Thursday, August 30, 2007

FORUM, OH FORUM !

Oleh anaianai 1, 2, 3, dan 4

Kami telah dihentam secukupnya dalam satu ruangan forum oleh pengunjung forum tersebut yang sememangnya kami selalu monitor. Kami sebenarnya malas nak layan forum tetapi untuk kali ini sahaja diatas permintaan pembaca kami terpaksa layan juga. Ikuti jawapan rakan-rakan kami yang sememangnya nak jawap penulis forum ini (dan lain-lain) yang dikatakan berasal dari Alor Setar. Maaf, kerana tulisan ini tidak diedit, jadi semua yang terbuku sejak dulu nak di keluarkan oleh penulis-penulis diblog ini. Sila ikuti apa yang dipersoalkan dalam forum tersebut dibawah ini berserta jawapan dari kami. Siapa makan cili dia rasa pedaslah.

...................

Setelah membaca laman blog tu. Saya menafsirkannya sebagai agak menarik dan boleh diperbincangkan. Terdapat banyak fakta yang menimbulkan persoalan. Saya senaraikan beberapa fakta yang boleh di bahaskan.

a) Narai yang dikatakan Hang Tuah itu turut dikatakan orang yang sama dengan Tun Saban dan Sultan Iskandar Muda Thani dari Acheh. Sedangkan umum tahu bahawa ketiga-tiga orang tersebut adalah orang yang berbeza ,malah hidup di zaman yang berbeza.Hang Tuah atau nama sebenarnya Daeng Yahya hidup dizaman kesultanan Melaka.Iskandar Muda pula ialah raja Acheh di zaman kegemilangan Acheh.Tun Saban pula ialah bendahara negeri perak yang memberontak akibat anaknya diambil sultan Perak.Tun Saban telah berjaya ditumpaskan oleh Megat Terawih yang kemudian menjadi Bendahara Perak. Dalam artikel tentang Kedah pasai ma ini ada di ceritakan tentang Narai@ Hang Tuah telah berjaya membunuh Raja Bersiong atau dinamakan Tengku Sulaiman.Tentang ini saja telah mengelirukan ahli sejarah.

JAWAPAN

Yang ni tak payah ceritalah. Dalam blog kami, kami dah cerita habis dah. Itu Tun Saban, yang kami cakap diblog ini Tun Saaban. Pasal fakta tak betul ini, tak terfikirkah kita bagaimana dalam Undang undang kedah mengatakan Sultan Mahmud Syah memerentah di Melaka dalam tahun 1641 sewaktu Belanda menyerang Melaka? Kalau Portugis menyerang Melaka dan menjajah Melaka dalam tahun 1511, bagaimana pula Sultan Mahmud Syah masih lagi bersemayam di Melaka dalam tahun 1641, sepertimana tercatat dalam undang-undang Kedah? Melaka manakah yang dimaksudkan ketika itu.

Bagaimanakah pula seorang petani di Riau menyimpan cop mohor Sultan Mahmud Syah bertulis “Khalifatullah Akhirul Zaman” selama 5 generasi sahaja yang mana kalau kita backdated kita akan kembali ketahun 1657, zaman Sultan Mahmud Syah memerentah Melaka seperti tercatit dalam Undang-undang Kedah. Bagi kami, raja yang tercatit dalam sejarah Melaka antara tahun 1400-1500, adalah Sultan Mahmud Syah yang menjadi raja daerah Melaka, bukan Maharaja Benua Islam Kedah. Sultan Mahmud Syah yang menjadi Maharaja Benua Islam Kedah ini, berkahwin dengan Puteri Nang Kemuning dari Patani, bukan Sultan Mahmud Syah yang menjadi Raja Daerah Melaka itu. Adakah sejarah kita diselewengkan dimana peristiwa sekitar tahun 1600 di Melaka ditolak ke sekitar tahun andaian 1400? Beli lah buku Undang-Undang Kedah ambik baca.

Kami pun dah sebut sejarah kita telah diedit oleh Marhum Melaka yang menjadi penaung penulisan sejarah melayu semasa di Melaka dengan peruntukkan dari penjajah Inggeris. Sebab itu lah terbitnya hikayat- hikayat seperti Hikayat Hang Tuah yang mana nama pengarangnya pun tidak ada, tapi binding, hiasan tepi, sememangnya cantik dan indah. Jalan ceritanya masih ada tapi telah diedit. Taktik ini sama digunakan oleh Rama I apabila mengambil alih pemerentahan di Ayuthia terdahulu. Marhum Melaka ini pun ada pergi berpakat dengan Rama I untuk membunuh Sharif Yang Di Pertuan terdahulu dalam tahun musuh bisik 1821. Bacalah buku Kedah Sepintas lalu, simpan buat apa. Strategi ini diulang semula oleh Long Senik @ Sultan Muhammad II beberapa tahun kemudian.

b) Artikel ini juga dikatakan Kesultanan Melaka dan Acheh itu kecil dan berada dibawah empayar Kedah Pasai Ma. Nampaknya penulis artikel mahu melupuskan sejarah kegemilangan Melaka dan Acheh dengan meletakkan kedua-dua Kerajaan tersebut dibawah Ayuthia.Sedangkan umum sudah tahu Melaka dan Acheh pernah mencapai kegemilangan tersendiri.

JAWAPAN

Siapa cakap Kesultanan Acheh dan Melaka itu kecil. Kami kata ia wilayah dibawah Benua Islam Siam, besarlah maksud kami, bagaimana boleh kami nak lupus sejarah kegemilangannya. Sebab itu lah kami tunjukkan peta Melaka dalam blog. Hari ini kegemilangan Melaka dah pun dicantas oleh sejarah Kedah. MB Kedah pun dah buat statement dalam akhbar. Ini semua orang dah tahu, kecuali hang seorang sahaja dok bengong lagi, macam katak bawah tempurung. Hari ini, dimana dia Istana Sultan Melaka? Tolong tunjuk mai. Dimana waris Kesultanan Melaka kalau hebat sangat dulu. Kenapa kita tak cari dan restore semula, since hari ini kita bangsa yang merdeka?

Kenapa tak sokong warisnya untuk naik semula menjadi raja, kalau dah mengaku hebat sangat. Kalau hang dah pandai sangat, hang siasatlah, buat kajian, macam kami buat, lepas itu aku boleh komen hang pulak. Kalau tak ada wasiat mana boleh tulis sejarah macam kami, nak mula research pun pasti tenggelam punca. Lagi pun, kenapa hari ini setelah 50 tahun merdeka kita masih letak Gabenor ikut penjajah zaman dulu di Melaka dan Pulau Pinang? Nak tebus balik apa, sedangkan penjajah dah berambus balik, jawatan Gabenor masih ada lagi. Bagi lah balik Pulau Pinang kepada Kedah. Tak mahu bagi balik?, ini baru boleh kita kata pelik.

Pasal Tunku Sulaiman, apa yang nak keliru kalau dah tahu apa makna ‘Yangkam Yukbat’ seperti tercatit dalam undang undang Kedah. Yangkam yukbat ini pun ditulis dalam teks jawi.

c) Penulis artikel juga dilihat mahu membuktikan bahawa Bangsa Melayu tidak pernah mempunyai kerajaan Hebat kerana ditulis bahawa seluruh kerajaan melayu berada dibawah Ayuthia iaitu Kerajaan Siam Islam. Apa yang boleh dibanggakan oleh org melayu. Siam Islam berbeza dengan Melayu. Contohnya Jeneral Shondi sekarang. Mereka beraliran Syiah.

JAWAPAN

Tak payah bagi contoh General Soonthi tu, kami tahu dia orang islam berasal dari Ayuthia, keturunan Bunnag pun. Di Perlis guna mazhab lain hari ini kenapa hang tak bising. Memang lah sejarah melayu tu hebat, tujuan kami nak bagi jadi lagi hebat, biar sensasi dari bangsa Thai yang curi tamadun orang siam Islam ini. Tapi siapa melayu tu sebenarnya hari ini. Kalau ikut macam hang kata hang tu orang Jawa di Selangor, orang Bugis di Johor, orang Banjar di Perak, orang Minang di Negeri Sembilan tak boleh lah berbangga dengan Melaka sebab ikut kata hang mereka bukan orang melayu. Itulah maksud hang kat atas tu. Apa, hang ingat senang ka nak jadi Melayu? Ambik masa lebih seribu tahun, hang tahu tak. Bahasa melayu adalah bahasa Nusantara dan bahasa masing-masing adalah bahasa etnik dalam rumpun melayu itu sendiri. Dengan sebab itu, hikayat dan kitab lama ditulis dalam bahasa Melayu supaya coveragenya jauh lebih besar dan mudah difahamipenduduk setempat berbanding bahasa daerah/wilayah dalam Benua Siam islam ini.

d) Sheikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah di katakan antara Raja Kedah yang terawal. Dalam sejarah yang diterima sekarang, beliau merupakan seorang pendakwah Islam. Memang betul beliau telah membawa Islam ke Kedah lebih awal dari tahun 1136 spt yang di war warkan sebagai tahun Islam ke Kedah. Namun begitu pendakwah-pendakwah dari Hadramaut berasa bertanggungjawab untuk menyebarkan fahaman Ahli sunnah waljamaah ke Dunia Melayu. Maka datanglah Sheikh Abdullah Yamani lalu mengikis fahaman Syiah yang dibawa oleh pendakwah terdahulu spt Sheikh Abdul Kadir ibni Hussein. Oleh kerana Ulama Ahli Sunnah pada waktu itu tidak menerima pakai langsung ajaran Syiah maka kedatangan Islam dicatatkan bersamaan dengan tahun kedatangan aliran sunnah wal jamaah. Keadaan ini juga berlaku ketika Melaka baru menerima Islam.

JAWAPAN

Ajaran Syiah ke, Ahlil Sunnah Wal Jamaah ke, Sunni ke, itu tidak penting. Yang penting bagi kami tarikh kedatangan Islam itu sendiri jauh lebih awal dari yang dijangkakan sebelun ini dan sudah pasti bukan zaman Melaka sekitar tahun andaian 1400 masihi. Hanya institusi beraja sahaja yang telah memelok Islam akan diikuti oleh rakyatnya. Ini umum sudah tahu, apa yang dipersoalkan lagi.

Lagi satu pasal gelaran ibni dan Syah ini bukan orang biasa-biasa yang pakai di zaman dahulu, hari ni mungkin lah dah biasa. Sheikh melambangkan ulamak agama Islam. Di Kedah, ulamak Islam pun turut mendapat gelaran Sheikh. Orang Melayu zaman dulu, nama mereka bukan macam gitu, kecuali pembesar Melayu saja yang pakai nama macam itu. Nama-nama orang Melayu dulu hanyalah seperti Cik Bunga, Melati, Melor, Cik Putih, Pak Hitam, Kundor, Pak Pandir, Mak Andeh, Pak Malau, Pak Belalang adalah kot barangkali. Nama-nama yang mereka gunakan ringkas sahaja.

Lagi satu kenapa Maharaja Debar Raja ni tidak ada dalam rekod mana-mana negeri yang bersebelahan seperti Acheh, Pasai dll. Tidakkah di hantar utusan atau anaknya berkahwin dengan anak raja negeri bersebelahan? Ini semua berlaku di sebabkan cerita tahyul saja. Puak kami kenal sangat Pak Wan Hassan yang tulis Al Tarikh yang Salah tu. Buku itu di tulis dizaman Sultan Abdul Hamid memerentah, taring masih ada lagi, menantu Raja Thai pulak tu. Semua rakyat takut kepada dia ketika itu, kata putih,putih lah, kalau hitam, hitamlah. Kalau tidak, “Titah !” terus di tangkap oleh pengawal peribadinya.

e) Perkataan Bujang iaitu penderhaka dalam bahasa Siam Kedah wujud dalam Bahasa Melayu dengan maksud yang lain, begitu juga Gurun yang dikatakan berasal dari gherun atau gerun, mempunyai maksud lain dalam bahasa melayu.dalam artikel itu dikatakan kedua tempat itu berasal dari perkataan Siam Kedah.

