>SALAM HORMAT DAN SELAMAT DATANG. >PASUKAN KAMI MELIHAT KEMBALI SEJARAH WARISAN BANGSA DARI VERSI TEMPATAN, BUKANNYA VERSI BARAT > USAHA KAMI JUGA KEARAH SEJARAH REALITI NAGARA, BUKAN LAGI REKAAN PENJAJAH & SEKUTUNYA >>
Wednesday, July 18, 2007
ARTIFAK BARU DITEMUI DI SG. MUDA
"Cornice" sebagai hiasan bangunan turut ditemui. Sejarah mengatakan istana ini didirikan oleh raja-raja daerah adalah mengarut dan satu fantasi. Setahu saya mereka turut terlibat memberi izin merobohkan istana ini sekitar tahun 1876-1881 dahulu sewaktu Kedah dijajah oleh Thai yang menawan dan memerentah negeri Siam semenjak tahun 1767.
Kawasan yang di jalankan kajian jauh lebih luas dari yang dijangkakan. Tahniah kepada usaha gigih Universiti Kebangsaan Malaysia dan pelajar-pelajarnya.
Air dari tempayan untuk membasuh kaki sebelum menaikki istana. Di sebelahnya dijumpai sebuah Makara/ukiran hiasan kepala tangga Istana, lambang Merong Mahawangsa.
dari Utusan Malaysia
ALOR STAR – Pakar arkeologi dan kaji sejarah Jabatan Muzium dan Antikuiti menemui lagi bukti sejarah peninggalan zaman sebelum kedatangan Islam ke Kedah di Sungai Mas, Kuala Muda. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sehubungan itu, pihaknya bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti kawasan sekitar tapak penemuan khazanah sejarah silam itu yang dipercayai membuktikan kewujudan kota purba di kawasan tersebut.
Katanya, jawatankuasa khas itu akan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Koperasi, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Khalidah Adibah Ayob.
‘‘Pakar arkeologi tempatan percaya bahawa artifak yang ditemui itu memperlihatkan reka bentuk bangunan pra Islam dan cara bahan sejarah itu ditemui seolah-olah membuktikan adanya sebuah kota purba, struktur bangunan dan wujudnya tamadun di kawasan itu (memang tentera thai dan inggeris meletupkan dan menimbuskan dengan kerahan buruh yang dibawa dari India).
‘‘Penemuan awal itu cukup untuk meyakinkan kita agar meneliti semula lokasi sekitar Sungai Muda untuk melihat seluas mana lokasi penemuan artifak pra Islam itu yang perlu digazetkan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Penyelidikan arkeologi di Sungai Mas sejak tahun 1980-an menemui artifak termasuk pelapik tiang granit, bahan binaan, batu giling, seramik, kaca, manik dan batu sima iaitu batu yang dipercayai untuk menandai sempadan daerah atau sesuatu kawasan pada zaman silam.
Penemuan itu membuktikan Sungai Mas sebagai penempatan awal sejak zaman pra sejarah dan berfungsi sebagai bandar pelabuhan purba zaman proto sejarah pada tahun 5 hingga 19 Masehi apabila kegemilangan Kota Kuala Muda dan Istana Pulau Tiga sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan dimusnahkan oleh Siam(thai).
Catatan saya,
Sebelum artifak-artifak ini dijumpai lagi saya telah menulis dalam artikel saya diblog ini mengenai kwujudan sebuah kota yang besar, didirikan oleh Raja Merong Mahawangsa. Kota ini telah di letupkan dan ditimbus oleh penjajah bagi menutup sejarah bangsa Melayu sepertimana diriwayatkan oleh orang-orang kampong dari keturunan baginda di Kedah. Bukan itu saja, Raja Ligor (setelah siam ditawan thai) turut membakar Hikayat Merong Mahawangsa bagi menutup bukti sejarah bangsa melayu dari keturunan Siam Islam ujud lebih awal dari bangsa thai.
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/05/arahan-membakar-hikayat-merong-maha.html
Inilah konspirasi mereka dizaman penjajahan dulu. Betapa besarnya kawasan ini dari Sungai Mas hingga ke Lembah Bujang di Merbok. Arkeologis menjumpai kubu-kubu tentera diseberang sana sungai di Merbok terdahulu dan hari ini menjumpai tinggalan istana baginda di seberang sini sungai di Sungai Mas. Banyak lagi yang ada, hanya menunggu masa untuk dibongkar sahaja. Janji Allah untuk membantu orang-orang teraniaya, yang menyebarkan agama islam milikNYA, telah dan sedang dimakbulkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment