Sunday, September 16, 2007

SEJARAH JORDAN DAN RUMAH KEDAH DI MEKAH

Kisah sejarah Raja Syarif Hussin yang diusir oleh kaum Arab Saudi dari Mekah pada tahun 1819 masihi adalah dirujuk. Syarif Abu Bakar Syah Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah Kheag Tesh telah menghantar tentera Benua Siam Kedah untuk mencari Raja Syarif Mekah yang telah diusir oleh mereka dengan pertolongan Inggeris. Arahan ini dibuat kerana tali kekeluargaan semenjak dari zaman baginda Rasulullah SAW dan dari keturunan yang sama iaitu Bani Hashim. Tentera baginda mendapati Raja Syarif Mekah selamat berada di sempadan di gelar dengan bahasa Siam, Jordan. Maksud jordan (jour-dan) ialah duduk di sempadan, iaitu sempadan negeri Mekah. Salasilah mereka inilah membawa kepada Raja Jordan hari ini, Almarhum Raja Hussain Jordan.

Pada tahun 1770 masihi Syarif Abu Bakar Syah (nama penuh), Yang Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah telah membina tiga istana di Bukit Jabal Khubis Mekah di zaman Raja Mekah Syarif Hussin. Baginda Syarif Abu Bakar, Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia telah diberikan tapak tanah istana tersebut berikutan pembahagian harta pusaka keturunan Bani Hashim (dari Sharifah Mariam Syed Jamal Al Jeffri). Selain dari tapak istana, baginda juga diberikan hadiah-hadiah lain termasuklah sebilah pedang.

Dua buah istana digelar rumah Kedah,

1) Istana pertama, tempat bersemayam Syarif Abu Bakar Syah Yang Pertuan Yang Maha Mulia, Benua Siam Islam Kedah sewaktu megerjakan haji ke tanah suci Mekah.

2) Istana kedua, tempat bersemayam adik ipar Syarif Abu Bakar Syah Yang Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah iaitu Paduka Seri Bungsu Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin (Zainal Abidin), yang juga menjadi Perdana Menteri Benua Siam Kedah. Permaisuri baginda pernah menjadi Raja Perempuan Ayuthia bergelar Phunimtharaja.

Sebuah istana digelar Rumah Legeh

3) Istana ketiga tempat bersemayam anak saudara baginda, Laksamana Datu Sultan Tunku Long Putera, Raja Legeh sewaktu remajanya baginda menuntut agama Islam disana.
Ketiga-tiga Istana tersebut dan kawasannya di Bukit Jabal Khubis Mekah di ambil alih oleh Kerajaan Arab Saudi dan memberi pampasan kepada bukan waris mutlak Syarif Abu Bakar Syah Yang Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Berlaku kekecohan wajib bagi Kerajaan Arab Saudi memberi pampasan tersebut kepada waris mutlak Syarif Abu Bakar Syah Yang Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Istana dan tanah tersebut bukan milik Kerajaan Negeri Kedah, Sultan Kedah atau kerabat di Raja Kedah yang memerentah hari ini.

Baginda semasa hayat tidak pernah mewakafkan tanah dan istana tersebut kepada sesiapa pun. Waris Sharif Yang Di Pertuan yang masih ada, selepas Sultan Jaafar Madazam Syah hingga ke hari ini membawa kepada TNL Kasim (mengikut zuriat lelaki paling sulong) dan beliau mengetahui mengenai perkembangan ini. Sultan Jaafar Mudazam Syah yang dibunuh secara mengejut di Gurun, Kedah dan kerajaannya ditumbangkan oleh pembelot dan rampasan kuasa, juga tidak pernah mewakafkan tanah dan istana tersebut. Apakah hak Sultan Abdul Hamid sebagai Sultan yang dilantik penjajah dalam tahun 1881 keatas tanah dan istana tersebut padahal ketika itu warisnya mutlaknya, TNL Haji Yassin masih ada.

Banyak lagi pesaka milik Sultan Jaafar Muadazam Syah yang dijaga oleh Perdana Menterinya, Tunku Kudin. Harta Pesaka ini menjadi milik waris Tunku Kudin kerana sejarah yang digelapkan, tiada tuntutan kerana di jajah oleh penjajah thai yang sentiasa mencari waris baginda untuk dibunuh, sebab itulah tentera mereka tidak dibenarkan balik, menjadi ‘spy’ dizaman Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan Kedah dan terus menetap disini menjadi rakyat Malaysia hari ini. Akan tetapi hari ini sudah mula ada tuntutan, pejabat agama sepatutnya membuka fail baru dan menjalankan siasatan sendiri, apa yang di tunggu lagi. Kepentingan siapa yang dijaga mereka dan bagaimana pula dengan hukum Allah.

Hadis Ibnu Abbas r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Berikanlah harta pusaka itu kepada orang yang berhak menerimanya. Sekiranya masih ada bakinya, berikanlah kepada lelaki yang paling dekat nasabnya dengan si mati”.

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin. Isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

1 comment:

mjcelica said...

salam..
saya ingin tahu, adakah sebilah pedang yg dimaksudkan adalah pedang yg pernah di tayangkan didlm jejak rasul berkenaan selatan tanah air?
menurut makcik saya, ketika tok saya tgk pedang tu, terus dia ckp" aku kenal sangat pedang tu, tp tak berani nak cakap". Saya cuma ingin tahu, sbb tak banyak cerita salasilah keluarga yg saya tahu setelah tok dan tokwan saya berpindah ke selangor. sekian.wassalam