Kadang-kala sejarah mampu ditutup oleh mereka yang tidak pasti atau sememangnya sengaja mahu menutup bukti sejarah bangsa Melayu hari ini. Walau bagaimana pun ia pasti akan muncul dimana-mana salasilah kerajaan lain kemudiannya di Nusantara ini. Dengan kemajuan teknologi hari ini bagaimana mungkin ia ditutup. Cuma yang mengetahui salasilah asal dapat detect ia kembali. Peta "Empire of the great Monggol' adalah bukti bersejarah yang terlepas pandang dan kami tidak menyentuh apa-apa pun pada peta tersebut. Adalah satu rahmat kepada kami dari Allah apabila ditemukan dengan peta tersebut sewaktu mencari maklumat di internet. Resource person kami yang lain pulak sedang meneliti buku-buku sejarah di Nusantara.
Sila teliti artikel ini dari URL berikut,
http://www.4dw.net/royalark/Malaysia/malacca2.htm
1623 - 1677 H.H. Paduka Sri Sultan 'Abdu'l Jalil Shah III ibni al-Marhum Sultan 'Ala' ud-din Ri'ayat Shah III, Sultan of Johor, Pahang and Lingga. b. 1590, as Raja Bujang, son of H.H. Paduka Sri Sultan 'Ala' ud-din Ri'ayat Shah III Zillu'llahi fil-Alam ibni Paduka Sri Sultan Ali Jalla 'Abdu'l Jalil Shah, Sultan of Johor, educ. privately. Appointed as Sultan of Pahang, August 1615, expelled from Pahang by the Acehnese in 1617, again ruler of Pahang 1623. Succeeded on the death of his uncle, 1623.
Entered into treaty relations with the Dutch in 1639 and assisted them in their capture of Malacca from the Portuguese in 1641. Driven from Johor Lama into exile by the Sultan of Jambi, 1673. m. (first) 1610, his cousin, a daughter of Raja Hassan ibni al-Marhum Sultan Ali Jalla 'Abdu'l Jalil Shah, Raja of Siak. m. (second) 1612, m. 1644, Raja Kening Putri Raja Ungku [Nang Chayang], Raja of Patani (b. at Pahang; d. 1651), widow of his younger brother, and daughter of Paduka Sri Raja Shah Alam alias Raja Ungku binti al-Marhum Sultan Bahadur Shah [Nang Chayang], Raja of Patani, by her husband the Sultan of Pahang. He d.s.p. in Pahang, 22nd November 1677.
Raja Kening atau Puteri Saadon Nang Kemuning adalah anak kepada Raja Ungku atau Nang Che Yam, adalah benar. Putri Nang Che Yam ini (bukan Nang Che Yang) telah dikahwinkan dengan Sultan Ismail Jammu Patani. Siapa pula Sultan Ismail ini? Sultan Ismail ini adalah anak saudara kepada Sultan Bahadur Syah, Raja Monggol India. Sultan Ismail adalah putera kepada Raja Kashmir dari India dan diperintahkan untuk belayar ke Patani dan berkahwin dengan Puteri Nang Che Yam oleh bapa saudaranya, Sultan Bahadur Syah. Hikayat Patani ialah sebuah penulisan yang berbentuk dakwah Islamiyah bagi menarik perhatian masyarakat bukan Islam ketika itu (tanpa peperangan) untuk memelok agama Islam. Phaya Tu Nakpa ialah gelaran bagi Sultan Ismail ini.
Perkahwinan baginda berdua memperolehi 3 orang cahayamata iaitu,
1) Sultan Muzaffar Syah, menjadi Raja Patani dan bergelar Uthompon di Siam Ayuthia sewaktu menjadi maharaja disana.
2) Puteri Saadon, Nang Kemuning dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Syah Melaka, Khalifatullah Akhirul Zaman yang bersemayam di Kota Lukud sewaktu Belanda menyerang dalam tahun 1641. Baginda mangkat dalam tahun 1668 dan di makamkan di Beruas (bukannya Sultan Mahmud raja daerah sekitar tahun 1400-1500 dahulu).
3)Sultan Mansor Syah, Raja Pahang (bergelar Hang Lekir di Melaka) membawa kepada waris Sultan Pahang hari ini.
Ketiga-tiga bersaudara ini digelar melalui lagu rakyat sebagai Wau Bulan Teraju Tiga.
Baca artikel kami dahulu di sini,
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/06/raja-patani-bergelar-uthompon.html
Saya telah bertemu dengan beberapa orang waris Raja Patani di Kedah hari ini. Bagaimanakah rupa mereka?, biasanya mereka berbadan tegap, sederhana tinggi, bermisai lebat dan berjanggut, lengan berbulu tebal berbanding dengan orang-orang Melayu hari ini dan warna kulit sedikit gelap. Wajah mereka ada iras-iras seperti orang-orang Melayu di Pulau Pinang. Maafkan saya jika saya tersalah.
Gambar Sultan Bahadur Syah, Raja Monggol atau lebih dikenali sebagai Zahiruddin Babur Syah, Maha Thammaraja, Sultan Akbar India. Mereka telah melangsungkan perkahwinan di Kota Naga. Ketibaan rombongan Sultan Zahiruddin ini dikhabarkan diiringi tentera-tentera Islam, Portugis (Bugis), dengan jumlah ribuan, membawa panji-panji Islam bersama tentera bergajah dan berkuda.
