Monday, September 10, 2007

>>Further readings

Salam hormat dan salam sejahtera dan diharapkan peminat setia blog ini sentiasa berada didalam peliharaan Allah hendakNya. Sempena masuk nya bulan Ramadhan yang mulia ini, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut kedatangan Bulan Ramadhan bulan yang suci lagi mulia. Perbanyakkanlah ibadah dibulan ini dan disamping berpuasa, jangan lupa mengerjakan solat terawih, memohon keampunan, petunjuk dan hidayah dari Nya.

Kami pula sedang mengumpul data dan maklumat bagi menulis mengenai sejarah asal usul bangsa Siam Islam yang sebenar. Ramai yang tidak mengetahui bahawa sejarah bangsa Siam Islam ini banyak mempunyai kaitan dengan sejarah kebangkitan dan kedatangan Islam itu sendiri. Seperti mana yang saudara/i sentiasa tahu kami tetap mengatakan bahawa bangsa Siam bukanlah bangsa Thai yang memerentah Thailand hari ini. Kami tidak prajudis kepada Thailand akan tetapi oleh kerana asal usul orang-orang Melayu di Utara Semenanjong adalah dari bangsa Siam, kami juga berhak untuk memperkatakan sejarah realiti bangsa Siam Islam yang juga merupakan dari rumpun Melayu.

Sementara kami siap menulis artikel tersebut, kami sajikan 3 blog/website sebagai mukadimah kepada penulisan kami dan dipersilakan saudara/i pembaca menelitinya terlebih dahulu di URL berikut,

http://swordtongue.blogspot.com/2006/11/pengalaman-pengkaji-noah-ark.html

http://www.geocities.com/buahoren/bahtera.html

http://www.shlama.be/shlama/content/view/21/84/

Selamat membaca dan berkongsi maklumat.

No comments: