Sunday, September 16, 2007

ASAL USUL BANGSA SIAM – BAHAGIAN II

Oleh TNL Kasim Ibni TNL Ahmad

Sejarah berlaku dimana tentera Benua Siam tersebut berangkat datang lebih awal ke Tanah Melayu Kedah dan menunggu Raja Merong Maha Wong Ser yang datang kemudian. Kedatangan Raja Merong Mahawangsa bukannya dengan menaikki perahu atau kapal kecil tetapi diiringi oleh beribu orang tentera dan berpuluh-puluh kapal laut. Apabila tiba dalam tahun 175 hijrah, baginda telah mendapatkan maklumat daripada tentera Islam Benua Siam Kedah yang telah mendaki gunong tersebut sebaik tiba (sekitar kawasan Yan).

Mereka memaklumkan bahawa mereka telah terjumpa runtuhan bangunan Istana Ayut’ia milik Wali Al-Mustapa yang pernah di tenggelami oleh air laut pada zaman Nabi Noh Alaihissallam dan sebuah Masjid di puncak gunong tersebut (tapak istana ini masih ada di km3 Gunung Jerai dan sementara masjidnya telah diroboh dan dibina ‘rest house’ oleh penjajah inggeris). Sebaik tiba dan mendarat di daerah Yan, Merong Maha Wong Ser bertanya dalam bahasa Siam kepada tenteranya yang datang menyiasat lebih awal, “Joo-rai?” bermakna, “siapa-duduk?”. Lantas, hingga ke hari ini gunong tersebut dikenali sebagai Gunong Jerai. Saya sendiri telah pergi melawat istana tersebut, masih ada lagi kelihatan 'tile' dan anak tangganya. Kenapa tidak dibuat kajian atau carbon dating?. Tahukah saudara/i bahawa batu bersuratnya, tertulis "Aey ne (Ini)...", dibawa ke Muzium Taiping oleh Inggeris tapi terus dibenamkan kisahnya.

DARI BLOG NAIM FIRDAUSI,
Dalam tahun 1939, H.G.Q. Wales telah melawat dan mengenal pasti Gunung Jerai sebagai tapak 9[1]. Menurut beliau terdapat sembilan pediang-pediang mazbah Navagraha atau 9 bintang astronomi Hindu (jangan percaya pendapat penjajah ni). H.G.Q. Wales turut menemui beberapa ketul bata yang dirujuk sebagai Class 2, iaitu ketulan bata yang lebarnya kurang dari 7 inci, diperbuat selepas tahun 900 Masihi[2].

Menyorot penemuan jenis ketulan granit, bentuk batanya agak menarik. Setiapnya kelihatan dalam potongan serong kira-kira 14 × 7 × 2 3/4 . I.H.N. Evans dan H.G.Q. Wales langsung tidak menyebut inskripsi Arab 'in situ' kerana blok serong yang diukir itu telah disimpan di Muzium Taiping pada tahun 1894[3]. Inskripsi ini tinggal dalam tanda tanya dan misteri. Walaupun blok itu telah di jaga rapi, mengapa pula G.A. Lefroy atau F.W. Irby memencilkan dan menyepikan penemuan ini dari hebahan.[4]

[1] H.G.Q. Wales, “Archaeological Researches,” hal. 21
[2] Ibid, hal. 45
[3] Zakaria Ali 1946, Islamic Art in Southeast Asia 830A.D – 1570 A.D., Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 195
[4] Ibid
....................................................................................

Baginda lantas mengarahkan penempatan baru segera dibuka dikawasan rata bersebelahan yang mana hari ini dikenali sebagai Sungai Mas. Meraka membina candi-candi yang sebenarnya merupakan kubu-kubu tentera Benua Siam Islam Kedah dan membina sebuah kota yang dikenali sebagai Kota Kuala Muda dan sebuah Istana di Sungai Mas (Lembah Bujang dalam daerah Kuala Muda Kedah berhampiran Sungai Petani hari ini). Bahan binaan Kota Kuala Muda, bata leper dan lebar, sama saja dengan bata yang digunakan untuk membina candi yang dijumpai di Lembah Bujang. Tulisan ayat suci Al Quran pada arch pintu gerbang tersebut telah dipahat buang (lihat gambar dibawah).

