Oleh anaianai
Megat Manja ialah anakanda ke empat Sharif Yang Di Pertuan Yang Mulia negeri Kedah. Baginda ditabal menjadi Raja Kubang Pasu oleh ayahanda baginda, Sharif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Negeri Kedah sebelum Kedah di serang tentera Thai dalam tahun musuh Bisik 1821. Oleh kerana baginda berkulit cerah maka baginda digelar Putera Kapas. Dalam bahasa Siam Kedah pula, baginda bergelar Koya Nai Chau Abu.
Baginda juga adalah sepupu kepada Tengku Long Putera Sultan Legeh kemudianya Perdana Menteri Kedah, Tengku Anjang Johan, Raja Ranong Burma (berbondakan Nang Che Puan Pumintaraja), Tengku Abdullah Raja Pulau Pinang dan Tengku Dziauddin Raja Bagan Serai (berbondakan Tengku Puteri). Cerita kononnya ayahanda mereka, Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin II merantau mencari ilmu adalah tidak tepat kerana pada ketika itu baginda mengikut permaisuri pertamanya Nang Che Puan Pumintharaja menjadi Raja perempuan di Ayuthia.
Baginda Megat Manja turut terbunuh dalam serangan Thai tersebut lalu tempat baginda telah digantikan oleh anakanda baginda bernama Nai Doi (seperti tercatit pada batu nesan). Pertabalan ini dilakukan oleh Syed Alang Alauddin (atau Nai Lang) Yang di Pertuan Yang Maha Mulia Negeri Kedah di Berahman Indera. Baginda menggantikan tempat ayahanda baginda Sharif Yang Di Pertuan yang turut dibunuh di Kota Meang Kuang dalam tahun musuh bisik 1821 itu. Sebelum pada itu, Syed Alang Alauddin ini pernah menjadi Raja Singgora (Songkhala) dan nama tempat Ban Nai Lang di Thailand yang masih ada sehingga hari ini adalah merujuk kepada nama baginda.
Kemangkatan Nai Doi sebagai Raja Kubang Pasu telah digantikan oleh anakandanya Nai Shim. Sewaktu Nai Shim menaikki takhta sebagai Raja Kubang Pasu, Syed Alang Alauddin sudah pun mangkat dalam tahun 1862 dan digantikan oleh anakandanya Sultan Jaafar Mudazam Syah sebagai Yang di Pertuan Yang Maha Mulia Negeri Kedah. Dimana kerabat diraja Kedah semasa semua ini berlaku?, mereka pada ketika itu hanyalah Paduka Seri Raja Daerah sahaja. Sultan Abdullah bukan Sultan Kedah hanya Raja Pulau Pinang yang dilantik oleh Sharif Yang Di Pertuan Yang maha Mulia dan bergelar Paduka Seri Sultan Abdullah. Sultan Abdul Hamid pula adalah Raja Kota Kuala Muda yang kemudiannya dilantik (bukan ditabal) menjadi Sultan Kedah dalam tahun 1881/82 oleh penjajah Thai.
Sebelum dilantik sebagai Sultan Jaafar Mud Azam Syah, baginda pula menjadi Raja di daerah Larut dan disana baginda di kenali sebagai Long Jaafar. Sejarah negara yang menyebut Long Jaafar sebagai penghulu adalah karut dan dirancang oleh penjajah Inggeris dan sekutunya bagi menutup bukti keberadaan dan kekuatan kerajaan Maharaja Benua Siam Islam di Perak yang merupakan jajahan nagara Kedah ketika itu. Sultan Jaafar Mud Azam Syah adalah juga Sultan Kedah dan Sultan Perak. Baginda akhirnya dibunuh tentera Thai dalam tahun 1876 di Gurun, Kedah atas arahan Rama Chakri V Chulalongkorn. Bangsa Thai dari negeri Siam menjajah Kedah selama 5 tahun untuk memusnahkan artifak sejarah dari keturunan raja siam islam dan dalam tahun 1881 mereka melantik menantu Raja Rama V Chakri Chulalongkorn, Sultan Abdul Hamid Halim Syah menjadi Sultan Kedah.
Tengku Aziz anakanda Sultan Abdul Hamid kemudiannya dilantik menjadi Raja Muda dan peluang ini digunakan untuk merampas tanah-tanah pusaka milik keluarga Nai Shim, Raja Kubang Pasu. Rampasan tanah-tanah pusaka dari Kepala Batas hingga ke Jitra ini berlaku selepas tahun 1881. Selain dari itu tanah-tanah pusaka milik Sultan Jaafar yang diselia oleh Perdana Menterinya Tengku Kudin, turut dirampas dan sesiapa yang berani menuntut harta tersebut secara jelas adalah waris Sultan Jaafar, sudah pasti akan ditangkap, disiksa dan akhirnya dibunuh. Keluarga Nai Shim dihalau dari menjadi raja dan sekarang ini keluarga mereka kebanyakkannya berada di Hosba. Mereka hingga sekarang ini masih mengingati kisah ini walau pun kejadiannya berlaku lebih 130 tahun yang lalu.
Diantara keluarga mereka yang terkenal ialah Prof Yusuf Hassan, YB Datuk Dr Afifuddin Hj Omar, Datuk Hanafi Ramli (usahawan pengangkutan), Datuk Prof Osman Ishak (Exco Agama), Tan Sri Zahir (peguam dan bekas speaker dewan negara) dll. Sejarah mengatakan bahawa Tunku Anum menjadi Raja Kubang Pasu seperti tercatit dalam sejarah adalah bidaah dan sejarah fantasi yang direka-reka. Saya cabar pengkaji sejarah tempatan untuk berjumpa dengan keluarga ini di Hosba bagi mendapatkan kisah sebenar mereka.
Bagaimana mungkin Tunku Anum menjadi Raja Kubang Pasu dalam tahun 1836 (atau 1843) sedangkan Syed Alang Alauddin masih ada dan menjadi Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Negeri Kedah. Syed Alang Alauddin dengan tenteranya telah mengejar Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dan Tengku Anum kerana penglibatan mereka (bersubahat dengan Thai) dalam pembunuhan Sharif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia negeri Kedah dalam tahun Musuh Bisik 1821. Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah melarikan diri ke Pulau Pinang dan melaka sementara Tengku Anum bersembunyi di ligor yang sudah berada dibawah jajahan Thai. Mereka mungkin diberi ampun ditahun-tahun kemudiannya dan Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah pulang dari Melaka dan menetap di Kota Kuala Muda dan Tengku Anum menjadi kerabat biasa sahaja di Kampung Pulau Pisang, Tunjang Kedah.
Dizaman TAR menjadi Perdana Menteri, orang-orang Siam Islam di Kedah ini diberi satu lagi penghinaan oleh cucu Chulalongkorn ini. Mereka diberi gelaran orang Siam samsam atau generasi ketiga bagi menafikan hak mereka walaupun mereka adalah dari keturunan Sharif Yang di Pertuan Yang Maha Mulia Negeri Kedah. Ayahanda TAR, Sultan Abdul Hamid pun mahir bertutur dalam Bahasa Siam Kedah. Adakah ini bermakna baginda juga dari Siam samsam?
Sudah pasti TAR tahu kisah Maharaja Benua Siam Islam ini kerana semasa menderaf perlembagaan negara Malaysia, ilham jawatan yang di Pertuan Agong dan Timbalan Yang Di Pertuan Agong datangnya dari jawatan Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia (Agong) dan Duli Yang Di Pertuan (Timbalan) seperti yang tercatit dalam Undang-Undang Kedah. Kita amat bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada beliau sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia, namun ada kepincangan lain yang tidak telus ketika itu dan harus ditebus oleh generasi hari ini.
No comments:
Post a Comment