Ramai diantara generasi kita hari ini berpendapat, tinggalan Kota A Formosa atau Pintu gerbang Porta De Santiago di Bandar Hilir adalah Kota Melaka. Mengikut rakan kami yang sedang membuat kajian dengan peruntukkan dana, Kota Melaka sebenarnya terletak di Kota Lukut bukannya di A Farmosa. Sepatutnya dimana Sultan Mahmud bersemayam, disitulah Kotanya. Mengikut bahasa Siam Kedah, Pha-mo-ser membawa maksud, bawa-tentera-berpengetahuan. Bagi kita, A Farmosa adalah nama khas dan dikatakan tidak ada makna dalam Bahasa Portugis hari ini. Kota Lukut adalah tempat bersemayamnya Sultan Mahmud Syah, Khalifatullah Akhirul Zaman sebelum baginda diserang oleh tentera Belanda dalam tahun 1641 dan Pha Mo Ser adalah tempat tinggal tentera Portugis baginda yang mengawal Selat Melaka selepas kematian Laksemana Cheng Ho.
Pintu gerbang Porta de Santiago di Kota A Formosa
Pintu Porta De Santiago hanya sebahagian kecil dari keseluruhan Kota A Farmosa yang dibina tentera-tentera Portugis. Bahagian lain telah diletupkan dan ditimbus oleh Inggeris.
Mengikut Undang Undang Kedah baginda masih bersemayam di Melaka (Istana Alam Syah, Kelang) dalam tahun 1657 (Undang-Undang Kedah,ms 98), selepas Melaka (Kota Lukut) diserang oleh tentera Belanda dalam tahun 1641. Kota Lukud letaknya di Bukit Raja berhampiran dengan Sungai Lukut, dimana terdapatnya lombong-lombong bijih timah yang diusahakan oleh penduduk tempatan dan orang-orang Melayu dari keturunan Minang. Jajahan Melaka ketika itu luas termasuklah Selangor, Johor , Pahang dan Kepulauan Riau. Negeri Sembilan ketika itu belum ada lagi dan dibuka dizaman Belanda menjajah Melaka (Kota Lukut). Kota tersebut kemudiannya turut diduduki Raja Jumaat ibni Raja Jaafar sekitar tahun 1800 keatas.
Istana yang dikatakan berada didalam kawasan Kota lukut.
Kota A Farmosa ini seperti kita ketahui terletak di Bandar Hilir dan telah dibina oleh orang-orang Portugis yang dikatakan menjajah Melaka. Sekiranya Melaka dijajah Portugis bermula tahun 1511, mengapakah Sultan Mahmud Syah masih bersemayam di Kota Lukud dalam tahun 1641. Maklumat kami mengatakan Maharaja Siam Islam yang memerentah Ayuthia menghantar tentera Portugis ke Melaka untuk mengawal Selat Melaka menggantikan armada laut Laksemana Cheng Ho. Orang-orang Portugis ini telah berdagang dirantau ini semenjak di Goa India dan tidak memusuhi Islam disebabkan Goa juga adalah sebahagian dari Empayar Monggol.
Kedatangan mereka ke Melaka kerana perentah Maharaja Siam Islam yang juga merupakan sebahagian dari Empayar Monggol India dan ini ada tercatat dalam sejarah Ayuthia di Thailand hari ini. Jika kita fikirkan berapa kuat sangatkah Portugis yang jauh merantau dari Portugal ketika itu untuk menentang tentera Monggol India ini, sudah pasti mereka mudah dihancurkan Monggol yang mungkin turut juga akan mendapat bantuan Kerajaan Parsi. Mereka memilih untuk bersahabat.
Kami berpendapat, Kota A Farmosa telah diletupkan oleh penjajah Inggeris bagi menutup bukti sejarah, sepertimana yang berlaku di Sungai Mas, pada Istana milik Raja Merong Mahawangsa, candi Lembah Bujang dan 15 istana lain di Kedah. Semasa meletupkan Kota A Farmosa ini, penjajah Inggeris ini sudah pun berkuasa di Melaka dan bukan lagi berperang ketika itu. Catatan Munsyi Abdullah dalam Hikayat Abdullah mengenai kemusnahan ini pula tamat dalam tahun 1843. Tidak mustahil kerja-kerja letupan dijalankan dalam tahun 1818 seperti tercatat dibawah.
Wasiat yang diterima dari Sultan Jaafar Muadzam Syah pula mengatakan Kota Raja Merong Mahawangsa dikatakan masih berdiri tegak tanpa penghuni semasa pemerentahannya, dari 1862-1876. Mengikut TNL Mahmud, ia diroboh/diletupkan dan ditimbus sekitar tahun 1876-1881 dengan peledak yang dibeli di Pulau Pinang. Tanah kawasan ini kemudiannya diberikan kepada penduduk kampong untuk didirikan rumah-rumah penduduk kampung. Begitu juga dengan kawasan Makam Raja Merong Mahawangsa di Kg Langgar, Merbok adalah kawasan perkuburan diraja yang jauh lebih besar, tapi tanahnya diberikan kepada orang awam untuk dijadikan ladang getah.
Malacca Fort - A Brief Background (sepatutnya A Farmosa Fort)
The fort was built by the Portuguese was completed in 1512. The structure was made up of stone on its seaward and river sides. The southern and eastern sides of the Fort consisted of a wooden palisade, a weak link in the Fort’s defenses. The circumference was 1,310 yards. When the Dutch took over the fort in 1641, much of the Fort had been destroyed or was damaged and had to be rebuilt. However, it was from 1665 to 1678, during Balthasar Bort’s term as Governor of Malacca, that the fort assumed its final form and this was the structure that the British acquired in 1795.The capture of the fort by the British was a strategic move to prevent it from falling into French hands during the Napoleonic Wars. They held it until 1818 after which they blew it up so that it could no longer be utilised to the advantage of any of its rivals(betul ke ni??). Stamford Raffles arrived from Singapore just in time to prevent the destruction of the gate known as Porta de Santiago – long believed to be the only remaining part of the fort (setelah dilapurkan oleh Munsyi Abdullah?). Until, today. After its destruction, the British carried out major land reclamation works in the 1920s and 30s. The land was turned into the field we now know as Padang Pahlawan. Dari, http://www.badanwarisan.org.my/malacca/malacca003.php
Jika kita fikirkan, apakah agenda sebenar penjajah Inggeris ini?, apakah maklumat yang cuba di elak dari diketahui oleh pengkaji sejarah kita hari ini?, apakah yang ada pada/sebalik dinding Kota Melaka tersebut?, mengapakah setelah dirobohkan ia di timbus pula? dan hari ini kita mulai menjumpai sebahagian dindingnya tertimbus di dalam tanah?, taktik yang sama sepertimana berlaku keatas Istana Merong Mahawangsa. Hal-hal seperti inilah yang sepatutnya menghairankan kita hari ini, seolah-olah ada sesuatu yang turut terkubur bersama tindakan mereka ini. Kegemilangan bangsa kita yang beragama Islam cuba ditutup oleh penjajah Inggeris dan sekutunya dizaman dahulu. Adakah kehilangan Kota Gelanggi akibat tindakan mereka juga?
Dengan itu kami katakan sekali lagi, kita tidak harus menerima bulat-bulat sejarah tinggalan versi penjajah ini, sebaliknya dengan cerdik pandai yang ada kita harus membuat kajian semula melalui bukti baru yang mula muncul. Entah apa pula yang akan akan jumpai oleh pengkaji sejarah kita, juga dalam keadaan tertimbus selepas ini. Bagi kami penulis diblog ini, tindakan ini tak lain dan tak bukan, bertujuan untuk menutup ketamadunan Islam di rantau ini . Penjajah Inggeris telah membawa sentimen Perang Salib yang berlaku di Eropah ke Nusantara dan tidak ingin ketamadunan Islam diagong-agongkan dan menjadi peninggalan sejarah. Tindakan ini berlainan sekali dengan penjajah Belanda di Indonesia yang tidak memusnahkan bangunan dan artifak sejarah dan masih berdiri kukuh hingga kini (tapi bertindak dengan cara lain). Ia mudah dijalankan kerja-kerja 'restoration', kerana bentuk asal masih ada. Runtuhan Istana Merong Mahawangsa, jika dilihat pada serpihan yang ditemui pecah seperti diletupkan bukanya roboh seperti tidak tersusun. Contoh yang terbaik boleh kita lihat pada runtuhan Angkor Wat di Vietnam, ia usang tapi tidak roboh berkecai, mahupun tertimbus.
Kita ikuti catatan Munsyi Abdullah,
Thus it went on for three months, in sicknesses, and other disagreeables, as well as in the men dying or breaking their legs and arms. While such were the circumstances, it was bruited abroad that the Governor had ordered a mine to be carried under the sea bastion, where he intended to deposit powder boxes, with the view of blowing it up. When this was known, people cried out, what kind of an affair is this? Hundreds went to see it, myself amongst the number; and true enough, they had dug holes about one fathom square, of great depth to their desire.
Then they dug the earth at the side of these wells, at about a fathom distance, in which they put the powder chests, to which they applied a fuse below the ground,--whose length was about ten fathoms,--made with cloth. The grains of the powder were rough, and as big as one's great toes. They then ordered these holes to be closed, which they plugged hard with stones and earth. They worked at these for five or six days, with ten or twenty men; after which they sent round the gong to make people aware that on the morrow, at eight o'clock in the morning, no persons were to come to the fort side of the river, or into the houses near, but to go to houses at a distance.
Then, on the morrow, came Colonel Farquhar on horseback, holding a staff in his hand. He ordered his men to mount the fort and drive all people across the river, which they did pell mell. Immediately after this he lighted the fuse. This being done he spurred his horse; and in about four or five minutes the mine was fired with a noise like thunder, and out flew stones as big as houses and elephants, right out to the sea. There were also stones that were carried across the river to the tops of the houses. The people, when they heard the sound, got into a high state of alarm an consternation, for they never had heard such a noise before. The mighty power of gunpowder blowing up into the air as it did stones as big as houses, filled them with astonishment.
Now only did people begin to believe that the English could demolish the fort. They now sagely wagged their heads, saying that great were the ingenuities and contrivances of the white people, but what a pity that such a beautiful fort should be destroyed as it were in a moment; for if it had to be erected again, how many years would this not take! For the glory of Malacca was its fort, and having destroyed this, the glory had gone out of it; like the corpse of a woman, the husband no longer glories in her face. But this is the dispensation of the Almighty, the world is not everlasting: what is He maketh to be not, and what is not he maketh to arise.
Now the stones of the fort were removed by people in various directions, some made houses of them, and some even carried them off to Batavia during the Dutch tenure (i.e., in 1818 to 1825), and lately also to Rhio (Riau), the English taking them on board ships to make the harbour of Bara. There are also some sunk in the river: others remain in heaps like hills to this time, for people to take as they like. Thus it came about that Colonel Farquhar made an easy job of demolishing the fort -- and all those who did not believe in the possibility now shut their mouths, not saying another word. And all the evil spirits that were in the brains of people went back to their originators, being afraid of the smoke of gunpowder, and the affair now stood thus, that the beautiful fort of Malacca was destroyed, blown to the winds by powder; but if they had tried it stone by stone, it would have been standing yet.
Sila baca artikel sepenuhnya ini disini,
http://courses.nus.edu.sg/course/ellhpj/resources/abdullah.HTM
14 comments:
KALAU ROBOH KOTA MELAKA,
PAPAN DI JAWA SAYA DIRIKAN,
KALAU BENAR BAGAI DIKATA,
BADAN DAN NYAWA SAYA SERAHKAN.
Sebuah pantun yang mengingatkan kita bertapa gigihnya orang kita pada suatu ketika dahulu kerana merasakan bahawa kalau ada masalah di Kota Melaka mereka membinanya pula di Tanah Jawa.
Apakah pantun ini hanya rekaan untuk berpantun atau ada penghayatan lain yang perlu kita hayati?
Saya sedang meneliti Perang Bendahara di Pahang yang berlaku pada tahun 1857 hingga 1863 antara orang Melayu dan Bristish. Berpunca dari Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang mengakibatkan kehancuran Kesultanan Johor Lama. Siapa yang memerintah Johor ketika itu?
Terimakasih pantun tersebut,
Ini dari kami pula,
Memang benar bagai dikata,
Habis diserah tetap dipertikai,
Sampai bila harus berdiam saja,
Maruah bangsa sudah tergadai.
Siam pun Melayu Jawa pun Melayu,
Takkan hilang kata Hang Tuah,
Mana hati tak sedih dan pilu,
Runtuhnya Kota, runtuhlah maruah.
Gagah pahlawan Panglima Kasturi
Tersisip dipinggang Ulunya Keris
Bangunlah bangsa mencari yg pasti,
Sejarah bngsa belum habis terhakis.
Lemah dan malas kata mereka,
Memandang rendah penuh hina,
Mari bangunkan sejarah merdeka,
Permata pasti bersinar semula.
Adakah Sultan Muhyidin Masur Syah yang bersemayam di Kota Palas, Langkawi adalah orang yang sama dengan Syed Ahmad Jamalullail Palembang?
Terma kasih
Orangnya tidak sama. Sekiranya dilihat pada nama Jamalullail ini ada kaitan dengan Raja Perlis.
Adakah Syed Ahmad Jamalullail Palembang ialah Syed Muhammad Hatta aka Nai Ta, Raja Perlis I? Beliau dikatakan telah dibinkan kepada Syed Hussain of Hadhramaut, seorang zuriat Saidina Ali ra.
Menurut rekod, Syed Ahmad Jamalullail telah meninggal pada tahun 1751, 70 tahun sebelum peristiwa musuh bisik berlaku.
tuan, saya agak musyhkil bagaimana buku undang-undang kedah yg ditulis pada sekitar tahun 800++ masihi boleh mencatatkan sejarah mengenai sultan mahmud syah yang bersemayam di melaka pd tahun 1657. bilakah sebenarnya buku tersebut ditulis? utk info tuan saya belum dapat membeli & membaca lagi buku tersebut.
Assalamualaikum Shawn,
Interesting question, your thoughts sama dengan kami semasa meneliti Undang-Undang Kedah dahulu. Puas kami berdebat mengenainya dahulu dan ini keputusan kami. Ia ditulis berperingkat-peringkat dan kita sememangnya tidak ada bahagian atau bab yang lebih awal. Kami jangkakan ia mungkin bahagian 1/4 terakhir sahaja dimana 3/4 awal telah tidak ditemui lagi. Kalau ada kan sedap lagi penulisan disini.
Di permulaan teks Bab I, ada disebut ia di tulis dalam tahun 1060 hijrah bersamaan tahun 1650 masihi diatas titah perentah Syah Alam Yang Maha Mulia ketika itu iaitu zaman Sultan Mahmud Syah masih lagi memerentah (disuruh perbuat undang-undang). Ia membawa kezaman Sharif Yang Di Pertuan memerentah kerana nama baginda turut disebut.Jangkaan kami berdasarkan kepada tarikh ia di tulis antara tahun 1650 - 1801 berperingkat sehinggalah sebelum Sharif dibunuh. Entry terakhir ialah tarikh 1801 dimana Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah naik kerajaan dan menghantar bunga emas ke Benua Siam (Muang Kuang @ nagara luas tempat bersemayamnya Sharif yang Di Pertuan).
Pada Bab II pula disebut tahun 1078 hijrah bersamaan tahun 1667 zaman hadirat Maulana Syah Alam bersemayam di kota Palas, Pulau Langkawi disuruh perbuat undang-undang. Yang dimaksudkan disini ialah Sultan Muhiyuddin Mansur syah anakanda Sultan Mahmud.
Malang sekali, kita ada penghujungnya tapi kita tidak ada permulaannya. Walau bagaimana pun zaman maharaja terdahulu turut disebut sebagai rujukan seperti Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah, Sayyidina Ali wa maulana Paduka Seri Sultan Jamalul Alam Badrul Munir, Sultan Muhammad Syah (Yang Adil atau Narasuan ayahanda kepada Rama Tibodhi) dll.
Pendahuluan mengatakan Sultan Rijaluddin ini sultan kedah tapi kita perlu ingat gelaran Syah Alam Yang Maha Mulia,Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia, Sultan Kedah sampai hari ini pun tak berani nak gunakan.
Seperkara lagi cara mintak ditulis undang-undang ini sama dengan seperti cara tercatat dalam rekod thai tapi telah diputarbelitkan (seperti email anda kepada saya dulu). Dapatkan satu salinan secepat mungkin untuk kongsi kefahaman.
Kalau tahun 1751, negeri perlis ni belum ada lagi, raja daerah kayang selepas tahun 1760. Kisah di Palembang ini tidak ada dalam rekod kami. Sekiranya ada saudara jumpa sila maklumkan URLnya untuk kami study dan semak semula dengan saudaranya disini.
terima kasih atas jawapan tuan. saya memperolehi maklumat drpd rakan2 sy bhw satu konvensyen sempena 50 tahun sultan abdul halim naik takhta akan diadakan pada tahun depan. kononnya antara yg akan dibincangkan adalah mengenai susur galur kesultanan kedah drpd pelbgai perspektif. elok la waris2 tuan turut hadir sama dalam konvensyen tu & membentangkan kertas kerja selain drpd pendedahan yg dilakukan TNL kassim semasa sambutan 50 tahun per. sejarah malaysia cawangan kedah pd tahun lepas.
