Wednesday, August 22, 2007

BERTEMU PEMIMPIN

Oleh anaianai

Blog Sejarah Realiti Nagara Kedah maju setapak lagi dengan pertemuan empat mata (sebenarnya lebih) bersama Yang Berhormat Datuk Dr Afifuddin Hj Omar, ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang yang juga bekas TImbalan Menteri Kewangan bagi membincang mengenai sejarah realiti nagara Kedah yang telah dipinggirkan. Pertemuan disebuah Hotel di Alor Star tempoh hari, pelbagai kisah benar dari orang tua-tua zaman dahulu telah dibangkitkan semula bagi menjejaki kebenaran yang telah dikuburkan oleh pengkaji sejarah terdahulu. Agak mengejutkan bagi kami yang hadir bahawa Yang berhormat Datuk begitu mahir (well versed) dengan sejarah negara kita, khususnya negeri Kedah.

Untuk maklumat semua, Yang Berhormat Datuk adalah waris dari Nai Shim, Raja Kubang Pasu. Nai Shim ini adalah cicit kepada Sharif Yang Di Pertuan, Maharaja Kedah yang dibunuh oleh tentera Thai dalam tahun musuh bisik 1821 dahulu. Sharif Yang Di Pertuan, sepertimana disebut dalam Undang Undang Kedah, muka surat 43 adalah juga Boromoraja Ekataat V dan merupakan Maharaja Benua Islam terakhir Dinasti Ayuthia. Baginda di usir dari Ayuthia berikutan serangan tentera Alaungphaya keatas Ayuthia dalam tahun 1767 lantas menawan Kota itu. Bukti kewujudan Raja Kubang Pasu adalah selari dengan kewujudan Raja Perlis (dulunya Raja Kayang) dimana ia turut menjadi wilayah Kedah seketika dahulu.

Secara ringkasnya salasilah keturunan Nai Shim Raja Kubang Pasu adalah seperti berikut,
Nai Shim ibni Nai Doi ibni ibni Koya Nai Chau Abu atau Megat Manja ibni Sharif Yang Di Pertuan. Dalam bahasa Siam Kedah (bukan bahasa Thai ), Nai bermaksud syed sementara koya pula bermaksud putera.

Sila baca artikel kami sebelum ini di URL berikut,
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/07/megat-manja-raja-kubang-pasu.html

Yang Berhormat Datuk amat berminat mengenai sejarah dan beliau berpendapat pelbagai usaha boleh dijalankan bagi mempromosikan peninggalan sejarah di negeri Kedah, negeri yang tertua di semenanjong Malaysia. Di samping itu ia dapat merancakkan lagi ekonomi masyarakat setempat sekiranya di rancang dengan betul melalui aktiviti dan promosi perlancungan seperti mana yang dilakukan di negeri Melaka.


TNL Kasim memberi penerangan kepada Yang Berhormat Datuk di sebalik gerimis yang mulai turun pada petang tersebut.

Beliau juga turut meluangkan masa untuk melawat beberapa makam yang tersembunyi didalam hutan. Dalam lawatan ringkasnya selepas perbincangan dengan pihak kami, beliau terkejut melihat keadaan beberapa makam yang dibiarkan begitu sahaja tanpa dipedulikan oleh pihak berkuasa walaupun nama-nama makam tersebut tersimpan dalam sejarah warisnya hari ini. Beliau berjanji untuk membawa perkara ini ketengah agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi memelihara tinggalan bukti sejarah ini. Beliau turut mencadangkan agar satu pertemuan keluarga dan waris Syarif Yang Di Pertuan, Yang Maha Mulia Negara Kedah dahulu, lengkap dengan salasilah masing-masing diadakan dalam masa terdekat ini. Adalah dijangkakan jumlah yang akan hadir melebihi 2000 orang waris dan keluarga.


Beliau turut meredah hutan bagi melihat dengan sendiri makam Sultan Sayyidina Ali wa maulana Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir, Maharaja Kedah yang ketiga.


Akibat tersembunyi didalam hutan, bahagian atas bunga teratainya masih elok dan tidak dipatahkan berbanding makam Raja Merong Mahawangsa bergelar Sultan Mudzaffar Syah di Merbok. Hampir 3/4 batu nesan baginda terbenam didalam tanah.

Bagi kami yang menjejaki semula sejarah bangsa, walau apa pun yang dikatakan oleh sejarah Thailand dan sejarah yang kita pelajari hari ini, kami tetap berpegang bahawa negeri Siam sebelum tahun 1767 adalah sebuah negeri Islam. Sekiranya ini tidak dihebahkan, maka sukarlah kita mencari riwayat dan sejarah bangsa Melayu kerana sejarah kita dan mereka saling berkait dan kita dulunya serumpun. Selain dari itu generasi kita hari ini sepatutnya melihat kepada persamaan, bukan perbezaan bagi menjalin semula perhubungan dan mengeratkan lagi persahabatan kedua buah negara diatas dasar perhubungan kerajaan dan sejarah terdahulu.


Yang Berhormat Datuk Dr Afifuddin Hj Omar bersama waris Maharaja Benua Islam Kedah bergambar di makam Sultan Sheikh Abdul Kadir ibni Sultan Hussain Syah Alirah.

Pada masa yang sama usaha kedua kerajaan (atau tiga) seperti Wilayah pembangunan, IMT- GT (Indonesia, Malaysia Thailand – Golden Triangle), lawatan PM Thailand dan usahasama akan menjadi lebih berkesan lagi bagi membangunkan ekonomi wilayah-wilayah ini. Kerajaan Malaysia saya yakin pasti akan membantu. Pada masa yang sama, makam-makam yang terdapat disini adalah juga makam pemerentah Ayuthia dan ia sememangnya berkait rapat dengan sejarah Thailand dan harus di pelihara oleh kedua-dua kerajaan.

Kami juga sebelum ini telah memaklumkan pembaca blog ini bahawa dari 33 Maharaja yang memerentah Ayuthia hanya 3 sahaja makam mereka terdapat disana kerana ketiga-tiga raja ini mangkat sewaktu memerentah disana. Jawatan mereka dahulunya digilirkan dari Raja Raja wilayah di semenanjong sementara waris sebenar kekal ditampuk pemerentahan. Konsep inilah yang digunakan oleh Tunku Abdul Rahman sewaktu menderafkan perlembagaan Negara Malaysia dimana jawatan Yang Di Pertuan Agong dan Timbalannya digilirkan.

Sekiranya kita, generasi hari ini melihat kepada persamaan (menjauhi perbezaan), banyak hal boleh diselesaikan secara rasional diantaranya mengeratkan perhubungan dua hala yang lebih baik, kekeruhan yang berlaku di Patani akan mudah diselesaikan dan dibendung, pelancung diantara kedua negara akan meningkat, ekonomi masyarakat setempat di Malaysia dan Selatan Thailand turut juga akan meningkat.Apabila ekonomi meningkat, kualiti hidup akan menjadi lebih baik lantas mengurangkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat setempat di kedua-dua negara. Tidak ada sesiapa yang ingin merampas jajahan atau wilayah sesiapa kerana negara masing-masing sudah merdeka dan bernaung di bawah semangat ASEAN. Apa yang diperlukan ialah landasan yang lebih kukuh untuk kita sama-sama berdiri.. Menyelesaikan masalah dengan cara rundingan, perbincangan dan bantuan latihan teknikal, pendidikkan dll adalah yang terbaik seperti sedang diusahakan oleh kedua-dua kerajaan sekarang ini.

Bagi kami, sejarah akan tetap menjadi sejarah, kita tidak boleh mengubah sejarah realiti dari hakikat kebenaran yang telah berlaku dizaman dahulu, kerana hari ini, kita sudah tahu kesan dan akibatnya. "It doesnt work".. Lebih baik kita menceritakan sejarah realiti, secara ikhlas dan kita mula memupuk semula persahabatan yang sedia terjalin bermula dari situ. Sejarah yang dulunya ditulis tanpa merujuk kepada rakyat yang ditutup mulutnya adalah sejarah fantasi. Begitu juga dengan sejarah yang ditulis dengan hanya merujuk kepada pembesar yang memerentah ketika itu, tak lain tak bukan hanyalah memperelokkan sejarah versi mereka sahajalah.

Apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat zaman dahulu, bukan kesalahan kita hari ini. Kenapa harus kita pertahankannya sekiranya muncul bukti-bukti baru dalam pengkajian sejarah bangsa? Adakah kita mempunyai agenda yang tersembunyi? Bukan kah kita sebagai generasi baru hari ini, 'the so called civilized society' mahukan perpaduan dalam masyarakat, mahu menjadi leader instead of follower. Tidakkah kita mahu menikmati qualiti hidup yang lebih baik bersama keluarga, membesarkan anak-anak, bebas beribadah dengan agama masing-masing, bebas bergerak kemana sahaja tanpa sebarang gangguan atau rasa ketakutan dinegara masing-masing?

Untuk itu kita perlulah beteraskan kepada kebenaran dalam meriwayatkan semula sejarah bangsa. Begitu jahilnya kita hari ini sehinggakan orang yang bercakap benar dengan bukti yang ada, dilabelkan sebagai pembohong. Berbohongkah kami, sekiranya kita perhatikan betul-betul, semenjak zaman dahulu lagi bukti rumpun yang sama bukan sahaja dalam perdagangan malah terletak juga dalam aktiviti kesenian harian seperti Mak Yong, Menora, Sepak Takraw, menyabung ayam dan Wayang Kulit. Bagaimana mungkin aktiviti sebegini kekal dalam masyarakat melayu di utara semenanjong hingga ke hari ini jika kita bukan serumpun?

Terlalu banyak kepincangan yang berlaku menyebabkan ada ‘loophole’ dalam pengkajian sejarah bangsa. Apabila kebenaran didedahkan, tiada lagi yang tersembunyi atau terbuku di hati maka keikhlasan dan kejujuran pun akan terserlah dan generasi baru akan mempelajari sejarah versi kita bersama (Malaysia dan thailand) sebagai serumpun walaupun hari ini kita berlainan agama. Generasi ini pula seterusnya diharapkan akan menerima hakikat kebenaran dan persahabatan sedia terjalin sejak zaman dahulu sudah pasti akan menjadi lebih akrab lagi. Inilah yang kita harapkan selama ini untuk generasi kita dimasa akan datang.

6 comments:

Anonymous said...

Gelaran Nai turut digunakan oleh masyarakat Melayu Siam zaman dahulu untuk jawatan penghulu mukim.

Seorang tok nek (bahasa Kedah=atas daripada tok wan) saudara saya dipanggil Tok Nai Mat semasa menjadi penghulu Mukim Rambai. Beliau meninggal sekitar 1976.

Saya ada memberitahu ayahanda saya baru-baru ini tentang Kg.Bendang Raja yang menjadi penempatan tentera Koya Long. Dia kata memang betul dan ketua hakim Negara Kedah yang bernama Tok Tan Boa juga tinggal di kawasan Mukim Rambai( Kubur Panjang).

Salmi

anaianai said...

Kalau begitu memang benarlah kisah yang kami dengar dari TNL Kasim dan beberapa masyarakat senior di kawasan tersebut.

Anonymous said...

Kalau begitu hasrat anaianai dan rakan-rakan, saya yang juga sering mengunjongi blog anda/rakan-rakan mula nampak kebenarannya. Kita masyarakat majmuk hari ini tidak harus melihat kepada perbezaan tetapi melihat kepada persamaan agar terjalin perpaduan.

Saya faham tujuan saudara dan rakan-rakan menunjukkan perbezaan diawal penulisan ialah supaya masyarakat dan pembaca hari ini faham sejarah realiti yang di sembunyikan. Berasaskan kepada perbezaan barulah nampak persamaannya,kukuhlah 'foundation' nya. Saya setuju bahasa siam ini perlu dibuat kajian sebelum ia pupus.

Pak Su Pendang

Anonymous said...

Terima kasih Pak Su,
Memang benar perbezaan antara Siam dan Thai pelu ditekankan dulu supaya orang-orang mudah faham.

Suatu masa dulu saya sendiri sering menyembunyikan identiti Siam. Apatah lagi bila ditertawakan rakan-rakan asrama bila bercakap Melayu Kedah pun berpelat Siam. Bila dikutuk dengan ungkapan "Siam perut hijau" saya marah, padahal ungkapan itu tidak patut langsung.

Jelaslah Siam itu orang-orang suku Melayu beragama Islam dan hijau itu warna lambang Islam.

Salmi

Leenoh said...

Assalamualaikum.

Selama ini saya memang tertanya-tanya, mengapa bapa dan datuk nenek saya bertutur di dalam bahasa Siam dan keluarga sebelah bapa saya semuanya bertutur dalam bahasa tersebut dan kurang mahir di dalam bahasa Melayu . Apabila saya membaca blog ini barulah pengetahuan mengenainya semakin bertambah dan semakin mengenali diri.

Sebenarnya saya rasa bangga dengan kelebihan ini dan tidak malu bertutur di dalam bahasa Siam di mana-mana pun jika ada pasangannya dan telah beberapa kali saya mendapat manfaat di atas penguasaan bahasa ini.Tetapi malangnya kerana jarang penggunaannya sekarang penguasaannya semakin lemah kerana perbendaharaan katanya semakin dilupai.

Usaha untuk mengeluarkan buku panduan adalah suatu langkah yang amat bijak.

Wassalam.

emaswarisan said...

ohhh...Nai tu rupanya Syed ka.Baru saya tau...padahal dah lebih 20 tahun sejak 1988 lagi,aku mendengar perkataan Nai tu.Dalam daftar kematian ayah aku yang dikebumikan di Kampung mak aku dan kampung kelahiran aku juga di Cenak,Songkhla....bila dibuat translation bahasa Thai ke bahasa Malaysia,aku ada nampak chop kadi Kamakan Islam Songkhla nama dia Nai Haji Salleh bin Lateh.(sekitar Mei,1988)
Memang tak dinafikan kat kampung kelahiran aku di Kampung Pasir dalam jajahan/Ampher Chana ada banyak keluarga Syed disitu.Pernah berbicara juga sebab kami saling kenal sejak aku budak2 lagi.
Aku berhijrah ke Kedah semasa aku 7 tahun pada 1975.
Aku dah biasa dengan Siam ni.Dulu2 org kampung aku di Siam semua sebut Malaya atau Kedah.Semuanya Kedah.Padahal Padang Besar kat Perlis bukan Kedah.
Aku suka blog ni....masih membaca lagi....bila nak abih pun tak tau.