Saturday, September 15, 2007

BANGSA RAJA NYAJUD

Kami ingin menceritakan semula sejarah Nyajud ini dengan tujuan untuk melihat semula sejarah bangsa Islam keturunan Siam, bukannya prajudis pada mana-mana agama. Kami percaya, semua agama mengajak kepada kebaikkan, yang menjadi masalah ialah sikap penganut agama sahaja. “Nyajud” adalah dari bahasa Siam bermaksud, jangan berhenti. Jangan berhenti ini ialah, jangan berhenti dari menyembah berhala dan melakukan kerja-kerja khurafat.

Sikap bangsa Raja Nyajud sebagai bangsa yang zalim, menggunakan kekerasan, mengganas dan merampas harta benda bangsa lain, membunuh dan sebagainya ada di terangkan dalam kitab Al-Quran jauh lebih awal. Sejarah juga telah membuktikan kekejaman mereka apabila mereka menyerang negeri Patani dan Kedah. Tahanan perang diikat telinga (ditebuk) secara berangkai dengan menggunakan rotan, diikat pada pucuk rebong yang sedang tumbuh, kanak-kanak dan orang-orang tua di pancung, ibu yang mengandung ditoreh perut untuk melihat anak dalam kandungan sebagai taruhan perjudian mereka. Kisah ini, walau tidak diperkatakan oleh orang Melayu dinegeri lain, masih diingati oleh penduduk-penduduk di Kedah, Kelantan dan Perlis hari ini.

Janji Allah dalam Surah Al-Kahfi akan pasti dikabulkan,

Ayat 98, (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.

Ayat 99, Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.

Ayat 100, Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata.

Kota Ayuthia Shahrul Nuwi yang di bina pada tahun 1350 masihi oleh Rama Tibodi I, Sultan Mandalika Mad Zafar Syah ibni Sultan Mohammad Syah Yang Adil (bergelar Narasuan,yang mana wang emasnya di simpan oleh Muzium Negeri Kedah) telah ditutup bukti keislamannya dan dikatakan pula raja-raja siam itu bukan beragama Islam. Hari ini pun di sekitar runtuhan bandar Ayuthia terdapat ramai penduduk yang beragama Islam tetapi mereka diwajibkan menggunakan nama Thai. Anehnya, mereka ini takut memperkatakan sejarah mereka, bercakap sebagai responden pun dengan berbisik-bisik sahaja.

Sekiranya thai itu bermaksud bebas, mengapakah orang-orang islam disana dilarang menggunakan nama Islam, sedangkan rakyat bukan islam di Malaysia dibenarkan menggunakan nama mengikut kepercayaan masing-masing. Itu baru bebas namanya. Tidakkah mereka tahu bahawa keturunan Raja Rama Chakri I – VI telah gagal membunuh kesemua waris Maharaja Benua Islam Siam. Mereka ini masih ada dan akan terus membuat pendedahan berdasarkan wasiat yang di simpan dan bukti penulisan demi kebenaran agama Islam.

Rama Tibodi I, Sultan Mandalika Mad Zafar Syah Kedah telah membina Kota Dinasti Ayut’ia pada tahun 1350 masihi dan sehingga pada zaman Cau Pija Boromoraja V Ekataat, Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia tahun 1767 masihi didalamnya siap terbina 21 buah masjid untuk penganut agama Islam menjalankan ibadah. Pihak Tentera Raja Bangsa Thai Burma (Kerajaan Buddha Lanna Thai) mengusir Maha Raja Benua Siam Islam dari Ayut’ia dan baginda kembali ke Ligor dan kemudiannya ke Kedah. Baginda dibunuh dalam tahun musuh bisik 1821, 54 tahun setelah Ayuthia ditawan thai.

Pada tahun 1782 masihi mereka melantik Jeneral Tentera Sokho Thai menjadi Raja Bangsa Thai dan di gelar Rama I Chulalok, Chakri Sokho Thai. Mereka meroboh tamadun Maha Raja Benua Siam Islam dan membina patung-patung Buddha di dalam Kota Ayut’ia Siam. Alhamdulillah mujurlah Masjid Ton Sun Bangkok yang dibina oleh Raja Siam Dinasti Ayut’ia Rama Tibodi I Sultan Mad Zafar Syah Kedah pada tahun 1350 Masihi masih wujud dan sekali gus menjadi bukti kehebatan agama Islam dizaman Maharaja Benua Islam Siam Kedah memerentah dari Ayuthia.

No comments: