Saturday, September 15, 2007

BUKU SEMINAR “SHEIKH AHMAD QOMI AND THE HISTORY OF SIAM”.

Ayuthia sebagai sebuah pusat pemerentahan Islam tidak dapat di nafikan lagi oleh sejarah. Orang-orang Parsi turut menjadikan Ayuthia sebagai bandaraya mereka dan mendirikan masjid-masjid. Professor Plubplung Kongchana, Director Insititute Of Asia Pacific Studies, Srinakharinwirot University dalam kertas kerja bertajuk “The Historical Development Of The Persian Community In Ayutthaya”, ms 233/235,menulis seperti berikut,

“At the present, there Are 21 Masjid in Ayutthaya. Ayutthaya or Siam appeared as Shahri Nao (Shahrul Nuwi) which mean, the new city”.

Hamzah Fansuri turut datang ke Ayuthia untuk menuntut ilmu agama Islam kerana ramai ulamak Islam dari Parsi turut menetap disini. Selain dari orang Parsi, orang-orang Monggol Islam dari India turut menjalankan usaha perniagaan dan keagamaan. Mereka membina Istana Lopburi mengikut senibina Parsi malah hampir kesemua senibina yang ada adalah menggunakan seni hiasan Parsi. Kalau masyarakat majmuk sekali pun kenapakah senibina Parsi yang diamalkan dalam senibina Ayuthia. Raja Naresuan pula membina masjid Klong Srabua (hari ini masjid Nurul Amal) dan turut menyambut upacara penting dalam agama Islam dengan turut menghadirkan diri bersama rakyat.

Di muka surat 208 dan 209 mengenai Kerajaan Siam, Professor Srisak Vallipodom dari Faculty Of Archaeology, Silpakorn University, dalam syarahannya bertajuk “ The Roles Of Sheikh Ahmad Qomi In The Court Of Ayutthaya” menulis seperti berikut, “ I Want You To Consider A Short Piece Of Writing, composed By Somdej Praboworrayok Maha Surasinghanart”. He wrote,

LOST OF HONOUR AND LOST OF COUNTRY
LOST OF PALACE, LOST OF DYNASTY
LOST OF GLORIOUS PAST, BROKEN OF BLOOD LINE
CITY FOLKS ARE LOST COUNTRY FOLKS DECLINE


Terjemahannya,

HILANG MARTABAT DAN LENYAPNYA NEGARA
HILANG ISTANA DAN HILANG KETURUNAN
HILANG KEGEMILANGAN MASA LAMPAU LALU PUTUS PERTALIAN DARAH
RAKYAT DIBANDAR KEHILANGAN, RAKYAT DI DESA BERKURANGAN.


Beliau menulis lagi,
“When we study history, we usually stress on from where the Thai nation came. I feel that is a matter too far from ourselves. (Only) We will be able to give an answer from where we came”.

Jika kita membaca sejarah Thailand, penekanan banyak diberikan kepada kemegahan bangsa thai, padahal mereka pun tahu bahawa bangsa siamlah yang pernah menjadi tunggak kepada negeri Siam selama 417 tahun menerusi Kerajaan Islam Ayuthia, bukannya bangsa thai. Kisah Raja Sukhothai Ramakhamheng di Burma dijadikan tunggak dan diagong-agongkan dalam sejarah bangsa thai moden, turut mengesahkan lagi bahawa mereka hari ini adalah bangsa thai, bukannya bangsa siam. Ramakhamheng ini telah diberi amaran oleh Maharaja China Islam dari Dinasti Yuan keturunan Genghiz Khan agar tidak menggangu orang-orang Siam islam, dan ditetapkan sempadan antara mereka. Pembahagian ini membawa kepada sebuah negeri Islam pimpinan Rama Tibodi I, Sultan Mandalika Mad Zafar Syah pun mula berkerajaan di negeri Siam. Baginda adalah menantu Maharaja Yuan, meletakkan batu bersurat di Trengganu tertulis nama Raja Mandalika dan membina masjid binaan papan di Mandalay, sempena nama baginda.

Raja Mongkut pula telah mengukir batu bersurat Ramakhamheng dan kesahihannya dipertikaikan oleh sejarawan mereka sendiri dan sejarawan antarabangsa. Thailand berbangga ia tidak pernah dijajah padahal, bangsa thai yang berkata negeri Siam tidak pernah dijajah itu sendiri adalah penjajah kepada negeri Siam dan bangsa siam. Dengan menggunakan taktik licik mereka menggaburi mata rakyat mereka hari ini dengan sejarah palsu. Penguasaan bahasa Inggeris rata-rata lemah dikalangan rakyatnya yang begitu menekankan kepada bahasa utama, menyebabkan pengetahuan mengenai sejarah mereka menjadi kabur.

Disebabkan penaklukan yang dilakukan oleh Raja berbangsa Thai yang menjajah negeri Siam, bangsa Siam Islam dipaksa menerima agama Buddha jika tidak mahu menanggung padah (akibatnya di bunuh). Itulah yang dimaksudkan oleh Professor Srisak Vallipodom apabila beliau berkata, “Sekarang kita akan mampu memberi jawapan dari mana kita datang”.

Mengikut sumber kami di Bangkok, golongan intelek sudah faham sejarah sebenar Thailand dan ada usaha-usaha pihak tertentu disana untuk menukar nama Thailand kepada Siam semula. Nama Thailand adalah nama Inggeris kerana begitu baiknya raja mereka dahulu dengan penjajah Inggeris pada ketika itu menyebabkan mereka menggunakan perkataan “land”. Ia sepatutnya dinamakan Muang Thai, bukan Thai Land. Sekadar menukar nama sahaja, buang kulit bertukar pakaian tetapi isinya masih tetap sama adalah satu perbuatan yang sia-sia.

Golongan intelek di Thailand hari ini sudah tahu bahawa mereka pada asalnya berbangsa Siam bukannya bangsa Thai dan mereka dijajah oleh Raja berbangsa Thai bermula dari Dinasti Chakri Sukhothai, Rama I Chulalok pada tahun 1782 masihi. Beliau asalnya hanyalah seorang anak menteri dan menjadi Jeneral Tentera Raja Sukhothai dan dilantik untuk menjadi raja Ayut’ia Siam. Chulalok dalam bahasa Siam Kedah bermaksud, anak menteri.

Dari aspek sejarah, tidak syak lagi negara Thailand hari ini asalnya adalah negeri Siam dan merupakan wilayah Benua Islam Siam Kedah Kheag Tesh. Nama pemerintah terakhirnya walaupun terlindung disebalik gelaran dalam bahsa Siam (Boromoraja V Ekataat) ialah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia dari Maharaja Dinasti Ayut’ia yang ke 33, seorang pemerentah yang beragama Islam.

No comments: