Sunday, August 19, 2007

Ramadhan Bulan yang Mulia

Saudara/i yang dihormati sekalian,
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh

Tidak sampai sebulan lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang Mulia, bulan yang penuh dengan keberkatan dan pahala yang berlipat ganda. Untuk itu, kami penulis-penulis di blog ini ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pembaca dan pengunjong blog ini yang beragama Islam. Pada masa mengerjakan yang wajib, jangan lupa amalan-amalan sunat seperti berpuasa di bulan Syaaban ini.

Dalam lipatan sejarah bangsa, Maharaja Besar kita yang memerentah dizaman dahulukala juga turut mengamalkan dakwah Islamiyah. Contohnya, Sultan Muhammad Syah Yang Adil sering berulang alik belayar ketanah suci Mekah untuk mengerjakan Haji dan Umrah. Disana baginda bertemu jodoh dan telah berkahwin dengan Puteri Di Raja Parsi. Anakandanya bergelar Raja Mandalika, terpahat namanya di batu bersurat Trengganu secara tidak langsung menyatakan bahawa agama Islam telah sampai ke situ jauh lebih awal dari Melaka. Yang bergelar ulamak pula seperti Sultan Sheikh Abdul Kadir ibni Sultan Hussein Syah Alirah, dengan batu nesan bertarikh 904 masihi di Langgar, Kedah.

Sultan Mahmud Syah Melaka pula bergelar Khalifatullah Akhirul Zaman. Sharif Yang Di Pertuan turut berkunjung ke Tanah Suci Mekah dan di hadiahkan pedang oleh Sharif Mekah kerana baginda adalah dari keturunan Bani Hasyim. Nik Muhammadiah bergelar Sultan Mohammad I Kelantan atau Keramat Tok Bai di Patani juga seorang ulamak dan low profile sehinggalah kemangkatannya di Kedah. Baginda mengajar ramai anak murid yang kemudiannya menjadi ulamak sewaktu hayatnya masih ada di Kedah. Di kalangan pendakwah di Kelantan, nama Muhammadiah cukup terkenal di sana hingga kehari ini. Yang terakhir dan tidak kurang pentingnya, buku Undang Undang Kedah adalah buku perlembagaan sebuah negara Islam bersandarkan kepada hukum-hukum Islam.

Nasihat kami untuk saudara dan kepada kami juga, sama-samalah kita gunakan bulan ini sebaik-baiknya untuk mendapat keredhaan dari Allah, memohon keampunan agar sentiasa mendapat taufik dan hidayah dari Nya. Kami juga ingin mencadangkan satu website untuk kita dengar bacaan ayat-ayat suci Al Quran dimasa lapang. Di samping membetulkan bacaan dan sebutan, ia boleh juga dijadikan sebagai tutor kepada anak-anak untuk memperbaikki lagi bacaan dan kefahaman mereka (tajwid).

Semoga hati kita semua sama-sama diberikan Nur Muhammad sebagai cahaya petunjuk kejalan yang benar dan lurus serta mendapat taufik dan hidayah dari NYA. Kalau tak silap kami rakaman bacaan ayat-ayat suci Al Quran ini dibaca oleh Imam Masjid Mekah Al Mukaramah. Salah seorang dari kami, masih mengingati suaranya sewaktu mengerjakan Umrah sedikit masa dahulu. Maafkan kami kalau tersilap.Ini URLnya,

http://www.atlantamasjid.com/listen.asp?topic=quran

Di samping itu kita ikuti bacaan Surah Yasin dari ayat 1 hingga ayat 12 dari adik yang berusia 4 tahun setengah ini, mendayu dan menghiris kalbu tempat bersemadinya rohani kita. Ini URLnya

http://blip.tv/file/291508

Terima kasih sekali lagi kerana mengunjong dan bertanya khabar, memberi cadangan yang bernas untuk kebaikkan bersama. Semoga Allah memberi ganjaran pahala diatas setiap niat yang baik, usaha murni serta cadangan saudara/i semua.

3 comments:

Radzi Sapiee said...

Satu jemputan untuk mereka yang turut ingin mengembalikan kegemilangan sebenar Islam ke bumi Nusantara ini...

Assalamualaikum semua… Semalam, setelah menunggu lebih 2 bulan, saya baru sahaja meletakkan video pelancaran siri buku “Berpetualang ke Aceh” yang diadakan di pustaka buku Khazanah Fathaniyah di Chow Kit 9 Jun 2007. Adapun Khazanah Fathaniyah adalah sebuah badan penyelidikan serta penerbitan buku-buku berkaitan agama tinggalan Almarhum Ustaz Wan Saghir yang selalu bercerita tentang ulamak Nusantara dahulukala dalam ruangan akhbar tempatan. Untuk makluman, pihak Khazanah baru sahaja meninggalkan kedai tersebut akibat kurang dana untuk terus membayar sewa bulanan yan agak mahal. Maka video ini boleh juga dianggap sebagai satu kenangan nostalgia terhadap kedai tersebut.
Untuk melihat video yang dipecah 3 ini sila klik link-link di bawah. Sekian! :]

http://merahsilu.blogspot.com/2007/08/akhirnya-video-pelancaran-siri-buku.html

http://merahsilu.blogspot.com/2007/08/video-pelancaran-siri-buku-berpetualang.html

http://merahsilu.blogspot.com/2007/08/video-pelancaran-siri-buku-berpetualang_19.html

Anonymous said...

tuan,
keseluruhan artikel dlm blog ini tlh berjaya merungkai persoalan2 saya selama ini mengenai mengapa pertalian antara sejarah candi di sg mas & bujang & sejarah kesultanan kedah seolah-olah terputus. hari ini segala persoalan tersebut hampir-hampir terjawab. saya berminat utk mengetahui dgn lebih lanjut mengenai realiti sebenar sejarah kedah drpd tuan. saya boleh dihubungi melalui email ini shawn-sintok@yahoo.com

shawn uum

Anonymous said...

Shawn uum,
Memang ada benarnya banyak hal sudah disembunyikan sebab itu macam tak ada kesinambungan dalam banyak hal.

Saya pun macam saudara sebelum ini tercari-cari identiti dan sejarah sebenar bangsa kita. Sekarang tahulah saya dan saya berbangga keturunan saya daripada suku Melayu Siam yang masih memelihara bahasa itu sejak ratusan tahun di kampung saya di Mukim Rambai,Kedah.

Sejak kita sekolah, kita disuapkan dengan sejarah kajian Khoo Kay Kim yang dikutipnya daripada Shellebar, W.O Winsted dan lain-lain pegawai British yang punya agenda buruk terhadap kegemilangan bangsa kita.

Yang saya sedih, Jumaat lepas keturunan raja Siam negara Kedah YAB DS Abdullah Badawi masih membuat upacara menyambut merdeka di Melaka. Masih hendak ditonjolkan empayar Melaka sedangkan kita diajar dulu empayar Melaka ni sekitar 110 tahun saja (1401-1511) !! Ini seperti hendak mengikut Tunku yang memencilkan sejarah silam negara Kedah yang lebih awal, luas dan unggul demi keluarga beliau.

Wassalam.
Salmi