Dalam sejarah India baginda Sultan Bahadur Syah ini dikenali sebagai Sultan Zahiruddin Babur Syah dan di Siam Islam Ayuthia baginda dikenali sebagai Maha Tammaraja. Jika berdasarkan Undang-Undang Kedah baginda sepatutnya digelar Syah Alam yang Maha Mulia Zahiruddin Babur Syah. Baginda ada membina Istana di Nakhun Si Thammarat di mana Thammarat itu adalah Thammaraja. Sejarah Thailand hari ini hanya menyebut Maha Tammaraja sahaja dengan itu pengkaji sejarah tidak dapat menyiasat siapa Maha Tammaraja ini dan beranggapan baginda adalah Raja Siam sahaja. Di zaman Maha Thammaraja, sejarah thailand mengatakan bahawa Ayuthia berada dibawah takluk Burma, pada hal sebaliknya.
Mungkin juga ia bertujuan untuk menutup bukti bahawa Kerajaan Ayuthia dahulunya adalah diterajui oleh pemerentah yang beragama Islam. Kalaulah diketika itu Ayuthia ini tidak beragama Islam, sudah pasti ia akan diserang oleh Kerajaan Monggol Islam dari India ini, tetapi ini tidak pernah berlaku. Untuk kita mengatakan Kerajaan Ayuthia itu kerajaan Buddha dan pandai berdiplomasi politik ketika itu adalah karut. Ia sebenarnya adalah sebahagian dari Empayar Monggol Islam India. Kenapa ini tidak berlaku di Thailand hari ini, terutama sekali di Patani?, dimanakah diplomasi politik yang dibanggakan dahulu? mudah sahaja, sebab dahulunya Ayuthia adalah kerajaan Siam Islam.
Terdahulu, Empayar Monggol India menjadi besar berikutan perkahwinan baginda Sultan Bahadur Syah dengan Tunku Nur Aisyah yang menjadi Maharaja Perempuan Ayuthia. Tunku Nur Aisyah ini disebut sebagai Aisyah Begum di India, Bayyinaung di Burma dan sebagai Mah In Inta Tiral di Ayuthia. Hari ini pun keluarga Begum di Malaysia dianggap sebagai keluarga kerabat yang teratas dan dengan bahasa yang lembut dan teratur. Tahukah saudara/i pembaca semua, bagi menutup sejarah, Mah Inta Tiral ini disebut sebagai seorang king dalam sejarah Thailand hari ini?
Perkahwinan Sultan Bahadur Syah dengan Tengku Putri Nur Aisyah memperolehi 4 orang putera iaitu,
1) Syah Alam Yang maha Mulia Nai Hisbu Madazam Syah, bergelar Inta Raja II Song Tham Ayuthia.
2) Syed Hassan, Santubong menjadi Sultan Borneo. San-tu-bong bermaksud Hassan-pegang-pemerentah.
3) Shaari Panjang bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah, Raja Pagoh Johor termasuk Riau. Ri-au bermaksud Shaari Panjang.
4) Penggiran Mustapha Kecil Bongsu, Sultan Berunai bergelar Prasat Thong. Phrasat Thong ini sewaktu menjadi Raja Ayuthia pernah menyerang Patani diatas sebab-sebab tertentu. Ini yang saya katakan konflik dalaman dalam wilayah Benua Islam Siam Nagara Kedah pernah berlaku.
Walau bagaimana pun salasilah diatas, membuktikan kewujudan nama Sultan Bahadur Syah ini dan ia sememangnya ada dalam rekod kesultanan raja-raja di Nusantara cuma ia dikelirukan atau mixed up sahaja.
2 comments:
Ada satu budaya dalam masyarakat Melayu berbahasa Siam di Kedah yang ada kena mengena dengan India iaitu "Gendang Keling".
Gendang Keling ini dimainkan dalam upacara perarakan pengantin atau pembesar yang melawat kampung.
Gendang ini sebenarnya gendang silat yang diikat dan digantung dengan tali di tengkok. Bila digantung ini ada persamaan dengan muzik orang Punjabi.
Alat muzik lain ialah gong dan serunai yang sama dimainkan bersama gendang silat yang begitu sinonim dengan alam Melayu.
Sudah lama saya fikir bagaimana linknya dengan alam India. Jadi sekarang barulah saya tahu. Mungkin juga gendang ini ada dimainkan masa perkahwinan di Kota Naga dulu? Cuma kemudian peralatan muzik itu diubahsuai dengan peralatan tempatan - gendang silat, gong dan serunai.
Salmi
Ada juge ye nama sultan bahadur syah nie... terselit dalam sejarah kita,patut lah si Abil member aku yang menang Ultimate Warrior Championship tu macam mamamk sikit-sikit (he..he sori ar). Mulanya aku ingat dia asal dari penang rupa-rupanya dia asal dari Patani.
Syok anaianai 1,2,3 dan 4, tunjuk lagi bukti walau kecik mana pun biar semua orang tahu sejarah bangsa melayu yang cuba dilenyapkan ini.. Tak heran lah kita merdeka 50 tahun boleh menjadi bangsa yang maju berbanding Burma, Indonesia, Taikland..oops.. dan sebagainya. Patutlah pelarian ni semua dulu lari ke Malaysia sebab ada kaitan sejarah rupanya.
Post a Comment