Oleh T. Nai Long Kasim Ibni T. Nai Long Ahmad
Saya ingin menceritakan semula sejarah bangsa Siam Islam agar dapat dijadikan rujukkan dan penyelidikkan oleh peminat sejarah di Malaysia kemudian hari, sepertimana diwasiatkan kepada saya hampir 50 tahun yang lalu. Artikel-artikel kami sebelum ini telah menegaskan dengan lantang, bahawa bangsa Thai di Thailand hari ini bukanlah berasal dari bangsa Siam Islam yang kini menetap di negeri-negeri di Utara semenanjong Malaysia. Sejarah bangsa Siam ini (Xi'an, Chinese: 西安; pinyin: Xī'ān; Wade-Giles: Hsi-An; Postal System Pinyin: Sian; Portugese: Siam) seperti yang diwasiatkan kepada saya, ada tercatat didalam Al Quran. Kita teliti Al-Quran, surah Al Khafi ayat 94 – 98 seperti berikut,
Ayat 94, Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
Ayat 95, Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
Ayat 96, Bawalah kepadaku beberapa ketul-ketul besi”; sehingga ketika besi-besi itu telah menyamai kedua-dua tebing gunung itu dia berkata, Hembuskanlah api! Ketika api itu telah menjadi sebagai api dia berkata pula: Bawakanlah kepadaku hancuran tembaga , supaya ku tuangkan diatasnya.
Ayat 97, Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
Ayat 98,(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.
Izinkan kami menceritakan sejarah yang kami ketahui. Walau ada banyak 'version' yang kita boleh baca hari ini, izinkan kami menceritakan 'version' kami pulak. Bagi kami Surah Al Kahfi menceritakan sejarah Raja Iskandar Zulkarnain (Cyrus the Great) pendakwah agama Allah dari bangsa Siaman China. Perkataan “China” (Chey Na), adalah dari bahasa Siam bermakna “Datuk Petunjuk” yang bermaksud pendakwah agama yang memberi petunjuk agama Allah kejalan yang benar dan lurus. Bangsa Siam ketika itu adalah satu bangsa di negeri China, tinggal disebuah tempat bernama Saimen (xian) dizaman pemerintahan Raja Iskandar Zulkarnain. Orang-orang Arab dizaman dahulu menggelar bangsa Saimen ini sebagai Sumu Ul Amir. Sumu Ul Amir bermakna “satu bangsa darjat yang tinggi berketurunan raja”. Gelaran ini diberikan oleh kerana Raja Siam Iskandar Zulqarnain adalah berasal dari keturunan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Daud yang di anugerahi oleh Allah SAW kitab Zabur.
“Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripada nya”, Surah Al Kahfi, ayat 90.
Allah telah memerintahkan Raja Iskandar Zulqarnain supaya menyampaikan agama Allah kepada kaum yang zalim dan syirik, menyembah-berhala dan saling berbunuh-bunuhan diantara satu sama lain. Apabila Iskandar Zulkarnain sampai di Asia, dua bangsa yang bermusuhan saling bunuh membunuh antara mereka ialah bangsa Nyajud (Buddha) dengan bangsa Majud (Confucius). Iskandar Zulqarnain dan pengikutnya telah berjaya menyampaikan agama Allah kepada bangsa Majud seterusnya menjadi raja kepada bangsa Majud tersebut. “Majud” dalam bahasa Siam Kedah bermakna “mari berhenti”, iaitu berhenti dari melakukan kerja-kerja khurafat dan sebagainya. Bangsa Majud menerima agama Allah apabila seruan agama tiba dibawa oleh Raja Iskandar Zulkarnian dan pengikut-pengikutnya.
Hadis riwayat Imam Ahmad menerangkan Yakjuj dan Makjuj bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah penduduk Asia Tengah. Ada ulamak mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dari benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90, sampai ‘di tempat terbit matahari’ atau timur dunia. Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul. Kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus ada sehingga ke hari ini tetapi dipisahkan daripada dunia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu. Huraian hadis diatas bagi kami adalah benar jika kami rujuk kepada wasiat yang sedia ada.
Allah mengilhamkan kepada Raja Siam Iskandar Zulqarnain untuk membina penghalang yang mana pada hari ini, kita semua kenali sebagai Tembok Besar di negeri China. Tempat bersemayamnya Raja Siam Islam Iskandar Zulkarnain digelar dalam bahasa Siam Kedah sebagai Siamen. Siamen ini bermaksud “kawasan dia”.
Dari kitab Al-Quran surah Al-Khafi ayat 96 diatas, menceritakan secara tersirat bagaimana Allah mengujudkan satu makhluk untuk membantu Raja Siam Iskandar Zulqarnain China membina tembok besar dan ia menghembuskan api kepada bangsa Nyajud yang mengganas ketika itu. Apakah makhluk ketika itu yang boleh menghembuskan api kalau bukan Naga (Na Ghka) yang dijadikan oleh Allah. Sekiranya makhluk itu tidak ada, pasti orang tidak akan sebut sedangkan kita tahu Burung gergasi yang membawa batu dari neraka pun mampu dijadikan oleh Allah, memusnahkan tentera bergajah. Dalam bahasa siam Na-ghka bermaksud, Datuk-Bunoh. Dengan itulah orang-orang China menjadikan Naga sebagai lambang kekuatan Maharaja China. Apabila Raja Siam Iskandar Zulqarnian siap membina sebahagian Tembok Besar China, bangsa yang menolak agama Allah iaitu Nyajud telah berpindah dan melarikan diri ke Tibet di utara India. Tibet tempat bangsa Yajuj ini tinggal, dalam bahasa Siam bermakna, “tempat (ber)himpit sempadan (dengan bangsa Siam)”.
“It used to be thought that, before the 13th century, Tais had dominated a kingdom called Nanchao in Yunnan, but had been dispersed southwards by a Mongol attack in 1253. Scholars no longer hold this theory. Instead the evidence suggests long, slow Tai migration over many centuries, beginning in western China, or even further north, and spreading southwards from the 7th century (malah,lebih awal lagi)”. History of South Asia, Asean Focus group.
Bangsa Majud terus menetap dan menjadi bangsa Saimen di negeri China. Peperangan dan serangan sering berlaku dan telah membawa kepada beberapa siri perjanjian (sila Yahoo search; history of tibet china conflict). Dari bukti buku sejarah “Peradaban Dunia” oleh Yew Chee Wai,ms 22 & 23, Empayar Chin telah di asaskan oleh Maharaja Siamen China Shih Huang Ti (Qin Shih Huangdi, 221 SM) dan meneruskan konsep pemerintahan Raja Siam Iskandar Zulkarnian dinegeri China. Maharaja Shih Huang Ti mengikut sejarah ini dikatakan sebagai bukan islam. Akan tetapi sewaktu memerentah, baginda telah menghapuskan buku-buku ajaran Confucuis dan menyambung semula kerja-kerja pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dimulakan oleh Raja Iskandar Zulkarnian. Kenapa pula buku Confucius yang dimusnahkan?, kerana puak Nyajuj telah berpindah ke Tibet dan saki baki pengikut Confucius masih lagi ada di Negeri China ketika itu.
"Other schools of thought and philosophy were outlawed, especially Confucianism. Many of its teachers were executed and their books burned. By 221 B.C. Ch'in Shih-huang-ti had conquered his rival states and unified China. In an effort to reinforce the idea of a unified China, Ch'in Shih-huang-ti instituted a program to standardize the Chinese language, as well as measurements for width and length, and a series of roads and canals were built to converge on the capital city of Xianya".
"To protect his state from a Hunnish tribe of people to the north known as the Hsiung Nu, Ch'in Shih-huang-ti embarked on an amazing effort to connect the walls and fortresses, created during the Warring States Period, to protect his kingdom. The result was the Great Wall of China. It spanned, not including its many branches, 4,160 miles (6,700 km), and is one of the largest manmade features on Earth."http://www.bookrags.com/research/chin-shih-huang-ti-scit-011234/
Kenapa baginda bertindak sedemikian rupa kalau bukan kerana baginda sudah mempunyai pendirian keagamaan malah cuba mencari kehidupan abadi namun gagal menemuinya. Adakah pengetahuan mengenai kehidupan abadi diketahuinya melalui peringkat awal agama Islam dahulu. Pendapat kami mengatakan Empayar Chin (di eja, Qin) ini bermula dari perkataan ‘Jin’, satu makhluk yang mungkin turut membantu pembinaan tembok besar negeri China, membina makam askar terracota dan makam baginda yang besar membukit, membentuk seperti piramid.
Makhluk Jin (bahasa Inggeris, genie) ini sememangnya kita ketahui boleh terbang, bertenaga dan ada yang beragama Islam dan ini mungkin menyebabkab seni mempertahankan diri orang-orang China mempunyai aksi-aksi sedemikian rupa. Kita pun pernah mendengar kisah-kisah ulamak-ulamak Karamah dan orang-orang Islam Maunah zaman dahulu yang boleh pergi mengerjakan haji dalam sekelip mata sahaja, pedang terbang dizaman kekacauan tahun 1969, angkatan perang fisabillilah yang ghaib dibawah dua Kalimah Syahadah terdiri dari tentera alam atas dan bawah dll. Ini kami tiada bukti, sebab tidak boleh difikirkan oleh akal logik yang bersifat ‘la hawlawalla’ ini. Ia sekadar mahu menceritakan kepada pembaca disini untuk direnungkan sahaja. Akan tetapi kita harus ingat, sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada benda-benda yang ghaib ini (lihat Rukun Iman) kerana Allah pun Ghaibulguyup. Kalau kita tak percaya, mungkin kepercayaan kita kepada Allah akan terjejas juga. Walau bagaimana pun anda boleh membacanya di sini,
http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg37824.html
Masa pun berlalu beberapa abad lamanya dan agama Allah menjadi pudar semula di negeri China(700 tahun lebih). Sehinggalah tiba pada zaman junjungan kita, Nabi Mohammad SAW, Saad Bin Waqas telah diutuskan ke negeri China untuk mengislamkan Maha Raja Siamen China, Sai Ti Song (650 masihi). Maha Raja Siamen China Sai Ti Song dengan mudah telah menerima agama Islam kerana telah mengetahui kisah Raja Zulkarnian yang pernah diriwayatkan oleh orang-orang tua mereka semenjak zaman berzaman dahulu. Baginda memerentahkan putera baginda Maharaja Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong untuk membina Masjid Khen Jang di Negeri China.“Khen Jang” (Qinqiang, rujuk daerah Shaanxi di China) adalah dari bahasa Siam bermakna “naik jangkah”.
Maha Raja China Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong pula kemudiannya telah memerintahkan kepada putera sulongnya, Raja Merong Maha Wong Ser untuk pergi berdakwah Islamiyah ke Semenanjung Tanah Melayu manakala putera keduanya yang bernama Song (nama penuh tidak diketahui) pergi berdakwah Islamiyah ke Vietnam (bagi yang berminat elok juga siasat siapa Jayavarman I dari Empayar Chen La). Pesanannya kepada Raja Merong Maha Wong Ser, sekiranya anakanda sampai kepada satu gunong, dimana terdapat tinggalan istana dan masjid di punchaknya, maka, “anakanda telah pun sampai ke lokasi yang diriwayatkan terdahulu oleh nenek moyang kita”.Merong Maha Wong Ser dalam bahasa Siam bermakna, Naga Laut Pembesar Puak Tentera (bangsa Harimau).
Puak Tentera Merong Maha Wong Ser terbahagi kepada empat puak iaitu,
a) Ser-meang (Semang) bermaksud “Tentera Negara”.
b) Ser-kai (Sakai) bermaksud “Tentera Berniaga”.
c) Ja-khon (Jakun) bermaksud “Orang Perubatan”.
d) Bo-ro-mo”bermaksud “Puak Berpengetahuan Alim Ulama”.
Kami tidak mahu mengaitkan dengan orang-orang asli yang rata-rata terdapat di semenanjong, tetapi itulah hakikat sebenar maksud perkataan diatas. Raja Siamen China Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong memberi surat Kedah (watikah) kepada Puteranya Merong Maha Wong Ser. Sebelum baginda berangkat, tentera-tenteranya telah pun berangkat terlebih dahulu bagi mencari dan memastikan kawasan yang di maksudkan. Tentera yang belayar itu kemudiannya sampai pada satu gunong dan mendarat dikawasan Yan, Kedah (Prince of Yan?). Mereka kemudiannya telah mendaki puncak gunung tersebut untuk menjalankan siasatan.
Kedah dalam bahasa Siam bermaksud, “Surat Kuasa Pemerintah” (watikah).
Ser-ma-nan-jong bermaksud, Tentera-yang datang-lama-tergantong,
tha-naa bermaksud, menunggu-datuk
maa-la-yoo bermaksud, mari-lah-duduk
Bangsa Siam telah menuruti jalan kearah agama Allah semenjak dari zaman Nabi Noh Alaihissallam, berketurunan Wali Al Mustapa dan pengikut-pengikutnya. Malah bukit tempat bahtera Nabi Noh berlabuh setelah air bah surut, iaitu sebuah gunung di gelar Gunung Jodi mempunyai maksud dalam bahasa siam iaitu “tempat duduk yang selamat”.
Dari kitab Al-Quran surah Hud ayat 48, Allah menyuruh Nabi Noh turun dari bahtera dengan selamat di Gunung Jodi.
Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu. Dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya”.
Bangsa-bangsa lain yang turut tinggal di sekitar Gunung Jodi ialah seperti berikut,
Bangsa Iraq (E-raq) bermaksud “Kawan Baik”
Bangsa Turkey (Tutr-khey) bermaksud “Tegor Menegor (dalam Ahli Bahtera Nabi Noh)”
“Parsi” bermaksud “Bawa Kitab Seruan Agama Islam”
Bukti dari kitab Al-Quran Surah Al Khafi ayat 86, Allah memerintah kepada Raja Iskandar Zulqarnian menyeru ke agama Islam dengan membinasakan mereka kaum kafir atau menjadi tawanan.
“Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka”. Al Khafi, ayat 86.
Jika kita renungkan ayat diatas, untuk melihat matair yang hitam di daerah matahari terbenam (iaitu barat), sudah pasti Iskandar Zulkarnian ketika itu berada di sebelah timur.
Bahasa siam ini merupakan bahasa yang cukup lama dan telah digunakan zaman berzaman. Ia boleh menafsirkan beberapa sebutan yang mana tidak ada makna langsung dalam bahasa melayu hari ini. Ada pakar bahasa mengatakan ia adalah bahasa Pali yang kini sudah pupus penggunaannya. Bahasa Pali membawa kepada bahasa kawi membawa kepada jawi dan akhir sekali rumi sepertimana tulisan diblog ini. Begitu uniknya bahasa Siam ini, kami berpendapat ia haruslah dibuat kajian oleh pakar bahasa di negara kita hari ini. InsyAllah sudah ada pihak yang sedang mengusahakannya.
Nyajud dan Majud dari perkataan Siam Islam yang kami ceritakan disini berlaku sebelum zaman baginda Rasulullah SAW . Kelahiran kedua makhluk ini sewaktu dunia akan kiamat kelak adalah sesuatu yang kami tidak ketahui sepenuhnya, walaupun ada sedikit maklumat. Bukan disini tempatnya. Terpulanglah kepada pembaca untuk membuat penilaian kerana tugas dan amanah untuk menceritakan semula sudah dijalankan. Walau bagaimana pun, ada pendapat terbaru yang mengatakan Yakjuj dan Makjuj pada akhir zaman nanti merupakan makhluk yang dibawa balik oleh negara kuasa besar yang menerokai angkasa lepas. Wallahualam.
8 comments:
Sebab itulah raja-raja Melayu ni semua mengaku berketurunan Iskandar Zulkarnain.
Satu kemungkinan atau phomena yang ada logiknya. Kau pandai cakap Siam Kedah bukan? Sekiranya kau fikir ada pembetulan, kau tolong bagi tau aku.
Begini sy kurg faham ttg Raja Iskandar Zulkarnain dimana anda claim beliau berketurunan dari bangsa Saimen.Sedangkan bukankah beliau bkturunan Farsi dmana versi greek 'Cyrus the Great'?Bapa kpd Darius serta datuk kpd Xerxes the Great yg menyerang kjaan2 Aegean.Bila pendeta yahudi berniat buruk dgn menguji rasullullah S.A.W akan kesahihan kenabian baginda lalu ditanya ttg personaliti sorg raja iaitu Iskandar Zulkarnain yg sgt lama ditelan zaman & pendeta ni pastikan hikayat itu asing dlm masyrakat Arab,jadi pendeta yahudi rasa ianya takkan dpt dijwb nabi sekiranya baginda org biasa.Oleh itu bagaimana pula org2 Arab sedar akan kehadiran sorang raja yg hebat iaitu Iskandar Zulkarnain di kalangan bangsa Saimen di Xian China,sehingga mengelar bangsa Saimen adlah Summu Ul Amir(Bangsa berderjat tinggi bketurunan raja)?sudah tentu hikyat akan diturunkan dr generasi ke generasi dlm bangsa Arab,jika ini berlaku Pendita Yahudi takkan berani brtanya soalan yg mudah djwb itu.
Kemudian tembok China bukanlah tembok zulkarnain krn tembok Iskandar Zulkarnian dibuat dr Tembaga dan Besi ianya berada di wilayah antara Dagestan & Georgia.Sedangkan tembok besar China hanya dibuat dari pasir dan bata.Tembok Iskandar merentas dua bukit yg tinggi,sedangkan tembok besar China merentas banjaran gunung-ganang.Maka, tembok besar China tak menepati ciri2 yg disebut dlm Surah Al-Kahfi.Sy rase itulah sy dpat rumuskan.
1. Keturunan siam berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain yang datang dari Parsi dan menyerang negeri china, berperang dengan puak Yakjuj dan makjuj dan kemudiannya kembali.
2. Tembok besar yang saya maksudkan bukannya tembok besar negeri china yang kita sering tgk dlm gambar, dibina pada zaman Ming itu. Yang saya maksudkan ialah tembok besar yang dibina jauh lebih awal dari tarikh itu. Sheikh Huang Ti menyambung saje kerja-kerja pembinaan tembok itu. Carilah dalam internet, gambar pun ada.
ada yg kata gog and magog ni puak2 yahudi khazar (org yg memeluk agama yahudi..bkn yahudi asal keturunan)...yahudi khazar membawa kpd zionis arini
salam, salasilah melayu ni memang menarik... tahniah atas kerja keras ko
aku rasa raja iskandar bukan berketurunan nabi ibrahim dan daud jika dia siam, daud adalah anak kpd yaakub anak kpd ishaq anak kpd ibrahim, anak daud adalah sulaiman dan bawah keturunan sulaiman ni ada zakaria, yahya dan isa. ini susur galur yahudi.
kalu monggul dari geng-geng manchu mungkin ya. yakjuj dan makjuj ni anak kpd yafits anak kpd nuh. Begitu juga yunan.kalu tengok cerita cina puak han tak suka manchu yang memerintah mungkin sebab manchu islam dan han buddha.
kalu yakjuj buddha dan makjuj confius mana nak letak puak hindu. Buddha lahir dari agama hindu. hindu pun karut jugak. aku dok rasa yakjuj buddha dan makjuj hindu, pasal tu disebut yakjuj makjuj bukan yakjuj dan makjuj. disebut yakjuj makjuj sebab buddha hindu dalam aliran sama.
betul ke abdullah badawi ada dalam senarai...jangan tertambah sudah
apa pun tahniah,
aku pun siam... dari chenak
tapi saya duk tengok bangsa siam yang duk ada di perlis(jejawi,kubang tiga,arau -depa ni agama budha bukan agama islam spt yg diperkatakan olih saudara. Yang saya duk tengok beragama islam ialah orang melayu yang lama-lama dulu,depa ni bolih cakap siam lagi spt di napo,kg.titi kerbau changlun,kg titi tinggi perlis,so sy agak confius?
Puak Buddha tu mai sebagai tentera zaman negeri siam dh ditawan puak Tai Buddha, depa masih ckp siam la. Lepas pd tu baru disana ckp tai, bahasa puak raja tai, sini dok ckp siam lagi. Sb tu klu ada sapa yg nk jadi sami, kne belajar balik bhs tai sb depa dh ketinggalan.
Org melayu yg ada tak kira lama baru aih, bole lgi ckp siam sb siam ni islam. Dalam Sejarah Melayu, Undang Undang Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa pun dok sebut Benua Siam dan "..Raja Siam bukan org lain tapi saudara kita juga".
Katakanlah sebagai contoh, org cina yg datang ke Tanah Melayu ni depa rampas tanah melayu, lps tu depa mengaku depa melayu tapi depa ckp Mandarin. Kita org melayu yg ada kelompok disana sini semua dipaksa cakap Mandarin, bahasa melayu sikit2 org saja yg masih ckp. Begitulah yg berlaku di patani, Melayu yg tak boleh ckp melayu.
Org Melayu utara semenanjung ni masih ckp melayu sb ituah etnik mereka, itulah bahasa mereka sb mereka itu siam asalnya, hari ni dh jadi melayu. Begitulah juga org jawa disini pun dh jadi melayu walau pun bahasa jawa masih lagi digunakan di Malaysia..jgn tak tahu!!
Post a Comment