seperkara lagi, saya rasakan istana hinggap permaisuri agong di kg naga bukanlah tapak sebenar kota naga spt mana tuan nukilkan dlm blog ini. berdasarkan pengalaman sy semasa mengaji di sek jenan, kota naga tersebut terletak berhampiran dgn pekan kepala batas. semasa di form 3, saya pernah menjalankan kajian tempatan (keperluan SRP masa tuh bukan tesis pun)ke atas kota naga tersebut & menjumpai sepasang batu nisan acheh & perkuburan purba disana. saya pernah mengambil gambar & melampirkannya dalam laporan kajian saya. sayangnya laporan tersebut sudah hilang semasa dalam tangan pihak sekolah.
http://www.geocities.com/mzfr/dinastiquraish/tajuk.htm
Salasilah Raja Perlis menyatakan seperti berikut
Sayyid Ahmad ibni Sayyid Hussin ibni Sayyid Abdullah ibni Sayyid Aqil ibni Sayyid Abdullah ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Salim ibni Sayyid Ahmad ibni Sayyid Abdul Rahman ibni Sayyid Ali ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Hassan Al-Muallim ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Hassan ibni Sayyid Ali ibni Muhammad Fakeh Al- Maqdam ibni Ali ibni Muhammad Sahib Mirbath ibni ‘Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Al-Syeikh Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirullah ibni ‘Isa Al-Rumi ibni Muhammad Al-Naqib ibni ‘Ali Al-Uraidhi ibni Jaafar As-Sadiq ibni Muhammad Al-Baqir ibni ‘Ali Zainal Abidin ibni Al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW
Laman web http://www.4dw.net/royalark/Malaysia/perlis2.htm menyatakan Syed Ahmad Jamalullail meninggal di Kedah sekitar 1751
Kami dah semak dah website tu semua. Terpulanglah nak percaya atau tidak apa yang diperkatakan disini atau website itu. Kami tahu salasilah keluarga kami dari mana puncanya. Masalahnya info kepada Royal Ark itu tak betul. Sepatut nya sahkan lah dulu dengan waris yang masih ada. Sdr baca salasilah Sultan kedah tengok (royal ark), lagi banyak merapunya.
Sejarah ditulis ikut mereka yang berkuasa hari ini.Tengku Long Putera(Raja Legeh), Tengku Anjang Johan (Raja Ranong) anakanda kepada Sultan Md Jiwa dikatakan menetap di Acheh tetapi makam mereka berdua berada didalam Ladang Getah!!!, sebab dulunya dibunuh Thai.
Sultan Mohammad Jiwa ini bukan Sultan Kedah tetapi Perdana Menteri Nagara Kedah kepada Maharaja Siam Islam yang memerentah ketika itu.
Sultan Abdullah pula dikatakan Sultan Kedah, padahal Raja Pulau Pinang. Macam Raja Kayang jugelah,sebab tu lah hari ini bukannya Sultan Perlis. Sultan Muhammad I Kelantan dikatakan tiada anak, padahal ada.
Cara yang paling mudah untuk selamat dari dibunuh tentera Thai dizaman dahulu ialah dengan menukar salasilah dan mengaku sebagai penghulu indera sakti. Kami keluarga asal mereka di Kedah sememang nya tahu sebab kami dimaklumkan dan diwasiatkan sebegitu sekiranya berlaku apa-apa dikemudian hari. Sekarang kami bagi tahu lah.
Kerabat Kedah pun tahu takkan kerabat Perlis tak tahu? Kalau tidak takkan lah kerabat di Raja Kedah datang kerumah TNL Kasim dalam tahun 2001, ddk sama makan tghari, sembahyang zohor dan asar bagai satu keluarga.
Seperkara lagi kalau ayahandanya mangkat tahun 1821 takan lah pula anakandanya mangkat tahun 1751. Takkan lah raja kita zaman dulu bodoh nak lantik orang asing jadi raja disini. Takan pula sdr tak tahu rupa paras orang Arab betul2 macammana,kacukan macamana.