JAWAPAN

Kalau dah kata tak tahu bercakap bahasa siam kedah, buat apa nak kupas lagi, tunggu saja kamus Melayu Bahasa Siam Kedah yang sedang diusahakan oleh pihak lain. Tak puas hati, pergilah berkereta ke luar bandar, bertanya orang kampong yang boleh cakap Siam. Apa susah sangat. Orang Gurun yang boleh bercakap siam pun tahu kisah ini.

f) Nama tempat iaitu Tualang di Kedah dikatakan berasal dari Tuan Nai Long. Namun yang lebih logik adalah perkataan tersebut berasal dari Pokok Tualang. Dan memang dahulunya Kawasan Tualang mempunyai hutan. Fakta Tualang berasal dari nama orang mungkin boleh diterima jika tempat yang bernama Tualang itu berada di pinggir laut di Alor Setar tetapi tidak.

JAWAPAN

Logik kepala otak hang. Bila masa kami tulis Tuan Nai Long. Setahu kami, yang kami tulis ialah Ban Nai Lang di Thailand hari ni. Ia bermaksud Kampung Syed Alang iaitu Syed Alang Alauddin Panglima bukit Gantang yang pernah menjadi Raja Singghora kemudiannya menjadi Maharaja benua islam Siam Negara Kedah (1824-1862). Buka peta Thailand tengok dan cari lah. Kalau tak tahu sejarah Tualang tak payah cakap, mana ada hutan di situ. Zaman dahulu pun memang tak ada hutan. Kalau ada hutan, aku dah jadi tauke balak dah sekarang ni. Sultan Kedah pun tau pasal Kg Tualang, tempat kampung halaman dia. Bukan jauh mana dengan makam diraja Langgar, jalan/laluan yang sama juga.

g) Bahasa yang digunakan ketika itu dikatakan Bahasa Siam Kedah. Adakah ini boleh diterima. Jika dilihat di Kedah ketika ini bahasa ini dituturkan oleh orang Kedah yang asal keturunan datang dari wilayah Siam. Orang Kedah yang asal dari Kedah lansung tak boleh bertutur dalam bahasa ini kecuali mempelajarinya dari masyarakat Thai di Kedah.

JAWAPAN

Memang boleh diterima. Tapi orang yang tak boleh cakap siam nak kupas bahasa siam, boleh terima kah? Kata ada sayap ghaib, terbanglah pergi tengok rakyat Kedah macamana. Zaman dulu lagi ramai orang cakap siam. Almarhum Sultan Abdul Hamid memang sah boleh bercakap Bahasa Siam Kedah, sebab dia selalu datang jumpa dengan TNL Mahmud, tengok keadaan anakandanya Tunku Badlishah yang tinggal dengan tok saudaranya Datuk Nai Mariam, permaisuri kepada Sultan Muhammad I Kelantan. Mereka tinggal berhampiran rumah sahaja. Pergi lah tanya Sultan Kedah, dia pun membesar disana juga dulu.DIA PUN TAHU BERCAKAP BAHASA SIAM KEDAH.

d) Sultan Kedah terpaksa memohon bantuan British dari ancaman Siam pada 1700an.
Kenapa pula Ayuthia yang dikatakan Islam itu mengancam wilayah sendiri. Pelik.

JAWAPAN

Pelik apanya, Thailand pun boleh serang Patani hari ini, padahal wilayah sendiri, rakyat sendiri mereka boleh bunuh. (Tapi sekarang dah berubah banyak dah, dengar kata puak lain pula buat hal, wallahualam). Mudah saja kemelut ini boleh berlaku, sebab yang datang dari negeri Siam itu bukan lagi bangsa siam tapi bangsa thai yang telah menawan Ayuthia Siam. Ayuthia ini dulunya di perentah oleh Maharaja Siam yang beragama Islam. Tengok lah sejarah Thailand apa yang berlaku dalam tahun 1767, serangan Aluangphaya. Pasal mengancam wilayah ini, anak-anak kita pun kalau jahat kita pukul juga, faham-faham sajalah.

e) Tuan Syed Long Jaaffar atau Syah Alam yang Maha Mulia Sultan Jaafar dikatakan telah pergi melawat rakyatnya di Gurun dan disambut oleh org lelaki tanpa seorang wanita pun. Baginda dikatakan di perdaya oleh Sultan Sungai Petani iaitu Sultan Abdul Hamid. Adalalah tidak logik seorang raja besar pergi melawat kawasan tanpa para pengawal seperti yang diceritakan dlm artikel itu. Dikatakan org yang menyambutnya telah memberkas Long Jaafar dan di bunuh dgn dipijak dengan gajah.

JAWAPAN

Mana ada Sultan Sungai Petani? Hang kutip kat mana? Hanglah yang pakai hentam. Sungai Petani adalah Bandar dalam daerah Kota Kuala Muda hari ni. Kami kata jadi Raja Kota Kuala Muda bertempat di pekan Kota Kuala Muda. Kami tak kata jadi Sultan Sungai Petani. Siapa cakap dia pergi seorang. Masalahnya, escort dan bodyguard dia outnumbered by the thai forces of Siam. Oleh kerana dia tengok Tunku Abdul Hamid yang berkahwin dengan Nai (Syarifah) Sofiah ni ada bersama sambut dia, dia turun jumpalah. Sebab Nai Sofiah itu saudara dia, bonda kepada Tunku Badlishah. Dari keluarga keturunan Raja Siam Islam juga. Lagi pun banyak tentera musuh yang menyamar sebagai orang awam yang sedang menunggu baginda. Jadi nampak macam rakyat biasalah. Pergi tempat lain pun ramai rakyat tunggu juga. Seperkara lagi, pengawal peribadi dialah yang balik bagi tau bahawa Sultan Jaafar telah ditangkap oleh tentera thai yang masuk melalui Ruat berhampiran laut Yan di Kedah.

f) Kesimpulanya Fakta yang diceritakan dalam blog tersebut agak menarik bagi Tamadun Islam namun bukan bagi orang melayu. Tidak ada apa yang dapat dibanggakan oleh orang melayu kerana yang memerintah Ayuthia Kedah Pasai Ma adalah Siam Islam.malah seluruh alam melayu diletakkan atau di hubungkait dengan Kerajaan tersebut.

Empayar Kedah Pasai Ma yang disambung dengan Empayar Moghul dalam peta blog tersebut juga menimbulkan keraguan.Takkan lah pihak penjajah dapat memesongkan semua bukti sejarah Empayar Kedah psai Ma.Takkan tak ada langsung catatan dari sejarawan atau Penulis dari wilayah Islam terutama Arab dalam bab ini.

JAWAPAN

Kenapa tak bangga pula? Siam Islam itu Melayu lah hari ni. Di Thailand hari ni bangsa Thai, bukan bangsa siam. Mereka asalnya dari puak SUKHOTHAI. Raja yang memerentah pun raja thai, bukan raja siam. Sebab itulah mereka tukar nama dari Siam jadi Thailand dalam tahun 1939, sebab bangsa thai yang memerentah negeri siam, bukan lagi bangsa siam seperti dulu. Bangsa Thai adalah penjajah negeri Siam, dan Raja Bhumiphol sekarang ini adalah Raja Thai, bukan Raja Siam. Penjajah Inggeris pun bodoh tak dapat nak bezakan Siam dengan thai sebab mereka ada pakatan dengan Thai nak musnahkan Islam.

Peta itu original, tak payah nak ragu-ragu. Carilah sendiri. Peta itu lah yang tidak dapat dipesongkan oleh penjajah. Bagus lah hang mengaku. Banyak lagi penulisan dari Parsi sedang diterjemahkan. Tunggu sajalah. Kenapa kita tak boleh berbangga pulak dengan sejarah orang siam ini? Kisah ini bukan berlaku hari ini. Kenapa letak perspektif hari ini untuk mengkaji sejarah dulu.

Keturunan aku dulu memang orang siam Islam, tapi hari ni aku orang Melayu lah, Macamlah kawan baik aku Prof Dr Tamyez Haji Baijuri, MB Selangor Datuk Dr Khir Toyo tu Jawa Islam, tapi hari ni dia Melayulah. Ex MB Kedah, Datuk Sanusi Junid tu Acheh Islam, hari ni dia Melayulah. Najib, TPM itu Bugis, hari ini Melayu Islam lah. Awat poyo sangat minda hang tak boleh faham. Tak bercampur dengan orang Melayu kot. Hang ni mesti Thai, mengaku Melayu, tulis melayu pandai tapi sampai tak tau beza etnik rumpun Melayu di Malaysia, apa hal?. Pentadbiran Awam Kedah pun hang tak faham, lokasi tempat pun hang tak tau, memang sah dah.

g) Jadi fikir fikirkanlah.adakah penulis blog ini syok sendiri?.entahlah .anda timbang timbangkanlah. Bagi saya. saya percaya Kerajaan Ayuthia itu Islam.Tapi tidaklah mempunyai empayar yang terlalu besar spt yg digambarkan. Bukan nak melatah, cuma menerangkan beberapa perkara yang sangat mengelirukan. Bagaimana Long Jaafar yang menguasai Larut itu boleh dikatakan sebagai Raja Kedah Pasaima. Bagaimana pula kawasan Tualang didaerah Pokok Sena itu dikatakan berasal dari perkataan Tuan Nai Long sedangkan itu nama sejenis pokok.Memang ada cerita benar yang diutarakan.Tetapi terlalu sedikit dan tiada perkaitan.Penulis artikel telah menunjukkan bukti-bukti seperti batu nesan yang boleh dipertikaikan kesahihannya.Tiada juga catatan ahli sejarawan dari China tentang kerajaan Kedah Pasaima ditemukan.

JAWAPAN

Hang lah yang melatah dulu. Aku pun melatah juga. Hang jual, aku berani beli. Baguslah hang percaya Ayuthia itu Islam. Hamzah Fansuri pun percaya juga, bukan hang seorang. Sebab itulah dia pergi menuntut ilmu agama Islam di Ayuthia. Kami kata Ban Nai Lang, di Singghora/Patani sana lah, bukan disini. Hang lah syok sendiri, lokasi pun tak tahu kat mana. Kalau kami syok pun sebab kami masih ada tanah beratus relong, sawah padi, kebun getah tinggalan Almarhum Sultan Jaafar dulu di Bendang Raja, Pendang. Kami bukan orang susah. Kalau tak betul, macamana boleh ada tanah ni semua? Fikirkan lah, terjun mai dari langit ka?

Pasal Tualang ini, aku cabar hang pergilah tanya Sultan Kedah, betul atau tidak sebab dia sendiri pernah mengaku dia orang Tualang. Kalau hang nak kata bukan, makna kata, hang perasan hebat sebab lagi tau daripada dia. Pasal batu nesan didalam blog, kalau aku tak tunjuk batu nesan aku nak tunjuk apa kat pembaca? Habis semua dimusnahkan tentera thai dalam tahun 1876-1881 dulu. Kota Naga, Kota Muang Kuang, Kota Sarang Semut, Kota sungai Mas dan bermacam-macam lagi kota, tapi mana dia? Nasib baik ada batu nesan boleh tunjuk buat bukti, kalau tidak ada nak tunjuk apa? Tunjuk punggong? Dr Othman Mad Yatim pun tunjuk gambar batu nesan saja dalam buku Batu Acheh karyanya, dapat PhD pulak tu. Bacalah buku dia. Kalau kau tak nak percaya tak mengapa, no hal, tapi jangan kata aku salah sebab apa yang ditulis ini adalah wasiat yang diturunkan untuk dihebahkan.

h) Namun Perkara terbesar ialah bagaimana Sultan Abdul Hamid bapa kepada Tunku Abdul Rahman itu dikatakan sebagai sultan sungai petani. Sejarah Sultan Abdul Hamid ditulis dalam artikel tersebut sebagai dalang kepada pembunuhan Long Jaafar.Sejarah Pemerintahan Sultan Abdul Hamid terlalu baru. Baginda adalah Nenda sultan Kedah sekarang. Namun sejarah baginda pun telah diputarbelitkan didalam artikel ini. Tunku Abdul Rahman juga disifatkan sebagai seorang yang telah memusnahkan beberapa bukti peninggalan Kedah Pasaima.Artikel ini boleh disifatkan satu dakwaan berat terhadap Institusi Kesultanan Kedah sekarang, dakwaan artikel ini terhadap Kesultanan Kedah sangat berat malah turut melibatkan seorang yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman Putra yang telah memimpin dan berjuang untuk mencapai kemerdekaan Negara ini.

JAWAPAN (ini anaianai lain pulak)

Aku bukan macam TNL Kasim, cakap berlapik. Aku tak dak nak takut lah dengan dakwaan artikel kami sebelum ni, berat ka ringan ka aku peduli apa, sebab memang betul pun. Memang dia Raja Kota Kuala Muda, bukan Raja Sungai Petani macam hang kata tu. Budak berhingus macam hang ini, tak faham lah. Contohnya, Raja Perlis, sebagai tinggalan bukti untuk kita hari ni. Kenapa tak panggil Sultan Perlis?

Sultan Abdullah dengan Ahmad Tajuddin Halim Syah di tabal oleh Syarif yang Di Pertuan. Tahun 1943, Tok Wan kami, generasi ke 5 Sharif, telah menabal Sultan Badlishah menjadi Sultan Kedah. Kalau dia, Tok Wan kami ini, boleh tabal Sultan Badlishah, hang ingat-ingat martabat keturunan aku berada di atas ka atau berada bawah orang yang kena tabal tu? Hang kot lah penakut dengan depa. Depa ada daulat, kami pun ada daulat juga. Lagi besar punya daulat kami ada. Pasai hang tak dak daulat, hang takutlah. Aku sebagai waris Maharaja Siam Islam, tak dak nak takut macam hang tu. Dengan hang lagi aku tak takut. Berat ringan kami tanggung. Hari ini, aku tahu keturunan aku siapa, hang tau ka keturunan hang? Kalau hang tau bagus lah, hang boleh tunjuk salasilah sampai tahun 800 masihi, hang buka blog, bagi aku komen diblog hang pulak.

Lagi satu pasal wasiat ini, sebagai orang Islam patut tahu bahawa ia bukan boleh dibuat main. Semua pengunjung tak pertikai pun perkara ini kecuali hang seorang sahaja, mesti hang tak tau hukum-hakam agama Islam. Semua orang Islam tahu, wasiat ini satu amanah yang pasti dilaksanakan, pasti dituntut oleh Allah Subhanawataala diakhirat kelak. Tak kira samada secara bertulis mahu pun oral, ia tetap wasiat. Sekiranya kami berbohong, berapa banyak pembaca yang membaca blog ini, kami jatuh berbohong kepada semua, jadinya. Besar dosanya, jangan dibuat main.

Aku bukan nak besaran aku siapa, tapi hampa kutuk aku rapat aku kena lah defend keturunan aku. Puak Raja Siam Islam Kedah sememangnya dari zaman dulu dilarang sembah Raja daerah bila berjumpa. Jadi, yang hang dengan kawan hang tulis pasal aku dengan keturunan aku tu, hampa panggil aku apa, gila esein, bukan derhaka ka nama nya tu? Aku sumpah hampa 2 ekor jadi kera dalam hutan baru hampa tau. Jangan hang nak ajar aku pasal bab derhaka ni. Jangan hang ingat daulat kami tak ada. Sultan Kedah pun hampa kena panggil Tuanku, sedangkan puak kami panggil nama sahaja, lagi pun dia peringkat bapa saudara aku, kenapa aku nak takut dengan dia?.

Hormat kami tetap hormat, sebab pertalian darah, sebab tugasnya sebagai simbol bangsa melayu hari ini dan jawatan yang disandang adalah tanggungjawab serta tuntutan agama dan negara. Kami tetap mengatakan kesalahan mereka-mereka terdahulu bukan kesalahan kita hari ini. Sejarah Realiti akan tetap kami tulis juga, ini penting sebab ia sejarah bangsa melayu hari ini. Hang dok peleceh kami ini hang siapa dengan orang yang hang kena panggil tuanku Sultan ni, tolong bagi tau mai hang sangkut/berkait sebelah mana. Sekarang ni hang dah tau, pasai apa aku berani tulis Sejarah Realiti Nagara Kedah ini. Kalau rakyat biasa sudah tentu tak tahu dan tak berani tulis sejarah sebegini mengenai raja-raja dan orang Siam Islam zaman dahulu.

Pasal TAR kami tetap berkata, kami puji usaha dan titik pelohnya memerdekakan Negara, itu kami ikhlas dan jujur. Memang tak ada siapa boleh lawan kemahiran dia. Masa itu siapa yang hidup gaya penjajah pasti akan mudah menuntut kemerdekaan Negara. Ini wajib ketika itu untuk mendapat kepercayaan penjajah bahawa gaya hidup kita macam depa. Bersesuaian dengan kehendak ketika itu, takkan lah pula kita nak hantar Pak Haji dengan Pak Lebai pergi jumpa dengan penjajah di London, yang sememangnya memandang rendah dengan kita yang beragama Islam untuk menuntut kemerdekaan negara.

Kami dulu pun menentang Malayan Union, begitu juga Sultan Badlishah, kami pun sokong TAR untuk memerdekakan Negara. Keluarga kami sama-sama dengan keluarga Pak Lah Badawi mainkan peranan masing-masing untuk memerdekakan Negara, sehinggakan rumah pun menjadi markas. Akan tetapi, selepas merdeka cerita lain pula yang berlaku. Istana Kota Meang Kuang dirobohkan tahun 1964, iaitu 7 tahun selepas kita merdeka. Penjajah dah pun balik, kita sudah pun berkuasa, kenapa harus kita robohkan istana itu?, satu-satu nya tinggalan bukti sejarah yang masih ada. Bukan boleh dapat balik dah. Itu sahaja pasal TAR yang kami pertikaikan, yang lain tidak.

Tak dengar ke Pak Lah buat statement baru-baru ni, “kita kena faham sejarah”. Kenapa ada statement sebegitu dari seorang Perdana Menteri. Kalau hang makan nasi, hang mesti tahulah. Kami pun sentiasa berhubung dengan beliau. Lagi pun bukan orang lain dengan kami, dia abang pupu kami sahaja. Jangan dok nampak aku dengan kawan-kawan aku saja kat blog ini, networking kami banyak lagi dari yang disangkakan. Itu baru sedikit saja kami tunjukkan. Waris Raja Siam Kedah ini ramai yang hebat-hebat dari Peguam, Doktor falsafah dan perubatan, Ahli Politik, Prof Universiti, Datuk, Ahli Perniagaan, Pengurus Besar Bank, Kadhi, Ustaz, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Kanan Tentera dan banyak lagi. Semua mereka mengetahui dan sentiasa monitor blog ini. Kami go all out sekarang ni. Apa hang ingat aku seorang saja ka dok tulis mengenai sejarah disini? Hampa bimbanglah, counter web meter sebelah tu dok meningkat !!!

PENUTUP

Untuk maklumat kepada semua pembaca yang supportive, yang membantu, memberi cadangan dan pandangan, terima kasih daun keladi kami ucapkan. Sokongan sdr/sdri selama ini hanya Allah sahaja yang dapat memberi ganjaran diakhirat kelak. Sebenarnya orang Melayu kita ini baru sahaja mengetahui pasal Sejarah Realiti Nagara Kedah iaitu semenjak sekitar bulan Apr/Mei 2007, melalui penulisan di blog ini. Masalahnya, ada pengacau yang baru tahu saja dah mula nak melompat, seolah-olah ada niat lain disebalik komentar yang mereka berikan. Tak kan nak sambung tugas keturunan dulu kot, kalau macam itu rukunnegara nak letak kat mana. Dah jadi rakyat Malaysia, setia lah kepada Malaysia. Kepada rakan-rakan yang menyertai forum sejarah berhati-hatilah sebab kita tidak dapat tahu melalui penulisan/komentar mereka yang menyamar sebagai orang Melayu ini.

Pasal sejarah yang dikemukakan di blog ini, masyarakat Islam dan bukan Islam di Thailand hari ini dah tahu semenjak 6 tahun yang lepas melalui penyelidikkan yang mereka jalankan sendiri disini.
Sebab itulah ada pihak yang mulai bimbang sekiranya rakyat Malaysia pula mengetahui sejarah sebenar bangsa Siam ini.

13 comments:

Koboi BM said...

Ish...saya baru ingat nak pi tidoq tak sat nih,alih2 gatai maitekan blog Nagara Kedah ni. Lepas baca solan forum mendidih otak2 haih. Mai tangan anaianai kita passing seropa gelangang gusti hehe. Ni time saya pulak nak komen soalan bukan nak komen jawapan.
Sebenarnya soalan yang di tanya tu ada betoinya untuk orang yang tak betoi tapi kalau org betoi , soalan yang di tanya tu akan jadi tak betoi la pulak. Ok baik kita mula dgn hikayat Merong Mahawangsa. Ada sapa-sapa ka yang berani kata hikayat ni tak benaq ataupun hikayat ni tak betoi. Kalaulah hikayat ni tak betoi hehehe saya rasa kita boleh duit la tak lama lagi. 1 sebab yang ingin saya nyatakan sekiranya hikayat Merong Mahawangsa ni tak betoi maka kesianlah saya kat depa-depa yang dulunya kena kerah belajaq sastera auta seandainya hikayat Merong Mahawangsa ni tak betoi maka mereka-mereka yang telah kena kerah belajaq hikayat ni boleh himpun ramai-ramai lepas tu pi tunjuk perasaan kat sapa yang suruh bubuh dalam pelajaran sastera kalau hikayat ni tak betoi. Bermakna kerajaan buat sekolah semata-mata nak ajaq hikayat yg tak betoi kat orang Melayu. Tapi yang hairanya saya , dah beribu-ribu orang duk belajaq hikayat ni tak kan tak dak sorang pun yang rasa benda ni. Kalau hikayat ni tak betoi buat apa kita bayaq gaji kat cikgu yang nak kena mai muhong budak-budak dia tentang 1 hikayat yang tak benar. Bagi saya HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA adalah BENAR. Titik !

Kalau apa yang ditulis oleh anai-anai ni tak betoi atau tak benar kita refer balik kat buku Undang-undang Nagara Kedah sebab hampir 99.99999999 data dan fakta diambil dan dirujuk kepada Undang2 Negara Kedah. Jadi macam anaianai buat promotion ' Baca dulu buku Undang2 Negara Kedah ' yang ada di iklankan di blog ni. Sebagai kesimpulan dari rangkap yang saya tulis ini , saya ingin menyatakan Bahasa Siam Kedah ni memang penting. Kalau tak siap kamus Bahasa Siam Kedah ni sampai bila pun depa serbu mai tak pakai helmet hehehe.
Bab kamus Siam Kedah ni kita akan usaha siapkan dalam masa yang terdekat ni. Jadi saya harap yang kirim soalan tadi ni boleh lah tolong tinggai sat alamat rumah untuk saya kirim kamus Siam Kedah ni bila dah siap nanti. Kalau nak suruh beli pakai tak beli dah kaki ni hehe.
Seterusnya tentang Melayu atau kaum Melayu sebenarnya kalau di fahamkan Hikayat Merong Mahawangsa ataupun kerajaan Siam Islam Kedah ternyata kaum melayu adalah rumpun yang menetap di nusantara ini ataupun yg pernah berada di bawah pemerintahan Ayuthia. Maksud saya , Melayu adalah satu kaum yang harus di pasangkan dengan keturunan mana kah dia. Contohnya bergini anak-anak ya...Saya Melayu yang berketurunan Acheh. Membawa erti saya memang seorang Melayu yang mengamalkan Islam dengan campuran adat dari keturunan Acheh. Ada faham ka? Esok-esok kalau ada orang tanya kena jawap macam tu. Melayu kalau ikut ayuthia wajib Islam. Sebab dalam undang2 Melayu tak boleh murtad, tak boleh Melayu ni kalih agama. Ada faham ka? Mana boleh cucu-cucu para Wali dan Ulama yang mashoor murtad dan keluar dari Islam sebuah agama yang mengasaskan kaum Melayu. Contoh satu kes lagi akan ada orang Melayu yang berketurunan Siam atau berketurunan Arab atau Parsi atau Banjar atau Acheh atau China atau India atau Mandailing atau Minangkabau atau Jawa atau sunda atau Betawi atau Bugis ataupun Deli. Maka sebab itulah wujudnya Melayu Deli , Melayu Siak , Melayu Riau , Melayu Minang , Melayu Jambi , Melayu Patani , Melayu Chenak dan akhir sekali Melayu Mangkaq seropa hat duk tanya soalan ni.....
Maka jangan cepat melatah wahai adinda. Mengerti dulu akan maksud 'MALAYU' itu dan juga akan maksud 'MALAKA' itu jika tidak maka adinda akan terpingga-pingga nanti kalau bertemu muka akan kita.
Jadi nanti kalau ada orang bertanyakan pada adinda bangsa apa? Jawapnya begini....saya Melayu berketurunan Mangkaq. Ok chaw dulu sebab dah dekat sehari lebih duk mengadap PC ni...wasalam.

Anonymous said...

Kekeliruan ini adalah kerana beberapa faktor utama:
1)Tidak tahu perbezaan antara Siam dan Thai. Kalau anggap sama memang habislah sebab ini perkara asas.
2)Sudah sebati dengan propaganda pihak tertentu tanpa berfikir lebih meluas iaitu sejarah kita paling penting difocuskan ke Melaka.Agenda ini bermula semenjak Marhum Melaka (Paduka Seri yang lari dari Kedah)lagi.Sejarah versi formal diterima bulat-bulat.
3)Tidak perasan selama ini tiada link dalam pelajaran sejarah formal antara beras terbakar Langkawi, Sungai Mas dan Merbuk dengan kesultanan sekarang yang tinggal di Anak Bukit.

Kedah diakui negeri paling tua tapi tak banyak pula diajar kepada kita. Silsilah yang ada hanya sekerat tak ada link dengan Merong Mahawangsa. Hikayat Merong Mahawangsa diubahsuai menjadi cerita dongeng bertulisan rumi.

Candi Merbuk dikatakan bukti nenek moyang kita berugama Hindu!

Dicipta pula istilah Sam Sam yang merujuk kepada kacukan Thai dan Melayu. Ini untuk menghilangkan terus identiti Siam yang sebenarnya suku Melayu yang paling awal dan dominan sebelum terbentuknya suku lain seperti Jawa, Bugis, Banjar dan Acheh.

Sekian dulu...Salmi

Anonymous said...

Saya setuju dan sememangnya tahu ADA kerabat raja siam dikedah. mereka mesti lebih tau sejarah Kedah.. Hanya mereka yang bodoh sahaja hari ini tak tau beza siam dengan thai ni..takut apa nk mendedahkan yang sebenar. Kita bukan dijajah lagi, zaman dulu boleh lah. Puak Thai ni ada yang bagus dan baik dengan orang melayu di Kedah ni, kebanyakkannya, tapi yang tidak pun ada. Depa ni kita bagi bljr tinggi, msk U, dapat status bumi nk kurang asam pulak...tak tau terima kasih langsung. La ni dah kecut sebab rasa tercabar bila sejarah di bongkar. Kalau dah rasa tercabar balik ke Thailand lah. Tunggu apa lagi.Ni bukan tempat hampa. Nak duduk sini silakan duduk baik-baik, tak setuju duduk diam. jangan dok maki hamun ikut suka. Kalau tidak, kita cincau muka depa macam depa buat kat orang kita di patani la ni.

anaianai said...

Kami nak perjelaskan sejarah bangsa melayu yang kabur. Kalau sejarah dulu berlaku mcm gitu,cerita macam gitulah,nak lapik nampak manis buat apanye. Tapi kami tetap tak salah generasi mereka hari ini.

Ikut hati memang lah, tapi tak boleh la macam itu....kita akan jadi macam dia orang pula. Gunakan justifikasi dengan logik sudah lah dalam menangani masalah, yang lain biar Allah tunjukkan. Asalkan dia orang tak kacau hak kita, kita pun tak kacau hak dia , itu saja.

Salmi said...

Puak Thai di Kedah ni, paling ramai di daerah Pendang dan Padang Terap. Ini kerana dulu mereka ditempatkan untuk mengawasi pegikut-pengikut dan tentera Maharaja Siam Kedah yang ramai di sana.

Yang saya tau sekarang ni depa tak buat kacau apa-apa. Dulu-dulu tak taulah. Kampung depa pun berjiran dengan kampung puak kita yang boleh bercakap Siam ni.

Sultan Long Jaafar dulu pun ada berkahwin dengan muallaf Thai dari Titi Akar bernama A Nuan.

Faizah Binti Harun said...

Kalau hikayat ni tak betoi buat apa kita bayaq gaji kat cikgu yang nak kena mai muhong budak-budak dia tentang 1 hikayat yang tak benar. Bagi saya HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA adalah BENAR. Titik ! ---> kata2 koboi BM pasai ni ghasanya kena kat saya... huhuhu

semasa saya menceritakan tentang Hikayat Merong Mahawangsa kepada pelajar2 saya, saya rasa ada banyak benda yang perlu dijelaskan lagi... kadang2 saya sendiri rasa macam tak puas hati dengan penjelasan saya kepada pelajar.... bukannya apa, tapi pasal ada banyak lagi perkara yang perlu dirungkaikan dari hikayat tersebut yg kadang2 membuatkan saya tertanya-tanya. dan usaha2 anda mmg saya nantikan...

"Sejarah Yang Tersimpul Perlulah Dirungkaikan...."

anaianai said...

Terima kasih Faizah dengan komen anda...begitulah yang selalu dialami oleh kita semua dalam membaca/mempelajari sejarah tempatan. Bila kita baca... sampai satu peringkat kita akan 'hit a brick wall'...jalan buntu. Naik pening jadinya. kenapa begitu...kenapa tidak begini. dan 5 soalan ini pasti akan timbul..bila? dimana?... bagaimana? ...apa? siapa?. Diblog ini paling tidak pun, ada juga barang sedikit jawapan kepada persoalan yang kusut itu dan Insyallah akan dapat di rungkai semula.

Terima Kasih sekali lagi.

Unknown said...

Sultan Pahang sekarang dikatakan keturunan Tun Habib Abdul Majid. Bagaimana pula Sultan Pahang sekarang berkaitan dengan Syarif Abu Bakar atau Parameswara.
Siapakah Tun Habib Abdul Majid?
Sultan Johor juga disebut keturunan Tun Habib Abdul Majid?
Minta penjelasan anai.

tengku_daud said...

assalamualaikum...

tahniah kepada saudara anaianai kerana telah berjaya membuka mata semua rakyat malaysia khususnya orang melayu betapa hebatnya nenek moyang kita di zaman kegemilangan pemerintahan raja-raja melayu sebelum kedatangan penjajah yang sememangnya cemburu dengan kejayaan bangsa kita yang menguasai asia tenggara.Mereka mempunyai agenda menghapuskan agama Islam di mana sahaja hinggalah kita tunduk kepada agama mereka.terdapat banyak wali-wali ALLAH dan juga titisan darah Nabi MUHAMMAD S.A.W yang ada di setiap warisan pemerintah raja-raja melayu dahulu kini dan selamanya insyaALLAH saya akan mendoakan semoga usaha saudara akan diberkati nenek moyang kita dan juga ALLAH sentiasa melindungi hambanya yang di zalimi... AMIN

Ben Habib said...

sedikit perbandingan ler .. kalau salah mintak ampun ler tuan

Hikayat Hang Tuah itu ada menyebut demikian:

Maka akan Tun Tuah pun tiadalah tersebut lagi di dalam negeri itu, tetapi Tun Tuah tiada mati, kerana ia hulubalang besar, dan lagi ia men­jadi wali Allah. Maka sekarang ini khabarnya Tun Tuah itu ada di pucuk hulu Sungai Perak,dan ia duduk menjadi raja segala Batak dan orang hutan.

Catatan sejarah negeri perak pulak

orang yang mula-mula membuka Hulu Perak ialah Tun Saban, anak Tun Perak (Bendahara Paduka Raja, Orang Besar Istana Sultan Melaka) pada awal kurun keenam belas. Pada tahun 1511, setelah Kerajaan Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultan Mahmud Shah telah berpindah dan menubuhkan kerajaannya di Bentan. Pada tahun 1526, Portugis telah menyerang kerajaannya sekali lagi menyebabkan baginda terpaksa berundur ke Kampar dan menubuhkan kerajaannya di sana.

Pada masa itulah Tun Saban telah berhijrah ke Hulu Patani dan tinggal di satu tempat bernama Beredung Budi; kemudian berpindah ke Hutan Belum, di Hulu Perak, dan membuka kampung di tempat yang bernama Relap Hati lalu menjadi ketua orang-orang di Hutan Belum.

dari manuskrip Sejarah Nagara Kedah pula mengatakan

Hang Tuah itu ...

NARAI(di Ayuthia)@
LAKSAMANA HANG TUAH (di Melaka) @
ISKANDAR MUDA THANI (diAcheh)

dan nama sebenarnya TUN SAABAN IBNI NAI HISBU MUADZAM SYAH

mintak penerangan tuan..

Walaubagaimana pun saya menyokong penuh usaha tuan trima kaseh

anaianai said...

Tidak mengapa. Hikayat tetap hikayat, ditulis dizaman Ahmad Tajuddin Halim Syah II bersemayam di Melaka setelah lari dari raja Sia Islam. Kami telah meneliti Hikayat Hang Tuah sebelum ini.

Dengan pembiayaan Inggeris tertulis lah semula Hikayat Hang Tuah versi beliau. Terpulanglah kepada saudara samada untuk mempercayai tulisan pengkhianat kepada Raja Maha Besar Benua Islam Siam ketika itu.

Ahmad Tajuddin Halim Shah ialah penaung penulisan sejarah semasa bersemayam di Melaka.

Leenoh said...

Saya menyokong usaha anda semua untuk memperjelaskan sejarah, khususnya sejarah mengenai Kedah.

Wassalam.

Unknown said...

Dengan nama Allah yang amat PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG Saudara ku anai anai teruskan usaha hang aku pun mendidih juga baca komen org tu yg mcm ada sesuatu hajat nak suruh hang berhenti menulis kon nan ku sa man khon thai . Thong ha khon ni chuan ma pop dai mai. Ok teruskan usaha aku cicit koya shuib - panglima bu fa --------- tok iriam-----saad --- Che' ku Tg Nai Abd Aziz ban kuan.