Merong Maha Wong Ser bertanya kepada bapa mertuanya iaitu Wali Allah, Syed Jamal Al Jafri berkenaan istana yang dijumpai oleh tenteranya di atas gunong Jerai tersebut. Syed Jamal Al Jafri menceritakan kisah Nabi Noh seperti mana tertulis di dalam Kitab Al-Quran. Surah Hud ayat 40- 48. Syed Jamal Al Jafri menceritakan kepada menantunya, Merong Maha Wong Ser kisah anakanda Nabi Noh yang beriman pada Allah, bernama Wali Al Mustafa yang bersemayam di istana Ayut’ia Gunong Jerai Kedah dan Iskandar Zulkarnain, Raja Saiman China adalah dari keturunan Putera Nabi Noh Wali Al Mustafa yang bersemayam di Istana Ayut’ia di Gunong Jerai Kedah. Istana dan masjid ini lah yang menjadi milik Wali Al Mustapa sebelum banjir besar menenggelamkan gunung tersebut.

Puteri Syed Jamal Al Jafri yang bernama Sharifah Mariam Pinang Tunggal (Tok Soh) adalah permaisuri kepada Raja Merong Maha Wong Sa. Di kawasan Sungai Mas, sememangnya ada sebuah istana di atas sebuah bukit bernama Bukit Mariam akan tetapi dibuat cerita tahyul pasal Meriam yang besar jatuh kedalam sungai pula. Istana disitu dikatakan milik Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin halim Syah. Tengok lah sendiri, istana zaman bila, raja daerah tadi zaman bila pula, tak ada kaitan langsung. Perkahwinan Merong Maha Wong Ser dengan Sharifah Mariam Pinang Tunggal (pi-nang-tung-gal bermaksud, jadi-permaisuri-tunggak-negara) dikurniakan seorang Putera bernama Syed Jamalul Alam Badrul Munir dan digelar dalam bahasa Siam sebagai Phodiset. “Pho-diset” bermakna “lelaki-terbaik”.

Phodiset apabila dewasa telah memperluaskan empayar ayahanda baginda. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, baginda telah membuka negeri baru dan di namakan negeri itu Siam Lanchang yang kini terletak dalam negara Thailand (lihat peta, terletak di utara Bangkok sebelah kanan). “Lanchang (lan-chang) bermaksud “Gerak Bijak”, satu tindakan kearah dakwah Islamiyah tanpa pertumpahan darah. Siam Lancang adalah sebuah negeri Islam dan bersambung dengan wilayah ayahandanya di Kedah yang meliputi seluruh semenanjung dan kemudiannya dinamakan Malaka (tengok peta lama). Ma-la-ka bermaksud marilah niaga dan ma-la-yu bernaksud, marilah duduk sini.

Perkataan Lanchang ini, masih lagi digunakan sepertimana lagu melayu, ‘Lancang Kuning’ belayar malam, haluan menuju ke laut dalam, kalau nakhoda tidaklah faham, alamat kapal akan tenggelam. Kenapa tak dikatakan lancang hijau atau biru? Mudah sahaja, kuning adalah warna Maharaja China, lebih dulu digunakan maharaja mereka berbanding raja-raja Melayu. Saya katakan disini, orang-orang Melayu dulu sememangnya pandai, maksud mereka tersirat dan mendalam. Yang bodohnya mereka-mereka hari ini (bukan saudara/i) yang banyak pakai logik dalam kehidupan seharian dan enggan menerima hakikat sejarah realiti bangsa sendiri. Antara lain, senikata lagu rakyat, "akan ku rampas walaupun di mulut naga" (perebutan kakasih) menunjukkan kepercayaaan sebegitu tetap ada dalam masyarakat kita zaman dahulu.

Thailand hari ini adalah sebahagian dari negeri Siam Lanchang Islam di zaman “Podiset” Syed Jamalul Alam Badrul Munir (lihat gambar dibawah). Negeri Siam bukan dibuka oleh Raja Chakri Rama I Chulalok, bukan dibuka oleh Raja Khamheng Sukuthai tetapi oleh Raja Siam Islam bernama Podiset Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa. Dari mereka lah turunnya Tengku, Syed, Syarifah, Wan, Nik, Megat, Meor, Nyak, Long, Raden, Koya, Ngah dan kita semua orang-orang melayu pada hari ini.

Sekiranya keturunan kita tidak berkahwin campur dengan mereka dahulu kerana berada jauh di pedalaman, mungkin, saya kata mungkin, agaknya kita hari ini jadi seperti orang-orang Penan di Borneo, masih lagi memakai cawat. Renungkanlah. Seterusnya anakanda baginda, Saiyidina Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir menjadi Raja di Acheh dalam tahun 222 hijrah bersamaan 812 masihi (lihat gambar makam didalam hutan) seperti mana tercatat di dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan Undang-Undang Kedah, Transliterasi Teks Penyelenggara Mariyam Salim, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur, 2005.

Dengan sebab itulah Hikayat Merong Mahawangsa ini dirampas lalu dibakar oleh penjajah Thai dahulu sewaktu menyerang dan membunuh Syarif Yang Di Pertuan di istana Kota Meang Kuang dahulu, takut diketahui umum kisah sejarah sebenar.
Baca di sini,
http://naim-firdausi.blogspot.com/2007/05/arahan-membakar-hikayat-merong-maha.html

Puak Thai yang tidak dijemput ke blog ini mengatakan kami meng'hijack' sejarah mereka, pada hal mereka lah penyamun yang mencuri sejarah bangsa Melayu keturunan Siam hari ini. Mereka membuka blog lain untuk menghentam kami sebab mereka takut dan bimbang rahsia ini diketahui umum. Tulisan mereka tidak ada isi, malah maki hamun dan terjemahan bahasa thai dikelirukan dengan bahasa Siam. Mereka sendiri tidak tahu identiti mereka. Nampak gayanya, puak Nyajud (Yakjuj) ini masih lagi menjalankan kerja-kerja datuk nenek mereka zaman dahulu. .

Bagi yang baik dan mengetahui, mereka tidak mahu mengaku mereka orang thai tetapi tetap berpegang mereka adalah orang siam, sebab itu adalah hakikat sebenar sejarah, dan mereka pun tahu. Kami sanjung tekad anda kerana walau hari ini kita berlainan agama tetapi kita tetap sebangsa asalnya, iaitu bangsa Siam yang pernah menjadi rakyat Nagara Benua Islam Siam Kedah. Lihatlah sendiri rupa paras anda, penguasaan bahasa Kedah anda, tidak bezanya dengan orang Melayu disini. Situasi yang sama boleh kita lihat di Indonesia dimana bukan semua orang Melayu berketurunan Jawa itu beragama Islam. Ini jelas.

Sekarang ini saya mohon kerjasama semua pembaca diblog ini sila hebahkan, kepada semua rakan-rakan, saudara mara, semuanya patut dan berhak tahu kisah sebenar bangsa kita, jangan ditutup lagi kerana ramai penduduk di Thailand termasuk pemimpin mereka sudah tahu, melalui kajian mereka sendiri. Tak ada apa yang perlu ditakutkan, kita bangsa yang merdeka. Hebahkan semasa pekena teh ke, kenduri kendara, berjumpa dihari raya dll. Sila hebahkan atau jadikan topik perbincangan. Di persilakan print dari blog ini muka surat tersebut, tapi jangan lupa untuk jemput mereka datang, bagi pihak kami ke blog ini.

Kembali kepada sejarah, Makam Saiyidina Ali Wal Maulana Jamalul Alam Badrul Munir terletak di Makam Langgar Tanjong Inggeris Kota Setar Kedah, tidak jauh dari makam cucundanya, Syeikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah. Batu nisan bertulis huruf Kawi Siam dengan nama Shiekh Abdul Khadir Hussin Syah Ali Rah bersamaan tahun 904 masihi, juga dari keturunan baginda masih jelas tertera di batu nisan. Di kawasan ini masih terdapat kubu candi tentera Benua Siam Islam Kedah yang tidak diroboh oleh penjajah dahulu. Kenapa Persatuan Sejarah Negeri Kedah tidak datang menyiasat?

4 comments:

Salmi said...

Saya ada 2 persoalan:
1)Siapakah dia Dewa Sura pemerintah Siam di Pahang ketika Pahang ditakluk oleh Melaka?

2)Siapakah Sri Maharaja Siam dalam puisi "Syair Kedatangan Sri Maharaja Siam di Betawi" terbit sekitar 1870-an?

anaianai said...

1)Susah kalau tak tahu tahun ni. U tahu tahunnya berapa?
2)Kalau tahun 1870an tu, Raja Thai Chululongkorn.

Salmi said...

1)Tahunnya selepas 1459, tapi ini ikut versi sejarah Melaka semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah.Puteri Dewa Sura bernama Wa Nang Sari dikahwinkan dengan Sultan Melaka tersebut.
2)Ini maknanya Chulalongkorn ada melawat Betawi di Pulau Jawa.

hantamsajalah said...

just nak clarification,

kenape kat meriam2 lama yg ada dalam blog ni tarikh yg diguna tahun gregory, bukan hijri? cthnya 1623

adakah kita buat sendiri atau belanda/orang lain yg buatkan utk kita?

tuan dah tengok cerita queen of langkasuka? boleh tak review sket dari sudut fakta sejarah... buat la special entry..

TQ.