Saturday, September 8, 2007

>>MERONG ITU NAGA LAUT@ NAGA BESAR

Dalam blog ini kami telah menceritakan semula sejarah dalam versi anak jati tempatan, bukan nya versi penjajah yang kita pelajari disekolah dan universiti dahulu. Tujuan kami bukan saja untuk melihat semula sejarah bangsa malah ingin anak Malaysia (semua kaum) pada hari ini berbangga menjadi anak Malaysia. Sememangnya kita boleh menyalahkan penjajah zaman dahulu akan tetapi sampai bilakah kita harus bertanggapan sedemikian. Kita sudah pun merdeka selama 50 tahun dan bebas melihat semula sejarah bangsa, berdasarkan kepada bukti-bukti baru, namun kita masih lagi tidak sanggup berbuat demikian.

Kami berpendapat bahawa segala rahsia sejarah bangsa Melayu hari ini tersembunyi dalam bahasa Siam yang masih lagi dituturkan di negeri Kedah termasuk Pulau Langkawi, Perlis, Kelantan dan sebahagian Prai. Bahasa Siam yang dituturkan di Utara semenanjong ini bukanlah bahasa Thai tetapi bahasa asal negeri Siam yang pernah memerentah Ayuthia Islam dahulu.

Bahasa Siam tidak lagi dituturkan di Thailand hari ini kerana perubahan dasar Thailand seperti Dasar Phibul Songgram dan Dasar Rathinayok. Pengenalan dasar ini telah menyebabkan nama negeri Siam ditukar kepada Thailand (1939) dan bahasa siam pupus di Thailand hari ini, tetapi tidak begitu di Malaysia. Ia masih lagi digunakan oleh orang Melayu di negeri-negeri utara semenanjong kerana kita tidak terikat dengan dasar-dasar ini. Kesimpulannya, kami katakan lagi disini bahawa Bahasa Siam tidak sama dengan bahasa Thai. Bagi yang mengetahui, ia lebih mirip kapada bahasa Melayu hari ini.

Masih ada lagi orang-orang Melayu di Kedah yang marah jika dikaitkan mereka dengan orang-orang thai atau mengatakan bahawa keturunan mereka dahulunya beragama Buddha dan baru sahaja memelok Islam. Mereka menafikan sekeras-kerasnya dan mengatakan sejarah kita telah diperkotak katikkan oleh penjajah yang tidak tahu membezakan antara bahasa Siam dan Bahasa Thai.

Namun begitu, siapakah mereka untuk dijadikan responden dalam mengkaji sejarah bangsa melayu dizaman dahulu (hari ini pun sama juga, lihat penulisan keiko). Penjajah telah pun merancang apa yang hendak ditulis dengan bantuan sekutunya, dengan itu sejarah silam kita menjadi seperti adanya hari ini. Begitu jahilnya kita hari ini, apa sahaja yang dijadikan bahan ketawa mengenai orang siam ini, sebenarnya kita mempersendakan berkenaan rumpun dari bangsa kita sendiri.

Memang tidak dinafikan ramai pengkaji sejarah kita enggan melihat kepada Bahasa Siam Kedah sebagai rujukan dalam pengkajian semula sejarah bangsa Melayu. Entah mengapa, mereka memandang ini sebagai tidak begitu penting atau mungkin mereka tidak tahu dan tidak mahu memahaminya.

Masyarakat Melayu kita hari ini di tengah dan selatan semenanjong boleh dikatakan tidak tahu langsung apa yang berlaku di Kedah disekitar tahun 1800 keatas kerana pada masa itu Selangor, Melaka, Singapura sudah pun berada dibawah negeri-negeri Selat. Mengikut pengalaman pembaca kita, yang mana bahasa melayunya pelat bahasa Siam, beliau pernah dipersendakan oleh rakan-rakan sebayanya di sekolah dahulu.

Dalam buku “Siam : Its Government, Manners, Customs & C”, ms 171,Rev N. A. Macdonald, 1871 memberikan beberapa contoh bahasa Siam seperti berikut,



Agak menganehkan jika kita lihat pada buku diatas, makna perkataan Marong atau Merong bermaksud Naga Besar dalam Bahasa Siam. Buku ini ditulis sewaktu beliau sebagai pendakwah agama Kristian tinggal selama 10 tahun di Bangkok. Sewaktu buku ini ditulis negeri Siam masih lagi bertutur dalam bahasa Siam bukannya bahasa Thai. Hari ini bahasa Thai menyebut naga sebagai ‘Naat’.

Kami juga telah menyatakan bahawa Raja Merong Mahawangsa bergelar Sultan madzaffar Syah I, adalah cucu kepada Maharaja China Sai Tee Sung. Maharaja Sai tee Sung ini telah di Islamkan oleh utusan baginda Rasulullah SAW, Saad bin Waqqas dalam tahun 650 masihi. Bagi kami, tak kira samada Naga Besar atau Naga Laut, makhluk yang dinamakan Naga ini adalah simbol Maharaja China dan merupakan simbol baginda Raja Merong Mahawangsa telah pun dijumpai di Sungai Mas, tertimbus sedalam 8 kaki.
Dari situ, itu kita boleh melihat banyak relief naga seperti di Istana Jugra, sebuah masjid di Kedah dan dikalangan tokong orang-orang China yang kekal beragama Buddha, Konfusius, Taois dll kerana ini adalah simbol Maharaja mereka juga.