Satu-satunya waris Maharaja Siam Islam Kedah dari keturunan Sharifah Maryam ibni Syed Jamal Al Jefri, keturunan Bani hashim, juga waris Raja Merong Mahawangsa, yang masih lagi memerentah ialah Raja Perlis hari ini. Dua lagi negeri adalah Pahang dan Selangor. Kedah pula bersangkut sebelah nenekanda Sultan Abdul Halim, Syarifah atau Nai Sofiah. Negeri lain tu faham-faham sajalah.
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/05/salsilah-realiti-raja-raja-perlis.html
BAGINDA DI IBNIKAN KEPADA SYED HUSSAIN KERANA DIZAMAN MUSUH BISIK 1821-1881, TENTERA THAI MENCARI DAN MEMBUNUH KETURUNAN MAHARAJA SIAM ISLAM KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH. DENGAN ITU BAGINDA TELAH BERTINDAK BIJAK DENGAN MENGAMBIL NAMA SULTAN HUSSAIN SYAH ALIRAH, PEMERINTAH KEEMPAT NAGARA KEDAH UNTUK DI IBNIKAN. PADA MASA YANG SAMA BAGINDA JUGA MEMPERKENALKAN DIRI SEBAGAI PENGHULU INDERA KAYANGAN. USAHA INI GAGAL KERANA RAHSIA BAGINDA TELAH DI BOCORKAN OLEH SULTAN AHMAD TAJUDDIN HALIM SYAH, RAJA PULAU PINANG. BAGINDA DIBUNUH KAFIR THAI DALAM TAHUN 1821 BERSAMA NENEKANDA BAGINDA KHALIFAH SYARIF ABU BAKAR SYAH. MAKAM BAGINDA TERLETAK DI LANGGAR, TANJONG INGGERIS DALAM KEADAAN YANG TERBIAR.
Hamba Musykil:
Maafkan saya. Nak tumpang bertanya tentang Salasilah Raja Perlis. Orang-orang tua dulu ada beritahu bahawa Syed Safi adalah anak kepada Syed Ahmad Saad. Syed Ahmad Saad datang dari Indonesia berkahwin dengan anak Syed Harun. Syed Ahmad Saad keturunan Wali Sembilan, Maulana Malik Ibrahim yang merupakan anak cucu Saidina Hassan Thani (anak Saidina Hassan bin Ali). Betul ke??. Banyak sangat versi. Pening kepala saya... Syed Harun bukan keturunan Jamallulail.
Ambik faham gini sajelah. Jamulalail adalah dari keturunan/ sempena nama Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir anakanda Raja Merong Mahawangsa yang membuka negeri Siam dahulu.
Salam senua , izinkan saya bertanya. Salah seorang anak Tok pasai telah berkahwin dengan salah seorang puteri Syed Ahmad atau Sheikh Ahmad, tapi katanya Raja Petani, tetapi kenapa tiada sebutan berkenaannya? ramai anak cucu Tok Pasai di Kedah hinga ke hari ini, tetapi hidup dalam keadaan biasa, tak dikenali atau dihiraukan susah senang mereka.
Boleh kah tolong carikan cerita itu. Makam Syed "din" yang dulunya dikatakan "Berkeramat" di Gelong, Jitra, Kedah - adalah kepunnyaan salah satu anak cucu Tok Pasai. Syed Din ni ada lima beradik, sulung perempuan Tengku Sharifah Aminah, kedua lelaki, ketiga lelaki, keempat lelaki, kelima Tengku Sharifah Zakiah. Yang terakhir telah mengambil keputusan kembali keMekah tempat asal usul ayahandanya, dan meninggal diMekah dalam lebih kurang tahun 1982 (umur lebih kurang 82 tahun). Sharifah Aminah merupakan Bidan Diraja yang telah membidankan Cik Manjalara melahirkan ke sebelas anak2nya. Takat ni dulu saya boleh bagi tau. kalau boleh cari tu baguslah. Saya cuma tau je jadi "cuiet" tok Pasai, dari kecil lagi tapi tak tau lebih berkenaan keturunan dan salasilahnya sehinggan 1994, apabila dicerita sendiri oleh anak kepada Sharifah Aminah bernama Mariam. Mariam pernah tinggal di istana perlis bebrapa tahun, dipangil "tok Ban or Tok Bai". Dia telah ceritakan kisah sebelah Sharifah Aminah yang mana tak pernah diceritakan langsung oleh mana-mana ahli keluarga sebelumnya itu. Tok Pasai ialah bapa mertua Sharifah Aminah. Saya ingin sangat untuk mengetahuinya. terima kasih.
Post a Comment