Tuesday, July 17, 2007

KEUNIKKAN SYILING BERTAHUNKAN TAHUN 121 HIJRAH


Oleh: YUSMAN YUNUS

SEKEPING duit syiling bertahunkan 121 serta mempunyai tulisan Allah, Muhammad dan Yassin dalam tulisan jawi yang mungkin tidak ternilai harganya telah dijumpai dengan beberapa lagi duit syiling serta artifak lain semasa penggalian ekskavasi arkeologi dijalankan.Selain dari itu pertemuan artifak lain seperti sebatang senjata besi, rantai tembaga, tembikar, tulang binatang dan kayu telah membuka lembaran baru bahawa kedua-dua negeri Kedah dan Perlis mempunyai sejarah silam yang tidak ternilai.

Baru-baru nini satu kerja ekskavasi arkeologi fasa kedua telah diadakan di sebuah tapak seluas 100 x 200 kaki bersebelahan kawasan makam Almarhum Kayam Dua kira-kira empat kilometer dari jalan lama Kangar - Kuala Perlis.Pada awalnya kawasan berkenaan telah dirancang untuk pembangunan tetapi setelah meneliti dan mengkaji kawasan itu, pihak Muzium serta pihak kerajaan Negeri Perlis telah bersetuju untuk menjalankan kerja-kerja ekskavasi arkeologi bagi mengesan dan menyelamatkan artifak kalau ada.
Pada amnya kawasan itu merupakan kawasan hutan belukar sehingga 1960 dimana penanaman padi secara kecil-kecilan telah mula diusahakan oleh penduduk tempatan sehingga awal 1975.

Fasa pertama kerja-kerja ekskavasi telah dimulakan pada bulan Jun hingga bulan Disember 1997 manakala fasa kedua telah dimulakan pada bulan Mei hingga Jun 1998.
Seawal bulan November 1997 artifak yang tidak ternilai harganya telah mula dijumpai di tapak yang diusahakan oleh kakitangan Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah yang diketuai oleh Pengarah Kuarator Drs. Mohd. Supian Sabtu.Di antara paling menarik yang dijumpai ialah sekeping duit syiling sebesar 5 sentimeter berwarna perak yang mempunyai ukiran kupu-kupu atau rama-rama yang amat jelas.Duit itu juga mempunyai ukiran Yassin di bahagian atas, manakala tulisan Allah diukir di sebelah kanan dan tulisan Muhammad di ukir di sebelah kiri dan di bawahnya pula tertulis tahun 121, kesemuanya merupakan dalam tulisan jawi serta jelas dilihat.

Di belakang duit itu pula diukir sebuah bentara seakan kapal dari Timur Tengah dan diukir pula perkataan seakan berbunyi Nuh serta terdapat pula ukiran bendera yang tidak berapa jelas di hadapan bentara itu.Di sebelah kiri pula terdapat ukiran bulan dan bintang manakala di bawahnya pula terdapat ukiran yang berbunyi seakan ejaan Mahaddinah.Selain dari pertemuan duit yang mungkin tidak ternilai ini, pihak muzium juga telah menjumpai tiga keping duit lama yang tidak dapat dilihat dengan jelas kerana di katakan diperbuat dari tembaga.Pihak muzium masih lagi menyelidik mengenai tarikh sebenar duit-duit syiling itu dikeluarkan dan abad keberapa ia digunakan.
Selain dari itu, pihak muzium telah menjumpai acuan membuat duit atau mould seperti berukiran pokok yang mempunyai persamaan simbol logo yang digunakan oleh Bank Simpanan Nasional sekarang.Acuan itu sedang diproses dengan telitinya agar ia tidak rosak kerana telah berada di perut bumi sekian lama.

Pihak muzium juga telah menjumpai sebatang senjata besi yang dipanggil tekpi iaitu sebatang senjata besi yang mempunyai tiga cabang seperti yang digunakan oleh Seniman Agung P. Ramlee dalam filem Sitora dan Enam Jahanam.Satu lagi artifak yang masih lagi disiasat ialah pertemuan sebatang kayu bulat setinggi 12 sentimeter di mana di tengah-tengahnya mempunyai sebuah lubang empat segiBagi fasa kedua pula pelbagai jenis artifak telah dijumpai seperti tulang binatang yang dikatakan sebagai tulang lembu atau kerbau, kayu tiang rumah, rantai tembaga dan batu-batan yang mempunyai ciri-ciri sama yang pernah dijumpai di Lembah Bujang, Kedah.Menurut Drs. Supian kerja-kerja fasa ke tiga akan hanya dimulakan selepas beliau membuat laporan lengkap serta mempunyai kepastian mengenai artifak yang dijumpai.

Ini ialah dengan adanya fakta yang lengkap, kerja-kerja ekskavasi akan datang akan lebih menyenangkan serta lebih berkesan.Pertemuan oleh kakitangan Muzium Arkeologi ini amat berharga kepada sejarah negara dan kegigihan mereka membanting tulang di tengah-tengah panas mentari dalam keadaan berlumpur seharian harus diberi kepujian kerana ditangan merekalah terletaknya kenalan sejarah silam.Sejarah yang tidak boleh diputarbelitkan oleh penjajah. Sejarah yang mungkin menguatkan teori bahawa kita pernah wujud serta mempunyai hubungan perdagangan mungkin beberapa ratus tahun lalu.

4 comments:

atylalo_90 said...

salam.............setelah melihat blog ini,secara kebetulan kami ada menyimpan duit syiling yang serupa dengan gambar yang tertera diatas...sekiranya pihak tuan berminat ingin mengetahui dengan lebih lanjut.....saya serta dengan email(atylalo_90@yahoo.com)

atylalo_90 said...

salam.............setelah melihat blog ini,secara kebetulan kami ada menyimpan duit syiling yang serupa dengan gambar yang tertera diatas...sekiranya pihak tuan berminat ingin mengetahui dengan lebih lanjut.....saya serta dengan email(atylalo_90@yahoo.com)

atylalo_90 said...

salam.............setelah melihat blog ini,secara kebetulan kami ada menyimpan duit syiling yang serupa dengan gambar yang tertera diatas...sekiranya pihak tuan berminat ingin mengetahui dengan lebih lanjut.....saya serta dengan email(atylalo_90@yahoo.com)

atylalo_90 said...

hai