Perlu diingat negeri China dizaman dahulu juga adalah bermasyarakat majmuk. Tidak terfikirkah anda, kemana perginya pula tentera-tentera China yang beragama Islam yang dikatakan datang ke Kedah dahulu diatas arahan Maharaja China Manchu dahulu. Mereka ini telah berkahwin campur dengan penduduk Melayu Islam tempatan dan waris mereka hari ini menjadi orang-orang Melayu. Namu begitu dari rupa paras mereka, sesetengahnya masih boleh lagi kita kenali. Kepentingan Naga dalam masyarakat Melayu dapat dilihat dalam keratan buku dibawah. Menurut J.F Macnair, “Perak and the Malays”,1972,





Sultan Ismail Kinta adalah juga waris Maharaja Siam Kedah yang dilantik menjadi Raja Kinta. Dengan itu tidak hairanlah beliau menyimpan khazanah ini bersamanya sebagai barang yang berharga bersama-sama dengan kris yang diperbuat dari emas dan sebagainya. Dimanakah Sultan Ismail Kinta ditangkap oleh Inggeris? Ketika itu Baginda sedang berangkat balik bersama rombongannya ke Perak sewaktu diserang dan ditangkap Inggeris di Baling, selepas menghadiri pengkebumian Sultan Jaafar Muadzam Syah (Long Jaafar) di Kg Tualang Kedah. Sudah pasti rombongan diraja ini menaikki gajah. Warisnya masih ada hingga ke hari ini di Kedah.

Kaitan Naga dalam masyarakat Melayu setempat dan serantau pada hari ini bukanlah satu perkara yang baru malah telah kekal lebih dari satu ribu tahun. Tidak hairanlah sekiranya Makara yang dijumpai di Sungai Mas pula adalah Makara Merong @ Naga Besar/Laut milik Raja Merong Mahawangsa dan kawasan itu adalah istana baginda yang juga bergelar Sultan Mudzaffar Syah I. Perkara ini tidak harus dinafikan lagi.

6 comments:

Koboi BM said...

Kesinambungan Naga Laut atau Naga sebenarnya banyak juga terdapat dalam ciri-ciri Kemelayuan namun ianya tidak terlalu didedahkan kerana takut ada pihak yang salah menaksirkanya. Seperti ' Harimau Berjuang ' yang terdapat di dalam logo atau lambang negara kita , Naga Laut juga menjadi lambang dalam pengenalan penghijrahan naungan negeri China ke atas tanah jajahanya atau kepada setiap kumpulan yang mempunyai hubungan dengan China. Lambang Naga juga terdapat dan berhubungan juga dengan kumpulan Amal Makruf Nahi Mungkar yang bermastautin di Malaysia dan dikenali dengan nama Pekida. Pertubuhan 'Pekida' sebenarnya telah di bentuk oleh individu yang mempunyai hubungan dengan keturunan dan salasilah Merong Mahawangsa. Untuk keterangan lanjut hal bagaimana Pekida terbentuk ada dalam simpanan TNL Kassim. Lambang Naga membawa erti akan Pejuang yang berani maka atas sebab itulah banyak terdapat lambang-lambang Naga dalam sesetengah seni beladiri. Cerita tentang 7 naga juga yang terdapat dalam cerita dongeng China ada hubungan dengan 7 naga asia dan 7 naga Merong Mahawangsa. Ini akan diceritakan dalam 7 hulubalang Merong Mahawangsa yang menjaga pengairan Pasai Ma. Sekian terima kasih.

Salmi said...

Masa sekolah dulu, saya ada belajar silat gayung. Memang benar ada naga warna merah pada lambang silat ini pada lencana yang dijahit pada baju gayung pada bahagian dada kiri atas.

Silat gayung ini diasaskan oleh Datuk Meor Rahman Daeng Uda, seorang keturunan Bugis berasal daripada daerah Taiping. Beliau bermimpi berjumpa dengan Hang Tuah semasa tertidur dalam hutan berdekatan Kuala Nerang.

Memang benarlah naga ini ada kaitan dengan Melayu.

Salmi said...

1)Penulis tersohor suku Jawa, Pramoedya Ananta Toer merujuk kepada Tanah Melayu sebagai Semenanjung Melaka dalam bukunya "Anak Dunia"

2) Sekitar Kulim dan Bt. Mertajam ada tempat bernama Kg. Naga Lilit. Mungkin saudara Koboi BM boleh bagi maklumat.

merongmahawangsa said...

Pewaris Takhta Mutlak Sebenar Merong Mahawangsa

merongmahawangsa said...

Pewaris Mutlak Merong Mahawangsa Ada Disini...

merongmahawangsa said...

Pewaris Terulung Merong Mahawangsa