Sultan Jaafar Mudazam Syah. Baginda kemudiannya melantik Ngah Ibrahim untuk menggantikan tempatnya sebagai Raja Larut.Ngah Ibrahim telah memindahkan Pusat Pentadbiran Jajahan Larut dari Bukit Gantang ke Matang kerana berpendapat bahawa Bukit Gantang terletak agak jauh dari Taiping.

Ketika Pusat Pentadbiran Jajahan Larut di Matang, Ngah Ibrahim telah menjadikan Pelabuhan Kuala Sepetang sebagai pelabuhan laut baru bagi menggantikan Pelabuhan Sg. Limau. Walaubagaimanapun, pergolakan dan campurtangan penjajah Inggeris telah bermula semasa era pemerintahan Ngah Ibrahim yang menyaksikan beliau telah dihukum buang negeri kerana terlibat dengan komplot pembunuhan Residen British yang Pertama di Perak iaitu Sir James Birch. Pada ketika ini, Bukit Gantang hanya menjadi sebuah Pekan Kecil yang mempunyai tinggalan - tinggalan sejarah seperti Kota Bukit Gantang, Tapak Stesen Keretapi Bukit Gantang, Makam Long Jaafar dan ahli - ahli keluarganya, Pejabat Penghulu serta makam - makam lama.
Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Mukim_Bukit_Gantang"

1 comment: